Derita yang mengundang bahagia

Terima kasih kepada Hiz yang mengirim cerita ini melalui komentarnya di post Isteri Curang Menghadapi Siksa Dunia. Aku pindahkan ke sini, untuk tatapan semua. Mungkin ada yang dah pernah terbaca kisah ini. Aku pun tak pasti sejauh mana kebenarannya. Yang pasti perkara baik kita jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

Kisah ini berlaku di sebuah kampung yang terletak di daerah Muar, Johor. Puan Salmah (bukan nama sebenar), kalau sekali pandang pada raut wajah yang tenang dan lembut itu, tentu kita tidak sangka beliau pernah menanggung penderitaan yang amat hebat.

Segalanya bermula selepas dia dikahwinkan dengan seorang pemuda pilihan orang tuanya di kampung tersebut. Pada awal perkahwinan mereka, rumahtangganya aman dan harmoni. Tetapi sejak kelahiran anak sulung, suaminya mula berubah sikap.

Suaminya itu menjadi seorang penagih dadah dan banyak menghabiskan masanya bermain judi. Bila kalah berjudi, dia akan pulang ke rumah dan meminta duit daripada isterinya. Kalau tak diberikan, dia akan dipukul, disepak dan diterajang tanpa rasa belas kasihan walau sedikit pun. Begitulah setiap hari dilaluinya dengan perasaan takut, cemas dan menderita mengenangkan nasib diri serta keluarganya.

Akhirnya kerana tak tahan melihat penderitaan Salmah, ibunya menyuruh suami Salmah menceraikannya. Salmah pun diceraikan dan pulanglah dia ke rumah ibunya. Tidak lama selepas penceraian itu, datang pula seorang pemuda melamarnya. Kalau diikutkan rasa hati, dia sudah serik untuk berkahwin lagi. Tapi memikirkan masa depan anaknya, dia bersetuju.

Bak kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi. Lelaki yang diharapkan dapat membela nasibnya, rupa-rupanya menjadi pengikis hartanya pula. Nasibnya tak ubah seperti keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya. Suami keduanya juga panas baran dan suka main perempuan. Seringkali dia menjadi mangsa sepak terajang kerana tak mahu memberinya duit. Sehingga lembik tubuh dikerjakan, barulah dilepaskannya.

Saban hari begitulah nasib yang akan diterimanya. Badannya semakin kurus, matanya cengkung, mukanya pucat dan badannya sudah tak bermaya lagi. Tubuhnya calar-balar dipukul dengan kayu ataupun penyangkut baju. Tak terkata betapa hancur hatinya ketika itu. Namun dia sendiri pun takut untuk mengadu kepada sesiapa. Pernah dia mengadu pada jirannya, bila suaminya dapat tahu, lagi teruk dia dibelasah. Sejak hari itu dia takberani lagi mengadu pada sesiapa pun.

Tetapi dia masih ada tempat pergantungan. Di sanalah dia mencurahkan segala penderitaan batin yang ditanggungnya selama ini. Seringkali dibisik-bisikkan pada dirinya; walau berat mana pun penderitaan yang ditanggungnya, masih ada lagi orang di dunia yang nasibnya lebih buruk lagi. Itulah saja yang diulang-ulangkan demi memujuk hati yang remuk itu.

Pasti Allah tidak sezalim itu untuk membiarkannya sebegitu. Tentu ada sesuatu yang berharga di sebalik penderitaan yang ditanggung selama ini. Saban malam sewaktu suaminya keluar berfoya-foya dengan perempuan lain, Salmah sujud mencurahkan rasa hati pada Allah s.w.t.. Dia rasa tenang, dapat berbisik-bisik dengan ‘Kekasih’nya tanpa diganggu. Tidak pernah dirasakan ketenangan yang sebegitu rupa dalam hidupnya. Tenang kerana dapat tempat yang sewajarnya. Dia dapat rasakan cintanya berbalas.

Kini barulah dia memahami apa erti di sebalik kisah hidupnya yang terlalu tragis itu. Mengapa dua kali dia dipertemukan dengan suami yang panas baran? Rupanya, Allah mahu dia meletakkan rasa cinta dan tempat pergantungannya pada Dia. Bukan pada makhluk yang serba lemah itu (suaminya). Kepada isteri-isteri yang sedang menghadapi masalah seperti puan Salmah ini ataupun menderita akibat dimadukan oleh suami, jadikanlah penderitaan puan Salmah ini sebagai iktibar.

Sejak hari itulah puan Salmah mula berjinak-jinak dengan ceramah agama. Selama ini dia terlalu jahil dalam selok-belok agama. Mungkin kerana kegagalan memikat hati suami menyebabkan suaminya mencari perempuan lain.

Setiap kali belajar agama, dia cuba mengamalkannya. Setiap kali suaminya pulang ke rumah, dia sudah bersiap dengan pakaian yang mengghairahkan, senyuman yang manis dan bersedia untuk memenuhi hajat suaminya. Suaminya terkejut besar melihatkan perubahan pada isterinya itu. Macam-macam dikata pada isterinya. Buang tabiatlah, sengaja nak gunakan ilmu sihirlah dan berbagai-bagai lagi dikatanya. Tapi Salmah tetap melayani suaminya seperti mana yang dipelajarinya.

