Cara menangani bebelan isteri

Cara menangani bebelan isteriGolongan isteri memang terkenal dengan sikap suka membebel atau berleter, tidak kira pagi, petang, siang mahu pun malam.

Bebelan golongan ini ternyata lebih pedas daripada wakil pembebel lelaki tunggal negara di peringkat antarabangsa, membebel.com yang tak berapa pedas itu.

Kadangkala bebelan golongan ini tidak berpadanan pun dengan perkara yang dibebelkan itu.

Namun begitu ada satu cara yang bijak untuk menangani bebelan isteri tercinta.

Ikuti kisah di bawah ini sebagai pengajaran bagi kita sebagai suami.

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh.

Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.

Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.

Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau.

Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.

Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas.

Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya,

“Apa hajat kamu datang ke mari?”

Si suami tadi menjawab,

“Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu.”

Saidina Umar tersenyum lalu berkata,

“Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”

Begitulah kisahnya. Sebagai suami, kita perlu memainkan peranan “senyap” sebagai reverse psychology dalam membentuk rumahtangga yang bahagia.

Ingatlah wahai suami. Senyap bukan bererti pengecut. Tidak menegur dengan kata-kata juga tidak bererti penakut.

Isteri yang menjawab bukan isteri derhaka. Isteri yang memarahi suami juga bukan dipanggil derhaka. Begitu juga jika berleter, membebel, emo, merajuk, dan sebagainya, juga bukan derhaka.

Ingatlah wahai isteri. Suami adalah pemimpin, perlu dihormati. Namun suami juga manusia, ada buat silap, ada nafsu, ada terpengaruh dengan hasutan syaitan, dan sebagainya yang kadangkala perlu ditegur, dimarahi, mahu pun dileteri.

Sebab itu, di belakang setiap lelaki yang berjaya adalah seorang perempuan (isteri).

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

20 thoughts on “Cara menangani bebelan isteri”

  1. episod yang tiada kesudahan…. mcam wayang………

    ImamKhalid: Apa yang tidak berkesudahan? Aku tak paham… ๐Ÿ˜ฏ

  2. o, baru aku taw, Saidina Umar yang garang dan gagah perkasa tu pun selalu kena bebel oleh bini die! he3

    um.. doa2 aku dapat isteri yang tak banyak sangat leter nye.. tapi orang kelantan ni banyak cakap.. seh.. tukar negeri la plak, orang negeri mana yang kurang berleter? he3

    MK’s last blog post..Athan Basic: Ingatkan Waktu Solat

    ImamKhalid: Haa, ada ada. perempuan bisu kompem tak berleter.. ๐Ÿ˜›

  3. wah hebatlah citer saidina umar tu,
    aku setuju 100% dgn saidina umar..
    betol ape yg beliau ckp, si isteri pun bnyak jasanya pada suami.
    kita org biasa mungkin takleh nak bersabar smp tahap saidina umar tapi sekurang-kurangnya kisah ne membuka minda saya…saya single lagi kalau ada pmpuan yg elok2 rogerlah saya yek wahai imam khalid.
    hehehe…

    http://dee1walker.blogspot.com

    syed faqrul razie’s last blog post..SUMBER KEKAYAAN LUAR BIASA, WARREN BUFFET JUGA MENGAKUINYA

    ImamKhalid: Ko nak pompuan elok yang macam mana? Cantik, slim, bijak? Boleh, ko letak resume beserta gambar berukuran pasport kat sini, pastu insya-Allah aku akan tolong ko cari bakal isteri yang sesuai! kui3x! ๐Ÿ˜ˆ

    Wei, apa ko ingat aku ni broker pompuan ker, heh?

