Solat itu fardhu bagi umat Islam

Solat itu fardhu bagi umat IslamDah lama aku tak menulis sesuatu yang soleh. Maklumlah, sibuk dengan bisnes menjual WP-Theme yang tak seberapa laku nih.

Hari ini, seperti yang aku janjikan semalam, aku nak menulis sesuatu yang memberi manfaat kepada kita semua.

Izinkan aku mengingatkan diri aku sendiri serta para pembaca sekalian tentang solat.

Menurut tuan guru agamaku, merujuk kepada kitab Fiqh As-Solah:

Solat adalah satu ibadah yang telah difardhukan oleh Allah s.w.t sebanyak lima kali sehari semalam ke atas setiap orang Islam yang mukallaf tanpa diuzurkan kepadanya, selagi akalnya masih sempurna, sekali pun dia berada dalam peperangan atau dalam pelayaran atau pun dia sakit tenat.

Oleh itu, kalau kita tak mampu solat berdiri, dibolehkan bagi kita untuk solat secara duduk.

Andainya kita tidak mampu duduk, kita boleh solat dengan berbaring mengiring.

Sekiranya tidak mampu juga berbuat demikian, maka dibolehkan bagi kita bersolat dalam keadaan bertelentang.

Kalau masih juga tidak mampu, maka hendaklah kita bersembahyang dengan berisyaratkan perbuatan solatnya dengan kelopak matanya.

Andainya masih tidak mampu juga, hendaklah kita bersembahyang di dalam hati.

Begitulah betapa beratnya ibadah solat ini kepada kita sebagai umat Islam.

Sehingga bertemu lagi, wallahu a’lam.

Mukallaf dalam kitab Fiqh As-Solah bererti:

Orang Islam yang diwajibkan ke atasnya melaksanakan kewajipan agama dengan syarat ia berakal, cukup umur, sejahtera kedua-dua pancaindera mata dan telinga sejak dari lahirnya atau mumayyiznya serta sampai kepadanya seruan agama.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

33 thoughts on “Solat itu fardhu bagi umat Islam”

  1. Agaknya sempat ke pembaca berita kt tv tu solat maghrib terlebih dulu sblm berita ke udara? Saya selalu tertanya-tanya benda tu.. (maaflah,ni cuma persoalan yg tak terungkai diminda saya.takde kaitan dgn sesiapa)

    Terima kasih la postkan tajuk ni.Sekurang2nya boleh mengingatkan saya secara tak langsung =)

    ImamKhalid: Wallahu a’lam. Tak berani nak kata apa2. Tapi kalau kita fikir secara logik, memang tak sempat rasanya. Hmm, sama2lah kita saling ingat mengingati.. 🙂

    Aku nyer planning nak buat banyak lagi post2 macam ni, sebagai tazkirah kepada diri sendiri dan orang lain. Kata orang2 berilmu, bila kita banyak bercakap hal sesuatu, hal tersebut akan sentiasa kita jaga.

    Barulah kena dengan Soleh.Net. Amacam, ok tak?

  2. Haaa, ni baru la soleh.net 😀

    Bagus-bagus, teruskan ini macam brader!
    Post yg mcm ni bisa membina sahsiah 🙂

    Chaiyok!

    ImamKhalid: Terima kasih atas sokongan Mr Ah Fa. Moga2 dapat memberi manfaaf kepada kita semua, insya-Allah.

  3. saya dah lame xdengar tazkirah…dlu mse sekolah slalu dengar..

    manusia mudah lupe n sentiase perlukan peringatan…=)

    ImamKhalid: Dan peringatan yang terbaik adalah tazkirah yang istiqamah (konsisten dan berterusan)…

  4. Terima kasih yang tak terhingga kepada saudara Imam kerana menulis artikel tentang solat ni. Memang betul kata cikF & saudara Imam, kita manusia memang kena selalu ingat mengingati. Terlalu mudah lupa akan perkara-perkara yang molek untuk dijadikan sebagai praktis harian.

    Secara peribadi, saya rasa solat ini sangat penting untuk seseorang individu mahupun yang sudah berkeluarga. Untuk individu, menguatkan lagi iman supaya tidak mudah terpedaya dengan hasutan yang tidak baik dan juga tenang jiwa dan raga. Untuk yang bekeluarga pula, saya rasa kalau tak tinggal solat ni, aman damai rasanya rumah tu. Sejuk hati bila berkomunikasi di antara suami dan isteri. Takdelah tersalah sikit pun terus nak marah kan.

    Sekadar pendapat peribadi saya.

    Pos yang menarik saudara Imam. Tahniah! Teruskan usaha!

    ImamKhalid: Pendapat peribadi yang menarik. Tahniah! 🙂

    P/s: Insya-Allah saya akan teruskan usaha ini. Mudah2an mendapat keredhaan dari-Nya yang Maha Esa.

  5. bagusnya.. kadang2 kita terlupa kan dgn tanggung jawab yang utama kita sbg makhluk kat bumi ni. bende tu simple je nape kite rasa ssh nak buat kan?

    =)

    ImamKhalid: Bila rasa susah, jangan putus asa. Teruskan usaha, walaupun berat. Yang berat tu lama2 akan jadi ringan. Yang ringan lama2 akan jadi nikmat. Yang nikmat lama2 akan jadi khusyuk, macam korang baca Soleh.Net ni, khusyuknyerrr… 😛 (gurau jer)

    Bila dah mencapai tahap khusyuk yang tinggi dalam solat, insya-Allah syurga lah tempatnya di Akhirat nanti, amin…

  6. adakah sin chan itu suda bersunat? hehe

    penumpang mara liner; um rasenye saya pernah dengar persoalan yang sama pasal perserta AF. nape tak penah tunjuk dorg solat? agaknye hari jumar dorg pi masjid tak? um..

    ImamKhalid: Tu, sedara JiPON dah jawab pasal sin chan… Pasal makhluk2 TV ni, payah kita nak nilai. Kalau diorang tak tunjuk, kita kata diorang tak solat. Kalau diorang tunjuk, kita kata diorang tak ikhlas. Senang citer, kita jaga diri kita. Diorang jaga diri diorang… Moga2 kita semua selamat, dunia dan Akhirat, amin… 🙂

  7. shinchan kan belom cukup umo ag…………..

    nanti sampai masa dia SuNaT lerrrr………….

    tunggu je lar kat dalam TV kalu2 ader siri shinchan menYUNAT

    ImamKhalid: Banyak laa ko. Mana ko tau dia belum cukup umur? Tunggulah ko kat depan TV tu sampai tua… 😈

  8. errrrrrrr………….. lupa ar plak bile shinchan keudara ek….. ader sesaper leh bgtau???

    ImamKhalid: Hari ni laa (sabtu), pukul 7 malam. Haa, jangan nak mengada, pergi solat Maghrib!!

  9. apsal tak kuar muka aku kat sini?

    ImamKhalid: Ada 2 teknik untuk papar avatar ko kat sini.

    Yang pertama, Ko kena ada akaun kat Gravatar.com.

    Yang kedua, guna MyBlogLog.com (MBL). Masukkan email dan site/blog yang sama dengan MBL sewaktu mengisi komen di bawah ini.

    Penting: Kalo ko guna MBL, tapi takde site/blog, email address ko akan appear pada hyperlink avatar ko.

  10. test 123… aku dah tukar email aku, dah buang site aku… lantaklah nak appearkan email aku pon……… harap2 ader laaa……………..

    ImamKhalid: Haa baru betul… Tak kisah nampak email kan? Cantekk 😛

  11. time kasih ye jenguk2 blog kite.. apis dah beli kamera dah.. hehe..

    ImamKhalid: Sama-sama. Bila ko nak ambik gambar aku dengan kamera baru tu, apis? 😀

  12. Khairul – pasal AF tu saya taktau sgt sbb sini takde AsTRo. sblm ni pn jarang tgk Diari AF. erm, mgkn btol apa yg ImamKhalid cakap, kalo tunjuk nnt nmpk mcm menunjuk2 plak(err,apa yg aku cakap ni?) saya cuma terwonder-wonder pasal pembaca berita & dj radio yg ke udara awal2 subuh. yg lain tu no komen la.

    saya saje je tnya pasal tu.. manatau ada org yg boleh clearkan apa yg saya taktau. heee… dari saya pikir bukan2 ke nnt.

    ImamKhalid: Anybody? Ada sesiapa nak jawab soalan ixora? Kesian ixora, kepala otak dia dok terpikir yang bukan2. Tulah ngko, aku suruh ko jangan pikir, ko nak pikir jugak… 😛

    Bagi aku sendiri, mungkin ada yang jaga dan ada yang buat tak tau jer tentang solat nih. Tak kira siapa, artis ker, pembaca berita ker, pembaca blog Soleh.Net ker, semua antara kita, ada yang jaga dan ada yang sebaliknya. Tapi hakikatnya, semua kena jaga, tidak boleh tidak.

    Sebab itu kita hidup ni kena pesan memesan antara satu sama lain, supaya tidak alpa dalam nikmat dunia yang fana ini.. 🙂

    Ada sesiapa nak tambah?

  13. saya x tau…..