Walaupun dia telah berusaha memujuk suaminya, namun suaminya masih tergila-gilakan perempuan jalanan yang mengikis poketnya dari melayani isterinya di rumah. Bagi Puan Salmah memanglah tidak semudah itu seseorang boleh berubah. Walau bagaimanapun dia masih tetap bersabar dan memberi masa untuk suaminya berubah. Dia yakin suaminya juga sedang membuat perubahan diri. Buktinya suaminya sudah kurang memukul, menerajang mahupun menamparnya sejak kebelakangan ini. Kalaupun dia marah, dia akan terus keluar rumah dan tak balik-balik sampai dua tiga hari.

Walaupun puan Salmah mengetahui suaminya masih ‘main perempuan’, tapi bila tiap kali suaminya pulang ke rumah, dia akan berhias untuk suminya, berwangi-wangi dan melayan suaminya dengan manis muka. Sampaikan ibunya turut memprotes, “Kau ni dah gilakah? Apalah yang engkau layan sangat suami yang curang begitu. Dia bukan sayangkan engkau lagi. Dia tak heran dengan layanan engkau tu. Di luar pun dia boleh dapat lebih dari itu.”

“Biarlah dia buat begitu. Dia kan masih suami saya. Saya wajib melayaninya dan taat padanya. Dosa yang dibuat tu, itu antara dia dengan Allah.”

Begitulah saban hari dilayani suaminya sehinggalah akhirnya suaminya berubah hasil kesabaran dan akhlaknya itu. Sewaktu pihak kami menziarahinya, masih kelihatan parut-parut di tangannya, tapi dia cuba melindunginya kerana tidak mahu kami melihatnya. Dia juga tidak mahu gambarnya diambil.

Bila ditanya apakah rahsianya boleh melayani suaminya walaupun mengetahui perangai buruknya itu, dengan selamba dia menjawab, “Saya terhutang budi padanya. Kerana sikapnya itulah saya mendapat hidayah dari Allah.”

Begitulah sebuah kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Masih ada lagi wanita yang berjiwa besar seperti Siti Asiah, sanggup bersabar menghadapi suami yang zalim. Walaupun mungkin penderitaannya tidak seberat penderitaan yang ditanggung oleh Siti Asiah yang berhadapan dengan kejahatan Firaun yang menghukum bunuh sesiapa yang tidak sujud padanya. Bagaimana dengan wanita-wanita hari ini yang bergelar isteri-isteri? Ramai wanita yang bertuah dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab. Sepatutnya setiap wanita mensyukurinya, jangan pula hanya pandai merungut, memendam rasa dan sering bermasam muka bila berdepan dengan suami. Tepuk dada, tanya iman.

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

22 thoughts on “Derita yang mengundang bahagia”

  1. askum,terpaku saya membaca cerita tu.syukur saya mendapat suami yang baik,bertanggungjawab.walaupun kadang2 saya merungut,cmburu x tentu pasal sbb sikapnya yang sgt tegas dan kadang2 panas baran,suka pndang prmpuan cantik dpan saya tp tetap tak abaikan tggungjawab pd isteri dan anak2.mmg ptut kisah tu dijadikn cnth pd isteri2 semua…

    ImamKhalid: Mudah2an kita semua memperoleh iktibar dari kisah di atas. Semua pihak mesti memainkan peranan masing2.

    Bagi wanita, nak cari suami yang betul2 jaga mata, bukan senang, tengoklah pulak kita ni macam mana. Bagi lelaki pula, nak cari isteri yang sempurna, pun memang tak akan dapat.

