Mentaliti pelabur ASJ

Mentaliti pelabur ASJHari ni aku bukan nak promote tentang pelaburan ASJ mahupun pulangan balik pelaburan ASJ yang menguntungkan, tapi aku nak buat satu sesi luahan perasaan terhadap mentaliti pelabur-pelabur ASJ ini.

Seperti biasa, sesudah kita membuat pelaburan di kaunter, kita akan tinggalkan kaunter.

Masalahnya, ada beberapa pelabur yang selalu tertinggal barang di kaunter.

Ada yang tertinggal beg duit, ada yang tertinggal lighter, dan sebagainya.

Jap, korang tahu tak apa itu ASJ? Kalau tak tahu, teruskan pembacaan.

Kadang-kadang bila kita melabur, ada ‘belen’. Ada orang suka budaya “Keep the change“. Ada juga yang suka ambil belen. Yang aku tak tahan, ada juga yang tertinggal belen kat kaunter. Menyusahkan orang lain betul!

Satu lagi, ada juga yang suka duduk kat kaunter tu sorang-sorang. Yang menunggu punyalah ramai duduk beratur kat belakang. Dia buat selamba bodoh jer. Geram gak aku kadang-kadang. Sebabnya, aku pun termasuk dalam salah sorang yang beratur tu.

Dah lah aku ni dengan banyak kerjanya, nak sambung kerja pejabat lagi, bos tunggu lagi, macam-macam lagi lah.

Pastu bila tiba turn aku, tengok-tengok penuh habuk rokok kat kaunter. Apa punya perangai lah pelabur-pelabur sekarang ni.

Tahulah kaya, banyak duit. Janganlah sombong dan angkuh sangat. Mentang-mentang banyak duit, boleh pulak buat macam tu. Tu kalau yang banyak duit.

Yang takde duit, boleh pulak duduk kat kaunter tu berjam-jam semata-mata nak hisap rokok. Bukannya ada awek cun pun kat kaunter tu. Kalau nak hisap rokok, pergilah kat tempat merokok, bukan kat kaunter pelaburan ASJ!

Jap jap, korang tahu tak lagi apa itu ASJ? Kalau masih tak tahu, teruskan lagi pembacaan.

Yang jadi masalahnya, yang tinggal duit belen kat kaunter nih. Kalau tanya, semua tak ngaku. Dah tu next person pulak yang kena bertanggungjawab. Nak ambik ker, nak sedekah ker, masing-masing boleh fikir sendiri.

Yang tak tahannya, the next person itu adalah aku. Susah betul aku nak tolong. Maklumlah bila dah terjumpa benda tu, memang kena kontrol nafsu punya. Kalau ambik, berdosa. Kalau tak ambik, rugi.

Ambik pun tak untung, tak ambik pun tak untung. Aku ni bukannya ada masa nak tolong benda-benda yang takde untung ni. Kalau dapat untung takpe gak.

Tapi biasanya aku tolong sedekahkan. Harap-harap dapatlah pahala. Boleh jugak buat pelaburan jangka masa panjang. Betul tak?

Jap jap jap, korang tahu tak ni, apa itu ASJ? Kalau tak tahu jugak, meh sini aku bagi tau.

ASJ tu Amanah Saham Jamban! Wakaka. Yang aku nak marah sangat ni, dalam zaman moden yang serba canggih ini, ada lagi makhluk Tuhan yang bernama manusia ini yang tak reti nak gunakan tandas dengan betul.

Padahal tiap-tiap hari manusia normal guna benda tu.

Perkara pertama yang aku rasa berat sangat adalah masalah melepaskan bom bukan di tempatnya. Kalau yer pun besar sangat, pandai-pandailah bajet kasi masuk semua dalam lubang. Janganlah separuh masuk, separuh lagi terkeluar.

Kalau terkeluar jugak, cepat-cepat cuci balik, barulah orang lain tak tahu. Kalau tak nampak apa-apa masa melepas, selepas melepas tu, pakai seluar siap-siap, pandang sekejap ke belakang. Perhatikan ada tak benda-benda pelik kelihatan di sekitar mangkuk tandas itu?

Janganlah kita ni dikatakan tua sesajer jer, basuh berak pun tak pandai. Memalukan sungguh!

Yang kedua, bab guna paip yang ada tuil pada muncung hos. Yang tu pun masih ramai yang tak reti guna. Tua sesajer jer. Kalau pun first time tengok benda alah tu, rasi-rasikanlah diri dengan benda tu.

