Terengganu pun dah tak selamat

Terengganu pun dah tak selamatHah? Apa? Tak selamat? Apa yang tak selamat? Tak selamat dunia ker, tak selamat akhirat?

Ish bukanlah. Korang ni. Aku nak cakap pasal kes penculikan. Aku nak bagi tau, bukan kat KL atau Selangor jer yang terdedah dengan bahaya penculik tak bertanggungjawab ni.

Sekarang ni, penculik-penculik jahanam tu dah mula nak buat operasi kat Terengganu pulak!

Tak taulah penculik sama ker penculik baru yang baru terlepas kandang atau yang baru nak berjinak-jinak dalam bisnes jual budak nih!

Korang tau tak, yang aku dengar sendiri pun dah 2 kes. Sorang yang penculiknya dapat lari. Yang satu lagi dah kena belasah dengan orang ramai.

Aku rasa diorang ni takde kelulusan ijazah sarjana muda (Hons.) penculikan lah. Nasib baik diorang tak terel. Kalau tidak dah tentu masuk suratkhabar lagi.

Begini ceritanya. Berlaku di kampung Gong Tok Nasir, Kuala Terengganu. Seorang budak tingkatan satu jalan kaki balik dari sekolah. Nama dia aku pun tak tau.

Tapi bagi aku budak tingkatan satu pun kecik sangat lagi. Sukar menghidu bau busuk yang datang dari ketiak sang penculik. (amboi, manisnya bahasa)

Kemudian, ada seorang pakcik bawak motor, berhenti depan budak tu dan bertanya, “Nak, kedai barang-barang besi kat mana?” dengan penuh sopan dan lembut. (menyampah aku)

Budak tu pun dengan rasa best menjawab, “Ala, kat belakang lorong tu jer, pakcik.”

“Erm, pakcik tak biasa lah kawasan tu. Boleh anak tolong tunjukkan? Haa naik jer belakang motor pakcik ni,” sambungnya penuh harapan (konon).

Budak tu pun naik. Pakcik tu bawak motor perlahan-lahan ke arah tempat yang budak tu tunjuk.

Sampai dekat dengan kedai tu, rupa-rupanya sebuah van sedang menanti, siap dengan konco-konco berbadan macho di dalamnya.

Budak tu terus rasa lain macam. Teringat kat Sharlinie, “Orang ni nak culik aku ker?” bentak fikirannya penuh debaran.

Apa lagi, terus melompat budak tu, lari sekuat-kuat hatinya ke mana sahaja kakinya melangkah. Kebetulan kawasan tu takde orang.

Jumpa jer sebuah rumah, terus dia masuk sambil memanggil-manggil tuan rumah, walaupun tak pasti ada orang ker tak.

Mujurlah, tuan rumah ada di rumahnya. Tuan rumah tersebut kebetulan seorang jaga sebuah bank. Jaga tu pun bawa lah budak tu ke balai polis.

Polis pun jawab, “Semalam baru jer ada orang report. Seorang budak nak kena culik. Budak tu jerit-jerit sampailah orang ramai dengar. Bakal Penculik tu terus kena kejar. Dapat-dapat terus kena belasah.”

Itulah 2 kisah yang berlaku baru-baru ini di Kuala Terengganu.

Apa pun aku nak pesan pada diri aku sendiri dan pada pembaca budiman sekalian. Jadilah insan yang alert dan bertanggungjawab.

Bukan hanya pada diri, bukan hanya pada anak, bukan hanya pada adik, bukan hanya pada saudara. Tapi kepada semua insan, terutama kanak-kanak. Selagi bawah 18 tahun, anggaplah kanak-kanak, mesti diawasi dan diperhati.

Kanak-kanak tidak boleh berfikir macam orang dewasa. Jangan menyalahkan kanak-kanak di atas kes-kes penculikan yang berlaku.

Buas ker, tak dengar cakap ker, itu bukan alasan. Kanak-kanak mesti diawasi dan dijaga dengan penuh rasa tanggungjawab.