    Oleh itu, tepuklah dada, tanyalah iman! 🙂

  2. BERHIBURLAH DENGAN JIWA

    Inginkan hiburan adalah fitrah semulajadi manusia,
    Kerana ia adalah makanan batin manusia untuk kebahagiaannya,
    Tidak ada hiburan batin manusia kelaparan dan terasa kekosongan,
    Tidak ada hiburan jangka panjang amatlah bahayanya,
    Tapi kalau salah cara berhibur ia lebih lagi merbahaya,
    Boleh rosak jiwa, buahnya merosakkan pula akhlak diri dan manusia lainnya,
    Jika rosak akhlak ia pula rosak merosakkan pula sesama manusia,
    Kalau sudah rosak merosakkan akhlak masyarakat manusia akan jadi huru-hara,
    Oleh itu berhati-hatilah mencari hiburan agar kehidupan manusia dapat dijaga dengan mulianya,
    Kalau tidak manusia yang akan menerima padahnya,
    Hiburan ertinya hendak mencari kepuasan batin manusia,
    Samada kepuasan akal, kepuasan nafsu mahupun kepuasan roh atau jiwanya,
    Tuhan hanya membenarkan mencari kepuasan akal dan kepuasan jiwanya,
    Kepuasan nafsu walaupun ia hiburan tapi diharamkan kerana bahayanya,
    Kecuali hiburan nafsu didisiplinkan oleh syariat Tuhan di dalam kehidupannya,
    Hiburan akal adalah mencari ilmu melalui membaca, menyelidik dan lain-lainnya,
    Samada ilmu yang wajib mahupun ilmu yang sunat, yang diharuskan dibolehkan juga,
    Berhibur dengan ilmu boleh jemu dan boleh meletihkan akal manusia,
    Hiburannya yang berterusan selepas ada ilmu ia boleh menjadi panduan di dalam kehidupan,
    Panduan itu adalah juga hiburan di dalam kehidupan manusia,
    Kerana ia boleh menyenangkan kita di dalam berusaha dan tindakan bekerja,
    Hiburan menurut akal walaupun termasuk kepuasan batin manusia,
    Tapi ia masih belum dikatakan hiburan yang hakiki mengikut Tuhan pencipta,
    Hiburan cara akal walaupun dibolehkan,
    Hiburan akal tidak mampu membendung hati daripada mendapat ujian dan kesusahan di dalam kehidupan,
    Kalau ada bala berat yang menimpa, cita-cita yang gagal, mendapat kesusahan selalu sahaja jiwa derita,
    Dia akan gelisah, kecewa mungkin putus asa,
    Tidak hairanlah org yang banyak ilmu,bijak dan pandai sakit jiwa,
    Bahkan ada juga di kalangan mereka membunuh diri kerana kecewa,
    Hiburan mengikut nafsu ia adalah diharamkan kecuali yang disyariatkan,
    Kerana bahayanya dahsyat di dalam kehidupan insan,
    Akhlak manusia rosak masyarakat manusia huru-hara menggugat keamanan,
    Hiburan nafsu amatlah banyaknya,
    Seperti melihat perempuan atau gambarnya terutama yang terdedah auratnya,
    Pakaian yang menjolok mata yang merangsang nafsu manusia,
    Melihat filem-filem lucah yang memberangsang nafsu merosakkan jiwa,
    Menonton tarian gelek, daripada perempuan-perempuan yang menggoyangkan badannya,
    Semuanya itu boleh menyuburkan nafsu jahat yang membawa perzinaan dan perogolan,
    Yang merosakkan keturunan, merosakkan rumahtangga dan membawa pergaduhan,
    Hiburan mengikut nafsu pada hakikatnya bukan hiburan,
    Di dalam hiburannya ada racun kepada jiwa manusia,
    Kerana ia membawa kerisauan, membawa angan-angan, fikiran kacau tidak keruan,
    Membawa fikiran tidak tenang selagi kemahuan tidak ditunaikannya,
    Akhirnya tidak dapat cara halal dilakukan secara haram yang dilaknat Tuhan,
    Ia membawa pula cemburu-mencemburui, benci-membenci, hasad dengki,rebut-merebutkan akhirnya buahnya adalah perbalahan dan pergaduhan kemuncaknya pembunuhan,
    Hiburan mengikut nafsu itulah yang telah memusnahkan kehidupan di dunia,
    Berbagai-bagai gejala masyarakat berlaku kerananya,
    Hilang keamanan, hilang ketenangan yang ada kebimbangan dan ketakutan,
    Negara susah rakyat parah, tergugat keselamatan,
    Termasuk juga hiburan nafsu melihat atau mendengar lawak jenaka yang keterlaluan,
    Melihat atau mendengar ahli-ahli lawak bercakap tidak keruan gelak ketawa terbaha-bahak yang memalukan,
    Bercakap terlolong-lolong adakalanya perkataan mencarut tanpa segan silunya diucapkan,
    Pelawak-pelawak jiwanya akan mati dan mematikan jiwa para pendengarnya atau ‘client’nya,
    Jiwa yang mati lupa Tuhan, jiwa yang mati lupakan mati,jiwa yang mati lupa Hari Pembalasan,
    Jiwa yang mati ia selalu lalai dengan Tuhannya
    Lalai adalah dibenci Tuhan,

    Hiburan yang hakiki adalah hiburan jiwa atau hati,
    Hiburan hati sebenarnya banyak sudut dan banyak bidangnya kalau diperhati,
    Membaca Al Quran atau mendengar bacaannya yang dihayati menembusi lubuk hati adalah salah satu caranya,
    Mengingati Tuhan hingga terasa kasih sayang-Nya, terasa kebesaran-Nya, terasa kuasa-Nya,
    Itu semuanya boleh membawa ketenangan jiwa,
    Ketenangan jiwa adalah hiburan,
    Takutkan Tuhan sebenarnya ada perkara yang tersirat iaitu hiburan,
    Takutkan Tuhan menjadikan tidak takut dengan kesusahan kehidupan,
    Tidak takut dengan kesusahan dan cabaran kehidupan di situ ada hiburan,
    Tidak takut selain Tuhan itu adalah hiburan kalau difikirkan,
    Ketakutan selain Tuhan itu adalah membunuh hiburan di dalam jiwa manusia,
    Kerana itulah Tuhan berkata yang bermaksud “Ketahuilah ingatkan Tuhan itu menenangkan jiwa”,
    Jiwa tenang itu adalah hiburan yang tidak perasan,