    1. ha, saidina Umar r.a yg garang pun blh sabas, apatah lg lalaki2 malaysia ni.. jgn ego sgt.. mgkin is3 2 letih.. kalo xnak kene bebel, tlg la is3 selesaikan keje2 rmh, mesti is3 rs sgt seronok n sgt bertuah ada suami mithali mcm 2

  4. haha.. website ni mmg slalu ping orang..
    aku rasa jipon kata tu episod membebel ni la yg tiada kesudahan..btul tak?

    tp bagi aku pulak boleh dikatakan terbalik.. aku yg suka membebel apa lagi kalau tgh bawak keta.. hihi.. apakehei la pulak kes cam ni.. tp yg penting kesefahaman tul tak? peace..

    apis17’s last blog post..jalan2 ke presint9

    ImamKhalid: Alamak, kejinya aku, dituduh sebagai site yang banyak ping orang. Ni adalah cara aku untuk bertegur sapa bila aku takde komen kat post ngkorang. Tu pun nak marah ker? Eii keji betullah korang nih! ๐Ÿ˜ˆ

    Tak tau lah aku pasal JiPON tu. Cuma yang aku tahu, ko ni tersalah masuk hormon kot. Bila hormon perempuan termasuk dalam badan ko, itu yang jadi ko kuat membebel tu. Kena jaga2 tu, silap2 kena virus membebel.com yang keji. Kui3x! ๐Ÿ˜‰

  5. membebel tu boleh tp berpada-padala.. bkn prempuan je ada tabiat membebel ni lelaki pun ada… saya tau sbb abg saya jenis mcm tu juga… hehe.. tapi apa yg baik kita ambik apa yg xbaik diam je ibarat curah air ke daun keladi sudah… membebel tu kdg pergi kpd nasihat juga tp kalu melampau sgt jd lgu sumbang mnyebabkan sakit telinga.. pe pun tu memang lumrah Allah jdkan.. kalu prempuan mcm tu lelaki mcam ni….. mudah2an pe yg baik kita lakukan yg terbaik.. tgk kisah sahabat2 nabi dahulu utk dijdkan tauladan.. wallahua’lam..

    ImamKhalid: Syabas! Pandangan yang bijaksana… ๐Ÿ™‚

  6. PERKAHWINAN DALAM ISLAM

    Di dalam Islam perkahwinan itu adalah perkara besar mengikut Tuhan,
    Kerana itulah nikah kahwin itu atas nama Tuhan,
    Kerana Tuhan dan untuk Tuhan,
    Oleh kerana itu pasangan perkahwinan biarlah jelas keturunan,
    Samada lelaki ataupun perempuan,
    Biarlah jelas suami isteri itu keturunan yang baik-baik,
    Bertaqwa dan beriman,
    Kerana keturunan suami isteri itu kalau dipanjangkan umur oleh Tuhan,
    Melahirkan zuriat berpanjangan sampai akhir zaman,
    Maka daripada suami isteri itu lahirlah satu etnik
    Atau satu bani yang dihubungkait dengan suami atau isteri,
    Kalau suami isteri itu sebagai asas etnik orang baik-baik keturunannya,
    Etnik yang lahir daripadanya,
    Maka keturunannya bersih daripada kejahatan terutama penzinaan,
    Maka etnik itulah Tuhan berkati menyambung perjuangan Islam,
    Yang akan membawa umat Islam dan Islam gemilang dan cemerlang,

    Oleh itu disini barulah kita faham nikah kahwin itu,
    Bukan diambil mudah dan senang,
    Bukan sekadar nak melepaskan tuntutan biologi
    Atau dengan kata-kata lain nak melepaskan nafsu,
    Samada suami atau isteri nafsu haiwan ,
    Atau dengan kata-kata yang lain nikah kahwin itu
    Yang utamanya hendakkan hiburan,
    Itulah yang berlaku kepada masyarakat Islam di akhir zaman,