    ImamKhalid: Ko ni kan… eeiiii aku cocok lubang idung tu kang! 😈

    Setakat jawapan tak tau, adik aku pun boleh jawab… 😛

  14. ala.. tengah2 amik abih bateri.. tungu esok lepas charge complete 24jam

    ImamKhalid: Ok nanti ko ambik gambar aku ek? Biar aku pose cun2, pastu aku nak paste dalam Soleh.Net. Baru lah bebudak lain jeles! 😈

  15. Aloha! (nak ber-spanish la pulak aku ni)

    Ixora: Susah nak cakap kalau pasal sembahyang ni. Kekadang terlalu sensitif bagi setengah² orang, mungkin terlalu biasa dan di anggap ringan bagi mereka yang hanya solat dua kali setahun (sembahyang raya, tu pun kalau pegi), atau mungkin yang tahu tapi dia buat-buat tak tahu.

    Tapi dalam ramai-ramai pembaca tu, mesti ada juga “a few of them” yang solat. Tapi tidak mustahil jika dikatakan “most of them” tidak melakukannya. Walaubagaimanapun, “never judge a book by its cover”. “We never know. They might be better than us”. Saya tidak layak untuk menghakimi “other people” tapi sekadar untuk meng”clear”kan apa yang terbuntu di dalam fikiran cik Ixora kita 😉

    Harapannya agar kita semua cubalah praktikkan apa yang kita kata ya 😉

    ImamKhalid: Yaa itu dia, satu pendapat yang bernas dari saudara Faris Fakri! 😀

  16. saya minta maaf ya semua kalau pertnyaan saya tu agak sensitif. Mgkn saudara Imam boleh edit/delete mana2 komen saya yg tak sesuai. =)

    ImamKhalid: Eh, takper. Takde salahnya tanya macam tu. Barulah kita sama2 boleh berbincang…. So, tak perlu edit lah yek? 🙂

    oh, ya terima kasih atas pendapat saudara Faris Fakri itu! really appreciate it! =)

    ImamKhalid: Sama2 (bagi pihak Faris Fakri) … 😛

    lastly,
    You have been tagged by me,Mr Imam!

    http://butterfly85.wordpress.com/2008/02/18/8-random-facts-about-me/

    sekian,terima kasih

    ImamKhalid: Aduh, sekali terkena tag daa…

  17. salam..sy ade skit kemusykilan..sy ade sorang kwn ni..dia ada pnyakit. sy x pasti, tp agak serius la. mslh dia, kdg2 sblm nk solat, slalu kluar air dari dubur..kdg2 darah dr kemaluan smpai dia rasa x selesa utk solat cz kdg2 benda tu asyk kluar je..sy cdgkan dia pakai la ape2 utk elak dr mengalir, n then just solat la, cz kita mmg dh x mmpu nk halang dr trkluar benda tu..tp dia rasa x yakin..n dia kdg2 tinggal solat fardu pd wktu2 tertentu, then bila dh benda tu x kluar lg, dia akan qada’ solat yg dia tinggal tu..apa pndangan imamkhalid?n lg satu, dia kdg2 terpaksa tinggal solat jumaat, sbb bila sakit dia dtg, dia jadi lemah sgt2..jd waktu solat jumaat dia akn rest dulu sebelum masuk keje pulak lps waktu solat jumaat tu la. dia bukan sngaja tinggal..dia pn sedih dgn keadaan dia tu..xla tiap kali dia mesti tinggal, klu dia bleh, dia mmg gagahkan jugak ke masjid..apa pndgn imamkhalid?

    ImamKhalid: Persoalan ini terpaksa aku tangguhkan dahulu, memandangkan sumber rujukan belum dapat disediakan secara terperinci.

    Sebelum aku dapat jawab dengan bahan rujukan, izinkan aku jawab dengan ilmu yang aku ada. Kalau ada salah dan silap, tolong perbetulkan. Bantulah aku memperjelaskan tentang hal ini.

    Merujuk kepada permasalahan kawan saudari, dia wajib menunaikan solat, walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Salah satu cara adalah seperti yang saudari sebutkan tadi. Gunakan apa2 penahan seperti pampers, kain lampin, dan sebagainya.

    Rasa tak yakin itu datang bila kita kekurangan ilmu. Perlu juga diingat, was-was itu juga adalah satu penyakit, dan ia datang dari syaitan.

    Meninggalkan solat dengan sengaja adalah berdosa besar. Qada solat adalah diterima dalam 2 keadaan sahaja iaitu terlupa dan tertidur, tiada yang lain selain dari 2 sebab tadi.

    Tinggal solat jumaat sebab sakit adalah termasuk dalam rukhsah solat. Insya-Allah akan diterangkan satu hari nanti. Kaedah jamak juga dibenarkan dalam hal2 tertentu.

    Walau apa pun, ini adalah pandangan aku dari ilmu seciput yang aku ada. Insya-Allah aku akan kembali dengan rujukan yang lebih sahih dari segi ketepatannya.

    Wallahu a’lam.

  18. DIDIKAN TUHAN DALAM SOLAT
    Untuk mendekatkan diri kita dengan Tuhan, kita perlu
    membaiki diri. Membaiki diri di sini bukan setakat
    membaiki yang lahir tetapi yang batin. Memperbaiki diri
    batin ialah dengan menyuci dan membersihkan roh dari najis-najis dan kekotoran-kekotoran yang bersifat maknawi, yang melekat pada setiap wajah rohani kita sama ada pada akal,pada hati dan pada nafsu.

    Najis akal ialah kesyirikan dan men’syarikat’kan Tuhan
    dengan sesuatu yang lain. Ataupun kufur terus terhadap-Nya.Najis akal termasuk juga segala pegangan kepada fahaman`dan ideologi ciptaan manusia.

    Najis hati ialah segala sifat-sifat keji dan mazmumah yang bersarang di hati. Contoh sifat-sifat tersebut adalah seperti riyak, sombong, angkuh, tinggi diri, hasad dengki, pemarah,pendendam dan sebagainya.

    Najis nafsu pula ialah segala dorongan yang jahat dan
    negatif yang kalau dituruti akan menimbulkan dosa dan
    kemurkaan Tuhan.

    Apabila roh sudah diperbaiki dan disucikan secara berterusan
    atau istiqamah, maka sedikit demi sedikit akan terbukalah
    jalan untuk mengenal diri dan seterusnya untuk mengenal
    Tuhan. Untuk dapat merasa bertuhan dan merasa kehambaan.
    Untuk merasakan bahawa Allah sentiasa wujud di dalam hidup kita, sentiasa melihat, sentiasa mendengar, sen-tiasa berperanan dan sentiasa mengetahui akan hal kita lahir
    dan batin.

    Jalan untuk memperbaiki diri ialah dengan berzikir.
    Bermula dari zikir qauli (lidah), zikir fe’li (perbuatan) dan zikir qalbi (hati).

    Zikir yang paling agung dan utama sekali ialah solat. Di
    dalamnya terkandung segala bentuk zikir, segala bentuk amalan para malaikat dan segala bentuk amalan para nabi dan rasul.Di dalamnya kita meminta petunjuk, kita meminta ampun, kita mengadu, kita berdailog dan kita bermanja dengan Tuhan. Di dalamnya juga kita memuji, membesarkan dan mensucikan
    Tuhan.

    Di dalam solat, Allah mendidik kita. Namun demikian, Allah
    tidak mendidik semua orang yang mendirikan solat. Allah
    hanya mendidik orang-orang yang tertentu sahaja iaitu orang-orang yang khusyuk, tawadhuk dan khuduk di dalam solat.Allah hanya mendidik orang-orang yang membawa fikiran dan hati mereka di dalam solat. Iaitu orang-orang yang faham apa yang mereka perbuat dan faham apa yang mereka lafazkan.
    Orang-orang yang dapat menjiwai, menghayati dan merasakan
    di hati tentang apa yang mereka buat dan lafazkan di dalam
    solat.

    Bermula dari takbiratul ihram, (Allahu Akbar), jika difahami
    dan dihayati dengan bersungguh-sungguh, maka akan
    menimbulkan rasa-rasa tertentu di hati. ‘Allahu Akbar’ dalam
    takbir itu bererti ‘Allah Maha Besar’. Ia merangkumkan segala sifat-sifat Allah yang hebat-hebat seperti sifat Jabbar, Qahhar,Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Berkuasa, Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan dan yang apabila Dia berkata, “Jadi” maka jadilah sesuatu itu. Maka dengan takbir itu hati akan merasa takut, hebat dan gerun dengan Allah.

    Begitulah Allah mendidik kita. Apabila kita merasa takut dengan Allah, maka mudahlah kita menghindarkan diri daripada membuat dosa dan kemungkaran dan segala apa yang Allah larang. Kita sentiasa takut akan tersisih dari rahmat keampunan dan kasih sayang Tuhan.

    Namun begitu, jika perasaan takut sahaja yang Allah
    campakkan ke dalam hati orang-orang yang mendirikan solat,
    maka akan lahirlah hamba-hamba Allah yang sentiasa takut dan hanya akan berusaha untuk mengelak dari membuat kemungkaran
    dan dosa. Tidak ada dorongan untuk mencetuskan
    kebaikan-kebaikan yang lain. Oleh itu Allah SWT syariatkan
    juga dalam solat supaya dibaca Basmalah iaitu Bismillahirrahmanirrahim (dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang) terutama pada awal Surah Al Fatihah.

