Berakhirnya sebuah kemuncak perayaan

Kemuncak perayaan

Hari ini semua orang gembira. Kenduri kesyukuran diadakan di banyak tempat di seluruh Malaysia, termasuk Selangor, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, dan lain-lain.

Laungan “SPR Penipu!” sudah tidak lagi kedengaran mencucuk-cucuk lubang telingaku. Kedua-dua orang tuaku juga tidak putus-putus mengucapkan kata syukur kepada yang Maha Esa.

Kesibukanku juga nampaknya sudah semakin reda. Laporan kerja juga sudah dihantar. Bolehlah aku relaks sedikit, menyambung semula perjuanganku dalam Soleh.Net yang kucintai ini.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang ambil berat tentang diriku. Betullah seperti kata ixora, aku teramat sibuk. Sibuk dalam erti kata sebenar. Bak kata orang alim, sibuk hakikat.

Sehingga tak sempat langsung nak tekan button “ON” kat laptop kesayanganku ini, apatah lagi nak melabuhkan punggungku untuk memulakan rutin pembebelanku sehari-hari.

Terkezut gak aku bila affuan call bertanya khabar rusuhan di Rusila, Marang, Terengganu. Manalah aku tahu. Tak sempat dah aku nak uruskan hal-hal rusuhan semua tu. Serahkan sahaja pada pihak berkuasa.

Lagipun aku belum lagi menjadi orang Marang. Insya-Allah kalau tiada aral, aku akan berhijrah dari Ajil ke Marang Jumaat 14 Mac 2008 ini. Mr. Ah Fa dengan MK tak nak join sekali ker?

Sebelum aku melalut lebih jauh, baik aku berpatah balik kepada topik asal.

Kegembiraan rakyat, khususnya di Terengganu, umumnya di seluruh negara, bagi aku perlulah berpada-pada.

Keputusan PRU-12 belum lagi diwartakan. Pihak yang kalah biasanya akan bangkit semula, mencari mana-mana lubang yang bocor, untuk membuat petisyen Pilihan Raya.

Mengikut Seksyen 38(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya, masa untuk kemukakan petisyen Pilihan Raya adalah 21 hari selepas keputusan diwartakan.

Jadi nasihat aku, janganlah gembira sangat. Silap-silap haribulan, SPR buat Pilihan Raya sekali lagi. Kalau tak ada, tak apa lah. Yang aku risaukan, kalau ada. Kang tak pasal-pasal laungan “SPR Penipu!” dilaungkan semula.

Sebab itu, kita semua dinasihatkan supaya jangan cepat melatah. Sebaliknya, strategi yang dirancang perlulah dijalankan dengan sebaik-baiknya, supaya rakyat dapat lihat apa yang pemimpin baru lakukan.

Cepat dan tepat. Itulah yang rakyat inginkan. Jangan lambat dan jangan salah. Sedikit mana kesilapan pun tetap akan membawa seribu satu kesan terhadap pucuk pimpinan negeri mahupun negara.

Sekian dahulu coretanku pada kali ini. Sampai berjumpa lagi di lain masa, insya-Allah.

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

15 thoughts on “Berakhirnya sebuah kemuncak perayaan”

  1. hapdet gak ang akhirnye ek. bz sungguh nampak. huhu.

    ikut pi mana? pi marang? tanak ah, aku nak kahwin dgn orang kelantan, bukan ganu. hehe.

    pe pun, alhamdulillah kita dapat melihat perubahan. cuma, janganlah berpecah sangat kita sesama melayu, sesama islam. bersatu hati, kerana musuh kita bukan dari kalangan kita sendiri..

    welkem back!

    MK’s last blog post..Revo Uninstaller: Uninstall Program Dengan Sepenuhnya

    ImamKhalid: Hapdet tu aper?

    Ooo nak kawin ngan orang Kelantan eh? Ni mesti dah ada calon nih. Bila nak makan nasik minyak wei? Jangan tak ajak aku pulak…

    Jangan berpecah sangat? Jangan berpecah langsung laa… Apa ko ingat boleh ker pecah sikit2? Kui3x!

    Thanks, dude! 😛

  2. yeah…kite tunggu n lihat pula kerajaan baru memerintah~

    CikF~’s last blog post..BaGaiKaN RaPuNZeL~

    ImamKhalid: Kita tunggu dan lihat Prince Charming datang bersama kudanya menyelamatkan Rapunzel yang kena sembur ubat nyamuk. Kuang kuang kuang! 😛

  3. Hah,akhirnya nampak kelibat ImamKhalid muncul di Soleh.Net ni kembali! Baru ingat nk repot polis sbb lama sgt hilang. ekeke.

    ixora’s last blog post..Isnin yang hambar.

    ImamKhalid: Insya-Allah lepas pindah rumah ni, dapatlah aku kosentret lebih sket pada Soleh.Net aku ni… Thanks ixora for your care. Err, ixora dah makan? 😳

  4. Whoaaa!!! Rindu sehhh!!! Pak Imam, aku pun nak join gak, lg 3 tahun aku balik dgn Puan Dy, umah kitorang mungkin kat Mengabang Telipot sama, dekat seh dgn Imam Khalid!! 😀

    Mr Ah Fa’s last blog post..You got to be focus =D

    ImamKhalid: Ko nak balik mana? Ko asal Terengganu ker? Waa best2. Mari kita meramaikan Terengganu dengan set2 blogger.

    Affuan pun jap lagi mesti nak ikut jejak langkah Mr Ah Fa, kan kan kan?! Kui kui kui! 😛

  5. Pindah rumah?

    Saya dah makan td. Ni tggu makan malam la plak lg sejam dua.. eheh

    ixora’s last blog post..Idea, di mana kau?

