Tabunglah anda sebelum anda ditabungkan

Ok tak tajuk pos aku kali ini? Maklumlah, dah 4 hari tak menulis, rasa macam berkarat jer otak kiriku yang “penuh kekreatifan” ini. Apatah lagi jari jemariku yang halus kasar ini, rasa macam kekurangan otot jer.

Cuba perhatikan gambar di bawah ini:

Tabunglah anda sebelum anda ditabungkan

Yang mana satukah tabung yang anda gunakan? Aku rasa saudara Affuan amat sesuai guna tabung nombor 6. Faris Fakri sesuai dengan tabung nombor 1. CikF=), ixora (selamat kembali dari cuti) dan nono pula mesti sukakan tabung nombor 4 dan 5.

SembangKomputer.Com yang berfikiran ke”komputer”an itu amat sesuai kalau aku nak padankan dengan tabung nombor 2 yang berbentuk empat segi macam monitor komputer. Buat Mr Ah Fa, ambiklah tabung nombor 3 yang sesuai untuk digunakan oleh pengantin baru yang baru balik honeymoon.

Korang-korang yang lain yang aku tak sebut kat sini janganlah kecik hati. Korang kenalah terima hakikat yang tabung-tabung ni tak sesuai untuk korang semua. Kih3!

Tak kiralah apa jenis tabung pun yang digunakan. Apa yang aku nak bagi tau ialah betapa pentingnya amalan menabung.

Aktiviti menabung ini tidak semestinya untuk kanak-kanak bawah 12, 18, mahupun 21 yang belum layak mengundi. Bagi aku, semakin kita meningkat usia, semakin kuat aura kita untuk menabung.

Dalam kehidupan, kita akan sentiasa menghadapi saat-saat suka dan duka, senang dan susah, yang masing-masing saling bertukar antara satu sama lain.

Untuk mengimbangi kehidupan supaya kita nampak maintain, kita perlu merancang. Salah satu strategi kehidupan adalah dengan menabung.

Apabila kita senang dan gembira, simpanlah sedikit kesenangan dan kegembiraan itu untuk digunakan sewaktu kita susah dan duka nanti.

Katakan kita hidup ni, dah senang sedikit. Kebetulan, baru dapat kerja, gaji pun mahal (bagi yang kat IPT tu, kena ingat baik-baik pesan pakcik ni) .

Masa tu kita pun rancang strategi. Nak beli kereta, nak beli rumah, nak beli rumah untuk kereta, dan macam-macam nafsu membeli lagi.

Dalam merancang strategi, masa tu agak-agak korang terfikir tak untuk masukkan tabung dalam strategi tadi? Mungkin tidak, kan? Nota: Tabung dan simpanan adalah 2 perkara berbeza.

Aku pun tak jugak. Cuma apa yang aku buat, dalam strategi tadi, aku listkan perbelanjaan aku seharian (termasuk makan, minum, dan belian runcit). Kos untuk petrol, tol, dan barang dapur tidak termasuk dalam perbelanjaan harian, kerana kos-kos ini boleh dimasukkan dalam list berasingan.

Dalam aku letak RM10.00 tu (sebagai contoh) untuk perbelanjaan harian aku, aku selalu cuba untuk berjimat cermat, tetapi tidak kedekut.

Sampai sahaja ke rumah, duit lebihan tu akan aku masukkan dalam tabung. Kadang-kadang syiling beberapa sen sahaja. Kalau time puasa, dapatlah simpan sehingga RM10.00 terus! Kalau agak-agak nak berbuka dengan apam balik tu, dapatlah simpan RM7.00 hingga RM8.00.

Esoknya, aku takkan usik lagi duit tu, walaupun bulat-bulat RM10.00. Ambik RM10.00 yang lain pula untuk perbelanjaan harian. Nampak boros kan? Tapi itulah dana / pelaburan kita untuk hari esok.

Jika perancangan kita itu berjalan dengan baik, insya-Allah kalau berdisiplin, lumayan hasilnya. Tak percaya, cubalah!

Kalau tak berjaya, tweak sikit perbelanjaan tu, supaya ada ruang untuk menabung. Biasalah baru berjinak-jinak, tentu ada kekekokan, kejanggalan mahupun kecacatan di mana-mana.

Seterusnya (tak habis lagi ni), bayangkan tiba-tiba cobaan datang. Korang pun kata (bak kata pendekar bujang lapok), “Cobaan, cobaan, cobaan.” Pendekar Mustar pun datang dan bilang berkata, “ini bukan cubaan, ini betul-betul” keh keh keh apa aku merepek nih.

Bayangkan tiba-tiba dugaan datang menimpa korang. Tayar kereta pancit bocor, kereta kena langgar masa parking, road-tax tamat tempoh, paip dapur pecah, tangki air atas siling bocor, mak nak pakai duit, adik nak masuk IPT, dan 1001 jenis dugaan lagi. Mana nak cari duit dalam masa yang singkat itu?

Tabung tadi lah yang akan menjadi mangsa.