    Di dalam mazhab Syafie, Basmalah ini merupakan sebahagian
    daripada ayat Al Fatihah yang tujuh dan wajib dibaca dalam
    sembahyang.Kalau Basmalah ini dihayati sungguh-sungguh, kita akan dapat merasakan betapa pemurah dan penyayangnya Tuhan
    yang sentiasa mencurahkan rahmat dan nikmatnya kepada
    manusia sama ada yang berbentuk lahiriah atau material,
    mahupun yang berbentuk maknawi atau spiritual. Dengan ini
    akan timbul rasa cinta dan kasih kepada Tuhan. Rasa cinta ini akan mendorong kita berbakti dan membuat kebaikan untuk
    Tuhan serta berusaha dan berjuang untuk mendapat cinta dan
    kasih sayang-Nya.

    Kemudian, pada ayat kedua surah Al Fatihah, kita disyariatkan membaca Alhamdulillah hirrabil alamin (segala
    pujian bagi Allah pencipta sekalian alam). Di sini kita memuji Tuhan sebagai tanda syukur dan terima kasih kita atas segala rahmat, nikmat dan kebaikan yang telah dikurniakan-Nya kepada kita.

    Jadi kita lihat, di dalam solat itu terkandung berbagai
    didikan dari Tuhan yang di antara satu sama lainnya saling
    kait-mengait dan kuat-menguatkan. Solat itu ibarat satu siri
    atau satu set atau satu modul didikan rohaniah yang lengkap
    dan seimbang. Supaya hamba yang mendirikan solat itu
    terdidik dan terbina sebagai seorang insan yang seimbang dan
    kukuh lahir batinnya.

    Di samping untuk memupuk sifat takut dan cinta kepada
    Tuhan, berbagai-bagai lagi didikan terdapat di dalam solat.
    Doa yang disyariatkan contohnya, akan meningkatkan dan
    menajamkan lagi sifat-sifat hamba yang ada pada kita. Ia akan menambah pergantungan, menaruh harap dan penyerahan diri kita kepada Allah.

    Mengadu-ngadu kepada Tuhan di dalam solat pula akan
    melapangkan dada seseorang hamba kerana telah menyerahkan segala beban masalahnya kepada Tuhan untuk diselesaikan.
    Begitulah caranya Allah mendidik hamba-hamba-Nya yang ikhlas, khusyuk, tawadhuk dan khuduk di dalam mendirikan solat dengan berbagai didikan yang bermula dari takbiratul ihram hinggalah kepada salam.

  19. DIDIKAN ALLAH DALAM SOLAT
    Untuk mendekatkan diri kita dengan Tuhan, kita perlu membaiki diri. Membaiki diri di sini bukan setakat membaiki yang lahir tetapi yang batin. Memperbaiki diri batin ialah dengan menyuci dan membersihkan roh dari najis-najis dan kekotoran-kekotoran yang bersifat maknawi, yang melekat pada setiap wajah rohani kita sama ada pada akal, pada hati dan pada nafsu.

    Najis akal ialah kesyirikan dan mensyarikatkan Tuhan dengan sesuatu yang lain. Ataupun kufur terhadapNya. Najis akal termasuk juga segala pegangan kepada fahaman dan ideologi ciptaan manusia. Najis hati ialah segala sifat-sifat keji dan mazmumah yang bersarang di hati seperti riyak, sombong, angkuh,tinggi diri, hasad dengki, pemarah, pendendam dan sebagainya.

    Najis nafsu pula ialah segala dorongan yang jahat dan negatif yang kalau dituruti akan menimbulkan dosa dan kemurkaan Tuhan. Apabila roh sudah diperbaiki dan disucikan maka akan terbukalah jalan untuk mengenal diri dan seterusnya untuk mengenal Tuhan. Untuk merasa bertuhan dan merasa kehambaan. Untuk merasakan bahawa Allah sentiasa wujud di dalam hidup kita, sentiasa melihat, sentiasa mendengar dan sentiasa mengetahui akan hal kits lahir dan batin.

    Jalan untuk memperbaiki diri ialah dengan berzikir. Bermula dari zikir qauli (lidah), zikir fi�li (perbuatan) dan zikir qalbi (hati). Zikir yang paling agung ialah solat. Di dalamnya terkandung segala bentuk zikir, segala bentuk amalan para malaikat dan segala bentuk amalan para nabi dan rasul. Di dalamnya kita meminta petunjuk, kita meminta ampun, kita mengadu dan kita bermanja dengan Tuhan. Di dalamnya juga kita memuji, membesarkan dan mensucikan Tuhan.

    Di dalam solat, Allah mendidik kita. Namun demikian, Allah tidak mendidik semua orang yang mendirikan solat. Allah hanya mendidik orang-orang yang tertentu sahaja iaitu orang-orang yang khusyuk, tawadhuk dan khuduk di dalam solat. Allah SWT hanya mendidik orang-orang yang ,membawa fikiran dan hati mereka di dalam solat. laitu orang-orang yang faham apa yang mereka buat dan faham apa yang mereka lafazkan.

    Orang-orang yang dapat menghayati dan merasakan di hati tentang apa yang mereka buat dan lafazkan di dalam solat. Bermula dari takbiratul ihram (Allahu Akbar), jika difahami dan dihayati sungguh-sungguh akan menimbulkan rasa-rasa tertentu di hati. ‘Allahu Akbar’ dalam takbir itu bererti ‘Allah Maha Besar’. la merangkumkan segala sifat-sifat Allah yang hebat-hebat seperti sifat Jabbar, Qahhar, Gagah, Perkasa, Berkuasa, Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan dan yang apabila Dia berkata, Jadi maka jadilah. Maka dengan takbir itu hati akan merasa takut, hebat dan gerun dengan Allah. Begitulah Allah mendidik kita. Apabila kita merasa takut dengan Allah, maka mudahlah kita menghindarkan diri daripada membuat dosa dan kemungkaran dan segala apa yang Allah larang. Kita sentiasa takut akan tersisih dari rahmat keampunan dan kasih sayang Tuhan.

    Namun begitu, jika perasaan takut sahaja yang Allah campakkan ke dalam hati orang-orang yang mendirikan solat, maka akan lahirlah hamba-hamba Allah yang sentiasa takut dan hanya akan berusaha untuk mengelak dari membuat kemungkaran dan dosa.Tidak ada dorongan untuk mencetuskan kebaikan-kebaikan yang lain. Oleh itu Allah syariatkan juga dalam solat supaya dibaca Bismillahirrahmanirrahim terutama pada awal Surah Al Fatihah.

    Di dalam mazhab Syafie, Basmalah ini merupakan sebahagian daripada ayat Al Fatihah yang tujuh dan wajib dibaca dalam sembahyang. Kalau Basmalah ini dihayati dengan sungguh-sungguh, kita akan dapat merasakan betapa pemurah dan penyayangnya Tuhan yang sentiasa mencurahkan rahmat dan nikmatnya kepada manusia sama ada yang berbentuk lahiriah atau material, mahupun yang berbentuk maknawi atau spiritual. Dengan ini akan timbul rasa cinta dan kasih kepada Tuhan. Rasa cinta ini akan mendorong kita berbakti dan membuat kebaikan untuk Tuhan serta berusaha dan berjuang untuk mendapat cinta dan kasih sayang-Nya.

    Kita disyariatkan pula membaca Hamdalah iaitu (Alhamdulillah) pada awal surah Al Fatihah. Di sini kita memuji Tuhan sebagai tanda syukur dan terima kasih kita atas segala rahmat, nikmat dan kebaikan yang telah dikurniakan-Nya kepada kita.

    Jadi kita lihat, di dalam solat itu terkandung berbagai didikan dari Tuhan yang di antara satu sama lainnya saling kait-mengait dan kuat menguatkan. Solat itu ibarat satu siri atau satu set didikan rohaniah yang lengkap dan seimbang. Supaya hamba yang mendirikan solat itu terdidik dan terbina sebagai seorang insan yang seimbang dan kukuh lahir batinnya.

    Di samping untuk memupuk sifat takut dan cinta kepada Tuhan, berbagai-bagai lagi didikan terdapat di dalam solat. Doa yang disyariatkan contohnya, akan meningkatkan dan menajamkan lagi sifat-sifat hamba yang ada pada kita. Ia akan menambah pergantungan, menaruh harap dan penyerahan kita kepada Allah. Mengadu-ngadu kepada Tuhan di dalam solat pula akan melapangkan dada seseorang hamba kerana telah menyerahkan segala beban masalahnya kepada Tuhan untuk diselesaikan. Begitulah caranya Allah mendidik hamba-hambaNya yang ikhlas, khusyuk, tawadhuk clan khuduk di dalam mendirikan solat dengan berbagai didikan bermula dari takbiratul ihram hinggalah kepada salam.

  20. KEJAHATAN ULAMA
    Sejarah menunjukkan pada kita, bila ulama-ulama yang menganut agama dari Nabi2 atau agama yang akhir sudah terlalu jahat, itu pertanda bahawa Tuhan akan datangkan Penyelamat. Artinya kalau di zaman masih ada Rasul maka seorang Rasul yang akan didatangkan, tapi selepas Rasul tak ada lagi maka bila ulama sudah jahat sangat itu tanda penyelamat yang bukan Rasul akan datang. Memang sebelum masyarakat rosak, sebelum rakyat rosak, ulama dirosakkan oleh Tuhan lebih dahulu. Itulah yang dikatakan ulama suk atau ulama yang jahat.

    Sabda Rasul saw yang maksudnya :
    “Ada 2 golongan di kalangan manusia, kalau 2 golongan itu baik maka baiklah semua manusia, kalau 2 golongan itu jahat maka jahatlah manusia, iaitu para ulama dan pemimpin.”

