Nama-nama orang Jepun

Korang tau tak yang orang Jepun suka buat lawak? Kadang-kadang lawak diorang tu sampai ke tahap yang kita sendiri tak boleh nak terima. Yang latest aku tengok dalam siri realiti TV, diorang buat lawak, permainan senyap di library.

Dalam library tu, meja tengah diduduki oleh 6 orang peserta. Tempat lain macam biasa, ada orang baca buku di meja, ada orang cari buku di rak buku, dan ada penjaga library yang duduk di kaunter. Macam library biasa.

Di meja tengah tadi, satu ayat dipaparkan tentang hukuman yang akan diterima oleh insan malang. Contoh ayatnya ialah seperti “Cabut bulu hidung”, “Telinga digigit oleh orang tua”, “Dipukul di punggung”, “Sedut udara busuk”, “Makan roti berkulat”, dan sebagainya. Tak ke lawak bangang macam tu?

Dalam suasana perpustakaan yang senyap sunyi, peserta akan cabut undi (diorang pun kena senyap). Undi dibuka serentak, di mana semua orang akan mendapat tanda “Selamat” kecuali seorang.

Seorang itu adalah insan malang pada pusingan tersebut di mana dia akan mendapat tanda “Mampus!” dengan lambang tengkorak berwarna merah tertera di belakang kad undi itu.

Dalam suasana senyap sunyi itu juga, hukuman akan dijalankan oleh para peserta yang selamat. Bayangkan mencabut bulu hidung tapi dalam keadaan senyap. Aduhhhh, seksanya! Semua orang tahan nak tergelak.

Yang telinga digigit oleh orang tua tu, tetiba jer ada pakcik tua kerepot masuk dalam library tu. Sampai kat meja, dia cabut semua gigi palsunya (yek, geli). Pastu terus dia gigit telinga insan malang tu dari belakang. Sampai terjerit mamat tu. Semua orang suruh senyap.

Yang dipukul di punggung pula, insan malang tu kena bertonggeng kat atas meja, muka mengadap ke depan. Dalam semua orang tengah senyap tu, datanglah seorang mamat bawak kayu besbol.

Tanpa pengetahuan insan malang tersebut, mamat tu sebat punggung insan malang tu sekuat hati. Auwwwwww! Mamat tu terus lari. Bila ditanya, semua orang tak mengaku. Sakit yang amat! (hey bangang betul diorang nih)

Kesimpulannya, aku nak tunjuk nama-nama orang Jepun dalam gambar di bawah ini, yang tak kurang kelakarnya:

Nama-nama orang Jepun

Dari kiri (kononnyer). Cuba perhatikan nama diorang. 😈

  1. KEJI CACIMAKI – seorang pemarah;
  2. SATO SUKAMURA – seorang yang tak suka barang mahal;
  3. KITA TADASUARA – seorang bisu;
  4. NANACHI HITOSE – minat giler makan tose;
  5. APO NADIKATO – minat lagu blues;
  6. ASIKO ULANGKAJI – suka belajar dan mengulangkaji pelajaran;
  7. WAKASI HURUHARA – selalu bikin ribut;
  8. MATIMATI TAMOKASI – seorang yang masih bujang; dan
  9. ASIKO GILOBETINOKO – seorang yang asyik berbini.

Agak-agak apa maksud nama-nama diorang ni dalam bahasa Jepun? Kalau aku, aku tak kisah apa nama diorang ni.

Yang penting kalau aku ni seorang pengarah filem, dah lama aku ambik diorang semua ni berlakon filem “Sepet!” Mesti berebut orang nak tengok citer aku tu…

Apa pun, kita sebagai orang Islam, mestilah tahu yang mana haq dan yang mana batil. Yang baik boleh dijadikan tauladan. Yang tak baik, jadikan sempadan.

Sekian, wallahu a’lam.