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

14 thoughts on “Terengganu pun dah tak selamat”

  1. aku pon takot gak….. mana lar tahu kot2 ader org nak culik aku….. maklumlar….. enchem sangat…… baru nie ader gak org tanya aku pasal kedai besi tu…. nasib baik aku x p tunjuk jalan ke kedai tu…. hu hu hu…. (believe it Or NoT)

  2. JiPON: Sebab ko tak p tunjuk tu lah, budak yang tak bedose tu hampir jadi mangsa. Sepatutnya ko lah yang pegi. Ko gi ngan moto ngko, pakcik tu bawak moto sendiri, baru aci…

    zaiful: Apa pulak yang ko merepek pasal juara nih? 😛

    wakjoko: Wak, bukan iman lah, Imam. ‘M’ bukan ‘N’ di belakang tuuu 🙂

  3. Biaser pukul 12.46 am camni mata cerah lagi, tapi apesal malam ni cam dah ngantuk nih, aiseh. Erkk, amender pulak aku merapek nih. Sori naik lori.

    Anyway, memang betul bebudak sekarang memang perlu diawasi dengan ketat. Dah tak boleh macam dulu lagi dah. Even anak nak kuar main depan rumah pun bahaya dah sekarang. Tak tau ape lah sebenarnye niat jahat dorang nih. Kenape lah nak susahkan hidup orang lain. Tak kesian ke.

    Na’uzubillah, harap-harap perkara sebegini takkan berlaku dalam komuniti kita, amin.

  4. Org kampung aku ada ungkit pasal sorok budak ni kekadang utk lengkapkan ilmu-setannya. Ada yang dah kena culik tapi dipulangkan semula.

    Criteria? Maybe.

    Maybe sbb tu la budak 4 org yang kena culik dulu tu dipulangkan semula.

    Wallahua’lam.

  5. Faris Fakri: Naiklah ngko sorang2 lori ittew… Eh, ko kat England pun ada jugak ker kes penculikan macam kat Mesia nih?

    Mr Ah Fa: Ilmu setan? Na’uzubillah. Kalau dipulangkan tu Alhamdulillah lah. Kalau dipulangkan jugak, tapi dalam keadaan menyedihkan, tak ker naya?

    dekerinchi: Bukan setakat difikirkan, malah langkah yang drastik itu mesti diambil, dan semua orang harus bertindak dan memainkan peranan! 🙂

  6. ImamKhalid : Ader la, aper pulak takde. Kes ni nak kata baru tu tak la jugak tapi berlaku sebelum kes budak yang mula-mula hilang hari tu. Aper nama dia aku lupa. Tapi sejibik camni lah. Hilang, pastu sampai hari ni pun tak jumpa-jumpa. Kesian mak bapak dorang.

    Tapi press/media kat sini betul-betul bagi pressure kat government. Selalu kuar paper sumer pasa ni. Nak push government supaya do something la kot. Tapi sekarang macam dah slow skit setelah berbulan-bulan ko tau.

    Mintak jauh daripada bala dan musibah. Amin.

  7. Korang ni malam2 buta pun masih tercongok depan PC eh? Dah takde keje? Keh keh keh… 😛

    Faris Fakri: Eceh, main ImamKhalid noktah bertindih laa pulak Encik Faris Fakri kita nih… Apa pun, aku harap kita semua dapat ambil iktibar dari kes2 sebegini. Lain kali insya-Allah lebih berhati2 dan berjaga2…

    SembangKomputer.Com: Sape nak culik ngko? Perasan! kui3.. Eh, sape kata ko takde nilai komersil. Blog ko tu best ape… Kalo ko rasa tak best, boleh bagi kat aku… 😀

    ecahkoop: Kalo ko pun tamo kena culik, aku lagi tamo.. kwang3x juga!

  8. PERJUANGAN BELUM SELESAI, KEMENANGAN BILAKAH AKAN TERCAPAI ?

    Israel bina 884 lagi rumah

    BAITULMAQDIS: Israel akan membina 884 lagi rumah di timur bandar ini, kata kementerian perumahan semalam, tindakan yang akan membangkitkan kemarahan rakyat Palestin yang menuntut ibu kota ini sebagai kawasan milik mereka.

    “Selepas sidang Kabinet mingguan semalam, kami akan membuka tender bagi pembinaan 121 unit rumah di Har Homa dan 763 lagi di Pisgat Zaav,” kata jurucakap kementerian Eran Sidis kepada AFP.

    Dua kawasan kejiranan itu terletak di timur Baitulmaqdis Arab yang dijajah Israel selepas merampasnya ketika perang 1967 yang mana dituntut rakyat Palestin sebagai ibu negara mereka berikutan rundingan damai disokong Amerika Syarikat.

