Apa yang korang tahu tentang PRU-12?

Perang bendera, siapa paling tinggi dan besar, dialah juara!

Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) dah semakin hampir. Debaran rakyat sudah mula dirasai segenap pelusuk tanah air.

Gelombang biru, hijau, merah, kuning, biru air laut, dan sebagainya, melonjak-lonjak, penuh warna warni.

Ceramah-ceramah politik bergema di mana-mana, kecuali pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kat situ mana ada orang nak buat ceramah, takde maknanya.

Tapi apa yang korang tahu tentang pilihan raya? Banyak ker yang korang tahu? Ker banyak yang tak tahu? Kalau tak pasti, sila jawab soalan aku di bawah ini:

  1. Korang tau tak Hari Penamaan Calon adalah pada esok, 24 Feb 2008?
  2. Korang tau tak Tarikh Pilihan Raya Umum ke-12 adalah pada 8 Mac 2008 ini?
  3. Korang tau tak yang nama korang ada daftar pemilih atau tidak?
  4. Korang tau tak kat mana korang nak mengundi / Pusat Mengundi?
  5. Korang tau tak saluran berapa Tempat Mengundi korang?
  6. Korang tau tak siapa yang korang nak pangkah dan apakah sebabnya?
  7. Korang tau tak tentang politik kotor dan peraih undi?
  8. Apa lagi yang korang tahu, yang aku tak tanya?

Untuk memeriksa nama anda sama ada telah berdaftar dan disahkan dalam daftar pemilih, korang boleh cek dekat Daftar J.

Dalam Daftar J juga dinyatakan negeri, parlimen, DUN, daerah mengundi, pusat mengundi, tempat mengundi (saluran berapa), masa mengundi dan lain-lain.

Kalau korang tak tau nak undi siapa, tak payah pergi mengundi. Membazir masa dan tenaga jer.

Kalau nak mengundi, korang mesti tahu dan kenal siapa yang korang undi. Pastikan orang yang korang undi itu akan mengambil berat pasal korang di masa hadapan.

Jangan tertipu dengan janji-janji kosong. Jangan mudah terpedaya. Sebab tu kena kenal calon yang kita nak undi.

Jadi, pastikan korang mengundi seseorang yang boleh memimpin korang. Seseorang yang boleh jaga hati perut korang. Seseorang yang tidak akan membiarkan korang lapar dan dahaga. Seseorang yang menjaga hak-hak korang sebagai rakyat Malaysia.

Jangan ada sikap nak memecahkan bangsa sendiri. Jangan ada perasaan hasad dengki di dalam hati. Ini adalah negara kita, masa depan kita. Kita yang berhak menentukan! (kataku dengan nada orang politik) 😈

Sebagai contoh, korang berdaftar di kawasan Dato’ Nik Aziz. Sebagai pemilih yang adil, bijaksana dan waras, korang mesti undi beliau.

Jap jap! Jangan salah sangka. Aku bukan meraih undi. Aku bukan pancing undi. Aku nak terangkan maksud mengundi, sebab ramai orang tak faham, termasuklah saudara mara aku sendiri.

Ok kita sambung balik. Kalau undi pihak berlawanan dengan Dato’ Nik Aziz, takde maknanya. Ada ke masuk akal agak-agak korang? Undi-undi takde matlamat tu maknanya nak pecah belahkan umat Islam.

Kenapa aku kata macam tu? Kerana, beliau merupakan pejuang agama. Beliau juga adalah seorang tuan guru yang disegani. Sudah berpuluh-puluh tahun beliau memerintah kawasan beliau, sehingga sekarang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat.

Fikir logik laa, kalau beliau abaikan tanggungjawab, takkan sampai boleh bertahan begitu lama?

Tapi janganlah pulak disebabkan korang nak sangat Dato’ Nik Aziz kekal sebagai Menteri Besar Kelantan, tiba-tiba korang yang berdaftar di Kg, Salor, Kota Bharu, nak undi PAS (dengan mengharapkan Dato’ Nik Aziz menang).

Lagi tak masuk akal. Undi korang tu takleh pakai pun untuk Dato’ Nik Aziz. Takde kena mengena pun dengan beliau.

Baiklah, sebelum korang nak kata aku orang PAS, izinkan dahulu aku bagi korang contoh yang ke-2.

Katakan, korang berdaftar di kawasan Dato’ Idris Jusoh (DUN Jertih). Kalau korang kenal beliau, korang akan kata beliau adalah seorang yang hebat. Beliau bukan calang-calang orang.

Sekiranya pada suatu ketika di DUN Jertih, lahir seorang lelaki yang lebih handal daripada beliau, wajarlah kiranya lelaki hebat tadi yang korang undi, manakala beliau tidak diundi.

Sepanjang pengetahuan aku, beliau dah naikkan taraf hidup dan pemikiran rakyat di kawasan tersebut. Bukan sahaja di Jertih, malahan di seluruh Terengganu.