    Rasul saw dalam hadis ini menyebut ‘ulama’ dahulu sebelum ‘pemimpin’, artinya bila ulama rosak maka pemimpin/kerajaan/penguasa, akan ikut rosak pula. Selepas itu diikuti oleh rosaknya rakyat, rosaknya orang ramai.

    Di zaman kita ini ke 2 golongan itu sudah rosak, iaitu ulama dan pemimpin atau penguasa/pemerintah. Di zaman sekarang kemuncak kerosakan ulama itu telah berlaku.

    Rasul saw berkata di akhir zaman banyak ulama suk. Akhir zaman itu adalah zaman kita ini. Sejauh mana suk atau jahatnya ulama? Mari kita analisa sejauh mana rosaknya ulama. Sudah banyak aspek kerosakan yang berlaku di kalangan ulama :

    1. Ulama sudah cintakan dunia.
    Cinta dunia itu ibunya kejahatan, puncanya kejahatan, pintu masuk kejahatan untuk berhadapan dengan kejahatan yang lebih banyak. Cinta dunia membuka pada kejahatan yang lebih banyak. Sebab Rasul saw berkata cinta dunia itu ibu segala kejahatan, jadi bila ibunya sudah berlaku, untuk anak2nya lagi mudah berlaku. Maksud cinta dunia itu adalah cinta duit, cinta harta, cinta nama, cinta jawatan, glamor, itu semua bentuk cinta dunia. Bila ulama sudah cinta dunia, maka akan lahir di kalangan ulama kejahatan2 lain. Dari kejahatan ini timbul kejahatan kedua :

    2. Ilmunya tidak lagi global.
    Mengapa ilmunya tak global? kerana ulama ikut sistem pelajaran dan pendidikan yang sudah disusun oleh Barat. Kalau ikut sistem Barat maka bila sudah lulus periksa dia akan rasa belajarnya sudah cukup. Sebab periksa itu kalau sudah lulus, hendak kejar dunia : pangkat, jawatan, nama dsb. Tidak seperti ulama dahulu yang sistemnya tidak seperti ini. Dahulu ulama mengaji sampai puas. Tak berbentuk seperti sekarang ini ada sukatan2. Jadi ulama dahulu tak tahu dia sudah lulus atau belum sebab tak ada sijil. Sekarang tidak begitu. Bila ulama itu sudah ada kelulusan maka pintu dunia terbuka : boleh kerja, boleh makan gaji, dsb. Sebab tujuan mengajipun hendak dapat dunia. Bila dapat sijil, maka akhirnya setakat itulah ilmunya. Sebab itu ulama sekarang ilmunya tidak global. Sedangkan ilmu Islam itu global, ilmu Islam itu untuk menyelesaikan berbagai2 masalah masyarakat. Tapi ulama sekarang ilmunya tidak global, hanya satu aspek sahaja sedangkan ulama adalah tempat bertanya masyarakat. Maka banyaklah masalah tak dapat jawab, banyaklah masalah tidak selesai. Bila dirujuk pada ulama yang ilmunya singkat, banyak benda tak terjawab, bahkan ramai ulama berkata “Ini bukan bidang saya.” Inilah kejahatan yang kedua, kerana ilmu ulama sudah tidak global lagi. Ulama belajar had mana sijil nya laku, setakat itulah dia belajar dan dia tak akan belajar lagi. Ini bahaya.

    3. Ulama tak menjadi pewaris Nabi.
    Rasul berkata : “Ulama itu pewaris Nabi.” Maksud pewaris itu apa yang datang dari Nabi dari Rasul dipusakakan pada ulama :
    • Sudut Ilmu. Dalam point 2 tadi telah disebut bahawa tidak semua bidang ilmu, ulama sekarang dapat miliki. Sedangkan Nabi, Rasul ilmunya global. Jadi di bidang ilmupun ulama sudah tidak dapat mencontohi Nabi lagi.
    • Sudut Ibadah. Patutnya ulama mewarisi ibadah para Nabi. Tapi ibadah ulama sekarang sudah bukan contoh lagi. Sembahyang pun dibuat cepat2, jangan2 iftitah, surat pendek tak baca, hanya baca yang wajib-wajib sahaja. Sembahyang berjemaah tidak menjadi kebiasaan.
    • Akhlak ulama hari ini tak mencerminkan akhlak Rasul, dari segi diri pribadi, sikap, percakapan, pergaulan tak menggambarkan lagi akhlak Nabi terutama tawadhu tak ada langsung. Sedangkan tawadhu itu adalah tradisi para Nabi dan Rasul. Tawadhunya sangat disenangi orang ramai. Dahulu orang ramai jatuh hati pada Ulama kerana tawadhunya tapi sekarang tawadhu pada ulama sudah tak ada. Jadi akhlak pada ulama sekarang khususnya dari sudut tawadhu tak ada, tak mewarisi akhlak Nabi.

    4. Ulama bukan milik umum, tapi dimiliki golongan tertentu
    Ulama bukan kepunyaan umum lagi tapi kepunyaan golongan tertentu. Samada golongan politik atau pihak kerajaan. Jadi para ulama sudah dimiliki oleh kerajaan atau orang politik. Kerana mahu mencari makan, kerana cinta dunianya, maka dia akan cakap mengikut kehendak orang politik dan kerajaan. Jadi bila kerajaan mahukan satu perkara maka dicarilah fatwa2 yang membolehkan. Kalau orang politik atau pihak kerajaan tak mahukan sesuatu, maka dia carilah nash2, fatwa2 yang tidak membolehkan perkara itu. Bahkan ulama sekarang ada yang sudah dimiliki oleh orang Kristian. Ulama sanggup diberi wang oleh orang Kristian dan orang Kristian mensyaratkan ulama bila hendak membagi fatwa. Mereka sanggup jadi orang yang memberi fatwa mengikut telunjuk musuh. Kalau syarat itu dari kerajaan boleh tahan, tapi yang berlaku sekarang ulama sudah mengikut apa kata orang Kristian. Apa lagi yang kita boleh harap dari ulama? ulama sudah ada agen2 yang memilikinya : orang politik, kerajaan, orang Kristian. Jadi fatwa dibuat ikut kehendak musuh bukan ikut kehendak Tuhan.

    5. Ulama hasad dengki pada ulama yang haq
    Bila ulama sudah jahat, dibeli oleh Agen2, sedangkan ulama ada ulama haq juga, maka salah satu kejahatan ulama suk adalah hendak menyorokkan ulama yang haq ini. Perjuangan ulama yang haq itu dihasad dengki. Kalau ulama Haq itu menonjol sangat dimana kalau dibiarkan makin nampak kejahatan ulama suk maka Ulama suk itu akan arahkan kerajaan tangkap, jel, paling tidak disekatkan aktiviti ulama yang haq. Ini kejahatan yang ke 5. Ini berlaku di seluruh dunia, bukan sahaja di Malaysia.

    6. Lahir ulama jumud dan ulama liberal
    Ulama yang sudah dibeli ini ada 2 golongan :
    • Bila dia diberi duit, dia jadi jumud, beku. Kebanyakkannya pendidikan pesantren. Jadi bila ulama jumud, sedangkan zaman ini zaman maju, zaman membangun, ini menjadikan orang ramai tidak tertarik dengan kepimpinan ulama kerana jumudnya para ulama
    • Bila diberi duit dia tak jumud tapi jadi ulama moden, dia menterjemahkan Islam secara Barat supaya diterima orang ramai sebab hari ini orang rujuk pada Barat. Jadi supaya mereka diterima oleh orang ramai diapun berfikiran seperti Barat maka lahirlah Islam liberal yang disesuaikan dengan otak mereka dengan tujuan orang ramai boleh terima.

    Tapi akhirnya kedua golongan ulama ini tidak diterima orang ramai. Yang satu jumud sangat, yang kedua cara berfikir sahaja yang maju, tapi tindakan tak maju. Cara berfikirnya maju tapi rosak kerana agama ditafsirkan cara Barat.

    7. Ulama tidak membangun jemaah
    Oleh kerana ulama sudah ada agen yang punya, sudah liberal, cara berfikir sudah rosak, atau kerana ulama sudah jumud sangat, maka sunnah yang besar sudah ditinggalkan iaitu membangunkan jemaah. Membangunkan jemaah itu sunnah yang besar sudah ditinggalkan ulama. Kemudian ada yang mahukan jemaah tapi diubah suai termasuklah masuk parti politik, bagi mereka adalah jemaah. Lagi rosak, akhirnya dia dimiliki oleh orang politik kalau orang poltik itu kuasai negara maka ulama itu dimiliki oleh kerajaan, jadi apa yang dikehendaki oleh kerajaan, suara ulama itu disesuaikan dengan kehendak kerajaan. Jadi kejahatan ke 7 adalah dia tak mau lagi bangunkan jemaah sedangkan itu sunnah terbesar Rasul saw

    8. Ulama suka berjalan sendiri untuk tujuan komersil
    Ulama lebih suka berjalan sendiri2 sebab dia fikir ada nilai komersial berdakwah sendiri. Kemudian bila ada duit boleh buka sekolah, dapatlah mengambil duit orang ramai. Bahkan ulama2, kalau hendak buat seminar, hendak buat mensyuarat, syarikat rokok yang sponsor. Kejadian ini mungkin di Malaysia tertutup tapi di Indonesia berlaku secara terang2an banner, kain rentang, sebut seminar itu disponsor oleh syarikat rokok. Jadi kerana ulama hendak kejar dunia sudahlah tak buat jemaah, suka buat sendiri2 kerana hendak buat komersial. Sebab itu di Indonesia kalau untuk khutbah Jum’at kena bayar, kalau tak bayar tak mau. Dia tanya dahulu apakah sanggup bayar. Kalau tak sanggup bayar maka tak mau baca khutbah. Itulah ulama, suka jalan sendiri kerana mahu dapat duit untuk hidup.

