Amalan Minum Air Panas Selepas Makan

Mmm, sedapnyerrrr…Apa yang korang minum lepas makan tadi? Apa yang korang minum lepas makan semalam? Milo ais? Teh ais? Nescafe ais? Air batu kosong?

Tahukah korang betapa air sejuk itu tidak baik untuk kesihatan? Air sejuk yang berais sangat merbahaya. Pengamalnya berisiko tinggi mendapat serangan jantung, walaupun di usia muda.

Risiko ini kebiasaannya berlaku dalam jangka masa panjang. Sebab itu, ada yang dah lama mengamalkannya, tetapi tetap sihat dan cergas.

Serangan jantung tidak mengenal tuannya. Ada yang bernasib baik, dan ada yang sebaliknya.

Namun, lebih baik kita berjaga-jaga sebelum terkena. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Untuk itu, kita dinasihatkan untuk mengamalkan meminum air panas selepas makan.

Amalan atau petua ini telah lama diamalkan oleh masyarakat di negara China dan Jepun. Mereka mengamalkan meminum teh panas, bukan teh batu ais macam kita.

Aku tahu, Malaysia ni beriklim panas (dan lembab sepanjang tahun). Aku juga tahu yang negara China dan Jepun itu negara empat musim. Dan aku juga sangat tahu, air sejuk memang best dan menyeronokkan.

Paling best yang aku tahu, air sejuk akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Tindakbalas ini akan menyebabkan lemak terbentuk di dalam usus, lantas memperlahankan proses penghadaman.

Lama kelamaan, lemak-lemak ini akan menyempitkan saluran-saluran dalam badan kita. Bila dah sempit, mudahlah tersumbat. Bila tersumbat, penyakit pun datang. Bila penyakit dah datang, anda akan menyusahkan diri anda dan orang lain.

Aku sendiri pun dulu suka sangat minum air sejuk. Tapi lepas kahwin, amalan itu terus menjadi sejarah dalam hidupku. Melainkan sekali sekala sahaja dalam keadaan yang tertentu.

Semenjak aku mengamalkan minuman panas, tubuh aku rasa segar dan sentiasa sihat. Kalau korang nak sihat, ikutlah amalan aku. Kalau nak sihat lagi kuat dan bertenaga, boleh try kopi Radix panas yang macam dalam iklan TV, mai secawan! 🙂

Selain air panas, sup panas juga boleh diamalkan. Cuma nasihat aku, jangan minum air panas yang sedang menggelegak. Kang melecur tali perut, aku jugak yang dipersalahkan.

Waktu yang paling baik ialah setengah jam selepas makan. Bukan di antara makan, macam yang korang biasa buat (aku tak buat).

Akhir kata, jaga kesihatan, jaga diri, jaga amalan, jaga agama, seiringan. Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

20 thoughts on “Amalan Minum Air Panas Selepas Makan”

  1. Alahai, terkena tepat ke batang hidung sendiri! ehehe. kebetulan smlm minum teh o ais limau lps mkn. =P

    Tapi sejak duduk rumah ni, mmg jarang minum air ais. Dlm peti ais pn mmg takde air kosong. haha. Bagos btol org rumah ni.. minum air masak je. hee. Oh,ya.. saya peratikan ramai org makan sambil minum.. sib baik saya tak buat mcm tu.

  2. Dulu… masa duk Johor… memang selalu aku amalkan minum air berais ni… Bleh kata siang malam minum air berais…

    Tapi sejak balik ganu ni… dah kurg skit amalan minum air berais tu…

  3. Mana nak cari air mineral hari2, Encik Ngabe?

    Aku rasa Encik Ngabe kena bukak bisnes supply air mineral laa.. Apply kot internet. Pastu Encik Ngabe gi buat pemasangan paip air mineral ke rumah pelanggan. Huiyo, boleh jadi jutawan Encik Ngabe kalau bisnes ni menjadi! 😀

    1. saya xnk bg kmen apa2,nk tmbahpn smua dh btul……..tmbh saya skong ayat ni : “Kalau nak sihat lagi kuat dan bertenaga, boleh try kopi Radix panas yang macam dalam iklan TV, mai secawan! 🙂 ” RADIX BOLEH!!!!!!!!