    Termasuk juga hiburan jiwa mendengar nasyid-nasyid yang merdu dan syahdu,
    Senikatanya pula yang menusuk jiwa,
    Seperti memuji-muji Tuhan, keampunan Tuhan, nikmat dan rahmat Tuhan kepada insan,
    Termasuk memperdengarkan kasih sayang Tuhan, penjaga dan penyelamat insan,
    Kasihkan Tuhan juga hiburan kalau dihayati oleh jiwa,
    Kasihkan Tuhan adalah rahsia kasih sesama manusia atau insan,
    Kasih sesama manusia adalah saluran hiburan bagi jiwa,
    Kasihkan manusia terhibur membantunya, terhibur menziarahinya, terhibur menolongnya,
    Seterusnya terhibur memaafkannya, terhibur memberi maaf kepadanya,
    Rupanya jiwa terhibur boleh menghiburkan jiwa manusia,
    Ketenangan jiwa itulah hiburan yang tersembunyi di dalam jiwa,
    Orang berhibur bukankah hendak menenangkan dan menyenangkan jiwa?
    Takutkan Tuhan menghilangkan takut selain-Nya,
    Tidak takut lagi dengan kesusahan-kesusahan dunia,
    Tidak takut dengan kesusahan dunia itu adalah hiburan yang tersembunyi pada manusia,
    Rasa susah dengan kesusahan dunia jiwa tidak tenang hilanglah hiburan,
    Takutkan Tuhan sahaja menghilangkan takut dengan kesusahan dunia,
    Bukankah itu hiburan?
    Sebagai menutup intipati hiburan manusia ada tiga bahagian,
    Hiburan akal, hiburan nafsu, hiburan jiwa,
    Ketahanan manusia adalah hiburan jiwanya,
    Ketahanan jiwa itulah jati diri manusia,
    Hiburan akal dan nafsu merapuhkan kekuatan jiwa,
    Jiwa yang rapuh tidak tahan berhadapan dengan ujian dunia,
    Carilah hiburan, untuk kepuasan dan kekuatan jiwa,
    Kepuasan dan kekuatan jiwa itulah ketahanan diri manusia,
    Orang yang selalu menghiburkan nafsunya ketahanan jiwa tidak ada,
    Tidak boleh teruji dengan kesusahan,dengan cabaran dan dengan kegagalan,
    Apatah lagi ujian-ujian itu besar dan berat ditanggung oleh jiwa,
    Jiwa pun gelisah, resah, derita, terseksa, kecewa dan putus asa,
    Kerana itulah penghibur-penghibur nafsu selalu sakit jiwa,
    Penghibur-penghibur nafsu banyak yang hidup kecewa,
    Penghibur-penghibur nafsu ramai yang putus asa,
    Mereka-mereka itu ada yang membunuh diri padahal mereka terkenal dan popular,
    Penghibur-penghibur nafsu ramai yang rumahtangganya porak-peranda,
    Mereka bercerai-berai perkara biasa sudah jadi budaya,
    Masih umur muda sudah jadi janda,
    Ini bukan hendak mengata ia adalah realiti kehidupan sebahagian mereka,
    Berhiburlah ia bukanlah salah,
    Tapi berhiburlah dengan jiwa,
    Berhibur dengan jiwa mendapat untung dua perkara hiburan dan pahala.

  3. KITA ADALAH HAMBA,TIDAK PUNYA APA-APA!!

    Siapa yang menciptakan bumi ini?
    Siapa yang menjadikan bumi ini sebahagiannya subur dan terdapat pula sebahagiannya yang kering kontang dan gersang?
    Siapa yang menjadikan proses percambahan dan pertumbuhan di bumi yang subur ini?

    Yang pasti tiada campur tangan manusia.

    Siapa pula yang menjadikan dari biji benih itu sebatang pokok,kemudian dari pokok itu mengeluarkan pula buah??

    Siapa yang menjadikan jutaan jenis buah dengan berbagai rupa,warna,saiz dan rasa??

    Bukankah kita sudah tahu jawapan kepada persoalan itu!

    Yang pasti ialah kita tak punya apa-apa peranan, tidak punya apa-apa kuasa terhadap menjadikan itu semua. Allah SWT adalah segala-galanya.

    Begitupun kita tak pernah sedar dan insaf bahawa kita hanya mengambil saja segala nikmat kurniaan Allah SWT.Tidak sedetik pun kita terlepas dari nikmat Allah SWT.Tidak sedetik pun kita terlepas dari kekuasaan Allah SWT.

    Dalam keadaan kita tidak punya apa-apa yang segala-galanya milik Allah SWT,terlalu aneh bilamana Allah SWT itu yang paling kita lupakan. Malahan lebih dahsyat lagi bila kita berkrisis,bermusuhan,berbunuhan dan berperang lantaran merebut untuk memiliki yang bukan milik kita.

  4. LUQMANUL HAKIM….KATANYA SERIBU HIKMAH

    Lukmanul Hakim dikenali sebagai manusia yang sering meninggalkan peringatan serta manfaat menerusi kata-katanya. Beliau merupakan seorang bapa yang sentiasa menasihati anaknya dengan kata-kata berhikmah. Dan kata-kata itu adalah wajar diambil iktibar oleh kita semua.

    Pernah suatu ketika, beliau mengajak anaknya keluar ke pasar. Beliau mengenderai seekor keldai manakala anaknya pula mengekorinya dengan berjalan kaki.

    “Teruknya orang tua ini, anaknya yang kecil dibiarkan berjalan kaki sedangkan dia bersenang-lenang menunggang keldai,” kedengaran suara dari sekumpulan manusia yang melihat mereka.

    ” Wahai anakku, dengarkah engkau apa yang mereka perkatakan itu?” tanya Lukmanul Hakim kepada anaknya.

    “Dengar ayah,” jawab anaknya sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

    “Sekarang engkau naiklah ke atas keldai ini, biar ayah menariknya,” katanya sambil mengangkat anaknya ke atas belakang keldai.