    “Tawaran ini dibuka khusus ketika sambutan Hari Baitulmaqdis, ulang tahun ke-41 penyatuan bandar ini,” kata Sidis merujuk kepada penjajahan Israel di timur Baitulmaqdis ketika Perang Enam Hari.

    Datuk bandar Baitulmaqdis, Uri Lupolianski mempertahankan tindakan itu, memaklumkan radio awam bahawa ia adalah “keperluan mendesak bagi penduduk Yahudi.”

    Petikan dari Berita Harian 2 Jun 2008

    ULASAN :

    Allah Taala telah mentakdirkan dan menentukan bahawa yang menjadi khalifah di bumi adalah daripada jenis manusia. Allah Taala telah memberi kebebasan kepada manusia yang berbagai-bagai kaum dan bangsa untuk mentadbir, mengimarahkan, membangun dan memajukan muka bumi ini.Manusia dibenarkan membina tamadun semampu yang mungkin.Tapi Allah Taala mahu segala-galanya ditadbir, diurus dan dijayakan mengikut syariat-Nya seperti yang diperintahkan melalui rasul-rasul-Nya.

    Walau bagaimanapun siapa yang mengingkari dan membelakangi perintah-Nya walaupun mereka berjaya di dunia, di Akhirat tetap dihukum setimpal dengan kesalahan dan larangan yang dilakukan oleh manusia.

    Perlu diingat, sebab-sebab satu kaum atau bangsa itu mendapat kemenangan dan kemajuan di dalam berbagai-bagai bidang, ada sebab-sebab yang lahir, ada sebab-sebab yang batin. Ada sebab-sebab yang tersurat dan ada sebab-sebab yang tersirat. Ada sebab-sebab yang dapat dilihat, ada sebab-sebab yang tidak dapat dilihat. Ada sebab-sebab yang logik, ada sebab-sebab yang tidak logik.

    Umat Islam sepatutnya tidak semata-mata bergantung kepada sebab-sebab yang lahir untuk mencapai kemenangan dan kemajuan, tapi memerhatikan sama sebab-sebab yang batin. Umat Islam tidak bersandar dengan sebab-sebab yang tersurat sahaja tapi bersandar sama dengan sebab-sebab yang tersirat.Untuk lebih dapat difahami, kemenangan dan kejayaan itu diperolehi dengan empat sebab seperti berikut:

    1. Melalui Sifat Taqwa

    Iaitu segala usaha dan perjuangan yang dilakukan sama ada di medan perang, berusaha untuk kemajuan ekonomi, pembangunan, pendidikan, dakwah dan lain-lain lagi ialah di atas dasar taqwa. Perjuangan dan usaha itu mengambil kira tentang syariat Tuhan. Di dalam berusaha, sambil membaiki diri. Di dalam berjuang, rasa bertuhan itu dipertajamkan. Di dalam berusaha, rasa kehambaan makin dirasakan, tidak lekang pergantungannya dengan Tuhan.

    Cara inilah Allah Taala memberi jaminan kemenangan dan kejayaan. Kemenangan dan kejayaan itu akan berlaku mengikut tahap-tahapnya. Kalau perjuangan itu besar, besar pulalah kejayaannya.Kalau kecil perjuangan itu, kecil pula kejayaannya.

    Itulah yang dimaksudkan oleh Al Quran:
    Maksudnya: “Berhak di atas Kami memberi kemenangan kepada orang mukmin.” (Yunus: 103)

    Maksudnya: “Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya diberi dia jalan keluar dan diberi rezeki sekira-kira tidak tahu sumbernya.” (At Talak: 3)

    Maksudnya: “Barang siapa yang bertaqwa, nescaya diajarkan kamu akan ilmu.” (Al Baqarah: 282)

    Sabda Rasulullah SAW:
    Maksudnya: “Barang siapa mengerjakan apa yang dia tahu, nescaya Allah akan pusakakan apa yang dia tidak tahu.”

    Inilah yang dimaksudkan oleh Waqi’ (guru Imam Syafie) kepada Imam Asy Syafie, “Kalau hendak mudah menghafal, tinggalkan maksiat.”