    Nikah kahwin di dalam Islam satu peranan,
    Dianggap satu perjuangan yang menentukan Islam
    Dan umat Islam di masa depan,
    Nikah kahwin yang dimulakan dengan niat yang baik,
    Atas nama Tuhan, kerana Tuhan dan untuk Tuhan,
    Perkahwinan itu akan diberkati oleh Tuhan,
    Berpanjangan hingga sampai melahirkan etnik,
    Dari pasangan yang berkahwin itu atas nama Tuhan,
    Kerana Tuhan dan untuk Tuhan,
    Apabila lahir dari pasangan hidup itu niatnya murni,
    Dilakukan dengan syariat yang murni,
    Dengan pilihan pasangan yang murni,
    Kalau lahirlah keturunan, satu tanggung jawab dibebankan,
    Iaitu mendidik anak-anak oleh suami isteri hendak diberi mereka Tuhan,
    Hendak diberi kepada mereka iman dan ketaqwaan,
    Sebab itulah di dalam pergaulan suami isteri bukan semata-mata hiburan,
    Kalau semata-mata hiburan, haiwan pun ada perasaan,
    Jangan sekadar nikah kahwin,
    Jangan mensetarafkan diri kita sebagai haiwan,
    Iaitu hendak melepaskan nafsu haiwan,
    Atau nak menunaikan tuntutan biologi yang Tuhan jadikan,
    Tuntutan selepas itu pada suami isteri,
    lebih besar tanggungjawab lagi besar cabaran,

    Oleh itu suami isteri yang beriman dan bertaqwa di dalam pergaulan suami isteri,
    Selain daripada hiburan bukan bercerita satu sama lain di waktu lapang
    Seperti makan minum, kekayaan, pakaian, rumah dan kenderaan
    Perbualan suami isteri lebih jauh daripada itu,
    Biarlah perbualan itu perbualan mengenai perjuangan umat Islam,
    Membualkan nasib Islam dan Islam di masa depan,
    Membualkan hal Tuhan, iman dan ketaqwaan,
    Dosa dan pahala,
    Syurga dan Neraka,
    Membualkan Akhirat, hidup yang berlama-lama di sana,
    Perbualan itu bagi orang yang beriman satu hiburan, satu kebahagiaan,
    Yang tidak dilunturkan oleh mana-mana zaman,

    Kalau berkahwin tujuan melepaskan nafsu haiwan,
    Atau tuntutan biologi insan,
    Kalau ada masalah hilanglah hiburan,
    Seperti sakit atau kemahuan biologi tidak ada,
    Ataupun mendapat kesusahan,
    Miskin dan ujian hilanglah hiburan,
    Kalau kahwin tujuan semata-mata hiburan
    bila sudah tidak ada hiburan oleh keadaan yang mendatang,
    Maka krisis-krisis rumah tangga pun datang,
    Lama-lama bercerai,
    Kalaupun tidak bercerai kerana memikirkan anak-anak,

    Tetapi di mana kebahagiaan?
    Sebab berkahwin dahulu niatkan hiburan,
    Hiburan sudah hilang,
    Sebab itulah jangan berkahwin niatnya dibataskan, seperti berhiburan,
    Jangan nak menunaikan tuntutan nafsu haiwan,
    Tetapi berkahwin itu biarlah atas nama Tuhan, kerana Tuhan, untuk Tuhan,
    Nanti Tuhan bagi hiburan berpanjangan,
    Bukan hiburan sekadar menunaikan nafsu haiwan,
    tetapi hiburan itu berpanjangan,
    Tidak dilunturkan oleh masa dan zaman yang lebih sejati lagi hakiki,
    Daripada hiburan tuntutan nafsu haiwan,
    Atau tuntutan biologi insan,
    Sebab itu bagi orang yang bertaqwa payah berlaku krisis rumah tangga,
    Lebih-lebih lagi bercerai berai kerana ikatannya kuat,
    Diikat oleh iman dan takutkan Tuhan,
    Itulah hiburan yang berkekalan,
    Sepanjang masa dan zaman,
    Untuk suami, isteri, sampai ke Akhirat sana bertemu dengan Tuhan,
    Bahkan perkahwinan kerana Tuhan, untuk Tuhan,
    Kalau suami kaya dapat membela isterinya,
    Bahkan keluarga-keluarga isterinya,
    Kalau isteri yang kaya dapat dikorbankan kekayaan isterinya itu
    Untuk suaminya dan keluarga suaminya,
    Bagi orang yang beriman itu bukan satu beban tapi satu hiburan,
    Tetapi berkahwin itu tujuannya kerana nafsu haiwan bukan kerana Tuhan,
    Kekayaan suami tidak dapat diagih-agihkan,
    Lebih daripada isterinya dan anak-anaknya,
    Lebih-lebih lagi kalau isteri yang kaya,
    Dianggap satu pantang larang atau satu kehinaan,
    Untuk dikorbankan untuk suaminya,
    Lebih-lebih lagi keluarga suaminya,
    Itulah yang berlaku pada umat Islam hari ini,
    Berkahwin niatnya terbatas,
    Bukan kerana Tuhan,
    Bukan masa depan dan Akhirat yang berpanjangan,
    Sebab itulah suami isteri berkira sangat tentang kekayaan
    tidak boleh berlebih kurang,
    Kerana terjadinya suami isteri itu semata-mata tuntutan nafsu haiwan,
    Bukan atas nama Tuhan dan untuk perjuangan Tuhan,