    “Nampakkah kalian betapa anak yang tak pandai mengenang budi ayahnya yang sudah tua. Disuruhnya ayahnya menarik keldai sedangkan dia yang masih muda menunggangnya, sungguh tidak patut,” kata sekumpulan manusia lain yang mereka temui di tengah, perjalanan.

    “Dengarkah engkau apa yang mereka perkatakan?” tanya Lukmanul Hakim kepada anaknya.

    Anaknya mengiyakan pertanyaannya itu.

    “Sekarang engkau turun dari keldai ini, dan kita sama-sama berjalan kaki,” kata Lukmanul Hakim. Anaknya segera turun dari keldai.

    Tak berapa lama kemudian mereka bertemu pula dengan sekumpulan manusia yang lain. “Alangkah bodohnya orang yang menarik keldai itu. Keldai untuk dikenderai dan dibebani dengan barang-barang, bukan untuk diseret seperti lembu dan kambing,” kata mereka.

    “Dengarkah engkau apa yang mereka kata?” tanya Lukmanul Hakim kepada anaknya lagi.

    “Dengar ayah.”

    “Kalau begitu marilah kita berdua naik ke atas belakang keldai ini,”

    Tidak berapa lama selepas itu mereka terdengar perbualan sekumpulan orang yang lain pula. “Sungguh tidak bertimbang rasa mereka ini, keldai yang kecil ditunggangi berdua!” kata mereka.

    Lukmanul Hakim lalu bertanya kepada anaknya, “Adakah engkau dengar apa yang mereka perkatakan?”

    “Ya ayah, saya dengar.”

    “Kalau begitu marilah kita dukung keldai ini,” kata Lukmanul Hakim

    Dengan bersusah payah mengikat keempat-empat kaki, akhirnya mereka berjaya mendukung keldai itu. Dan dalam keadaan itu jugalah mereka mula berjalan, dengan bebanan menanggung seekor keldai. Apabila orang ramai melihat gelagat mereka berdua, mereka ketawa terbahak-bahak. “Ha! ha! ha! Hei! Lihatlah orang gila mendukung keldai!”

    “Dengarkah engkau apa yang mereka katakan?” dia bertanya kepada anaknya lagi.

    “Dengar ayah,” jawab anaknya.

    Mereka meletakkan keldai itu ke tanah. Beliau pun menyatakan hikmah di sebalik peristiwa tadi, “Anakku, begitulah lumrah manusia. Walau apapun yang engkau lakukan, engkau tidak akan terlepas dan kata-kata mereka. Tak kira benar atau salah, mereka tetap akan mengata.”

    “Ingatlah anakku bila engkau bertemu kebenaran janganlah engkau berubah hati hanya kerana mendengar kata-kata orang lain. Yakinlah dengan din sendiri dan gantung harapanmu kepada Allah.”

    Lukmanul Hakim pernah berwasiat kepada anaknya sebelum beliau meninggalkan dunia yang fana ini. “Wahai anakku, janganlah engkau makan kecuali makanan yang sedap sahaja. Berkahwinlah selalu dan binalah rumahmu di seluruh pelosok bumi ini.”

    Anaknya seolah-olah tidak percaya dengan wasiat ayahnya itu. Tetapi mungkin juga ada sesuatu di sebalik kata-kata itu, fikirnya. Setelah ayahnya selesai dikebumikan dia berjumpa dengan seorang teman rapat ayahnya, lalu meminta penjelasan berkenaan kata-kata wasiat ayahnya itu dengan penuh sangsi.

    “Ayahmu memang benar,” kata teman ayahnya.

    Dia semakin bingung dengan jawapan itu lalu bertanya, “Apakah maksud pak cik?”

    “Wasiat ayahmu yang pertama bermaksud janganlah engkau makan kecuali apabila telah benar-benar lapar, kerana apabila engkau sudah terlalu lapar engkau akan merasa makanan yang engkau makan itu begitu lazat dan engkau akan bersyukur dengannya.”

    “Berkenaan wasiat ayahmu yang kedua pula, hendaklah kamu selalu berkelana, kerana apabila engkau bertemu semula dengan isterimu setelah lama terpisah, engkau akan berasa seperti baru berkahwin. Dan wasiat ketiganya, yang menyuruh engkau membina sebanyak-banyaknya rumah ialah, carilah sahabat seramai mungkin. Apabila engkau telah bersahabat dengan seseorang maka rumahnya akan menjadi seperti rumahmu sendiri dan rumahmu juga sudah seperti rumahnya.”

    Setelah mendengar penjelasan itu barulah dia faham maksud sebenar dan kata-kata ayahnya, yang pada mulanya dianggap aneh itu. Memang luar biasa insan yang bergelar Lukmanul Hakim ini, katanya satu hikmahnya beribu.

