Perkara Sunat Hari As-Syura

Hari ini merupakan hari As-syura. Harap-harap semua pembaca Soleh.Net berpuasa sunat 10 Muharram yang mulia ini.

Kalau tak puasa, tak apa. Boleh belanja anak isteri makan tengah hari ni. Sebab ia juga termasuk dalam perkara-perkara sunat dilakukan pada hari As-syura ni.

Berikut aku listkan perkara-perkara tersebut sekali dengan ganjarannya:

  1. Lapangkan masa belanja anak isteri – Allah akan lapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin – Allah akan lapangkan kuburnya nanti.
  3. Menahan marah – Allah akan masukkannya ke dalam golongan redha.
  4. Menunjukkan jalan kepada orang yang sedang sesat – Allah akan penuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Usap kepala anak yatim – Allah akan kurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang diusapnya.
  6. Bersedekah – Allah akan jauhkannya dari api neraka dengan kadar jauh seekor burung gagak terbang tanpa henti dari kecil hingga ia mati. Dan diberi pahala seperti sedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Pelihara kehormatan diri – Allah akan terangi cahaya keimanannya.
  8. Mandi sunat – Allah akan lindunginya dari sakit-sakit yang berat tahun ini. Niatnya begini, “Sahaja aku mandi sunat pada hari As-syura kerana Allah ta’ala.”
  9. Bercelak – Allah akan lindunginya dari sakit mata tahun ini.
  10. Baca surah Al-Ikhlas (Qul huallahu ahad…) 1000 kali – Allah akan pandangnya dengan rahmat di akhirat nanti.
  11. Solat sunat 4 rakaat – Allah akan ampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun. Niatnya begini: “Sahaja aku solat sunat hari As-syura 4 rakaat kerana Allah ta’ala.” Rakaat pertama dan kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa – Allah akan beri pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa – yang ni dah bincang semalam dalam post “Jom Puasa Esok – Hari Assyura!“.

Demikianlah betapa banyaknya perkara yang sunat dilakukan pada hari ini (As-syura). Dengan ganjarannya pun yang hebat-hebat belaka.

Apa lagi, jomlah. Buat jer mana-mana dalam list tu antara 1 hingga 13. Tak dapat buat semua, buat sikit-sikit pun boleh. Tahun depan kita buat lagi (tu pun kalau ingat laa – moga-moga tidak terlupa).

Sekian, wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

4 thoughts on “Perkara Sunat Hari As-Syura”

  1. Aku menyesal sebab tak puasa 10 Muharram yang lepas sebab aku lupa nak niat puasa malam sebelum tu. Walhal, baru duk cakap pasal puasa 10 Muharram malam sebelum tu di meja makan tapi masih alpa.

    Aku tersedar bila bos tempat aku kerja cakap dia puasa hari tu dan aku terus tersentak sebab masa tu aku baru teguk air teh. Emmm… mengeluh aku…

  2. sy dpt satu asigmen mengenai tajuk tanggungjawab yang sunat dilakukan manusia terhadap alam sekitar
    apakah tanggungjawab tersebut??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.