    Maka terjadilah pada masyarakat Islam hari ini,
    Setelah iman dan ketaqwaan hilang,
    Banyak orang Islam tidak berkahwin,
    Terutama banyak anak dara tua yang hidup sendiri-sendiri,
    Tidak ada suami,
    Datang alim ulama memberi pandangan
    untuk menyelesaikan masalah umat Islam,
    Terutama kaum ibu yang sampai tua tidak berkahwin,
    Atau tidak bersuami yang dinamakan kahwin misyar,
    Walaupun itu dibolehkan tidak menyalahi syariat Tuhan,
    Itu hanya satu keharusan tetapi bukan itu jalan keluar dan penyelesaian,
    Bukan itulah nikah kahwin yang tersirat mengikut Tuhan atau syariat Tuhan,
    Walaupun diharuskan tetapi perkahwinan sesama itu
    Tidak mengikut sunnah nabi akhir zaman,
    Walaupun diharuskan tetapi menghilangkan keberkatan,
    Jadi ulama nak menyelesaikan anak dara tua pun tidak pandai,
    Pandangan mereka tidak jauh,
    Lebih diutamakan mengambil hati perempuan,
    Bukan dipadankan dengan kehendak Tuhan dan syariat Tuhan.

  7. salam alaik..first time jumpe web nie..simple,ilmiah also fun.lucula bace opinion org…imamkhalid nie memang imam ker?imam solat di rumah or just nickname jer?

    hifzan’s last blog post..Judge hits back at ‘devil incarnate’ Mahathir

    ImamKhalid: Nama diberi Ahmad Imam, oleh seorang bapa yang bernama Khalid. Selamat berkenalan, dan selamat datang ke Soleh.Net! ๐Ÿ˜›

  8. mak aku pun suka membebel tambah2 bila kau balik cuti sem..tak sah sehari tak kena bebel.. huhuh ;( nak wat camne kita tau thats bebel untuk kebaikan kita gak…senyap je la pas2 tesengih2.. sambil tahan telinga.. hhahaa

    ImamKhalid: Anak kena bebel tu biasalah. Ni tajuk untuk para suami. Ko belum kawin ko tak tau kehebatan bebelan seorang isteri… Boleh luka bernanah telinga wooo!!! ๐Ÿ˜‰

  9. suami saya untung kot sebab saya tak suka bebel. Prinsip saya mudah. saya tak suka orang bebel kat saya jadi saya tak bebel kat orang.Cuma sesekali kat anak saya, saya bebellah juga. itupun kalau perlu.tapi anak saya bijak. kalau dia tak nak saya bebel panjang, dia cepat-cepat minta maaf dan kata kat saya, “dahlah ibu, dahlah ibu” dengan penuh pujuk rayu, agaknya tak tahan dengan bebelan saya yang powerful tu.

      1. Syukran.

        BTW, saya tidak suka membebel. Dalam satu hari, boleh kira berapa patah perkataan keluar dari mulut. Rumah saya, kalau tak ada anak-anak, pasti orang kata sunyi-sepi macam tanah perkuburan… ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara menangani bebelan isteri

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

2 thoughts on “Cara menangani bebelan isteri”

  1. org prmpuan yg kuat bebel ni bukan apa,cuma nak luahkan perasaan atau tekanan.klau dia rasa xboleh nak pendam,tulah caranya.klau saya mengomel dpan suami tu bukan apa,saje je,mintak dipujukla….hehehe

    ImamKhalid: Hehe pandai ko ek? ๐Ÿ˜›

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.