Demikianlah kata pepatah Soleh.Net, tabunglah anda sebelum anda ditabungkan! 😈

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

26 thoughts on “Tabunglah anda sebelum anda ditabungkan”

  1. Ehehehe, tabung yang bunge-bunge tu yang ko bg aku iye? 😀

    Uhm, menabung dengan simpanan memang 2 perkara yang berbeza. Selalu bila balik kije/shopping misti akan ada berbanyak duit syiling yang memenuhi ruang wallet-ku yang tebal itu, nak duduk pun x senang. So, menabung duit syiling jua adalah amalan yang mulia.

    Yang bestnye, menabung duit baki ni bagus sbb kita takkan terkena “Cobaan”. Sape la nak bawak duit syiling banyak-banyak pegi shopping center? Huhuhuhu 😀

  2. Haha.. =D
    Lucu sgt2 tapi rasanya I think your choices about which tabung yg akan kite pilih mmg suit me. Pandainyerr.. =)

    Kite pun dah lame gak tak update blog. sangat berkarat!

  3. eheh, pandai ko pilih untuk aku. tabung no 2 tu simple dan kemas.

    taktik perbelanjaan aku adalah bergantung kepada makanan di dewan makan. kalau hari ni makan nasi, aku bawa buat bekal di tempat kerja (praktikal). kalau roti je, aku puasa. bijak kan? ha3

  4. Affuan: Ai, no. 3 berkenan di hati ker? 😳

    Mr Ah Fa: Ko kan mat bunga, sesuai aper… 😆

    nono: Ape yang berkarat? Kalo duit syiling karat, jangan diisi dalam tabung tu. Kang dengan tabung2 tu skali berkarat, macam tuan dia… 😉

    zuriaf: Menang ngko yang aku nak bagi mula2, tapi aku rasa macam tak sesuai jer no. 6 tu, sebab ko kan suka wane hijau2 terang benderang yang memedihkan bijik mata tu, kan? :mrgreen:

    SembangKomputer.Com: Kalo di bulan puasa ko bawak bekal aper? 😯

  5. Tabung sebenar saya cumalah botol bedak Safi dan Johnson’s essential. Sila hadiahkan tabung yg lebih menarik utk menggantikan tabung2 lama itu. ahahaha

    Selamat tinggal!

  6. Anysz: You’re welcome! Kalo nak tabung gajah, belilah sendiri. Kalau tak minat menabung, belilah tabung banyak2. Sebab bila kita tengok tabung yang banyak2 tu semuanya kosong, kita akan rasa sakit hati, lantas akan masukkan jugak duit2 yang ada. Tanpa anda sedari, anda telah melakukan sesuatu yang berfaedah! 😀

    penumpang mara liner: Ni naik mara liner bawak tabung lama tak? Kalo nak tabung baru, pegilah ke Tabung Haji dan buka akaun kanak2 dengan deposit RM50, insya-Allah dapat satu tabung free! 😛

    JiPON: Ko nak tabong aku nak wat hape?! 👿 Erk, tabong tu aper ek?

  7. Apekehe nak bawak tabung naik bas.. kalo tercicir, jenuh nk kutip syiling satu sen yg beratus-ratus keping tu. hak hak hak.

    Tak mampu nk buka akaun banyak2 skang ni.. cukup la ada 3 akaun dulu. Itu pn 2 je aktif. haha. Nnt dah ada pendapatan sendiri, boleh la bukak Tabung Haji eh, akaun Tabung Haji.

    p/s- saya nak tabung itik tu. mintak tukar ngn faris fakri boleh? ahaks 😉

  8. Syiling takyah bawak. Bawak tabung jer, yang kosong punyer…

    Kalo tak mampu nak bukak akaun, suruh adik ko bukak. Pastu tabung dia, ko ambik…

    Hehehe apsal ramai lak yang minat tabung itik tuu…? Aku salah setting ker? Takperlah. Kalo macam tu, nanti aku lelong tabung tu. Saper bid paling tinggi, dia dapat. Amacam, ok tak?

  9. aiya wak tak sempat nak masuk blog ni hari ini. wah dah ramai bangat yang mengomen. wak ada tabung. tabung wak besar. besar bangat. kalo musuh wak datang, wak slalu menyorok dalam tabung wak yang besar tu…

  10. JiPON: Hah, tunggu lah ngko sampai besok pagi!

    wakjoko: Wak, aper yang wak cakap ni? Mengarut2 jer wak nih… Tabung besar nak buat ape wak? Tabung syiling laaa… Aduh wak ni. Pening aku dibuatnyer…

  11. Hehehe Mr Ah Fa, jangan marah yer..? Aku gurau jer… Meh aku bagi ko satu pantun sebagai tanda kemaafan kalo2 ngko terasa hati:

    Jikalau ada salah dan silap ittew,
    Janganlah disimpan di dalam hati,
    Ko bukan tak tau ImamKhalid ittew,
    Tak penah nak jaga orang lain punya hati.

    Sekian, terima kasih. 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tabunglah anda sebelum anda ditabungkan

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.