    ImamKhalid: Pindah rumah, dari Ajil ke Marang. Jemputlah datang ke teratak baru ku… Kan baru2 ni Soleh.Net berwajah baru. Skang ni rumah tuannya pulak berwajah baru, serta beralamat baru… 😛

  6. bizinya dia..
    selamat berpindah.. jaga diri di tempat orang, jgn duk kacau anak dara orang..

    apis17’s last blog post..Goodbye all

    ImamKhalid: Terima kasih. Biasalah bizi, kerja dengan orang. Hehe kat tempat baru tu, anak dara takde. Mak dara ada lah. 😛

  7. MENGAPA ADA PIHAK TIDAK BERPOLITIK?
    Ramai pihak yang berpendapat bahawa adalah lebih baik
    berpolitik untuk mendapatkan kuasa memerintah negara
    kerana dengan itu mudahlah Islam ditegakkan. Dan seperti
    yang kita sedia maklum, setiap parti yang ingin berkuasa
    di negara ini mestilahmelalui politik pilihanraya kerana itu
    adalah satu-satunya jalan yang sah dan sedia ada menurut
    undang-undang negara. Perlu kita ingat, politik pilihanraya
    yang diamalkan sekarang ini adalah kaedah ataupun cara
    perjuangan yang diimpot dari Barat. Ertinya, politik yang
    ada pada hari ini adalah ciptaan orang kafir, bukan daripada
    Islam. Ia dibuat tanpa berpandukan undang-undang Islam.
    Jika kita mengikut kaedah pejuangan mereka dengan
    sendirinya kita terjebak ke jalan yang menyimpang daripada
    syariat. Sabda Rasulullah SAW:

    Terjemahannya: Sesiapa yang menyerupai sesuatu
    golongan n&a dia juga akan tergolong dalam kaum itu.

    Jadi jelas kepada kita, politik Barat ialah sesuatu yang
    salah dan jika kita mengikutnya kita juga bersalah. Justeru
    itu kita mesti menghindarkan diri dan jemaah perjuangan
    kita daripadanya. Sesuatu yang temyata salah pasti tidak
    akan membuahkan natijah yang baik. Jika kita tempuh juga
    maka itulah yang menimbulkan huru-hara, kacau-bilau
    dan persengketaan di tengah masyarakat. Ini sudah terbukti. .

    Masyarakat Barat sendiri mengakui kekotoran politik yang
    memka lagang, kata mereka, “Politic is a dirty game.”
    Oleh itu kita sebagai umat Islam, mestilah menolak
    jalan yang kotor ini kerana Islam adalah agama yang suci
    dart mementingkan kebersihan, samada lahir mahupun
    batin.

    Dalam politik berpilihanraya seperti yang ada pada hari
    ini, kuasa dan pengaruh adalah penting untuk merebut
    tampuk pemerintahan negara. Sudah tentu dalam usaha
    mendapatkan pengaruh ini banyak tolak-ansur ‘terpaksa’
    dilakukan. Ini dapat dilihat dengan jelas terutamanya
    sewaktu pilihanraya diadakan. Dalam berkempen misalnya,
    kita tidak akan mempersoalkan apakah orang di hadapan
    kita itu sembahyang atau tidak, menutup aurat atau tidak,
    bergaul bebas atau tidak… Mengapa? Ini disebabkan kita
    takut mereka lari daripada kita. Sikap mementingkan undi
    telah menyebabkan kita bertolak-ansur dan pejam mata
    terhadap kemungkaran yang mereka laksanakan. Ini
    bertentangan dengan ajaran Islam!

    Hal ini memang terjadi dalam masyarakat kita. Jarang
    soal sembahyang, pendedahan aurat, pergaulan bebas
    disentuh secara serius dalam kempen-kempen politik kerana
    hendak “mengambil hati” para pengundi. Kita terdorong
    untuk bercakap atas topik yang sedap pada pendengaran
    orang ramai sahaja. Sedangkan menurut ajaran Islam adalah
    menjadi kewajipan menegur dan membetulkan kesalahan
    yang berlaku di hadapan mata kita. Dan kesalahan yang
    besar mestilah diutamakan lebih dahulu sebelum cuba
    membetulkan kesalahan-kesalahan yang kecil. Dengan
    ini, sikap tolak-ansur dengan kemungkaran adalah tertolak, .
    kerana ia menjerunuskan kita kepada sifat nifaq ataupun
    talam dua muka.

    Melalui sistem politik Barat ini juga, kita cuba menggunakan
    kuasa yang ada di tangan untuk menundukkan
    orang ramai kepada Islam dengan menggunakan tekanan
    dan paksaan melalui akta-akta, undang-undang, peraturan-peraturan
    dan lain-lain lagi. Ertinya, Islam yang mereka
    tegakkan bukanlah atas dasar kesedaran, keinsafan, kefahaman
    dan bukan dari dorongan iman.

    Bila ini terjadi, dua perkara mungkin berlaku. Pertama,
    oleh kerana undang-undang Islam masih asing dan janggal
    pada pandanganmasyarakat, dengan diam-diam hati mereka
    menolaknya. Ini akan menyuburkan rasa tidak puas hati
    yang lama kelamaan, semakin meluas di kalangan masyarakat
    yang belum mempunyai kesedaran dan kefahaman
    Islam itu. Ini berbahaya. L.ebih-lebih lagilah jika yang
    menolak dan tidak puas hati itu ialah pihak-pihak keselamatan
    (anggota polis atau tentera). Dengan mudah
    kerajaan Islam akan digulingkan melalui pemberontakan
    bersenjata ataupun demontrasi-demontrasi rakyat jelata.

    Jika pun tidak sampai ke peringkat itu, perasaan tidak puas
    hati di kalangan rakyat jelata pasti mendorong mereka
    menjatuhkan kita dalam tempoh pilihanraya yang akan
    datang. Ibarat pokok yang belum berbuah tetapi telah
    dicantas orang, begitulah kerajaan Islam yang dibina bukan
    atas dasar iman, pasti akan runtuh sebelum sempat menegakkan
    Islam di seluruh bidang kehidupan.