  5. MEMAHAMI NAFSU MANUSIA

    Nafsu kalau tidak dididik ke arah kejahatan pun, dia tetap akan buat kejahatan. Allah telah nyatakan di dalam Al Quran:

    Maksudnya: “Sesungguhnya nafsu itu sangat menyuruh kepada kejahatan.” (Yusuf: 53)

    Betapalah kalau dididik ke arah kejahatan dan melalui sistem yang jahat. Malang bagi suatu bangsa yang nafsunya memang jahat, dididik, diasuh dan dibaja pula ke arah kejahatan. Akan lahirlah orang pandai yang jahat, orang bodoh yang jahat, pemimpin yang jahat dan pendidik yang jahat. Ini lebih bahaya dan persoalan tidak kenal IQ tadi. Sebab itu nafsu perlu dikenali tahap-tahapnya dan tingkatannya. Nafsu wataknya memang jahat, kalau dibiarkan is tetap jahat, betapalah kalau dididik ke arah kejahatan oleh sistem pendidikan yang jahat dan yang mengajar pun adalah orang jahat. Betapa jahatnya kejahatan yang akan berlaku. Jadi nafsu ini perlu dididik.

    Sebab itu Tuhan ingatkan kita tentang ini di dalam firman-Nya: Maksudnya:

    “Mereka yang berjuang ke jalan Kami, nescaya Kami akan tunjukkan jalan jalanKami. Sesungguhnya Tuhan berserta dengan orang-orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69)

    Sesiapa yang bermujahadah terhadap nafsu, ditingkatkannya daripada jahat kepada baik, maka Tuhan akan memberi petunjuk kepada jalan yang baik. Itu janji Tuhan. Sebab itu nafsu kena dididik. Nafsu adalah musuh utama manusia. Kedua baru syaitan. Nafsu musuh dalaman. Syaitan hanya musuh luaran. Tetapi pelik, manusia tidak pandang seperti itu.

    Berbeza pandangan manusia dengan pandangan Tuhan. Lihat sejarah ketika Rasulullah SAW balik dan peperangan Badar, Rasulullah bersabda:

    Maksudnya: “Kita baru balik dari peperangan yang kecil kepada peperangan yang maha besar.”

    Para Sahabat bertanya: ` Apakah peperangan yang maha besar itu ya Rasulullah?”

    Jawab baginda: “Perang melawan nafsu.” (Riwayat Al Baihaqi)

    Sebab itu orang yang besarkan Tuhan akan memandang nafsu itu besar dan wajib diperangi. Nafsu itulah yang sangat menyusahkan. Sebab itu dalam ajaran Islam kita mesti bermujahadah dalam melawan nafsu. Di dalam ajaran Islam, nafsu ada tujuh peringkat:

    1. Nafsu Ammarah
    Nafsu yang paling jahat dan paling zalim. Jika berbuat kejahatan, dia berbangga dengan kejahatannya. Kalau terpaksa susah kerana kejahatannya, dia sanggup. Jika ada orang mengingatkannya tentang kejahatannya, dia akan menjawab, “Saya anak jantan.” Bayangkanlah, kalau orang macam ini jadi pemimpin dan berkuasa.

    2. Nafsu Lawwamah
    Nafsu yang mencerca dirinya sendiri. Sentiasa kesal dengan diri sendiri. Tidak hendak berbuat jahat tetapi tidak mampu melawan nafsu. Bila melakukan kejahatan, sedih tapi buat lagi. Ada kalanya buat jahat sehingga dikenakan hukuman dalam penjara. Janji tidak buat lagi tapi buat juga. Rasa sedih lagi dan buat jahat bukan kerana seronok tapi lemah melawan nafsu. Walaupun sudah niat tidak mahu buat lagi dan sudah serik, namun terbuat juga lagi. Contohnya, ketika lalu di kebun orang, ternampak limau, rambutan dan sebagainya, walaupun sudah berazam tidak akan mencuri, tetapi ambil dan mencuri lagi. Orang nafsu di peringkat ini sudah mula sedar tetapi tidak larat hendak melawan hawa nafsunya.

    3. Nafsu Mulhamah
    Erti pada lafaz ialah nafsu yang telah diberi ilham, sudah mula dipimpin, diberi hidayah. Tuhan ambil perhatian sebab dia sudah mula mendidik nafsunya. Apabila seseorang itu bersungguh-sungguh melawan nafsunya, atas belas kasihan Allah maka Tuhan akan pimpin. Oleh kerana baru dididik, ibarat orang berjalan hendak menyeberang dan melintas jalan yang di tengah-tengah ada benteng, dia sudah berada di atas benteng. Ertinya dia sudah di atas sempadan (border).

    Kalau tidak ada ribut atau ujian, jika mati insyaAllah selamat. Sebab sudah di atas border tapi belum sampai ke seberang. Namun masih dalam bahaya kerana apabila datang ribut, dia mungkin berbalik semula. Atau bila ujian datang, walaupun tidak jatuh tetapi sudah mula goyang. Orang di atas border ini tidak dikatakan tenang, masih dalam keadaan bahaya. Baru diberi ilham. Bila sudah sampai ke seberang barulah, masuk kawasan selamat dan barulah dikatakan tenang.

    4. Nafsu Mutmainnah
    Istilah mutmainnah bermaksud tenang, tidak digugat oleh kesenangan dan kesusahan, tidak digugat oleh sihat atau sakit, orang hina atau orang puji. Semuanya sama sahaja. Pujian orang tidak menyebabkan hati terasa sedap dan tidak berbunga. Orang keji, tidak terasa sakit. Tidak ada perasaan hendak marah atau berdendam. Sebab hatinya sudah tenang, perkara positif atau negatif tidak menggugatnya. Orang ini sudah menjadi wali kecil, sudah naik di atas border orang soleh. Nafsu peringkat ini sudah sampai ke kawasan selamat, tidak tergugat lagi.

