Kedatangan ‘Wakil SPR’ (Penipu) ke Kampungku

Hujung minggu lalu, sewaktu duduk bersantai di kampung bersama isteri, aku terdengar suara seorang makcik memberi salam. Aku tak berapa endah, sebab mak aku ada di luar, menyambut tetamu yang datang.

Mereka berbual di luar, kadang kala lantang dan kadang kala berbisik. “Biasalah orang kampung, kalau tak bercakap hal orang tak sah,” fikirku ringkas.

Lama kelamaan, aku dengar lain macam jer bunyi di luar. Ada bunyi-bunyi perkataan mengundi, pemilih, dan sebagainya. Isteriku keluar menjenguk tetamu tadi, dengan niat mera’i tetamu.

Dari SPR katanya. Dia datang dengan tujuan nak cek nama pemilih di kawasan kampung aku tu. Aku pun keluarlah menunjuk diri. Bukan nak jadi hero, tapi aku nak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Aku tak suka dengar atau percaya bulat-bulat cakap orang tanpa usul periksa.

Aku tanya dia dari mana. SPR katanya. Aku pun mintak kad kuasa SPRnya (SPR ada kad kuasa? Aku gertak jer).

“Eh eh, bukan begitu. Saya bukan kerja SPR, tapi saya buat kerja SPR,” tetiba lain pulak dah ceritanya, siap tersipu-sipu lagi, tersengih-sengih macam kerang busuk. Menyampah aku.

Aku tanya lagi, “ni apa?” (sambil menunding jari pada kertas yang dibawanya)

Aku pegang kertas tu nak tengok, tiba-tiba dia tarik perlahan-lahan, macam takut jer. Aku pun sebenarnya tak tahu apa yang dia takutkan.

Tajuk terpampang, “Daftar Pemilih Sehingga September 2007”. Aku tanya, “nak buat apa senarai ni? Bukan ker SPR tengah pamer rang daftar pemilih untuk Pilihan Raya? Gunalah rang, buat apa guna yang dah basi ni?”

“Eh eh, takde. Saje, saje jer ni.. hehehe…” balasnya tersipu-sipu, kelihatan lebih sampah menyampah daripada yang mula-mula tadi.

Aku pun terus berangkat menuju ke kereta aku. Malas aku nak layan orang macam ni. Takde kerja lain, semuanya nak menimbulkan spekulasi dan kontroversi. Kata dari SPR, padahal dari parti politik. Yang jadi mangsa, SPR jugak. (Uiks, bela SPR nampak!)

Pastu tuduh SPR penipu, buat itu, buat ini, daftar pemilih tak cukup umur, daftar pemilih hantu (yang dah mati), dan sebagainya. Pada aku, orang SPR pun sekolah, orang parti pun sekolah. Semua kita ada ilmu. Janganlah ilmu ini disalah guna.

Berbalik kepada kisah makcik ‘Wakil SPR’ tadi. Aku pun tak tahu lah siapa sebenarnya makcik tu. Kalau dilihat dari cara percakapannya, nampak macam orang kuat UMNO. Tapi kalau tengok dari segi pemakaiannya, macam orang kuat PAS. Demikianlah kisahnya..

Walau apa pun, permainan politik, dari mana-mana parti sekali pun, pada aku, memang kotor! Allah suruh bersatu, korang nak pecah belah. Yang A tunding jari pada B, B pun ikut sama – tunding jari pada A. Dengan pengadil, pengadil pun kena tunding.

Kalau SPR tak boleh jadi pengadil atau penganjur Pilihan Raya, siapa yang nak jadi pengadil? Takkan UMNO nak jadi pengadil, memang PAS tak nak masuk bertanding. Takkan PAS pulak nak jadi pengadil, sure UMNO tak nak masuk bertanding.

Aku tak suka cara ini. Siapa-siapa yang memburukkan sesiapa sekali pun, bagi aku dia adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang tidak bersyukur.