    Kemungkinan yang kedua, rakyat akan berpura-pura
    patuh kepada ajaran Islam di hadapan pemimpin, tetapi di
    belakang pemimpin ia menjadi orang yang munafik atau-
    pun fasik. Walaupun mereka sebenamya memusuhi Islam
    tetapi tidak berani angkat muka kerana takut dan tidak ada
    kekuatan untuk mencabar kuasa pemerintah. Mereka
    laksanakan Islam kerana takutkan hukuman bukan kerana
    takutkan Allah. Manusia boleh berpura-pura di hadapan
    manusia tetapi tidak di hadapan Allah. Inilah yang berlaku
    di setengah-setengah negara Arab yang telah mengisytiharkan
    kepada dunia bahawa negara mereka ialah
    negara Islam. Misalnya, perempuan-pemmpuan mereka
    hanya menutup aurat dengan tudung dan purdah di dalam
    negeri tctapi jika berada di luar negeri, mereka buka dan
    dedahkan aurat dengan fesyen pakaian Barat. Ini selalu
    kita lihat, bila menaiki kapal terbang dalam perjalanan
    berdakwahdi luarnegeti. Wanita-wanita Arab akan menaiki
    kapal terbang dengan pakaian yang mendedahkan aurat
    dan bila hampir sampai ke negara mereka, barulah purdah
    disarungkan kembali. Apakah Islam yang begini kita mahu?
    Islam pura-pura!

    Sementara di pihak pembesarnya pula, akan berlakon di
    hadapan rakyatnya dengan menjalankan undang-undang
    Islam. Di dalam Negara mereka berlagak sebagai pemerintah
    Islam tetapi bila mereka melancong ke luar negeri seperti
    ke Thailand, Perancis dan London sikap mereka pun bertukar.

    Mereka buat maksiat dan kemungkaran semahu-mahunya.
    Inilahperibadi-peribadi yang kononnya penaung
    kepada negara Islam. Apa sudah jadi? Pemimpin berlakon
    di hadapan rakyat, rakyat berpura-pura di hadapan
    pemimpin? Inikah negara Islam yang -kita cita-citakan?

    Oleh itu yakinlah, bahawa negara Islam yang sebenarnya
    ialah negara yang diasaskan atas dasar iman, di mana
    pcmimpindan rakyatnya melaksanakan ajaran Islam kerana
    takut dart cinta kepada Allah semata-mata.

    Sekiranya kita hendak melaksanakan Islam secara
    syumul dengan menguasai negara terlebih dahulu, ertinya ’
    kita mengarahkan orang bersembahyang, berakhlak, menutup
    aurat, jangan bergaul bebas, memotong tangan
    pencuri-pencuri dan lain-lain hukum-hakam Islam, bukan
    atas dasar iman. Yakni mereka terpaksa tunduk kepada
    Islam bukan dengan kesedaran, bukan dengan kefahaman
    Islam dan bukan dengan dorongan iman tetapi terpaksa
    kerana terikat dengan akta, undang-undang, peraturan-peraturan
    dan lain-lain. Ini berlaku kepada kedua-dua
    golongan, samada dalam pemerintah ataupun kepada rakyat
    jelata.

    Bagi pemerintah yang naik berkuasa melalui jalan politik
    bukan atas dasar iman, mereka akan dengan sendirinya
    terdedah kepada kemewahan, kesenangan, pangkat, Wang
    ringgit dan lain-lain. Ini kerana merekalah yang paling
    herkuasa dalam sesebuah negara. Apakah mereka sanggup
    berhadapan dengan godaan dunia ini? Tidak mungkin.
    Tidak mungkin. Mengapa? Ini kerana mereka hanya memiliki
    kuasa tetapi iman tidak kukuh, tidak kuat dan akan
    mudah dikelabui oleh mata benda dunia. Bila ini terjadi,
    cita-cita untuk menegakkan Islam musnah. Kuasa sudah di
    tangan tetapi tidakdapat dijadikan alat sebagai menegakkan
    matlamat (Islam). Bukan sahaja Islam tidak dapat ditegakkan
    di dalam masyarakat dan negara, bahkan dalam diri
    pcmimpin itupun gagal. Inilah akibatnya mengutamakan
    kuasa politik daripada pembinaan iman!

    Kenyataan ini bukanlah tuduhan melulu tetapi jelas kita
    lihat melalui pcngalaman hidup di dalam masyarakat.
    Individu-individu yang bercita-cita Islam ramai tewas
    dengan kemewahan sebaik sahaja mereka berkuasa.
    Kadang-kadang baru sekadar menguasai kerusi dalam
    satu-satu kawasan pilihanraya, namun cara hidupnya
    mendadak berubah. Rumah semakin besar, kereta bertukar
    ganti, sudah menjadi taukeh balak secara diam-diam dan
    lain-lain kemewahan. Itu baru satu kerusi… bayangkanlah
    kalau ia menguasai negara, sudah tentu lebih banyak
    peluang untuk mendapat kemewahan terbuka. Lebih banyak
    kedudukan yang tersedia dan bermacam-macarn kemewahan akan menggolek datang. Ketika itu nanti akan terjadilah rebutan dan krisis sesama sendiri. Akhirnya
    perebutan kuasa terjadi. Dan dengan sendirinya cita-cita’
    menegakkan Islam bertukar kepada cita-cita untuk
    menegakkan kepentingan hawa nafsu semata-mata.

    Sebenarnya ajaran Islam yang syumul itu dapat
    ditegakkan dalam diri, masyarakat, hinggalah kepada
    persoalan negara melalui pembangunan iman. Inilah cara
    yang perlu dititikberatkan dan perlu diusahakan secara
    bersungguh-sungguh. Iman perlu dibangunkan melalui
    dakwah dan tarbiah. Dengan ini orang ramai akan didorong,
    ke arah memahami, menghayati dan mengamalkan Islam
    secara lemah lembut, kasih sayang dan penuh hikmah!

    Kefahaman dan kesedaran Islam yang bertapak dalam diri ’
    individu-individu itu dengan sendirinya akan menimbulkan
    cinta dan kasih kepada Islam tanpa dipaksa-paksa.

