Impak kemarahan terhadap persekitaran

Ada rupa korang macam ni tak masa marah?Arghhhh! Geramnyerrrr! (hehe ni ayat intro jer, takde kena mengena dengan aku)

Korang pernah dimarahi tak? Atau, korang yang memarahi orang lain?

Bagaimanakah rupa atau wajah atau air muka korang sewaktu sedang marah?

Ada macam gambar kat sebelah ni tak?

Marah adalah sejenis perasaan. Perasaan ini timbul apabila berlaku sesuatu perkara yang bertentangan dengan kehendak, sangkaan, atau harapan, yang melangkaui daya penguasaan kawalan emosi seseorang.

Apabila perasaan tersebut meletus, ia akan memberikan impak yang besar terhadap masyarakat. Semakin berpengaruh diri seseorang itu, semakin tinggi impak yang akan dihasilkan.

Cuba bayangkan yang korang berada dalam situasi ini. Korang merupakan seorang staf di sebuah organisasi. Konon-konon korang memegang jawatan ICT laa.

Suatu hari yang indah, korang tengah happy masa tu. Sedang syok korang baca Soleh.Net ni, tiba-tiba seorang makcik tua yang kerja sepejabat dengan korang (nak pencen dah pun), bawak satu senarai dan mengatakan data ni korang dah salah print.

Kebetulan pulak, data tu memang data yang korang sendiri print atas arahan dari HQ. Aii, terel bebeno makcik ni. Lebih terel daripada korang lagi bab print mem-print nih. Dahsyat!

Memandangkan korang yang bertanggungjawab terhadap data tu, mestilah korang pun akan terasa macam panik gitu-gitu.

Korang pun cek lah data yang HQ bekalkan. Betul la pulak apa yang korang print. Dalam situasi panik yang gitu-gitu tu, korang pun “ter”telefonlah ke HQ untuk minta penjelasan (mana tau kot-kot HQ buat kesilapan).

HQ tu kononnya bos korang la. Jawatan dia atas lagi pada korang. Dengan tak semena-mena, bos korang tersebut menengking, mengherdik, dan memarahi korang. Sebabnya, dia tak tahu apa yang korang cakap.

Hasilnya, dia suruh korang bagi satu memo lengkap, siap dengan laporan terperinci tentang permasalahan yang dihadapi.

Masa tu muka korang dah lain. Yerlah, reputasi dah jatuh. Saham pun jatuh. Mendadak pulak tu.

Semak punya semak, rupa-rupanya makcik tu yang tak baca tajuk terpampang yang berbunyi “SENARAI XXX”. Bukannya “SENARAI YYY”.

Memang tajuk terpampang tu nampak seakan-akan serupa, tapi ianya berbeza. Tidak munasabah rasanya makcik yang buat kerja tu setiap hari, saban tahun, boleh menimbulkan isu ini.

Sememangnya kesilapan boleh berlaku di mana-mana. Tetapi dalam keadaan tersebut, reputasi korang dah jatuh, hanya disebabkan kesilapan yang teramat kecil.

Pastu korang pun dengan penuh kontrol hensem, terus rasa nak marah. Kalau makcik tu naik kereta, rasa nak langgar jer belakang kereta makcik tu. Bukan kena bayar pun kalau baca dua, tiga kali!

Nak dijadikan cerita, konon-konon korang pun “ter”marah kat makcik tu, sebab terlalu geram.

Kena pulak, makcik tu datang balik kat korang, sambil bertanya dengan muka blur,

“Kak tak paham laa. Ni sebenarnya senarai ni kenapa tak cukup? Salah print ker?”

Ya Allah, dia salahkan korang lagi!

Apa agaknya perasaan korang masa tu? Nak marah kang, makcik. Dah lah dah tua, dah tak lama dah nak pencen. Hati korang pulak, Tuhan jer yang tahu, tengah menggelegak “kaw²” punya, menahan sabar.

