Jom Puasa Esok – Hari Assyura!

Esok adalah hari 10 Muharram 1429H. Hari esok merupakan hari yang sering dinantikan oleh semua umat Islam setiap tahun. Mereka semua berebut-rebut nak puasa sunat esok.

Ini kerana, sesiapa yang berpuasa sunat Assyura akan diberi pahala bersamaan dengan 1000 kali haji, 1000 kali umrah, dan 1000 kali syahid, serta diharamkan daripadanya neraka.

Tetapi memandangkan esok merupakan hari Sabtu, maka disunatkan bagi kita untuk puasa sehari sebelum atau sehari selepasnya secara berturut-turut. Paling elok, kalau puasa 3 hari terus. Tapi kena start dari hari Khamis la, baru best! Tak cayer tengok sini.

Bagi yang belum pernah mengamalkan puasa sunat 10 Muharam, boleh cuba esok. Inilah masanya kita nak buat pelaburan besar-besaran untuk hari Akhirat kelak. Jangan tangguh lagi, bimbang esok lusa malaikat maut datang menemui kita.

So ingat yer, kita pakat ramai-ramai puasa sunat esok. Setkan reminder untuk bangun sahur. Kang ada yang puasa yok-yok, pagi-pagi buka periuk.

Sekian, wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.