    Kalau kejahatan2 ini sudah berlaku, jadi kejahatan lain sudah jadi kecil. Dengan 8 jenis kejahatan inipun sudah cukup menghancurkan Islam, Umat Islam sudah bingung sedangkan ulama itu adalah ibarat pagar/benteng dari Umat Islam. Bila benteng telah roboh terdedahlah Umat Islam pada bahaya. Itulah yang berlaku sekarang sampai peringkat orang Kristian miliki ulama. Apa lagi yang boleh kita harap dari ulama sedangkan kalau ada sedikit2 kebenaran, kalau dia ulama kerajaan, dia arah kerajaan sekat, ulama2 itu menekan, itu paling ringan, lebih dari itu suruh tangkap. Kalau sudah begitu kejahatan para ulama akhir zaman, tanda tak boleh harap lagi kecuali datang penyelamat dari Tuhan

    Jadi sudah terhurailah kejahatan ulama artinya sudah lengkap kejahatan ulama, ulama tak boleh diharap lagi. Tak boleh harap kecuali datangnya penyelamat. Ada beberapa perkara yang kita kena buat :
    1. Penyelamat itu ada pengikut. Sebagai pengikut kita kena persiapkan diri supaya bila penyelamat datang pengikut sudah siap
    2. Doa banyak2 agar Tuhan cepat datangkan Penyelamat, agar dunia ada Penyelamat.

  21. SUDAH LUPAKAH KITA AKAN PERISTIWA TSUNAMI?
    Belajar dengan alam ertinya kenalah memahami Tuhan. Sebab Tuhanlah yang mewarnakan alam ini dan seluruh kehidupan di dalamnya. Lagipun tinggal di bumi Tuhan kalau tidak faham disiplin Tuhan nahaslah jawabnya. Macam kita menumpang tinggal di rumah seseorang atau tumpang kerja di syarikat seseorang, tapi kita gagal untuk memahami disiplin tuannya. Celakalah padahnya.

    Untuk memahami Tuhan, cukup kalau kita rujuk kepada satu daripada kata-kata-Nya dalam Al Quran:Maksudnya: “Yang demikian adalah menurut ‘sunnatullah’ yang berlaku kepada orang-orang yang telah lalu dan kamu tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi sunnatullah itu.” (Al Ahzab: 62)
    Rupanya Tuhan telah pun memaklumkan kepada kita sistem yang diguna pakai oleh-Nya untuk mentadbir bumi-Nya ini. Marilah kita berusaha untuk memahami kaedah Tuhan itu agar kita tidak tersilap dalam mengikuti prosedur sistem ini, demi keselamatan di dunia dan Akhirat.

    1. Pertama dan utama buat kita ialah yakin bahawa Tuhan itu wujud. Buktinya ialah wujudnya alam ini. Masakan alam ini menjadi dengan sendirinya? Masakan kewujudan kita tanpa yang menciptanya?

    2. Bila kita yakin kewujudan Tuhan, kenalah kita yakin juga bahawa setiap apa yang wujud sama ada yang dapat dilihat mahupun yang tidak dapat dilihat, Tuhanlah yang wujudkan bersama sistemnya sekali. Penciptaan kapal terbang oleh manusia hakikatnya adalah ciptaan Tuhan. Bukti kuasanya Tuhan. Sebab manusia dan alat-alat ciptaan semuanya bahan ciptaan Tuhan. Demikianlah seterusnya.

    3. Kita juga kenalah faham dan yakin bahawa kuasa Tuhan dalam setiap ciptaan-Nya atau dalam apa yang tidak diciptakan adalah mutlak, tanpa campur tangan sesiapa pun. Ertinya Tuhan kalau mahu menjadikan sesuatu, hanya dengan Dia berkata, “Jadi!” Maka terjadilah sesuatu itu. Begitu juga jika Dia tidak mahu menjadikan, hanya dengan berkata, “Tidak jadi!” Maka tidak jadilah sesuatu itu. Tidak akan tercipta kapal terbang oleh manusia kalau Tuhan tidak berkehendak menjadikannya. Ada pun sebab terjadinya ciptaan itu adalah kerana Tuhan yang mahu ia jadi, maka jadilah ia oleh proses yang diizinkan-Nya kepada manusia. Demikianlah kemampuan dan kekuasaan Tuhan yang kita sepatutnya tidak ragu sedikit pun. Keraguan dalam konsep ini sekiranya berlaku dalam fikiran dan hati seseorang. Malang sekali! Kerana ia mengundang berbagai salah tindakan dalam kediaman yang Tuhan tumpangkan ini, yang akan mengakibatkan manusia itu membina hidupnya penuh kehinaan, sebab aqidahnya sudah rosak.

    4. Seterusnya kita selaku penghuni bumi wajiblah juga faham dan yakin bahawa Tuhan yang begitu sekali kemampuan- Nya sedang mentadbir bumi ini dengan begitu Maha berdisiplin dan sistematik sekali. Tuhan Maha Bijaksana dan Maha Adil, Raja bagi segala raja-raja yang memerintah. Begitu halus undang-undang dan peraturan yang dipakai- Nya. Tuhan tidak sama sekali gopoh, emosional, semberono dan tidak tersilap dalam mencipta sesuatu. Tidak ada yang sia-sia bahkan penuh makna, hikmah, didikan, pengajaran dan kebaikan. Dia tidak menganiaya, tidak menzalimi dan tidak ada kejahatan di dalam sebarang ciptaan-Nya. Segalagalanya bermaksud baik dan kasih sayang untuk tujuan menginsafkan dari Zat Tuhan kepada makhluk-makhluk kesayangan-Nya.

    5. Oleh kerana begitu baik dan bijak-Nya Tuhan kepada bumi, maka dengan penuh sopan santun Tuhan pun menetapkan pada diri-Nya bahawa bilamana Dia mahu menciptakan sesuatu untuk makhluk-Nya atau tidak menciptakan, maka dibuatlah sesuatu itu bersebab. Ada sebabnya mengapa sesuatu terjadi. Kalau tanpa sebab pun sesuatu itu boleh saja terjadi, tetapi tentulah ia akan menyusahkan hamba-hamba untuk hidup sebagai hamba di bumi Tuhan. Tanpa sistem, proses dan disiplin serta sebab-sebab terjadinya sesuatu sama ada positif atau negatif dalam hidup di bumi ini tentulah hidup akan menjadi kelam kabut selalu. Padahal Tuhan mampu melakukannya, namun demi cinta-Nya, Dia begitu berdisiplin terhadap hamba-Nya. Dia amat berbudi bicara terhadap hamba-Nya. Kasih sayang-Nya membuatkan Dia melayani hamba-Nya bagaikan tetamu yang sungguh istimewa. Mana ada majikan atau tuan rumah memperlakukan buruhnya atau orang gajinya sebaik yang Tuhan memperlakukan. Si hamba ciptaan-Nya yang ditumpangkan di bumi-Nya yang mana Tuhan begitu menghargai manusia, dilayan penuh diplomasi. Sesuatu yang hendak dibuat kepada hamba selalunya dengan sebab supaya hamba itu jangan kelam kabut.

    6. Itulah dia sunnatullah atau kaedah Tuhan. Firman Allah itu, demikian Tuhan telah berjanji pada diri-Nya bahawa kaedah atau sunnah-Nya ini tidak akan berubah-ubah, mestilah sesuatu yang Dia mahu takdirkan atau tidak mahu, sama ada positif atau negatif, sifatnya adalah terjadi secara sebab atau akibat. Sesuatu terjadi ada sebab musababnya, ia mengakibatkan sesuatu. Padahal Tuhan mampu saja membuatkan sesuatu tanpa sebab. Contoh, Nabi Ibrahim a.s. tidak terbakar oleh api. Nabi Adam a.s. dicipta tanpa ibu dan ayah. Dengan konsep sunnatullah ‘sebab membawa akibat’ ini, mampulah manusia mengkaji watak-watak kejadian oleh Tuhan itu. Senanglah manusia menjalani sistem hidup yang begitu sistematik dan berdisiplin. Tidaklah berterabur dan kucar-kacir. Sedangkan boleh saja Tuhan paksa kita hidup dalam bumi-Nya yang berjalan “ikut dan”. Yakni ikut suka Tuhan. Misalnya, gelap sepanjang masa, matahari tidak terbenam atau sebagainya.

    7. Ketahuilah wahai penduduk bumi serta yakinlah anda bahawa Tuhan itu menjadikan sebab, akibat atau sunnah-Nya itu, ada yang umum dan ada yang khusus. Yakni ada yang mudah difahami dan ada yang pula yang susah difahami. Ada yang direct dan ada yang tidak direct. Ada yang tersirat dan ada yang tersurat. Sebab itulah perlu dipelajari kitab Tuhan untuk fahami Tuhan.
    Contoh sunnah yang khusus dan direct:

    a) Telah ditetapkan oleh Tuhan secara khusus bahawa bila Dia mahu seseorang itu pandai, maka Dia lahirkan sebab ke arah itu. Maka didoronglah seseorang itu rajin belajar, rajin bertanya guru, tekun, sanggup belajar lama hingga pandailah dia.

    b) Tuhan juga secara khusus telah menetapkan seseorang itu yang Dia akan bodohkan, juga dengan sebab. Didoronglah seseorang kepada sebab-sebab seperti malas belajar, tidak bertanya, tidak sungguh-sungguh, tidak sanggup berlama-lama, maka bodohlah orang itu.