  4. ..’minum ais lepas mkn boleh lemah tenaga syahwat’..
    betol ke imam?

    ImamKhalid: Betul, tak percaya boleh cuba. 🙂

  5. bila minum minuman panas rasa steady, relax tapi bila minum minuman berais pulak rasa refresh,cool dan energetic..bagi saya la.

    ImamKhalid: Benar, tetapi minuman sejuk mengundang pelbagai penyakit dalam jangka masa panjang, termasuklah sakit urat, sakit kepala, sakit batin, obese, dan sebagainya.

    Oleh itu, walaupun menyegarkan untuk tempoh masa sekejap, lebih baik ditinggalkan, untuk kesejahteraan kita di masa hadapan.

    Terima kasih, dan selamat datang! 🙂

  6. ” ZAT DI DALAM AIS TIDAK AKAN MAMPU DIHASILKAN OLEH MANA-MANA SAINTIS MAHUPUN MANUSIA “

    FAKTA KELEBIHAN AIS :

    * Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
    * Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
    * Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
    * Liputan ais di Antartika (daerah kutub Selatan) dan Artik (daerah kutub utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
    * Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

    * Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
    * Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
    * Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
    * Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
    * Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi sawan.
    * Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
    * Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
    * Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
    * Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
    * Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
    * Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
    * Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
    * Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
    * Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
    * Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekut kristal yang paling keras iaitu intan.
    * Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
    * Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
    * Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
    * Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
    * Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
    * Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
    * Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
    * Air kelapa muda bersifat sejuk amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadinya bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
    * Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia menguatkan perut.
    etikan dari buku panduan dan aplikasi Seri Wajah (Aromatherapy Vibration) – Dr.Nohissam Mustafa
    Colour Vibration Therapy
    Complementary Alternative Medicine International
    Prof. Emeritus Dr Sir Norhisham Wahab (Founder)

    1. saudara/saudari hidayat, air sejuk itu memang bagus… tapi bagus untuk luaran saja, seperti mandi contohnya. memang org2 kampung kita pun sedia maklum yang mandi air yg sgt sejuk itu bagus untuk awet muda. tapi yang dilarang dalam pantang kita ialah MINUM air sejuk.

      sama juga, orang kita sedia maklum tak mandi dengan air yang panas (suam mungkin, kalau ada).

      kesimpulannya, air panas itu lebih elok untuk dijadikan minuman berbanding air sejuk. ia juga petua awet muda. buktinya, lihatlah rakyat asia, yang rata2 kelihatan lebih muda berbanding rakyat barat yang terbiasa minum air batu. sama juga, rakyat asia yg masih menjaga pantang minum air panas selalunya tampak awet muda berbanding yg sudah moden dan mengamalkan minum air batu setiap hari. kulit yang tegang dan muda adalah clue kepada tubuh yg sihat juga… so fikir2 kan lah

  7. Salam ziarah dari saya…wah berinformasi semua dari artikel ini darilah sampai komen semua ada unsur nasihat, peringatan bimbinbingan ke jalan yang benar, sains, mitos, physiology… saya tak boleh nak tulis apa-apa pun. Cuma ingat nak berenti minum air sejuk…cuba sebaik mungkin… (azam dah ada tuh)…

  8. mmg betol dan ade perbezaan nye..klu korang yg jenis suke bersukan..kena ais cepat je pancit ( ala…cepat penat ) tp klu korang amal minum air panas ( air suam la tu ) aku gerenti korang leh aktif dan maju dlm sukan yg korang ceburi…( sbb aku dah kena ms minum air panas aku champ, bile kena air sejuk dpat no.4 sbb pancit cepat..heee)

  9. Aku dah lama tahu benda ni tapi tetap minum jugak.Tapi sekarang sejak dengar ada sorang Dr beritahu yang ais kiub tuu dibuat menggunakan asid getah ….takut. aku berazam ubah tabiat minum ais yang segar tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.