WordPress 2.3.3 sudah terbit

WordPressPengumuman penting buat “penulis” WordPress sekalian!

Kalau korang rasa malas nak menaikkan taraf WordPress anda daripada versi 2.3.2 kepada versi 2.3.3, muat naiklah “xmlrpc.php” sahaja dahulu.

Diulang, “xmlrpc.php” sahaja dahulu.

Ini kerana fail tersebut merupakan satu-satunya fail terpenting dalam naik taraf ini. Apa lagi kalau bukan isu keselamatan.

Fail-fail dan folder-folder lain bolehlah dimuat naik kemudian. Itu pun kalau korang sedang malas lah.

Sebabnya, fail-fail lain tu hanya melibatkan beberapa masalah kecil sahaja, seperti isu penggunaan sistem 64bit dan php5.2.1, masalah pendaftaran email pengunjung, dan isu fail config.php.

Untuk pembacaan selanjutnya, korang boleh lawati WordPress trac.

Kalau tengah rajin tu, buatlah sekarang. Aku dah buat dah. Teknik yang biasa aku gunakan untuk menaik taraf WordPress ialah:

  1. Muat turun fail .zip dari WordPress.org;
  2. Extract fail .zip tersebut;
  3. Buka aplikasi FTP. Aku guna Mozilla Firefox add-ons yang bernama FireFTP. Aku cuma klik menu Tools ร‚ยป FireFTP pada browser;
  4. Pastikan lokasi PC adalah lokasi korang extract fail .zip tadi, manakala lokasi blog korang adalah lokasi utama direktori blog;
  5. Pilih kesemua fail dan folder yang terlibat, dari PC korang tadi, KECUALI folder “wp-content”.
    Ini kerana di sinilah segala macam plugins dan themes yang korang auta dari pemikiran kreatif korang tu disimpan, bimbang terhilang pulak masterpiece korang tu nanti.
    Kemudian, klik butang upload. Klik butang Overwrite All apabila ditanya nanti;
  6. Sekian, terima kasih.

Begitulah cara yang aku gunakan setiap kali versi terbaru terbit.

Tapi setahu aku, kalo aku Overwrite All pun, dia tak kacau plugins dengan themes aku.

Ini kerana pada kebiasaannya, fail yang sama nama sahaja ditukar. Fail lain yang tak sama nama yang sedia ada tidak akan diganggu, ditukar, mahu pun dibuang.

Untuk keselamatan sejagat, amalakan aktiviti membekap fail dan pangkalan data (MySQL) selalu.

Nak tahu cara-caranya, kenalah tanya Encik SembangKomputer.Com kita.

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

9 thoughts on “WordPress 2.3.3 sudah terbit”

  1. NoktahHitam: Maksud ko, update terus dari wp-admin ker? Or macam mana? Kurang jelas. Kalo ada cara dari wp-admin (like giving full permission), nak jugak aku buat. Leceh main banyak2 benda nih…

    EnPancakes: Sama2, dan selamat datang.. ๐Ÿ™‚

  2. Ni untuk blogger yang hosting blog sendiri (selain blog wordpress.com), dan menggunakan WordPress sebagai blogging platform.. ๐Ÿ˜‰ Erk! Faham tak? Macam berbelit jer ayat aku nih…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.