    Contoh sunahtullah yang umum yang susah difahami serta tidak direct:
    a) Firman Allah SWT: Maksudnya: “Bilamana penduduk satu kampung itu beriman dan bertaqwa, Tuhan akan turunkan berkat dari langit dan bumi.” (Al A’raf: 96)
    Yakni penduduk kampung itu Tuhan akan makmurkan, bersatu padu, aman damai, selamat dari bencana hidup, harmoni dan bahagia. Dengan syarat atau sebabnya ialah penduduk itu mestilah mengusahakan taqwa. Sedangkan taqwa itu bersifat maknawi dan susah untuk difahami. Lebih-lebih lagi susah untuk diusahakan tapi begitulah ketetapan-Nya. Ada pun orang kafir boleh juga kecapi nikmat hidup tanpa taqwa adalah kerana disiplin Tuhan untuk mereka itu lain daripada apa yang diperuntukkan pada muslim.

    Tuhan telah buat dua bahagian iaitu:
    i. Orang Islam kalau hendak berjaya mesti dengan taqwa (kekuatan roh) ii. Orang bukan Islam kalau hendak berjaya mestilah dengan quwwah (kekuatan lahir)
    Kekuatan lahir nampak kekuatannya, jiwa pula tidak nampak kekuatannya. Sebab itu orang Islam yang tidakfaham, lebih suka cari kekuatan lahir untuk berjaya sedangkan Tuhan tidak undang-undangkan begitu. Orang Islam yang memilih Islam sebagai agama patut faham agamanya bahawa untuk berjaya dia kena usahakan taqwa (jiwa kuat dengan Tuhan).

    b) Allah SWT berfirman: Maksudnya: “Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota, sebelum Dia mengutus di ibu kota seorang Rasul yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Dan tidak pernah pula Kami membinasakan kota-kota kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.” (Al Qashash: 59)
    Ertinya Allah jadikan sebab maksiat untuk hancurkan sesuatu kaum. Maksiat dan mungkar adalah sebab-sebab untuk terjadinya kehancuran sesuatu kaum adalah sunnah Allah yang susah difahami. Ia bersifat maknawi dan rohani dan tidak direct bahkan macam tidak ada kena-mengena. Akal semata-mata tidak mampu memahami ini. Orang Islam kena faham agamanya. Bahawa Tuhan telah tetapkan bilamana maksiat dijadikan budaya masyarakat, tandanya masyarakat itu akan hancur tapi tidak cepat-cepat dihancurkan, tunggu 40 tahun misalnya. Itulah sunnatullah, siapa pun tidak boleh ubah lagi. Tapi usaha tidak buat maksiat Tuhan memang perintahkan. Jangan pula cakap, “Tuhan suruh aku buat maksiat atau Tuhan takdirkan aku buat maksiat.” Sebenarnya bila Tuhan bagi makanan dan Tuhan suruhmakan. Janganlah kita cakap, “Tuhan takdirkan aku tak makan. Jadi aku pun tak naklah suapkan makanan ke mulut.” Usaha suap ke mulut itu adalah bidang tugas yang Tuhan bagi kuasa pada kita melakukannya dengan izin Tuhan. Itulah dia syariat.

    Namun demikianlah ketetapan yang sudah diputuskan oleh Yang Maha Berkuasa sebagai undang-undang untuk hidup di bumi-Nya, manusia tiada hak untuk mempersoalkan, melainkan kena berusaha memahami Tuhan dan mematuhi sistem-Nya.

    8. Sebenarnya watak dunia ini juga sebagai sunnatullah. Yakni Allah jadikan sesuatu dikeranakan sebab. Sunnatullah ini kekal berlaku sejak mula-mula Tuhan wujudkan dunia ini hinggalah ditamatkan riwayat dunia dengan Kiamat nanti. Sunnah-Nya, Tuhan tidak akan ubah. Maksudnya: “… dan kamu tidak sekali-kali akan dapati sebarang perubahan bagi sunnatullah itu.” (Al Ahzab: 62)
    Ia berulang setiap dan sepanjang zaman sama ada difahami atau tidak difahami oleh manusia di zaman mereka. Contoh: Al Quran banyak menceritakan perihal berlakunya segala macam bencana alam seperti gempa bumi, banjir besar, angin taufan dan lain-lain bagi kaum-kaum yang degil terhadap seruan kebenaran oleh rasul-rasul dan nabinabi yang Tuhan datangkan di zaman masing-masing. Nampaknya Tuhan mengaitkan sebab dengan akibat. Yakni mana-mana kaum yang menentang utusan-Nya maka akibatnya Tuhan datangkan kehancuran pada mereka oleh bencana alam. Kemudian kepada rasul-rasul di zaman itu Allah wahyukan berita-berita tersebut sebagai akibat penentangan kaum itu kepada Tuhan supaya mereka insaf. Kejadian ombak gergasi Tsunami yang terjadi di rantau Asia tanggal 26 Disember 2004 adalah watak dunia yang berulang untuk zaman ini. Tuhan lakukan dengan sebab sesuatu akibat. Kalau Nabi Muhammad SAW dan Rasul kita itu masih hidup tentunya wahyu akan turun untuk memaklumkan perihal ini. Tapi cukuplah dengan merujuk kepada Al Quran dan sunnah yang diwariskan, kita sepatutnya fahami, mengapa Tsunami itu tiba-tiba saja melanda benua Nusantara yang sepanjang sejarahnya tidak pernah dan tidak munasabah berlaku. Ia adalah kerana Tuhan yang Maha Kuasa membenarkan sunnah- Nya berulang di zaman ini.

    Sunnah yang tidak pernah diubahnya. Sunnah yang menguatkuasakan undang-undang bahawa bilamana di zaman itu manusia sudah begitu derhaka kepada Tuhan.. Begitulah aqidah ahli Sunnah wal Jamaah. Menolak kenyataan ini, ertinya menafikan kuasa Tuhan 100% dalam hal Tsunami ini, mengalih perhatian daripada melihatnya sebagai hukuman Tuhan kepada abad intelektual sekular ini kepada memperkecilkannya sebagai kejadian alam yang boleh diakal-akalkan semata-mata. Maka sesungguhnya dia sedang mencabar Tuhan. Seolah-olah dia berkata: “Wahai Tuhan, siapa Engkau untuk ikut campur dalam urusan dunia ini. Aku kan lebih tahu tentang rahsianya.Cukuplah dunia ini dalam pemikiran aku dan Engkau Tuhan, mana ada tempat di dalamnya! Tuhan boleh belah.” Orang begini kalau ada, dia sedang mencipta sejarah besar seperti yang pernah ditempah oleh Abu Jahal, Firaun, Hamman, Namrud, Jalut dan Qabil. Mereka menjadi penentang Tuhan kerana mahu jadi Tuhan oleh kegilaan otaknya. Dia mahu tunjukan otaknya boleh mengatasi Tuhan. Dia mahu jadi orang paling dikagumi di zamannya dan jangan siapa mencabarnya sekalipun Tuhan. Jadi dia sanggup menyalahfahamkan bagi orang yang hendak faham.
    Anda tahukan apa sudahnya sejarah orang-orang ini dan di mana tempatnya yang Tuhan siapkan? Marilah kita bertaubat kerana sekian lamanya semua mesej dari Tuhan, kita putar belitkan sehingga peluang Tuhan untuk mendapat tempat kembali di hati hamba-hamba-Nya terlepas begitu saja. Dirampas oleh orang-orang pandai yang gila kuasa dan nama, untuk mentakhtakan mereka di mata manusia. Tuhan terus dilupakan orang, tidak dipedulikan dan bagaikan tiada peranan apa-apa di dunia. Semua dibolot oleh manusia. Kerana setiap kesempatan yang Tuhan cetuskan untuk Dia dikenali semula oleh dunia, habis dipunah-ranahkan oleh otakotak manusia dengan cara membesar-besarkan sebab-sebab yang Tuhan wujudkan untuk terjadinya sesuatu peristiwa. Mereka membuatkan manusia lupakan saja Tuhan yang menjadi punca sebenar mengapa sebab itu sampai terjadi. Jahatnya manusia kepada Tuhan yang Maha Baik itu.

    Apa perasaan anda kalau periuk telah berbohong mengatakan dialah yang memasak nasi itu, sedangkan andalah sebenarnya yang melakukannya. Periuk begitu berkepentingan memperkenalkan dirinya sehingga tuannya tidak dikenali orang. Jahat tak periuk itu menurut anda? Sedangkan periuk bukannya cukup mampu untuk ditabalkan sebagai tempat rujuk. Kalau tidak dikenali pun si periuk ni tiada bahaya apaapa. Tapi dalam konteks nasi ini, kalau manusia tidak dikenali kerana sikap monopoli periuk, itu banyak bahayanya.Tuhan menciptakan alam, pembuat katalog tentang keseluruhan konsep hidup di dunia iaitu Al Quran dan As Sunnah. Kalau terus-menerus tidak dikenali, tidak difahami dan tidak diambil panduan-panduan darinya, amat-amatlah bahayanya bagi manusia. Huru-haralah, haru-birulah, lintang-pukanglah, kelam-kabutlah, porak-perandalah, punah-ranahlah, rosak binasalah, hancur berkecailah dan tidak bergunalah lagi dunia dan isi-isinya ini.