    Maka Tuhan mengalu-alukan ketibaannya, dengan ayat:

    Maksudnya: “Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (suci). Kernbalilah kamu kepada Tuhanmu, dengan (hati) redha dan diredhai (Tuhan). Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah kamu ke dalam Syurga-Ku.” (Al Fajr: 27-30)

    Dari ayat ini, seolah-olah Tuhan tidak sabar hendak menyambut tetamu-Nya: “Mari-mari, cepat-cepat Aku tidak sabar, Aku hendak jumpa engkau ini.”

    Kemudian, dalam ayat tadi, Tuhan berfirman:

    Maksudnya: “Kembalilah dalam keadaan redha kepada Aku, dan Aku redha dengan engkau.” (Al Fajr: 28)

    Tuhan mengalu-alukan dan kalau mati pada waktu itu, dia selamat. Oleh kerana dia sudah selamat, sebab itulah Tuhan menyeru. Manakala bagi orang yang nafsunya belum selamat, dia akan mati dalam keadaan jikalau Tuhan hendak azab pun boleh, hendak diampunkan pun boleh.

    Semuanya atas sebab keadilan Tuhan. Kalau kita hendak mengharapkan kekuatan diri sendiri, bimbang tidak selamat. Sebab itu kita mesti mencari kekuatan lain. Di antaranya perbanyakkan selawat, berbuat baik, bertawasul dengan guru-guru dan lain-lain, mudah-mudahan itu menyelamatkan. Allah berfirman:

    Maksudnya: “Bergaullah dengan hamba-hamba-Ku (iaitu para rasul, para nabi dan wali-wali), dan masuklah ke Syurga. Ku.” (Al Fajr: 29-30)

    Ertinya, cari-carilah sebab untuk mendapatkan rahmat dan Allah SWT. Bila mencapai peringkat nafsu mutmainnah, baru¬lah selamat. Nafsu-nafsu di bawah daripada peringkat itu tidak selamat.

    5. Nafsu Radhiah

    Orang yang berada di peringkat nafsu radhiah ini, dia me redhai apa sahaja yang Allah takdirkan kepadanya. Ia terhibur dengan ujian. Ia merasakan ujian adalah hadiah dari Tuhan. Bila orang menghinanya, dia berterima kasih kepada Tuhan dan dia rasa bahagia. Sebab itu mereka yang berada di maqam ini, bila kena pukul, mereka rasa puas. Bila ditampar, seolah-olah minta ditampar lagi. Nafsunya sudah jadi malaikat.

    6. Nafsu Mardhiah

    Orang yang berada di peringkat nafsu ini ialah apa saja yang mereka lakukan mendapat keredhaan Tuhan. Mereka inilah yang disebut dalam Hadis Qudsi:

    “Mereka melihat dengan pandangan Tuhan, mendengar dengan pendengaran Tuhan, berkata-kata dengan kata-kata Tuhan.”

    Kata-kata mereka masin, sebab itu mereka cukup menjaga tutur kata. Kalaulah mereka mengatakan celaka, maka celakalah. Kerana kata-kata mereka, kata-kata yang diredhai Tuhan. Mereka memandang besar apa saja yang Tuhan lakukan.

    7. Nafsu Kamilah

    Nafsu peringkat ke-5, ke-6 dan ke-7 adalah darjat atau peningkatan kepada nafsu mutmainnah tadi. Bagi nafsu kamilah, manusia biasa tidak boleh sampai ke macam ini. Kamilah hanya darjat untuk para rasul dan para nabi. Manusia biasa hanya setakat peringkat keenam sahaja iaitu mardhiah. Ini sudah taraf wali besar.

    Itulah 7 peringkat nafsu manusia. Jadi orang yang hendak mendidik manusia mesti faham peringkat-peringkat nafsu ini. Kemudian perlu faham macam mana pula hendak mendidik setiap peringkat-peringkat nafsu tersebut supaya manusia menjadi manusia.

    Hari ini nafsu sudah tidak diperangi dan tidak dianggap musuh yang wajib diperangi. Sebab itu, tanyalah ulama mana sekalipun, tidak ada seorang pun yang memasukkan pendidikan nafsu dalam sukatan pelajaran. Ayat Al Quran dan Hadis yang dibaca dan dipelajari di sekolah pun tidak ada ayat-ayat yang berkaitan dengan nafsu dan kejahatannya.

    Usaha memerangi nafsu tidak diaplikasikan dalam tindakan. Bila sebut musuh, yang mula-mula nampak ialah Yahudi dan Amerika sahaja. Sedangkan Yahudi dan Amerika itu budak mainan nafsu. Orang jahat itu hanyalah budak mainan nafsu.

    Bertambah pelik lagi, manusia hendak membaiki buah yang pahit, dia potong buahnya. Sedangkan buah datang dari pokok.

    Buah pahit itu ibarat perangai jahat. Pokok itu nafsu. Jalan paling mujarab hendak menyelesaikan buah yang pahit ialah dengan memotong atau menebang pokoknya.

    Ulama pun sudah tidak faham bagaimana hendak menebang pokok nafsu. Ulama yang hafaz Al Quran dan Hadis pun tidak mampu memahaminya. Contoh lain, polis yang menjaga keamanan apabila hendak menyelesaikan masalah perompak dan pencuri, cara yang lazim dilakukan ialah menangkap dan mengurungkan mereka dalam penjara. Tetapi sebenarnya, yang paling berkesan untuk jangkamasa panjang ialah dengan menukar sistem pendidikan.