Tapi kalau dalam keadaan begini pun, korang undi orang lain di tempat beliau, kena pulak yang tak hebat, hanya atas nama parti, wrong number lah jawab aku.

Sebelum korang nak tuduh aku orang UMNO, biarlah aku sekali lagi memberi contoh, yang penghabisan.

Contoh ke-3 ini, berlaku kepada saudara aku sendiri. Beliau anak kelahiran Kelantan, tetapi berdaftar sebagai pemilih di Selangor, pada tahun 1999 (sebab perpindahan tempat tinggal).

Baru-baru ini beliau ke pejabat SPR untuk membuat pertukaran alamat. Hasrat beliau murni, nak jadi pemilih di kampungnya sendiri di Kelantan. Malangnya beliau tidak berjaya, sebab bulan ni baru nak tukar. (mana boleh!)

Jadi beliau cakap dengan aku,

“Aku tak kira, oleh kerana aku tak sempat nak tukar alamat, kat sini pun aku nak berjuang. Aku akan undi parti yang menegakkan agama Islam!” ujarnya dengan penuh semangat kepartian.

Pada masa itu, aku terfikir, kenalkah beliau akan calon yang hendak diundi? Adakah kalau calon yang diundi itu menang, calon yang bergelar wakil rakyat itu akan cakna kepadanya? Kalau kita tak kenal wakil rakyat, bagaimana wakil rakyat nak kenal kita?

Wakil rakyat pun beratus-ratus lagi orang berebut nak mintak pertolongan, mintak duit, mintak cop (stamp), mintak surat sokongan, dan sebagainya daripadanya. Inikan kita yang entah dari mana datang, main undi jer.

Bagi aku, itu bukan berjuang namanya. Kalau kata berjuang, dah tentu beliau dah berjuang bermati-matian (kononnya) untuk tukar alamat pada masa yang sepatutnya.

Ini nak tukar alamat pun tak dapat. Berjuang apa itu?

Tidak kira lah sebelah mana pun kita. Sebelah sini ker, sebelah sana ker, kita mesti berjuang untuk mendapatkan kerajaan yang kita ingini.

Cara perjuangan pula mestilah dengan menggunakan akal dan kewarasan. Bukan ikut sedap mulut jer,

“Aku nak berjuang! Aku nak berjuang!”

Tapi bergeraknya sikit pun tidak. Tau-tau orang lain semua dah siap sedia nak pergi mengundi, kita kat sini alamat pun tak tahu ke mana lagi.

Sebagai contoh (sikit lagi, nak habis dah ni), kawasan Tuan Guru Haji Hadi suatu masa dulu. Kawasan beliau mendapat tuduhan membawa masuk pengundi hantu, sehingga membawa kemenangan besar kepada beliau.

Mana ada pengundi hantu. Semua itu rekaan semata-mata. Aku sendiri dah usul dengan pihak-pihak tertentu. Pengundi-pengundi yang seramai 2,000 orang ini datang dari jauh dan berbeza-beza.

Kisahnya bermula apabila pemilih-pemilih ini sanggup menukar pusat mengundi, dari kampung sendiri, kepada kawasan Tuan Guru (tak pasti DUN Ru Rendang atau Parlimen Marang), dengan menggunakan alamat sekolah pondok Tuan Guru (masa tu SPR belum kuatkuasa pendaftaran mengikut Kad Pengenalan).

Proses pertukaran ini dibuat dari awal lagi, dengan cukup berhati-hati, bersistematik dan tersusun, supaya tidak timbul bantahan dari pihak lawan.

Akhirnya ditakdirkan Tuan Guru menang (pada tahun 1999), atas perjuangan beliau bersama askar-askarnya (pengundi-pengundi tadi). Itulah yang kita panggil perjuangan. Ada strategi, ada pelaksanaan.

Tengok macam aku (bukan nak riak, nak bangga sikit ajer). Aku pun ada strategi. Aku dah tau aku nak undi di mana, dan siapa yang aku rasa layak jadi pemimpinku.

Aku dah kenal calon yang aku nak undi. Aku pun dah pastikan calon tersebut kenal aku. Supaya aku tidak diabaikan di hari muka.

Akhir kata, aku nak bagi tau, semasa mengundi, pilihlah yang sewajarnya. Gunakan kebijaksanaan, bukan nafsu.

Janganlah ada niat-niat yang mazmumah (tak baik). Lambat laun perbuatan kita akan mendapat balasan daripada-Nya yang Maha Esa.

Wallahu a’lam.

P/s: Undi anda adalah rahsia. Oleh itu, simpanlah rahsia anda sebaiknya. πŸ™‚

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

14 thoughts on “Apa yang korang tahu tentang PRU-12?”

  1. Aku… tak mengundi. Kerana aku tatau ape yg orang kawasan aku perjuangkan. Lagi satu, aku percaye sume politician penipu dan tak cukup pandai. Kalau pandai mesti dorg jadi doctor, engineer atau angkasawan.