    Bukankah sudah demikian, itulah dia dunia ini yang adanya oleh kerakusan manusia yang mengangkat diri hingga Tuhan tenggelam begitu saja dari persada. Tuhan ada tapi tiada peranan apa-apa. Begitulah sudah jadinya hidup ini oleh manusia ini. Maka adillah Tsunami dan berbagai-bagai malapetaqka sejak akhir-akhir ini datang dengan satu pakej yang begitu lengkap dan sempurna untuk memperkenalkan Tuhan. Bila Tuhan di kenali dan difahami, manusia akan takut dan cintakan Tuhan sepenuh hati. Manusia akan mula mahu mengkaji tentang Tuhan dengan lebih mendalam. Manusia akan sanggup belajar segala seni budayanya tentang ajaran Tuhan, akan sanggup membuka Al Quran dan Hadis semula untuk lihat Tuhan di dalamnya. Manusia akan perhatikan juga sembahyang yang agung, zikir yang agung dan segala keagungan Tuhan yang tersimpan dalam khazanah perbendaharaan agama Tuhan yang dilupakan sekian lama.

    Bila manusia mahu berubah begitu sekali, sanggup perbetulkan segala kesilapan terhadap Tuhan selama ini, rela berkorban, baiki diri, maka moga-moga manusia bertaqwalah kepada Tuhan semula. Taqwa adalah bekalan hidup dan bekalan mati yang paling utama. Tidak dijadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan mengabdikan diri kepada Tuhan. Yakni untuk mendapatkan taqwa. Untuk bertaqwalah hidup ini sebenarnya, ‘degree’ Tuhan yang menyelamatkan manusia dunia dan Akhirat. Janganlah tak tahu tentang ini di kesempatan hidup yang satu-satunya ini atau jangan buat-buat tak faham maksud Tuhan .

  22. APA MAKSUD TUHAN MENYURUH KITA BERPUASA SEBULAN SETIAP TAHUN?
    Merujuk kepada Al-Quran, tujuan berpuasa adalah untuk bertaqwa. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 183, ertinya; “ Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagai-mana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa”

    Berpuasa rupa-rupanya boleh mengakibatkan seseorang hamba Allah bertaqwa kepada Tuhannya yakni bila mana Ramadhan dilalui dengan tepat dan penuh penghayatan. Kalau bukan caranya, berpuasa di bulan Ramadhan hanya menghasilkan lapar, dahaga dan keletihan sahaja, sia-sia. Dalam setahun kita telah melalui berbagai-bagai cabaran hidup yang boleh merosakkan ketaqwaan kita kepada ALLAH.

    Bila manusia tidak bertaqwa, mereka akan hilang wibawa dan kemanusiaan. Manusia menzalim, menindas, menipu, mementingkan diri, jatuh menjatuhkan , hasad dengki, pemarah, takabur, bakhil, berdendam dan lain-lain. Masyarakat manusia tidak lagi berkasih sayang, bekerjasama, bertolak ansur dan bertolong bantu. Sebaliknya akan berebut-rebut, berkrisis, bertelagah dan berperang. Peperangan antara suami isteri, anak dengan ibu bapa, murid dengan guru, buruh dan majikan, rakyat dengan pemimpin dan lain-lain. Manusia hilang kemanusiaan. Masyarakat manusia tidak berwatak manusia lagi! Bertukar kepada watak syaitan dan haiwan. Allah SWT yang Maha Adil lagi Bijaksana, yang menjadikan manusia , tahu di mana kekuatan dan kelemahannya, tahu bagaimana menguatkan yang lemah, menyuburkan yang kuat, tahu punca kekuatan dan kelemahan, telah memilih sebulan Ramadhan untuk jadi ubat kepada setahun penyakit. Berpuasa dan ibadah-ibadah tambahan Ramadhan itu mampu menyelesaikan masalah-masalah selama setahun. Umpama kereta yang letih dan lemah setelah setahun digunakan , overhaul sebulan cukup untuk sihat semula. Ya, Ramadhan datang untuk overhaul manusia supaya dapatkan kemanusiaan semula. Rugilah orang-orang yang gagal menjadikan ibadah-ibadah Ramadhan untuk membaik pulih kemanusiaan mereka. Macam ruginya orang yang diberi kereta tapi tidak pandai mengguna atau tersalah guna.

    Bagaimana Ramadhan Overhaul Hati Manusia?

    Terdapat pakej ibadah yang cukup hebat dan berkesan, kuat menguat satu sama lain, supaya manusia dibaik pulihkan sepanjang Ramadhan . Allahlah yang punya pakej ini Maha pakar dalam merawat jiwa, fikiran dan fizikal manusia supaya kembali suci sesuci fitrah semulajadinya.

    Pakej itu ialah ibadah puasa, terawih, baca Quran, zikir, tasbih, paling asas adalah mujahadah untuk melawan nafsu. Seseorang yang sanggup melakukan keseluruhan pakej ibadah ini dengan serius dan penghayatan, sungguh akan memperolehi satu kekuatan roh, mental dan fizikal untuk meneruskan perjuangan sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi. Membawa bersamanya segala sifat-sifat baik seorang manusia seperti merendah diri, pemurah, berkasih-sayang terutama dengan orang miskin dan susah, tawakkal, sabar, tenang, adil, berbaik sangka, sanggup meminta maaf dan memberi maaf, bertolak ansur, jujur, mementingkan orang lain dan lain-lain. Kalau ada manusia begini, di muka bumi ini dan tentunya ada, ketahuilah bahawa pada merekalah Allah akan pusakakan bumi ini untuk ditadbir. Sebab Allah berjanji untuk menutup bumi ini dengan keadilan oleh orang-orang yang mereka itu cintakan Allah dan Allah juga cintakan mereka.

    Bagaimana Ibadah Memproses Ketaqwaan Manusia

    Allah jadikan manusia makhluk yang wajib berusaha dan berikhtiar untuk berjaya dalam apa juga bidang. Kejayaan tidak jadi sendiri kepada manusia. Manusia perlu bertarung, berjuang untuk kejayaan besar mereka. Nelayan mengharungi gelombang laut, petani melawan panas terik, ibu bertarung dengan kesusahan melahirkan anak, bapa tercabar dalam melakukan tanggung jawab pada keluarga, guru berhadapan dengan ragam murid, pemimpin paling teruk berhadapan dengan 1001 jenis kesusahan dalam kepimpinan.

    Untuk mengalahkan nafsu dan syaitan, Allah mewajibkan peperangan yang paling besar dan dahsyat yang tak dapat dilihat oleh mata kerana ia bersifat rohani dan maknawi. Hanya orang yang mampu melepasi halangan-halangan nafsu sahaja yang layak mendapatkan taqwa. Ketaqwaan adalah sijil atau ukuran paling mulia untuk seseorang manusia menjadi sesempurna manusia . Tanpa taqwa, PhD, harta, pangkat tidak menjamin manusia dapat dikembalikan kepada kemuliaan yakni kemanusiaannya. Orang kaya, berpangkat dan berijazah tapi yang bertuhankan hawa nafsu akan jadi sejahat-jahat manusia sedangkan dengan taqwa, orang miskin pun jadi mulia apa lagi kalau orang kaya yang bertaqwa!

    Sebab itulah saya katakan ibadah paling asas dalam pakej Ramadhan ialah mujahadah terhadap nafsu. Yakni usaha-usaha memaksa diri sendiri untuk melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Mujahadah ialah sanggup menyiksa diri sendiri dalam usaha untuk menunaikan perintah-perintah Allah kerana kebaikan yang diperintahkan bertentangan dengan kehendak nafsu liar dalam diri. Contoh, untuk berkasih sayang seperti yang Allah Taala perintahkan, seseorang sanggup menelan marahnya pada seseorang dengan penuh sabar. Tahan marah dan sabar itu sungguh menyiksakan . Orang-orang yang tahu selok beloknya sahaja yang boleh melakukan dengan pertolongan Allah. Mujahadah memang menjemukan, nafsu benci dan meletihkan . Siapa sanggup tersiksa atas cita-citanya? Hanyalah orang yang berjiwa besar. Sebab letih fizikal boleh rehat, tapi perang dengan nafsu tak boleh rehat-rehat. Kalau rehat nafsu lagi manja dan mengada-ngada. Perang yang tak rehat-rehat inilah dikatakan perang paling berat dan dahsyat.
    Terdapat tiga pemangkin yang Allah sediakan untuk mendorong mujahadah ini di bulan Ramadhan iaitu:

    1. Puasa yang dihayati
    2. Sembahyang yang khusyuk
    3. Baca Quran yang dijiwai

    Puasa yang dihayati akan menjadi pendorong/pemangkin mujahadah melawan hawa nafsu kerana puasa itu akan menimbulkan keinsafan, kesedaran, rasa timbang rasa, rasa lemah dan rasa hamba seorang hamba Allah. Orang yang berpuasa dapat menangisi golongan susah dan miskin. Orang miskin terus lapar tanpa tahu pasti bila waktu berbuka. Buruh-buruh terus letih sampai bila-bila tanpa tahu bila sebenarnya mereka boleh rehat dan holiday. Bilamana rasa-rasa itu menguasai diri seseorang pasti akan membunuh nafsu-nafsu yang suka kepada kejahatan dan melanggar perintah Tuhan seperti rasa tamak dan sombong orang kaya terhadap orang miskin.