    Menanam iman dan menyuburkan melalui dakwah dan
    tarbiah mestilah dibuat secara langsung. Ibadah, akhlak,
    ukhwah, setiap anggota masyarakat mestilah dibimbing
    dengan cara menanamkan kesedaran dan kefahamari
    melalui dakwah dart diikuti dengan memberi tarbiah.

    Ertinya, masyarakat bukan hanya diberi kefahaman yang
    tepat melalui teori-teori, tetapi tentu dibimbing melalui
    didikan secara praktikal.
    Bila ini dapat dibuat secara kemas dan berkesan, dengan
    sendirinya akan lahirlah individu-individu yang beriman .
    dan bersedia bila-bila masa sahaja untuk menegakkan
    hukum-hakam Islam.
    Firman Allah:

    Terjemahannya: Sesungguhnya tidak ada jawapan dari
    orang mukmin itu apabila diajak kepada Allah dan Rasul
    menghukum di antara mereka melainkan ucapan: Kami
    dengar dan kami patuh. Dan mereka itulah orang-orang
    yang beruntung.”
    (An Nur : 51)

    Melalui ayat ini, jelas kita lihat bahawa hanya orang
    mukmin sahaja yang mampu mematuhi perintah Allah.
    Orang mukmin yang telah ditarbiah ini, akan melaksanakan
    apa sahaja perintah Allah tanpa banyak soal, tidak kira di
    mana pun jua dan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jika
    ia menjadi wakil rakyat, maka ia akan menjalankan tugas
    dan tanggungjawabnya secara Islam. Jika ia menjadi penghulu,
    ia akan mentadbir diri dan kampungnya secara Islam.
    Begitulah seterusnya hinggalah ke peringkat pemimpin
    negara.

    Hujjah membangunkan Islam melalui dakwah dan
    tarbiah, bukan melalui politik pilihanraya adalah kuat.
    Tidak ada nas secara jelas dan Qat’ie menunjukkan Islam
    mesti dibangunkan melalui politik. Di dalam Al Quran dan
    Sunnah tidak pemah disebut secara tepat dan soreh tentang
    nas-nas yang menunjukkan jika Islam hendak ditegakkan
    secara syumul mestilahmelalui politik . . . Tidak ada! Tidak
    pemah kita temui kalimah

    “Hendaklah kamu bersiasah atau berpolitik.” Tetapi
    yang banyak kita temui ialah kalimah-kalimah seperti:
    Terjemahannya: Hendaklah kamu sampaikan daripadaku
    walaupun satu ayat.
    Ini kalimah yang membawa maksud dakwah. Firman
    Allah lagi:

    Terjemahannya: Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan
    penuh hikmah dan pengajaran yang baik. Dan berbahaslah
    dengan mereka dengan sebaik-baiknya.
    (An Nahl : 125)

    Di dalam ayat ini disebut perkataan hikmah. Dan hikmah
    yang dimaksudkan ialah hikmah dalam berdakwah.
    Selanjutnya, Firman Allah:

    TerjemaKannya: Sesungguhnya tidak ada kewajipan bagi
    Rasul-rasul itu melainkan untuk menyampaikan.
    (Surah Al Maidah : 99)

    Jadi jelas kepada kita, perintah “menyeru” dan “menyampaikan”
    melalui ayat Al Quran dan Hadis ini ialah
    perintah dakwah bukan siasah (politik Barat).
    Selain daripada itu, kita boleh membuktikan kenyataan
    ini melalui pengalaman hidup sehari-hari. Melalui mata
    kepala kita sendiri, jelas dapat dibuat perbandingan antara
    kesan darn kemajuan gerakan dakwah dengan gerakan
    politik dalam usaha menegakkan Islam secara syumul.

    Dapat dilihat dengan jelas, Islam yang ditegakkan melalui
    Dakwah lebih maju dan lebih mendatangkan kesan daripada
    pergerakan politik. Hakikat ini tidak dapat dinafikan oleh
    sesiapa. Ramai orang yang telah kembali menghayati dan
    mengamalkan ajaran Islam hasil dakwah dan tarbiah.

    Sembahyang mula ditegakkan, riba ditinggalkan, pergaulan
    bebas dihentikan, wanita-wanita menutup aurat & pengajian
    agama hidup di merata-rata, pakaian Islam seperti jubah
    dan serban mula banyak kelihatan dan lain-lain tanda
    kebangkitan Islam, ialah hasil dakwah bukan siasah.

    Hukum-hakam Allah ini mula ditegakkan kembali setelah
    adanya perjuangan Islam melalui dakwah. Sedangkan
    sebelum ini, iaitu ketika perjuangan Islam melalui politik
    telah lama dilaksanakan oleh parti-parti tertentu… tidak
    nampak tanda-tanda kebangkitan Islam seperti yang telah
    disebutkan tadi.

    Ini disebabkan keimanan, kesedaran, kefahaman yang
    ditanam di dalam jiwa melalui dakwah dan tarbiah berjaya
    menyediakan orang-orang patuh, tunduk dan taat kepada
    Allah dengan rela. Mereka sanggup menempuh apa sahaja
    rintangan dalam melaksanakan perintah dan pentadbiran
    secara Islam. Dari hati, tanpa dolak-dalik lagi. Malah
    kepakaran, kemahiran dan apa sahaja bakat semulajadi
    yang ada pada individu itu secara otomatik akan digunakan
    untuk menegakkan perintah Allah. Inilah yang dilakukan
    oleh Rasulullah ke atas diri para sahabat. Sayidina Abdul
    Rahman bin Auf yang memang pakar dalam bidang
    ekonomi sebelum Islam, dengan sendirinya melaksanakan
    kehendak-kehendak syariat bila hatinya dipenuhi iman.

