Lihat jantung anda…

Beginikah rupa jantung anda?Lihat jantung? Ai, jantung kat dalam, macam mana nak tengok?

Bukan macam tu… Semalam aku cerita pasal amalan minum air panas selepas makan. Hari ni aku nak kongsi satu tips yang boleh kita cuba di rumah di bawah segmen don’t please try this at home. 😛

Aku nak cerita pasal kaedah mengenali jantung sendiri. Kaedah ini bertujuan untuk mengenalpasti risiko serangan jantung terhadap diri sendiri.

Mula-mula anda perlu maklum bahawa kebiasaannya serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.

Kalau anda rasa sakit berdenyut-denyut pada tangan kiri anda, pergilah berjumpa dengan doktor.

Kalau takde rasa sakit-sakit di bahagian tersebut, perlu diingat bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa di bahagian tersebut.

Selain tangan kiri, ada sesetengah kes di mana mangsa serangan jantung mula terasa sakit, sedikit-sedikit (macam kata Pak Blalang) pada bahagian atas dada.

Ada juga yang keletihan dan berpeluh, tetapi tidak rasa sakit langsung di dada. Ini juga adalah simptom biasa, terutama bagi yang kali pertama terkena serangan jantung.

Kesimpulannya, bukan senang nak detect serangan jantung. Oleh itu, (motif aku tulis post ni) jagalah kesihatan anda semasa muda lagi.

Jangan nanti dah tua baru nak terkial-kial cari kasut joging. Tu pun kalau joging. Kalau beli jer, joging nyer tak langsung, baik tak payah.

Begitu juga dengan ibadat kita. Gurau, gurau jugak. Solat 5 waktu jangan diabaikan. Insya-Allah sihat jantung kita di akhirat nanti. Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

6 thoughts on “Lihat jantung anda…”

  1. mmm…bagus untuk diamalkan selalu. wak dulu selalu gak jalan gi motong getah. skang ni dah tua jantung wak sangat sihat, kaki je yang jadi tak larat…

  2. cikF=): Alang2 jalan kaki tu, jogging lah sket2. Bila berpeluh, makin sihat lah kita, insya-Allah.

    wakjoko: Wak tak stretching kot. Tu yang sakit kaki tuu…

    Pembebel: Banyak lah ko punya huhu. Ko smayang suboh kol bape hari ni? ekekekek 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.