P/s: Gambar di atas hanya sebagai hiasan sementara. Nama-nama di atas pula hanyalah sekadar hiburan duniawi. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun mati.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

25 thoughts on “Nama-nama orang Jepun”

  1. apa laa orang jepun nih. nggak ada kerja lain ka. wak pun rasa lucu. tapi kadang2 wak rasa mereka ni bodoh laa. entah laa wak pun tak tau apa nak cakap

  2. SembangKomputer.Com: Memang tak bleh tahan, sib baik tak mati jer dak tu..

    Faris Fakri: Serius? Tsepppppppp…..!

    ixora: Aik? Bila masa pulak aku reject komen ko? Takut salah tekan button kot…

    P/s: Dah dibetulkan, time kasih sebab ambil berat… 😛

    zuriaf: Memang kreatif, tapi menyakitkan hati sanubari..

    wakjoko: Hehe ada2 jer wak nih…

  3. cikF=), selamat bercuti…

    Eh, betul ker komen selalu tak appear? Sebenarnya site ni guna AJAX untuk hantar komen. Jadi, entah apa silapnya, kita kena refresh lepas hantar komen.

    Takpe cikF=) nanti saya cek balik programmingnya. Err, ada apa2 komen lagi tentang site ni?

    P/s: Thanks coz ada jugak orang yang cakna macam cikF=) 🙂

  4. Cakna tu prihatin. Thanks to ixora yang prihatin pasal “Hari Penting” tu. Btw, apa yang miss ixora comment pada “semalam” tu?

    P/s: Pembetulan komen di atas: Thanks coz ada jugak orang yang cakna(prihatin) macam cikF=) dan ixora… 😛

  5. Dah lama perasan pasal hari penting tu tapi segan nk tnya. Takut saya yg tersilap pandang ke.. manatau..

    Erm,ntah.. tak ingat apa yg saya dah komen tapi takde apa sgt pn. Kalo tak silap saya ckp muka diorang tu sumer nampak semacam je sekali pandang. Sepet2 je sumer. Tu kot komen saya. hehe. Tak ingat. sori.

  6. Hahahaha. Aku memule tak perasan jugak mase tengok. Tapi dah lamer perhatikan tu baru lah aku notis rupanya muka sama jer! Hahaha. Giler sepet betul mata tu. Tsk tsk tsk. Nampak ker nak menengok nye?

    Tapi kan aku tak boleh tul tengok awek hindustan yang macam pelakon bollywood tu. Lawa betui no? Memang menggugat keimanan aku la. Siot tul lah. Layannnnnn! Tseeppppppp!!

  7. Faris Fakri: Nampak laa, cuma pandangan diorang tu jer lain sket. Nampak leper jer semua orang, kih3!

    Awek hindustan? Mana? Tak nampak pun? Ada kat dalam gambar ni ker?

    ecahkoop: Salam ecahkoop, selamat datang ke Soleh.Net. Terimalah pantun welcoming dari aku yang tak seberapa ni:

    Kalo pergi ke pantai Penarik,
    Boleh berkelah dan juga mandi,
    Kalo ada citer menarik,
    Boleh kita sama2 kongsi…

  8. ada lagi nama jepun yang aneh

    ICHI BAWA
    SUKA RABA

    ini betul bukan reka reka tau nama kawan aku kat hotel jepun di malaysia ni

  9. eh? ada eh vid tu? nak tengok. baca post ni pun dah gelak2 dah. mesti lawak giler kan? perr… yg kena cium udara busuk tu mesti sedap giler. eleh, cam tak biasa buat kat adik je. hahaha.

    ImamKhalid: Ada, ko kena cari sket kat YouTube.com, dengan term “Japanese silent game”. Banyak siri2 lain yang diorang buat, kelakar tahap dewa! 😛

    P/s: Ko biasa buat camtu kat adik ngko ker? Siot jer ngko nih, sian kat adik ngko yang tak berdosa ittew…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nama-nama orang Jepun

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.