    Ertinya, Rasulullah cuma memberitahu polisi-polisi dan
    kehendak Islam di bidang ekonomi untuk dilaksanakan
    oleh Abdul Rahman bin Auf, yang memang sedia mempunyai
    kepakaran di bidang itu. Rasulullah tidak mengajar
    Abdul Rahman bin Auf berekonomi tetapi dengan
    menanam iman, kepakaran ekonomi itu dengan sendirinya
    digunakan untuk Islam.

    Begitulah yang terjadi kepada para sahabat yang lain
    seperti Sayidina Ali, Umar, Abu Bakar, Salman dan lainlain.
    Kepakaran-kepakaran yang sedia ada pada peribadi
    mereka bukanlah diajar oleh Rasulullah, tetapi bila mereka
    telah beriman semua kepakaran itu dipergunakan untuk
    Allah. Jadi, mengenai kepakaran, kemahiran dan bakat
    semulajadi yang ada pada diri masing-masing terus dipupuk
    oleh Islam ataupun boleh diambil dari mana-mana pihak
    asalkan penanaman iman telah lebih dahulu dibuat pada
    individu-individu berkenaan. Bila iman mantap, dengan
    sendirinya polisi, dasar dan pelaksanaan bidang-bidang itu
    akan tepat mengikut syariat!

    Tetapi jika penanaman iman diabaikan, walaupun
    seseorang itu mempunyai kepakaran khusus di bidang
    agama sekalipun, namun kepakaran itu tidak akan dapat
    digunakan untuk menegakkan Islam. Buktinya berapa
    ramai orang yang mempunyai ijazah di bidang Usuludin,
    Feqah, Tasauf dan lain-lain tetapi tidak mengamalkan
    Islam selaras dengan ilmu yang dipelajarinya. Ia pakar
    tasauf tapi mendedahkan aurat, dia pakar Usuludin tapi
    makan riba, dia pakar ilmu feqah tapi tak sembahyang.
    Perkara-perkara ini lebih jelas terbukti melalui
    pengalaman kita semasa melawat dan berdakwah di Timur
    Tengah. Sedih bila kita lihat, ada guru (pensyarah) yang
    mengajar Usuluddin (aqidah) dengan memakai mini skirt!

    Ertinya dia mengajar aqidah tetapi amal lahirnya tidak ’
    beraqidah. Mengapa ini terjadi? Kerana dia hanya diberi
    ilmu aqidah tetapi tidak ditanam iman di dalam hatinya,
    maka akibat dari itu anggotanya tidak mencerminkan
    peribadi beriman.

    Oleh itu, tugas kita yang utama ialah berdakwah dan
    mendidik masyarakat. Para ulama dan para da’i mestilah
    menjadi penasihat kepada pemerintah, bukan untuk merebut
    kerusi pemerintahnya. Para pendakwah wajib memberi
    nasihat. Kewajipan pendakwah atau para ulama ialah
    menasihati pemerintah dan menjadi kewajipan pula kepada
    pemerintah menerimanya. Jika pemerintah enggan ia dikira
    berdosa di hadapan Allah sedangkan para da’i telah pun
    melaksanakan tugasnya iaitu menyampaikan.

    Jadi kewajipan para da’i dan ulama-ulama tidak semestinya
    dia memerintah untuk menegakkan Islam tetapi
    yang wajib baginya ialah memberi nasihat. Yang wajib
    memerintah secara Islam ialah mereka yang telah duduk di
    kerusi pemerintah. Kalaulah ulama dan para da’i mesti
    memerintah,mengapakah para-para ulama di zaman dahulu
    seperti Imam Ghazali, Imam Syafie, Imam Malik, Imam
    Hambali dan lain-lain menolak apabila ditawarkan untuk
    memerintah? Jika ulama wajib memerintah dalam usaha
    menegakkan Islam dalam diri, masyarakat dan negara,
    sudah tentu ulama-ulama yang kita sebutkan tadi menerimanya,
    kerana mereka lebih faham tentang ajaran Islam
    danlebihtakut kepada Allah. Ini membuktikan: mengambilalih
    kuasa untuk menegakkan Islam itu tidaklah mesti!

    Rasulullah SAW sendiri pernahditawarkan kuasa untuk
    memerintah di peringkat awal perjuangannya (iaitu di
    peringkat Makkah). Tetapi beliau menolaknya. Mengapa
    Rasulullah tidak memikirkan untuk bermain strategi dengan
    mengambil kuasa itu darn secara langsung atau tidak
    langsung menggunakannya untuk menegakkan Islam? Ini
    kerana Rasulullah sedar tanpa penanaman iman melalui
    dakwah dart tarbiah, Islam tidak akan dapat ditegakkan
    menurut apa yang Allah kehendaki. Rasulullah juga sedar,
    untuk mentadbir sesebuah negara perlu kepada tenaga
    yang ramai, tidak boleh dibuat secara seorangan. Mana
    hendak dicari individu seramai itu, sedangkan masyarakat
    ramai masih belum faham dan tidak bersedia untuk
    menerima peraturan-peraturan Islam? Jika pun dapat dicari,
    tetapi belum ada jaminan individu-individu yang bakal
    mentadbir itu terdiri daripada orang-orang yang benar-benar
    beriman dan kuat memegang syariat. Atas dasar ini,
    Rasulullah tetap memegang prinsipnya iaitu menegakkan
    Islam mestilah melalui dakwah.

    Tindakan Rasulullah SAW dan para ulama salafussoleh
    ini mestilah dicontohi, kerana perjuangan mereka telah
    terbukti bejaya, dalam ertikata mendapat keredhaan Allah.
    Sedangkan sejarah perjuangan umat mutakhir terutamanya
    yang bergerak atas dasar politik pilihanraya sudah banyak
    yang gagal.

    Malah semakin berjuang, semakin terhina. Ini bukan
    sahaja melanda parti politik yang bercita-cita Islam di
    Malaysia bahkan turut menimpa parti-parti politik yang
    seumpamanya di seluruh dunia.