Bagi aku, biarlah kita yang ubah diri kita. Jangan sibuk nak ubah orang lain, diri sendiri diabaikan. Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

Jangan cari pasal. Banyak lagi benda yang nak difikirkan. Contohnya, fikirkan bagaimana anda sebagai individu perlu lakukan:

  1. untuk memajukan bangsa Melayu? (aku kena menambah ilmu di dada, dan beramal dengannya);
  2. untuk menegakkan agama Islam yang kian dicemari? (aku kena menyampaikan pesanan, walau satu ayat);
  3. untuk didik masyarakat supaya lebih bermaruah? (aku kena jaga maruah aku sendiri);
  4. untuk menyatupadukan rakyat Malaysia? (aku kena berbaik sesama semua rakyat tidak mengira parti);
  5. untuk mencapai kemajuan sejagat? (aku kena bertindak sendiri, tak boleh tunding jari); dan sebagainya.

Ini bermakna, semuanya bermula dari kita sendiri. Kita yang bertanggungjawab, bukan orang lain. Kita yang kena pegang amanah ini. Kita yang kena start dulu.

Bukannya orang lain kena start dulu baru kita nak follow. Kalau macam tu sampai sudah pun tak menjadi.

Sekian, bertindaklah dengan waras dan rasional. Jangan memperbodohkan orang dan janganlah diri diperbodohkan. Wallahu a’lam.

P/s: Agak-agak ngkorang, bilakah tarikh sebenar Pilihan Raya Umum Ke-12? (Sila jawab di ruangan komen.)

P/p/s: Saper jawab betul, aku bagi hadiah misteri yang cukup berharga dan diidami ramai – serius! Tarikh tutup penyertaan adalah sebaik sahaja tarikh diketahui. Ini bermakna sebarang cubaan meneka selepas tarikh tersebut tidak akan dikira.

P/p/p/s: Ajaklah rakan taulan anda seberapa ramai yang boleh. Sebab hadiah ini boleh dikongsi sesama rakan taulan. Kalau anda tak menang pun, salah satu dari rakan taulan anda pasti menang. Selamat mencuba!

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

6 thoughts on “Kedatangan ‘Wakil SPR’ (Penipu) ke Kampungku”

  1. haissss.. tetak aje!

    seb baik tade org mcm tu kt area aku. tp pemuda umno suke betul la tunjuk samseng. kiteorg panjat pagar sekolah pon marah, nak short cut la. siap kuarkn kad umno, maki2, marah2.. sekali naik tapak selipar kt muke karang.. ade la cap asadi. tp takpe, die rase die bagus, sile kan la.

    tp kenape org sanggup buat camni? nak menang punye pasal, main tipu tak kesah? ingatlah dose2 tu. satu hari dihitung jua.

    1. dimanakah pelaksanaan mandi wiladah, karena setelah melahirkan masih ada darah nifas. apa niat mandinya bersamaan dengan mandi nifas, atau setelah melahirkan mandi ???? ini yang biasanya orang desa lakukan setelah melahirkan yaaaa Mandi wiladah .

  2. Korang nak mintak tolonnnn skit ni… Aku x daftar lagi sbg pemilih so skang leh daftar lg x
    please… help me

    ImamKhalid: Pendaftaran adalah sepanjang tahun. Ko boleh daftar sekarang ni. Tapi ko takleh mengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 8 Mac 2008 ni.

    Ini kerana, setiap kali seseorang mendaftarkan diri sebagai pemilih, pemilih tersebut akan disahkan setiap suku tahun.

    Mana boleh lepas daftar terus ngundi. Atau, mana boleh nak ngundi baru daftar. Kalo macam tu senang arrr. Banyak laa pemilih yang tak sepatutnya mengundi di suatu kawasan tu turut mengundi.

    P/s: Aku rasa baik ko takyah daftar lagi, sebab aku takut orang SPR tak layan jer. Yerlah, kan diorang semua tengah sibuk dengan persiapan PRU12 ni. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.