    2. Atas Dasar Berkat

    Kemenangan dan kejayaan yang diberi atas dasar berkat orang lain atau disebabkan satu amalan yang dipandang besar oleh Allah Taala. Atas dasar berkat ini, kepada orang yang fasik atau kafir pun dikurniakan juga oleh Allah SWT. Seperti seseorang yang taat kepada kedua ibu bapanya yang soleh, seseorang yang berkhidmat kepada gurunya yang soleh atau orang yang membantu perjuangan yang hak yang diperjuangkan oleh orang-orang yang soleh, orang yang didoakan oleh orang yang soleh,orang yang berkhidmat dengan anak-anak yatim, orang yang berkhidmat dengan fakir miskin, bertawasul dengan orang-orang yang soleh, orang yang menghormati orang soleh.

    Inilah yang dimaksudkan oleh Hadis:
    Maksudnya: “Dengan sebab mereka, mereka diberi rezeki.”
    Maksudnya: “Dengan sebab mereka, mereka diberi pertolongan.”

    3. Atas Dasar Istidraj

    Kemenangan dan pertolongan Allah atas dasar istidraj ini kerana Allah telah terlalu murka kepada seseorang atau satu kaum atau satu bangsa kerana kezaliman atau kekufurannya, atau sudah terlalu derhaka. Kemenangan itu diberi agar mereka tertipu dengannya. Mereka makin tidak sedar dan lupa hingga mereka terus melakukan kezaliman atau kekufuran atau kederhakaan hingga mati. Mereka binasa dengan kejahatan itu. Akhirnya mereka akan dijerumuskan ke dalam Neraka, wal’iyazubillah.

    4. Atas dasar Quwwah

    Kemenangan dan kejayaan atas dasar quwwah kerana ada kekuatan lahir seperti mempunyai kekuatan ilmu, kekuatan tubuh badan, kekuatan tenaga manusia, kekuatan alat kelengkapan yang canggih, pandai mengatur strategi, berdisiplin, rajin, kesungguhan bekerja dan berjuang serta berani dan tahan berhadapan dengan cabaran. Kemenangan ini adalah kemenangan yang lumrah berlaku kepada sesiapa atau kaum atau bangsa apa sahaja. Kemenangan dan kejayaan ini Allah Taala lakukan sesuai dengan usaha dan kemampuan yang ada. Boleh jadi juga Allah sertakan kemenangan dan kejayaan secara istidraj. Kerana mereka sudah terlalu percaya dengan usaha dan kemampuan sendiri tanpa bersandar dengan kekuasaan Allah Taala.

    Inilah yang dimaksudkan oleh hukamak: “Kebenaran yang tidak mempunyai disiplin itu akan dikalahkan oleh yang batil yang mempunyai disiplin.”

    Akhirnya manusia lalai dan cuai dengan Tuhan. Pelanggaran hukum-hakam dilakukan. Manusia hidup nafsi-nafsi, masingmasing membawa diri dan jaga diri sendiri. Perpecahan menjadijadi. Curi, rompak sering berlaku. Pembunuhan dan pergaduhan menjadi budaya hidup. Akhirnya seluruh manusia hidup di dalam ketakutan termasuk para pemimpin dan orang-orang kayanya. Masyarakat kacau-bilau. Huru-hara di mana-mana.

    Akhirnya kemajuan dan kejayaan yang diperolehi tidak ada erti apa- apa.Inilah yang berlaku di kebanyakan zaman di dunia dan itulah juga yang berlaku di seluruh dunia hari ini. Perlu juga diingat bahawa kemenangan dan kejayaan yang diberi pada sesuatu kaum atau bangsa secara istidraj, hikmahnya kerana hendak menghukum golongan yang telah mendapat kebenaran tapi telah lalai, lupa kepada Tuhan, meringankan syariat, lupa hari Akhirat, agar mereka kembali kepada kebenaran dan rujuk semula kepada Tuhan.

    Itulah hukuman yang sedang berlaku kepada umat Islam di dunia hari ini kerana kelalaian mereka. Kita sedang menunggu kemenangan dan kejayaan atas dasar taqwa dan kita tidak tahu bila Allah Taala akan lakukan. Kita harap tidak lama lagi.

    Tuhan! Engkau kabulkanlah permintaan kami dan segerakanlah kemenangan dan kejayaan ini

  9. ape a korg merepek nie…xhbis2.lbih baik korg g wat keje bfaedah lg bgus…huhuhu..cian kn kt adik2 kt yg kene culik 2..cdihnye..nk nangis dh nie…isk2…hope adik2 kt yg ilg 2 akn blik ke pngkuan fmly dorg xlama lagi kn..sama2 la kt berdoa..amin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.