Kisah Nurin, Sharlinie Mesti Dijadikan Iktibar

Penculik dan pembunuh Nurin Jazlin masih lagi tidak ditemui. Kini, Sharlinie pula menjadi mangsa seterusnya. Sehingga kini masih belum ditemui.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh semua pihak. Ada yang buat solat hajat. Ada yang buat pencarian besar-besaran di ladang-ladang. Kakak Sharlinie (Sharlina) pula tak henti-henti turun naik Bukit Aman untuk membantu siasatan. Poster Sharlinie pun sudah diedar di seluruh Malaysia.

Yang menyedihkan, ada juga anasir jahat yang bertindak menghantar SMS palsu yang tidak bertanggungjawab.

Licik sungguh penculik ini (kalo dia baca mesti kembang idung dia). Tapi ingat, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Sepandai-pandai kamu lari pun wahai penculik, akhirnya kamu pasti akan terima balasannya. Walau sehabis dunia kamu lari pun, Akhirat akan tetap menanti. Bertaubatlah kamu sebelum terlambat, wahai penculik.

Tidak kurang juga dengan kerajaan parti UMNO, kerajaan parti PAS, dan kerajaan-kerajaan parti-parti lain, cukup bertungkus lumus dan bekerja sama berusaha mencari Sharlinie beserta penculiknya yang tak bertanggungjawab itu.

Tahniah rakyat Malaysia atas pakatan mulia ini. Tapi masing-masing takyah lah nak cari nama. Takyah lah nak bertanding pulak siapa dapat dia terel. Buatlah kerja mulia ini dengan ikhlas.

Masing-masing ada ilmu. Masing-masing tahu erti bongkak, angkuh, menunjuk-nunjuk, menghuduh-huduhkan orang lain, dan sebagainya. Bersama-samalah kita berlumba-lumba berbuat kebaikan serta meninggalkan kejahatan.

Marilah kita semua sama-sama saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Jagalah anak-anak kita, adik-adik kita, saudara mara kita, sebaik yang mungkin. Kerana si kecil tidak akan dapat menilai seperti mana orang dewasa menilai.

Tumpukan sepenuh perhatian kita, dengan menggunakan mata dan tangan (bukan naluri semata) terhadap si kecil di bawah jagaan kita. Tolong tumpukan juga perhatian kita terhadap si kecil lain berhampiran kita, yang kadangkala penjaganya leka.

Daripada pemerhatian aku hari-hari, masih ramai ibu bapa, datuk nenek yang alpa dengan anak-anak, cucu-cucu mereka. Mereka sentiasa berasa senang, seolah-olah perkara ini mungkin tidak akan berlaku kepada mereka.

Pernah aku tegur seorang ibu yang sedang makan di restoran, yang membiarkan anaknya bermain di kaki lima restoran itu, sedangkan si ibu dengan lahap menikmati hidangan malamnya. Aku tanya dengan lembut tapi tegas dan direct, “Anak tu nak suruh jadi macam Sharlinie ker?”

Terus melompat si ibu, meluru mendakap anaknya, yang terkebil-kebil dipeluk dengan tiba-tiba.

Begitulah kita manusia yang selalu alpa dengan nikmat yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Bukan nak kata sesiapa, aku sendiri pun, cukup bimbang dengan diri sendiri. Bimbang alpa dengan nikmat dan kesenangan yang Allah berikan. Sesekali nak juga ditepuk dari belakang, biar tersedak sikit. Baru sedar dari mimpi di siang hari.

Bak kata pepatah, biar putih tulang, jangan putih mata. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Sambil-sambil baca Soleh.Net ni, perhatikanlah gambar di bawah ini. Cuba ingat wajah-wajah ini. Kalau-kalau terselisih di jalanan, anda tahu apa yang harus dilakukan…

Ini wajah Sharlinie

Ini wajah suspek yang menculik Sharlinie

Apa yang patut anda lakukan? Terus hubungi 999 (atau 112 jika dari telefon bimbit). Tak yah ingat nombor lain, nanti kang pening, tak tahu nak pilih yang mana satu.