    Jadi jelaslah Allah menyuruh kita memberi nasihat,
    samada melalui lisan atau tulisan. Nasihat ini pula mesti
    disampaikan penuh kasih sayang dan hikmah. Kita
    diperintahkan berlaku lembut dalam sikap tetapi tegas dari
    segi prinsip. Tetapi apa yang berlaku hari ini ialah orang
    lebih suka menghentam, mengutuk dan mengumpat
    individu-individu yang masih lalai dan belum faham tentang
    kehendak-kehendak Islam. Jarang benar para ulama dan
    para da’i memberi nasihat secara empat mata melalui
    pertemuan-pertemuan dari hati ke hati. Logiknya,
    pertemuan-pertemuanseumpama ini hanya boleh dilakukan
    melalui usaha-usaha dakwah bukan politik, kerana politik
    selalunya adalah medan yang penuh kecaman dan nista
    antara parti-parti yang bertentangan.

    Ada pihak yang berpendapat, politik berpilihanraya
    adalah satu-satunya jalan untuk menguasai negara bagi
    menegakkan Islam dan kerana itu mengikut kaedah usul
    Feqah ia dihukumkan wajib aradhi. Ini berdasarkan kaedah
    usul feqah yang berbunyi:

    “Tidal sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengan
    satu perkara yang lain maka perkara yang mendatang itu
    dikira wajib juga.”

    Dalam kata-kata yang lain mereka berpendapat, politik
    berpilihanraya adalah sebagai wasilah menuju matlamat
    (iaitu menegakkan Islam). Oleh kerana menegakkan Islam
    itu wajib maka politik pilihanraya (wasilah menujunya)
    dihukum wajib juga. Begitulah pendapat mereka!

    Sebenarnya pendapat mereka itu tertolak. Yang dikatakan
    terpaksa menempuh jalan (wasilah) yang ada ialah
    apabila wasilah yang lain tidak ada. Tetapi jika masih ada
    jalan-jalan lain menuju matlamat yang sama maka jalan itu
    tidak dihukum wajib. Contohnya, kita wajib menggali
    perigi untuk mengambil wuduk bila air paip tidak ada, air
    sungai tidak ada, air tasik, air laut dan sebagainya tidak
    ada.Yang mampu kita buat untuk mendapatkan air hanyalah
    melalui perigi maka ketika itulah menggali perigi jatuh
    wajib hukumnya. Tetapi jika air paip masih ada ataupun
    lain-lain sumber masih ada maka menggali perigi tidak
    boleh dihukumkan wajib. Ketika itu menggali perigi hanya
    dihukumkan sunat sahaja.

    Tegasnya wajibnya kita menempuh sesuatu jalan yang
    sedia ada ialah apabila tidak ada jalan lain. Politik
    pilihanraya bukanlah satu-satunya jalan untuk menegakkan
    Islam. Ada berbagai-bagai jalan lain untuk menegakkan
    Islam. Malah jalan ini terbukti lebih berkesan dan menepati
    syariat. Mengapa kita harus mengorbankan jalan yang
    jelas nasnya dalam Al Quran untuk meminjam jalan politik
    barat demi memperjuangkan Islam? Sudah tertutupkah
    jalan bagi kita untuk berdakwah, berziarah, berdialog,
    bertemu melalui majlis silaturrahim untuk menarik manusia
    kepada Islam? Tidak! Jalan-jalan ini masih terbuka luas
    untuk kita dan masyarakat semua menunggu-nunggu
    untuk mendengar dakwah kita.

    Jika kita terus mempertahankan cara berpolitik barat
    untuk menegakkan Islam, ertinya kita telah menyempitkan
    ajaran Islam itu samada secara sedar ataupun tidak.
    Mengapa? Ini kerana seolah-olah kita menganggap ajaran
    Islam tidak syumul, sehingga terpaksa mengambil kaedah
    orang kafir (barat) untuk menegakkan Islam. Secara tidak
    sedar kita telah menghina Allah dan Rasul kerana
    menganggap Allah tidak menggariskan kaedah yang jelas
    dan tepat untukmenegakkan agama-Nya. Ini satu kesalahan
    yang berat! Apakah kita menganggap Allah hanya
    memperjelaskan matlamat perjuangan tetapi tidak memperjelaskan
    kaedah untuk menuju matlamat itu, sehingga
    kita terpaksa mengambil kaedah orang barat? Tidak sekali-
    kali. Sedangkan yang sebenamya Allah SWT melalui
    Rasul-Nya telahpun menggariskan satu garis per-juangan
    yang tepat untuk memperjuangkan Islam. Kaedah ini telah
    dicatit oleh sejarah dan terbentang di hadapan mata kita.
    Mustahil kita tidak dapat melihatnya.

    Jadi, jika ada orang yang menuduh kita berdosa kerana
    tidak mengikut jalan politik pilihanraya seperti yang ada
    sekarang ini, maka itu adalah satu kesalahan. Meskipun
    yang berkata demikian ulama, terutama ulama-ulama
    politik. Mereka itu bukanlah ulama-ulama mujtahid.Lebih-lebih
    lagi pendapat itu bukan ijmak ulama mujtahidin.

    Walaupun mereka berkata itu adalah ijmak ulama tetapi
    bagi kita tetap menolaknya jika ijmak ulama itu bukan
    ijmak ulama-ulama bertaraf mujtahidin.

    Oleh kerana pendapat itu bukan ijmak ulama mujtahidin
    maka tidak salah jika ada individu lain (yang mampu
    berijtihad) menolaknya. Dan mungkin pendapat daripada
    ulama yang seorang itu lebih bemilai daripada pendapat
    ramai yang kurang arif dalam agama.

    Sebenamya, usaha menegakkan negara Islam mestilah
    bermula dari tapaknya, iaitu diri. Setiap individu mestilah
    menegakkan Islam dalam dirinya. Jika ini dapat dilaksanakan
    oleh seluruh lapisan masyarakat ertinya Islam
    telah wujud dalam diri rakyat, guru-guru, petani-petani,
    penghulu-penghulu, pegawai-pegawai daerah, imam-imam,
    hakim-hakim, menteri-menteri dan seterusnya.