    Sembahyang yang khusyuk adalah rahsia kemenangan. Kemenangan seseorang terhadap musuh utama dalam hidupnya iaitu nafsu dan syaitan. Sembahyang itu adalah sebesar-besar atau seagung-agung projek yang menjamin kekayaan manusia paling utama. Yakni sembahyang dapat membina dan menebalkan rasa-rasa yang amat diperlukan oleh seseorang hamba yakni rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Rasa yang mampu menghalau dan memusnahkan nafsu yang jahat yang menjadikan manusia paling berguna pada manusia yang lain. Kalau bukan sembahyang, apakah langkah lain untuk manusia memperolehi modal-modal hidup rohaniah yang amat diperlukan itu?

    Baca Quran yang dijiwai sesungguhnya akan menemukan khabar gembira, ada amaran, suri teladan, kesedaran dan keinsafan . Pemikiran yang agung, global dan praktikal hanya dan hanya oleh Al Quran. Membacanya di bulan Ramadhan, ertinya membangunkan suatu pemangkin yang cukup kuat untuk mengalahkan nafsu dan pengaruh syaitan dalam diri manusia. Bila nafsu kehaiwanan dapat dikalahkan, manusia akan mendapatkan kemanusiaannya semula. Masyarakat kita akan berwibawa semula! Ibadah tambahan lainnya akan jadi ringan untuk dilaksanakan dan akan membuahkan akhlak yang luar biasa. Allah SWT memerintahkan puasa Ramadhan adalah semata-mata untuk bertaqwa kepadaNya. Yakni dengan melakukan overhaul dan baik pulih kepada jiwa, fikiran dan fizikal.

  23. ADAKAH ISLAM KITA IKUT KEMAHUAN KITA ATAU IKUT KEMAHUAN TUHAN DAN RASUL?

    Sukar untuk kita samapi ke tempat yang dituju kalau kita tidak tahu arah dan jalannya. Lama lagi kita berjalan dan lagi laji kiya berjalan nescaya lagi jauh kita tersasar dari destinasi yang dituju. Oleh itu, dalam perjalanan, adalah baiknya kalau kita dapat berhenti seketika, melihat arah dari mana kita datang, menetapkan di mana kita sekarang dan mencari arah yang betul dan jalan sebenar untuk sampai ke destinasi yang kita tuju. Jika perlu, kita ubah haluan. Jika mampu kita percepatkan perjalanan. Ini penting dalam perjalanan di dunia. Ia lebih-lebih lagi penting dalam hendak menuju destinasi Akhirat.

    Sudah sekian lama kita mengamalkan Islam, tetapi nampaknya semakin lama hidup kita semakin kucar-kacir. Masyarakat kita semakin lintang-pukang. Jenayah dan kemungkaran semakinmerebak dan menjadi-jadi. Maksiat dan kelakuan sumbang berlaku di depan mata. Muda-mudi sudah tidak malu dan tidak bermoral lagi. Pemimpin kurang bertanggungjawab. Banyak masa dan tenaga digunakan bukan untuk rakyat tetapi untuk kepentingan diri dan untuk mengekalkan kuasa dan jawatan. Kasih sayang sudah hilang. Perpaduan sudah runtuh. Akhlak sudah punah-ranah. Apa sebab kita masih belum hancur, kita pun tidak tahu. Kalau ikut logiknya, sudah lama kita berperang sesama sendiri. Sudah lama kita berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Tetapi mungkin kita masih ada harapan. Mungkin Tuhan masih memberi kita peluang.

    Ini bermakna kita perlu buat perubahan. Kita perlu lihat kepada Islam kita. Adakah Islam kita ini ikut apa yang kita mahu atau ikut apa yang Tuhan dan Rasul mahu? Jelaslah bahawa Islam kita belum sampai ke tahap yang Tuhan dan Rasul mahu. Itu sebabnya kita diberi ingat dengan berbagai-bagai gejala, masalah dan kesusahan. Adakah kita mahu memahami dan mengambil iktibar. Adakah kita mahu menukar haluan dan membuat perubahan supaya kita kembali tertuju kepada Tuhan.

    Dalam amalan Islam kita sekarang nampaknya macam semuanya ada. Seperti semuanya lengkap. Namun ada perkara yan sangat ketara yang wujud di zaman Rasulullah dan para salafussoleh tetapi tidak ada dalam Islam kita hari ini. Iaitu persoalan taqwa. Baik ilmunya, penghayatan dan penjiwaannya. Kalaupun kita ada sebut taqwa sekali-sekala tetapi fahamannya jauh tersimpang dari maksud yang sebenar. Hakikatnya kita tidak ada taqwa.

    Walhal taqwalah sumber kekuatan umat Islam. Sebab taqwalah umat Islam dibantu, dibela dan dilindungi oleh Allah. Sebab taqwalah umat Islam diberi kejayaan dan kemenangan. Inilah modal yang tidak ada pada kita hari ini. Itu sebab kita lemah, berpecah belah dan tidak dibantu.Kita datang lagi ke tengah masyarakat untuk memperkatakan tentang taqwa. Memperkatakan tentang perkara yang telah hilang dari kita. Untuk mempromosikan taqwa sebagai modal supaya kita boleh maju dan membangun. Untuk membina kekuatan jiwa dan rohani. Untuk memperkasakan diri, bangsa dan negara. Untuk mengungkai ikatan-ikatan dan belenggu yang mengikat dan menghalang kita selama ini. Supaya kita terlepas dan bebas dari segala ancaman, ugutan dan tekanan. Supaya kita benar-benar merdeka yakni terlepas dari ikatan makhluk dan terikat hanya dengan Tuhan. Yakinlah kita boleh jadi kuat, sekuat mana kita dapat hubungkan hati kita dengan Tuhan.

    Suasana hidup sekarang tidak bahagia, alangkah seksanya jika kita hidup berjiran jiran tidak bertegur sapa, bahkan curiga-mencurigai pula, di tempat bekerja tidak seia sekata, hasad dengki jadi budaya, prejudis satu sama lain, percaya-mempercayai hilang sesama manusia. Di dalam keluarga kasih sayang tiada, anak-anak dan isteri tidak mengikut kata suami sudah tidak ada wibawa, isteri tidak setia. Hidup di dalam masyarakat nafsi-nafsi, susah tanggung sendiri bertemu hanya terpaksa, bukan dari hati kerana fikiran tidak selari. Sekiranya tidak bergaul, kita tidak mungkin boleh hidup sendiri-sendiri. Bergaul pula, aduh sungguh terseksa, rasa bersama sudah tidak ada.

    Begitulah di dalam satu masyarakat manusia yang memburu dunia ukhwah tidak ada, Tuhan sudah dilupa, dunia adalah matlamat manusia. Sungguh sepi hidup begini di dunia hari ini tidak ada ceria, tidak ada gembira, tidak ada mesra. Sepi di dalam ramai, berserabut fikiran di waktu bersendirian kecuali orang yang beriman, rasa bertuhan hidup di hati terasa ramai sekalipun keseorangan atau waktu bersendiri. Rasa bertuhan yang menghidupkan hati itulah hiburan orang mukmin, hatinya sentiasa tenang sekalipun di dalam kesusahan susah lahirnya, batinnya tenang, begitulah hati orang mukmin, hiburannya di dalam hatinya.

  24. a’kum,saya ada 1 soalan,knp pd 24 disember 04,bleh t’jdnya tsunami,adakah disbbkn umt nabi kufur & lalai?tlg berikn saya sbb ia terjd,faktor2nya sekali.

    1. Tsunami adalah satu bencana alam, yang mana sentiasa berlaku di mana2 sahaja, terutama di Jepun.

      Sememangnya dalam masyarakat Islam di dunia ini sekarang, ramai yang kufur dan lalai.

      Namun masih ramai juga kalangan penduduk di Acheh yang kuat pegangan agamanya, seperti di Kelantan. Banyak sekolah pondok bergiat aktif di sana.

      Oleh itu, tidak kena sekiranya kita mengadili mereka dengan kata2 sebegitu. Siapa kita, di mana kedudukan kita, bertaqwakah kita?

      Tiada seorang pun yang berhak berkata sedemikian kepada sesiapa pun, melainkan kita sendiri yang berkata kepada diri kita sendiri, apabila kita sendiri ditimpa sesuatu bala bencana dari Allah s.w.t.

      Sebaliknya jika sesuatu bala bencana itu terjadi kepada orang lain, letakkan ia sebagai dugaan kepada mereka, dalam masa yang sama sebagai peringatan bagi kita.

      Sebenarnya, tsunami sentiasa berlaku sebelum 24 Disember 2004, tetapi tidak diuar2kan oleh media secara meluas. Tetapi apa yang berlaku di Acheh adalah di luar jangkaan, sebab itu mendapat liputan media yang meluas.

      Dari situ jugalah masyarakat kita baru tahu wujudnya perkataan “tsunami” dan wujudnya kejadian seperti itu.

      Jadi kejadian tersebut sebenarnya memberi ilmu pengetahuan yang lebih kepada kita semua, di samping memberi keinsafan sebagai hamba Allah yang lemah lagi hina ini.

      Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.