    Itulah cara terbaik memerangi dan membendung kejahatan merompak dan mencuri.

    Nafsu itu dididik. Bila ini berlaku, nafsu menjadi jinak. Nafsu yang jahat menjadi baik. Nafsu kalau dididik akan jadi pemurah, akan membesarkan Tuhan, tawaduk, tawakal, redha, berkasih sayang dan boleh berlapang dada. Maka lahirlah buah-buah yang manis walaupun di atas pokok yang pahit.

    Allah berfirman:

    Maksudnya: “Adapun orang yang takut pada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dan keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya Syurgalah tempat tinggalnya.” (An Naziat: 40-41)

  6. BUATLAH BERSAMA TUHAN

    Buatlah apa sahaja, biarlah bersama Tuhan,
    Berniagalah dan carilah kehidupan sertakan Tuhan,
    Laksanakanlah apa sahaja, jangan tinggalkan Tuhan
    Tuhan hendaklah dibawa ke mana-mana
    Tuhan sertakan di dalam perjuangan
    Di dalam menuntut ilmu jangan lupa Tuhan
    Tuhan adalah segala
    Ia modal hidup mati kita
    Ia aset yang kekal abadi
    Yang memberi keuntungan dan kebahagiaan kepada kita

    Tuhan kenalah ada di dalam sebarang hal dan keadaan
    Jangan cuba tinggalkan, kita akan kecundang
    Tuhan adalah harta yang bukan harta
    Yang sangat diperlukan
    Selain Tuhan, adalah harta
    Yang tidak memberi jaminan
    Tuhan adalah sangat diperlukan
    Di dalam sebarang keadaan

    Jangan tinggalkan Tuhan
    Jika Tuhan sudah ditinggalkan
    Sebarang kehidupan kita sudah tidak ada erti
    apa di dalam kehidupan
    Begitulah besarnya Tuhan
    Di dalam kehidupan insan

  7. alhamdulillah,,,ssh nk jmpe wanita yg tbah mcm pn salmah bkn name sbnr ni ye,,ap2 pn smua kjdian d mke bmi ni ad hkmhnye,,

    ImamKhalid: Pandai pun! 😛

  8. Terima kasih atas cerita tuan. Boleh saya buat panduan selagi hayat dikandung badan. Kerana sayalah yang paling wajib bersyukur dapat suami yang telah banyak membimbing saya.Dia sangat tegas dalam soal agama sampaikan kadang-kadang macam tak tertahan menanggung apa yang dia suruh buat. Anak-anak pun terkena tempias ketegasannya. Kami sekeluarga baru saja kehilangan permata hati kami yang bongsu dalam usia 9 bulan. Tak tertanggung rasa sedih tapi suami sangat tenang. Hanya dua kali saja saya melihat dia menangis sepanjang saya berkahwin dengannya. Sekali ketika anak kami dikapankan dan sekali ketika anak kami dimasukkan ke liang lahat. Seleoas itu saya tidak lagi lihat dia menangis. Dia banyak menyuruh saya reda ketentuan Allah tapi saya masih juga menangis. Ketika saya menulis pun saya menangis lagi. Saya tak dapat mematuhi arahan suami saya yang satu ini. Kenapalah saya macam ni?!!!!!

  9. salam…
    subhanallah..betapa nikmat Allah itu tak terhitung..Allah tak beri apa yang kita nak, tapi Allah beri apa yang kita perlu kerana Dia tahu yang terbaik untuk hambaNYA…

  10. bkn sng nak jd mcm Pn Salmah ni. tunang sy da cukup sempurna da.baik paras rupa n baik gak budi pekerti tp xtau la knp…syg tu mmg syg tp rs puas dan bosan la..tp ble die dpn mate suke la plak.

  11. nasihat saya ialah sebelum kawen 2 kenalah kenal-mengenal antara satu ssama lain,xayhlah ikut orang tua.bkn ape,,,kdg2 orang tua ni ni dia tengok luaran jer.bagi dia,klaw pakaian 2 mcm ustz kira ditanggung baik la 2.bkn nk ktuk ape kn,tapi ke22 aspek perlu diambil kira,xslah bg kita mengenal dahulu hati budi n pragai masing2.so….bercinta dahulu sebelum kawen,hu3,,,xla…bekawan dulu sebelum kawen.tata..titi…tutu

  12. Tak tahulah nak komen apa..
    Tapi perempuan bukan barang sepak terajang lelaki.
    Kenapa relakan diri jadi mainan lelaki?
    Sabar? Ada hadnya..
    Macam kes Cik Salmah ni..
    Banyak lagi lelaki baik kat luar, taat pada suami pun ada limitnya dik oii..
    Islam suruh kita menyusahkan diri ke ?
    Kenapa mesti berserah je?
    Inilah perangai orang Melayu..
    Sikit2 berserah,tak usaha lagi tapi berserah dah awal2..
    Islam cm ni ke ?

  13. SUNGGUH SUSAH UNTUK MENCARI PREREMPUAN SEBEGITU LAGI DI AKHIR ZAMAN INI, KALAU ADA PUN…1 DALAM 1 JUTA………INI ADALAH KENYATAAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.