    Dengan ini barulah tertegak negara Islam melalui perpaduan
    Seluruh lapisan masyarakat atas dasar iman dan sama-sama
    ingin menegakkan hukum-hakam agama melalui bidang
    masing-masing. Jadi jelas menunjukkan mengIslamkan
    diri itu lebih penting datipada meng-Islamkan negara
    kerana dengan tegaknya Islam dalam diri dengan sendiri
    nya tertegak Islam dalam negara. Tetapi jika negara kita
    diisytiharkan sebagai negara Islam sedangkan peribadi-peribadi
    yang ada di dalam negara itu belum Islam dalam
    ertikata sebenarnya, maka itu masih dikira gagal!

    Sebab itu Hukamak ada berkata, “Tegakkan Islam pada
    dirimu, nescaya akan tertegaklah Islam di negara kamu.”
    Firman Allah:

    Terjemahannya: Wahai orang-orang yang beriman,
    peliharalah diri kamu dan ahli kamu dari azab api neraka.
    (Surah At Tahrim : 6)

    Melalui ayat ini Allah memerintahkan kita supaya
    memulakan usaha menegakkan Islam (agar terhindar
    daripada neraka) daripada diri, kemudian keluarga dan
    akhimya barulah ke tahap yang lebih besar iaitu dalam
    jemaah perjuangan kita, masyarakat, negara dan dunia
    seterusnya. Bila diri telah berubah maka mudahlah keluarga
    berubah dan selepas itu dengan sendirinya jemaah berubah
    diikuti oleh masyarakat, negara dan insya-Allah dunia
    seluruhnya. Iman yang telah bertapak kukuh dalam diri
    nescaya dengan berperingkat-peringkat mempengaruhi
    masyarakat sekeliling.

    Seperkara lagi, orang akan mudah ditarik kepada Islam
    dengan adanya contoh-contoh atau model yang dapat
    dilihat dan dirasa keindahannya. Tidak ada gunanya kita
    hanya pandai berteori tentang kesempumaan Islam jika
    amalan Islam kita sendiri nampak serpih! Oleh itu, adalah
    menjadi tanggungjawab anggota sesebuah jemaah Islamiah
    untuk mewujudkan aktiviti-aktiviti dan program-program
    di dalam jemaah mereka sendiri supaya contoh itu dapat
    dilihat dan dimanfaatkan oleh masyarakat. Jika jemaah
    kita hanya pandai bercakap tetapi tidak berbuat bagaimana
    orang-orang luar mahu yakin dengan seruan kita?

    Atas dasar ini, mewujudkan amalan Islam samada
    Habluminallah mahupun Habluminannas dalam sebuah
    jemaah Islamiah adalah penting. Orang akan meneropong
    ke dalam diri jemaah Islamiah yang bercita-cita hendak
    menegakkan negara Islam, apakah telah wujud amalan-amalan
    Islam secara praktikal dalam jemaah berkenaan?

    Jika tidak ada, maka orang akan bersungut, “Mana mungkin
    jemaah Islam itu dapat menegakkan negara Islam,
    sedangkan dalam jemaahnya yang sekecil itupun tidak
    mampu diisi dengan aktiviti-aktiviti Islam? Apalagi dalam
    sebuah negara yang lebih besar?”

    Sebaliknya, jika amalan-amalan Islam dapat dilihat
    Dalam sesebuah jemaah Islamiah(walaupun belum bertaraf
    negara) maka orang akan berkata, “Oh, jemaah ini, kalau
    takdirya mendapat negara mungkin ia dapat menegakkan
    Islam dalam seluruh aspek kehidupan. Kita boleh bernaung
    di bawahnya.”

    Inilah realiti yang mahu dilihat oleh masyarakat dan jika
    kita berjaya menegakkan model masyarakat yang kita seru
    nescaya mudahlah masyarakat menerima dan melaksanakan
    Islam. Tanpa paksaan. Tanpa tekanan.

    Bagaimana dan apakah bentuk amalan Islam yang perlu
    ditegakkan dalam sesebuah jemaah Islamiah? Ini boleh
    dibuat dengan bermacam-macam cara. Jemaah Islamiah
    mestilah menegakkan ekonomi Islam sebagai altematif
    ekonomi riba yang mereka tentang. Jemaah Islam mesti
    menegakkan pendidikan Islam (sekolah dan pusat-pusat
    tarbiah) sebagai jawapan kepada pendidikan sekular yang
    dipersalahkan. Begitulah dengan amalan-amalan Islam
    yang lain. Hanya dengan itu, barulah masyarakat sedar
    rupa-rupanya jemaah Islam pandai membina, bukan hanya
    pandai mengkritik dan menyalahkan! Dengan adanya
    aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ini, terbinalah hubungan
    baik dan mesra antara orang ramai dengan jemaah Islamiah.

    Khidmat masyarakat yang diberikan oleh jemaah Islamiah
    secara langsung dan secara tidak langsung itu menjadi
    penambat hati sekaligus menjadi medan kepada anggotaanggota
    jemaah Islamiah untuk berbakti kepada Allah dan
    kepada sesama manusia. Inilah tujuan kita berjuang dan
    berjihad.
    ‘,
    Rasulullah SAW bersabda:

    Terjemahannya: Sebaik-baik manusia ialah yang dapat ‘,
    memberi manfaat kepada manusia lain
    .
    Jemaah Islam yang telah mewujudkan ekonomi,’
    pendidikan, perubatan, media massa, kampung-kampung,
    pertanian, dakwah, hubungan luar negeri dan lain-lain
    aktiviti bercorak Islam dengansendirinya kelihatan sebagai
    sebuah “negara” dalam jemaah itu sendiri. Jika kita gagal
    menegakkan “kerajaan” Islam dalam jemaah kita sendiri,
    mana mungkin kita dapat menegakkan kerajaan Islam
    dalam sebuah negara? Di sini jelas menunjukkan bahawa
    sistem hidup cara Islam yang dibina dalam jemaah Islam
    itu adalah sebagai bukti keikhlasan para pejuang dalam
    perjuanganya. Mereka bukanlah inginkan kuasa dalam
    tugas mereka, tetapi semata-mata ingin melihat Islam
    berdaulat. :