    Lagi satu janji palsu. Banyak aku aku dgr kabar DUN tak kotakan janji. Kalau dah janji tu (biarpon setitik air paip), mestilah kotakan. Takat nak sembur air liur… hmmmpphh!

    Bro, ko nye posting ni best gile! Aku suke.

    NoktahHitam’s last blog post..New Blog, New Mouse, New Me?

    ImamKhalid: Terima kasih sebab suka post aku.

    Bagi aku, politician adalah bakal pemimpin, di mana pemimpin pun satu karier, macam doktor, jurutera, dan angkasawan. Pemimpin adalah satu keperluan dalam sesebuah masyarakat dan negara.

    Tapi bila karier itu disalahgunakan, dengan niat2 jahat dan bertuhankan nafsu semata-mata, rosak binasalah “karier” politician ni.

    P/s: Sekadar pendapat sahaja, dari aku yang serba kekurangan ini…

  2. Keh keh keh, kelakar betul bila sampai part “aku nak berjuang!!”. Semangat aje lebih.

    Semangat yang kuat di tempat yang salah umpama “Mengembara di Kuala Terengganu berpandukan peta Ipoh”.

    πŸ˜€

    Mr Ah Fa’s last blog post..Sesungguhnya…Mr Ah Fa tak boleh lari dari di-tag…Uhuhuhu πŸ˜€

    ImamKhalid: Kalau pengembara tu dah hustler jalan2 di Kuala Terengganu, pakai peta England pun selamat. Ekekekeke!

    BTW, Mr Ah Fa pakai peta apa, yang sampai jadi pengembara yang sesat? Ker sekarang dah tak sesat lagi..?

  3. Saya pun suka posting ni. Sangat bagus la. (ni bkn saja2 nk puji,ok)

    Saya tak daftar pn.. sbb saya taktau nk undi siapa. Tapi bila baca post ni, saya mungkin akan jadikan panduan bila nk mengundi suatu hari nnt. Btollah, tak kira siapa org tu yg penting dia btol2 perjuangkan kwsn dia. Tu baru dinamakan pemimpin/wakil rakyat.

    Undilah ImamKhalid! ekeke

    ixora’s last blog post..Esok Sabtu

    ImamKhalid: Undi, jangan tak undi!!!

    P/s: Kalo ImamKhalid jadi Wakil Rakyat, sesuai tak agak2 ko, ixora? 😈

  4. Kalau nak jadi wakil rakyat ni, kena betul-betul jalankan tugas yg diamanahkan. [cheewah..ayat!] jangan hanya pandai bagi janji-janji kosong je. Nnt org akan rasa hampa dan rasa tertipu sbb wakil yg mereka pilih tu sama mcm org yg sesebelumnya.

    Jadi, kalau incik Imam rasa incik mampu pikul tanggungjawab sbg seorang wakil rakyat yg jujur, amanah, dll.. maka anda layak jadi wakil rakyat. Yg penting, jgn lupa diri,ok? *wink*

    ixora’s last blog post..Esok Sabtu

    ImamKhalid: Ish, tak mungkin. Aku takde bakat nak jadi Wakil Rakyat… πŸ™‚

  5. huh, aku tiba² terasa nak buat entri pasal pilihanraya lak ar…baru matang sket kan..hahaha…

    ImamKhalid: Haa banyaklah ko punya matang. Ko dah daftar mengundi belum? 😯

  6. am tak mengundi… dulu tak terfikir pun nak ngundi… tapi taktaula pulak kenapa rasa kalini rasa cam rugi tak daftar awal2 dulu…

    btw seorang kawan am cek semalam.. dia tak pernah daftar tapi dah dapat tempat mengundi… apa kes.. ini semua hal pengundi hantu la dulu kat tempat dia…

    ImamKhalid: Kes ni biasa berlaku, di mana ejen² pengundian yang mengatur penipuan² sebegini… Bagi aku, SPR perlu membuat banyak kajian semula tentang daftar pemilih…

  7. zuriaf, xpayah la bcite2 nak buat entry pilihanraye..awak mmg krg matang..haha…sori..lame xbuli awak..

    err..untuk election kali ini, 1st time sy akan mengundi..
    tp ayah sy call, xpayah balik mengundi sbb dh tau sape yg menang. act, yg bertanding kt kawasan sy husband kepada ustazah saye dlu, er…guru besar sekolah..mestila org dh tau sgt kewibawaan die=)

    cikF=)’s last blog post..CaRb0NaRa~

    ImamKhalid: Hmm, betul tu. Kalau dah yakin menang, tak payah balik pun takpe. Jimat masa, tenaga dan wang! πŸ˜›

  8. salm…
    orag yg hbt x smestinye jd doc,engineer,jutwn n len2……tp yg sanggup mbwa kalimah LAILAHAILLAH dimuka bumi ini,,,cth plhg dkt NABI MUHAMMAD,bginda yg plg2 hbt kt dunia nie………n tkh politk yg plg masyhur……….wslm

    ImamKhalid: Tepat sekali!

Leave a Reply to am Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.