Jadi, untuk memendekkan bebelan aku yang kian panjang ini, biarlah aku membuat kesimpulan.

Kesimpulan yang aku nak ceritakan kat sini, kemarahan sangat merbahaya. Disebabkan bos marah, korang pun jadi nak marah.

Disebabkan korang marah makcik tu, makcik tu pun jadi malu. Staf-staf lain pun pandang semacam. Nak tegur tak berani, last-last cakap belakang.

Pada masa yang sesingkat itu, persekitaran dah jadi semacam. Lari dari rutin harian.

Lepas berfikir panjang, barulah korang sedar yang korang tak sepatutnya marah makcik tu atas kesilapannya.

Oleh itu para pembaca Soleh.Net yang bijak bistari, jagalah emosi kita supaya tidak menyakiti hati orang lain. Sekiranya kita disakiti, janganlah orang lain yang jadi mangsa.

Sebaliknya, cuba alih fikiran, perasaan dan emosi anda ke tempat lain sewaktu ia tidak stabil. Lama kelamaan, api kemarahan akan terpadam dengan sendiri.

Jangan sesekali membiarkan diri anda di dalam belenggu kemarahan. Awasi diri kita daripada menjadi hamba kepada nafsu dan syaitan.

Cantik tak replica tabung ini?Sebelum aku lupa, seperti yang aku janjikan semalam, aku kata aku nak bagi tabung tengkorak kat saudara JiPON kita.

Namun, walaupun tengkorak besar tu habis stok, aku tetap dapat supply jugak tengkorak kecik sebagai replica tabung buat encik JiPON (yang se-opis denganku), macam yang korang tengok kat sebelah ni.

Amacam, ok tak kalau dijadikan pembakar semangat untuk melahirkan generasi penabung yang bijak? 😈

Erm, korang dah start ker tabung kecemasan? Kalau belum, bila nak start? Lagi lambat korang mula, lagi tinggi risiko tau.

Lagi cepat korang mula, insya-Allah lebih banyak dana bakal dikumpul, untuk kemudahan korang sendiri juga.

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Beginilah rupanya setelah digantung…Aku bukannya apa, kesian tengok ngkorang terkial-kial mintak tolong member-member di kala susah.

Kalo aku ada kat tepi tu pun aku tak dapat nak tolong. Paling-paling pun, setakat RM10 tu boleh lah lagi aku nak hulur tanda kawan.

Lebih dari tu, aku pun tak berani. Takut kawan pulak makan aku. 😛

Sekian, jagalah emosi untuk kepentingan semua. Selamat maju jaya!

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

5 thoughts on “Impak kemarahan terhadap persekitaran”

  1. Ehehehe, aku kalo makcik nak pencen buat aku cenggitu memang aku tak marah. Aku buat cool aje, sbb aku teringat mak aku kat umah…Sob Sob~~

    Tapiiiiiii, aku ni terel buat lawak bodo, terel marah orang la jugak.

    Syok kadang-kadang tgk muka org tgh takut, nanti aku ketawa-ketawa sorang-sorang masa drive kete, lagi-lagi bila aku dah berjaya marah bos aku dulu 😀 kehkehkeh~~~

  2. Ooo ko baru kena marah ek? Hmm, begitulah kita hidup di atas bumi Allah ini, kadangkala di atas, kadangkala di bawah. Kadangkala dimarah, kadangkala memarah. Yang penting kita tahu menjaga emosi kita pada tempat yang sepatutnya.

  3. Saya kalau kena marah, muka mesti rasa panas gile2.. rasa nk terbakar je.. tapi kalau nk marah pulak, mgkn muka saya biasa2 je. Paling kuat pn mgkn berkerut seribu. Tu tanda saya tgh marah la tu. hehehe.

    Setakat ni takde la rasa nk marah org sampai ke tahap nk langgar org tu. hahaha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.