Wajah baru Soleh.Net: Apa kata anda?

Wajah baru: cantik tak?Soleh.Net tampil dengan wajah baru!

Inilah dia, theme terbaru yang telah direkacipta sepenuhnya oleh (dengan bangganya) aku! 😈

Sebenarnya bukan sepenuhnya oleh aku. Ada jugak part yang aku copy dari theme lain. Biasalah, nak hidup.

Aku rasa, theme ni taklah cantik sangat. Tapi bagi aku, ianya agak lega sedikit berbanding dengan theme sebelum ni.

Bak kata seorang makcik akak dalam iklan kedai emas di kaca TV tidak lama dulu,

Kita pakai bukan untuk menunjuk nunjuk, tapi untuk kepuasan diri..

Jadi begitu juga lah dengan aku. Aku buat theme ni bukan untuk menunjuk nunjuk. Tapi untuk kepuasan diri sendiri.

Aku juga berharap agar pembaca akan lebih mudah membaca Soleh.Net daripada keadaan sebelumnya.

Selamat tinggal Tech-o-CrunchTheme sebelum ini tampil dengan tulisan yang lebih kecil dan mempunyai 3 kolum.

Keadaan ini mengakibatkan pembaca sukar untuk melakukan aktiviti browsing dengan lancar dan berkesan.

Oleh itu, kepada theme lama, ingatlah daku dalam doamu. Selamat tinggal Tech-o-Crunch.

Theme baru yang diberi nama Imam-Feb-08 ini pula menggunakan tulisan yang lebih besar dengan 2 kolum yang lebih besar, membuatkan ianya lebih senang dan jelas untuk dilihat dan dibaca.

Gambar masjid di bahagian atas dipilih untuk memperkenalkan imej soleh yang sejati (chewah!) untuk blog ini.

Untuk pengetahuan semua, kesemua bahagian dalam theme ini kecuali bahagian content, dikuasai sepenuhnya oleh widget.

Antara 6 hingga 8 widgets digunakan, mengikut citarasa dan keselesaan blogger. Canggih tak idea aku?

Widget pertama adalah untuk senarai page di bahagian atas (top-bar).

Kemudian diikuti dengan widget kedua hingga keempat di bahagian 3-kolum atas.

Widget kelima di bahagian sisi (sidebar), manakala widget keenam hingga kelapan di bahagian 3-kolum bawah.

Theme ini juga menggunakan teknologi AJAX di ruangan komen. Canggih tak (sekali lagi) idea aku?

Walau bagaimanapun, theme ini masih di peringkat cubaan (beta). Diharap pembaca budiman sekalian dapat menilai theme baru ini dalam pelbagai aspek, termasuklah dari segi:

  1. ralat programming;
  2. layout dan rekaletak;
  3. penggunaan warna;
  4. keberkesanan browsing; dan sebagainya.

Pesanan Penaja: Sila maklum pada ruangan komen di bawah.

Dengan masa, tenaga dan segala payah jerih pemerahan otak yang berlaku sepanjang penghasilan theme ini, aku ingat nak jual theme ini kepada sesiapa yang berminat.

Untuk permulaan ini aku jual dengan harga RM10.00 sahaja, untuk 20 pelanggan pertama.

Selepas 20 salinan telah berjaya aku jual, aku akan masuk pasaran antarabangsa, dengan harga yang lebih tinggi, dijangka antara USD20.00 – USD45.00.

Jangan lambat, nanti melepas! 😈

Sesiapa yang berminat, sila buat pembayaran kepada akaun Maybank (AHMAD IMAM BIN KHALI) di nombor akaun 153010184197.

Kemudian emailkan butiran pembayaran anda kepada admin@soleh.net.

Sekian, terima kasih.

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

32 thoughts on “Wajah baru Soleh.Net: Apa kata anda?”

  1. JiPON: Haa ko dengar apa kata kerol tu? Flash yang berlebihan akan menyebabkan kembung perut dan cirit birit! 😈

    Muhammad Khairul: Ooo ko pun rasa jugak ape yang aku rasa, ek?

    Pada mulanya aku nak orang kenal Soleh.Net dengan satu logo. Tapi bila tengok balik logo tu, lain macam bentuknya. Aku takde idea lah.

    Kalo aku buang logo terus, agak2 ko, bagus tak? Atau aku kena ada jugak logo lain sebagai pengganti? 🙁

  2. JiPON: Suka hati engko lah, JiPON!

    NoktahHitam: Ooo ye ker? Sedih pulak rasanya kalo nak bertukar balik kepada theme asal. Tu lah, lain kali jangan excited sangat… 🙁

  3. zuriaf: Hehe memang pada mulanya aku nak bagi free. Aku siap dah letak link pun kat situ. Tapi tiba2 aku terfikir balik, apa kata aku test market. Lagipun bukan senang nak buat theme ni oi!

    nono: Terima kasih. Tanak beli ker? 😉

  4. Muhammad Khairul: Hmm, betul gak kata ngko tu. Tapi aku malu nak tanya bro NH, sebab dia tak suka aku pakai theme ni. 😳

    Eh, baca Soleh.Net kat opis, boleh aper… 😛

    cikF=): Terima kasih. Erk! Tahniah untuk aper ni..? 😯

  5. Ooo ye ker? Hmm, memang ada jugak seakan2. Tapi theme ni aku tiru konsep blogging experiment… Kira idea tak ori jugak lah, ek? Takpelah, nanti aku try lagi, buat yang lebih original! 😀

  6. nono: Bukan khalid, tapi imam. Khalid tu nama bapak aku yang punya, muahaha!

    Cik nono kalo belum ada .com sendiri, boleh beli .com dulu, pastu beli theme ni, ok? 😈

    penumpang mara liner: Ooo begitu, baru pakcik tauuu…

  7. banyak tol komen ko ek…. tengok gambar pon dah tau…. hehehehehe………

    ImamKhalid: Banyak laa ko. Yer lah, aku reply kat sini jer. Amacam ok tak? 😯

  8. wah~
    theme baru yg turut diselitkan masjid kristal,,
    sungguh asyik mata ku melihatnya tanpa berkelip~

    ImamKhalid: Mmm, agak2 ko, sape yang ambik gambar yang cantik sangat nih? 🙂

  9. suka ngan post notes yg cool tuh. hehehheh 🙂

    ImamKhalid: Hmm, notes tu cool eh? Ko suka? Terima kasih. Yang lain tak cool ker? Biasa jer? Ko tak suka? 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.