Sekian, wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

13 thoughts on “Kisah Nurin, Sharlinie Mesti Dijadikan Iktibar”

  1. Budak skang dh tak selamat especially budak2 kt bandar. Mak bapak tak bleh biar anak diorg kuar umah tanpa pengawasan org dewasa lg pasni.

  2. Bukan stakat takleh biar keluar tanpa pengawasan. Kalo keluar ngan kita pun, kena pegang sokmo2. Nak lagi slamat, gari ngan tangan kita. Kalo gi shopping, sumbat semua masuk dalam troli. Pastu kita sebagai mak bapak yang bawak, jangan sekali2 tinggal troli tu (walaupun dekat atau sekejap)…

  3. Itu yang aku pelik tu, ixora. Dah lama aku perhati, ingat ko saje tanak letak link. Low profile laa konon. Sebab sesetengahnya aku perhatikan ada link (tapi still banyak yang takde laa).

    Cuba lepas ni ko takyah letak ‘http://’ kat form tu…

  4. Betul tu, penjenayah mesti kena terima akibat kejahatannya itu.
    Ini bukan setakat merogol, atau berzina shj. Kalau berzina pon kena sebat 80x (kalu dah kawin memang kena rejam!), inikan pula merogol dan bunoh budak kecil! Memang kena bunuh orang macam tu!
    Kerajaan mesti bertanggungjawab!
    Jangan hanya menyuruh rakyat buat baik, tapi pemimpin2 kerajaan/UMNO/MCA/MIC adalah penjahat dan penyamun paling hebat!
    Rakyat bodoh kerana terus beri kepercayaan keapda mereka!
    Kita mesti beri banyak kerusi kepada pembangkang agar mereka tak boleh buat semberono saja!
    Lihatlah negara2 maju, semuanya jauh lebih matang di segi politik, mereka ada pembangkang yg kuat, boleh balancekan kerajaan, jadi kerajaan tak buat ikut suka hati saja.
    SPR memang semua orang tahu, tak boleh harap, bodoh!
    solet.net kenalah jadi soleh, jangan jadi sebaliknya…cakap tak serupa bikin!
    Perabih borah je baca soleh.net ni, ‘ustaz’ yg takde ilmu,jahil murakkab!
    Memang kawe tahu demo tak akan siar komen kawe, sebab demo penakut, nak orang komen baik2 saje…..
    Yg penting demo tahu bahawa demo tak layak dok tulih pasal ni, sebab demo pun lebih teruk dari puak2 yg merogol budak kecik tu

  5. Ok,sori2.. kesilapan sy sendiri. hee..

    Sy mmg tak letak link utk wordpress tp utk blog selain WP, sy letak.

    Masa taip ‘http’ tu sy tertaip ‘htpp’. Patutla tak kuar link. haha. My mistake! sori

  6. ngabe: Astaghfirullahal’azim, Encik Ngabe..

    Janganlah kita memburuk2 sesama manusia. Sesungguhnya perbuatan mengutuk atau memburuk2kan sesama makhluk Allah adalah satu dosa besar.

    Kalau Encik Ngabe tak puas hati oleh apa2 yang dilakukan oleh orang lain, cubalah buat sesuatu yang lebih baik. Biarlah orang lain dapat manfaat daripadanya.

    Inilah waktu yang sesuai untuk Encik Ngabe buktikan kepada semua bahawa Encik Ngabe lebih baik dan berkemampuan daripada orang lain.

    Kalau Encik Ngabe kutuk begini, tiada siapa pun yang dapat manfaat daripadanya. 🙂

    ixora: Patut pun…

  7. Entah siapalah yang sanggup melakukan perkara sebegini. Tak terlintas kah di fikiran mereka kalau benda ni terjadi kepada keluarga mereka? Tapi masalahnya dorang ni takde keluargalah kot.

    Semoga individu yang terlibat tu akan menerima balasan yang sewajarnya daripada Allah S.W.T dan marilah sama-sama kita berdoa agar Sharlinie masih berada dalam keadaan selamat, dilindungiNYA yang maha berkuasa lagi maha mengasihani. Amin…

  8. tak nak komen, tapi nak cari anak saudara yang hilang dari mata, samada di larikan orang atau ikut orang. nak wat macam mana ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.