    Khidmat masyarakat yang dijalankan oleh jemaah
    Islamiah mestilah dibuat setakat kemampuan dan tenaga
    yang ada. Sebelum kita memberi khidmat kepada
    masyarakat melalui negara (seperti yang dicita-citakan)
    cubalah memberi khidmat kepada masyarakat melalui
    jemaah yang telah kita kuasai. Tetapi jika melalui jemaah
    yang ada kita kuasai pun belum boleh membuat khidmat
    kepada masyarakat, sudah tentu bila negara kita kuasai,
    kita juga akan gagal memberi khidmat kepada orang lain.

    Mungkin kesempatan itu nanti akan kita selewengkan, kita
    salah-gunakan berkhidmat kepada diri sendiri!
    Lebih malang lagi jika sesuatu jemaah Islamiah itu
    bukan sahaja tidak dapat memberi khidmat kepada
    masyarakat di luar jemaahnya, bahkan ia juga gagal
    memberi khidmat kepada anggotanya sendiri. Kebajikan
    ahlinya terbarai, pendidikan anak-anak tidak disediakan,
    tiada khidmat perubatan kepada ahli-ahli yang sakit, ada
    ahli-ahli yang miskin tidak dibantu dan berbagai-bagai
    lagi kelemahan. Ini akan menghilangkan keyakinan semua
    orang. Bukan sahaja kepada masyarakat di luar jemaah
    bahkan ahli-ahlinya nanti akan bosan dart akhirnya
    mengundurkan diri daripada perjuangan.

    Inilah perkara-perkara penting yang mesti difikirkan,
    difahamkan dan diperjuangkan oleh semua jemaah
    Islamiah, tidak kira apa namanya ataupun di mana sahaja
    mereka berada. Mudah-mudahan perjuangan kita dinilai
    Allah. Amin.

  8. Indahnya Negara Jika Pemimpin Baik

    ALANGKAH indahnya sebuah negara
    Pemimpin-pemimpinnya laksana ayah
    Di dalam bertanggungjawab kepada rakyatnya
    Dia seperti ibu, sifat kasih sayangnya
    Ibarat guru memberi ilmu dan tunjuk ajarnya
    Dengan penuh kasih sayang
    Bijaksana dan dia dahulu menghayatinya
    Wibawanya tinggi, akhlaknya mulia
    Adakalanya dia berwatak pemimpin
    Memberi arahan-arahan kepada rakyatnya
    dan menghukum dengan adil
    Dengan tegas dan penuh hikmah
    Tidak ada diskriminasi dilakukannya
    Di waktu tertentu sebagai kawan setia
    Mengutamakan kawan-kawannya dari dirinya
    Memberi maaf ke atas kesalahannya
    Meminta maaf kalau dia pula yang bersalah
    Apabila berlaku sifat-sifat ini
    pada para pemimpin
    Alangkah mudah mendidik rakyatnya
    di dalam negara
    Mereka akan taat dan setia kepada pemimpin
    Pemimpin dihormati dan dimuliakan
    dengan tidak berpura-pura
    Rakyat bekerja dengan penuh gembira dan ceria
    Untuk agama, bangsa dan negara
    Mereka sanggup mati kerananya
    Kedaulatan agama, bangsa dan negara terpelihara
    Lahirlah masyarakat yang berkasih sayang
    sesama mereka
    Bertolong bantu, bekerjasama
    Hidup aman, damai dan harmoni
    di dalam negara
    Dengan pimpinan Allah Taala
    yang Maha Esa lagi Berkuasa

  9. Jawatan Politik Telah Menjadi Rebutan

    Jawatan Politik Telah Menjadi Rebutan

    Jawatan politik telah menjadi rebutan

    Bukan kerana agama, negara dan bangsa, jawatan itu banyak peluang mencari wang

    dan mencari makan

    Di situ ada kekayaan, di situ ada peluang menjadi senang

    Adakalanya agama, bangsa dan negara jadi pertaruhannya

    Kerana itulah merebut jawatan politik sanggup kawan jadi musuh, musuh jadi kawan

    Ukhwah pecah, perpaduan terbarai, sanggup bunuh karier kawan

    Rakyat yang tidak tahu hal menjadi mangsa dan korban

    Padahal orang politik jugalah selalu melaungkan perpaduan

    Mulutnya melaungkan perpaduan, sikapnya memecahbelahkan dan

    mengharu-birukan keadaan

    Jawatan politik itu lebih-lebih lagi disalahguna di negara yang sedang membangun

    Atau negara yang baru merdeka miskin pula, orang politik ingin menjadi tuan

    Begitulah jawatan politik itu berlaku di seluruh dunia

    Huru-hara yang berlaku di dunia hari ini dikeranakan mereka

    Kadang-kadang jawatan politik itu undang-undang mereka juga yang membuatnya

    Undang-undang dibuat susah hendak mengelakkan daripada

    menguntungkan peribadi mereka

    Atau tujuan untuk menekan golongan yang menjadi musuhnya

    Berlakulah ketidakadilan undang-undang atau undang-undang disalahguna

    Akibatnya rakyat resah, gelisah dan tidak tahan bahananya

    Bangkitlah rakyat menentang dengan lantang

    Kemuncaknya rakyat turun ke jalan demonstrasi menunjuk perasaan

    Adakalanya ada kerajaan yang tumbang

    Kerajaan pun beralih tangan, kemudian berlaku lagi menempuh jalan yang sama

    Kerana yang naik berkuasa itu tidak takut Tuhan, berlakulah dendam terhadap musuhnya

Leave a Reply to CikF~ Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.