Buatlah sedikit “Trial and error”. Sambil-sambil melepas, cuba kuis sana kuis sini. Bukan orang tahu pun. Jangan sampai tercabut kepala hos tu dah lah.

Muncung tu kalau nak air paip tu continuous, angkat tuil tu ke atas. Tak yah nak cabut-cabut kepada muncung pulak. Dah tu kalau jenis pandai pasang balik takpe, ini tinggal jer macam tu. Menyusahkan orang lain.

Hari ni nak dijadikan cerita, sebab tak reti-reti nak pasang balik, muncung tu dah kena curi. Tak ke lebih menyusahkan? Cacat tandas kat level opis aku!

Yang ketiga bab rokok. Kalau dah tak reti-reti nak dengar nasihat orang supaya berhenti merokok, reti-retikanlah diri untuk jaga etika ketika merokok dan selepas merokok. Jangan sampai menyusahkan orang lain.

Ada juga manusia-manusia sengal yang merokok dalam tandas, habuknya dibuang di atas lantai. Kalau kita ni bijak, cucilah sekejap dengan aliran air, bukan susah pun. Ini tidak, ditinggalkan sahaja begitu. Bila orang lain masuk, kalau jenis tak reti bahasa jugak, dipijak-pijaknya habuk itu, dijangkitkan pula ke tempat lain.

Akhirnya, makcik cleaner jugak yang jadi mangsa harian. Kesian diorang. Sepatutnya kerja diorang adalah menolong kita supaya mendapat persekitaran yang selesa untuk bekerja, bukan orang gaji kita, sampai habuk rokok ngan najis kita pun nak dicucinya.

Bini korang pun tak sanggup buat kerja-kerja macam tu? Kalau kena korang buat macam tu kat rumah, gerenti kena bebelan pedas edisi Hot & Spicy sebanyak empat karung kat tepi telinga korang!

Dah lah, malas dah aku nak membebel panjang-panjang. Nak gi sambung kerja pulak.

Harap-harap dapatlah sedikit sebanyak pengajaran daripada pembebelan di atas. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

12 thoughts on “Mentaliti pelabur ASJ”

  1. Ya allah…. ingatkan betul2 la cite pasal amanah saham johor.. rupanya cite pasal jamban daaaa

    lepas berak… keep the change…hahahahaha

    ImamKhalid: Sakit hati, kan? Tau takpe… 🙂

  2. semangat je baca.. ingatkan kaunter betul2. alih2 jamban. haih.. tertipu daku~ hahaha

    ImamKhalid: Kuang3x! Ok la tu! 😛

  3. HINA DIRI ITU AMALAN HATI
    Merasakan dirihina itu satu sifat yang mulia. Ia satu dari sifat kehambaan. Ia timbul dari merasakan bahawa Tuhan itu Maha Mulia. Merasakan Tuhan itu Maha Mulia ialah satu dari rasa-rasa bertuhan. Sebaik sahaja kita dapat merasakan Allah itu Maha Mulia, maka dengan secara spontan kita akan merasakan bahawa diri kita itu terlalu hina di sisi-Nya.

    Lawannya ialah rasa diri mulia. Ini satu sifat yang tercela. Rasa diri mulia bukan satu sifat kehambaan tetapi ia lahir dari sifat ketuanan yang bersarang di hati kita. Kita rasa kita tuan. Kita rasa kita lebih dari orang lain. Rasa diri tuan itu syirik khafi (syirik tersembunyi) hukumnya. Kita sudah hampir hendak menyamakan kedudukan dan taraf kita dengan Tuhan. Kita hendak pakai apa yang menjadi pakaian Tuhan. Ia tumbuh dari sifat kibir, ego, angkuh dan sombong.

    Sifat kibir, ego, angkuh atau sombong ini, semua orang ada. Hanya ada yang kuat mengawalnya dan ada yang lemah mengawalnya. Kibir atau ego ini ibarat harimau yang sedang tidur. Bagi orang yang kuat mengawalnya, kalau dicabar, harimau itu akan terjaga tetapi ia tidak menerkam dan tidak membaham mangsanya. Tetapi bagi orang yang lemah mengawalnya, kalau dicabar, akan marah dan akan bertindak terhadap orang yang mencabarnya.

    Lebih hina kita rasakan diri kita di sisi Tuhan, maka lebih tajam dan lebih mendalamlah sifat kehambaan kita dan lebih tinggilah darjat kita di sisi Tuhan. Sebaliknya, lebih mulia kita rasakan diri kita, maka rosaklah sifat kehambaan kita dan hinalah kita di sisi Tuhan .

    Hina diri itu ialah amalan hati. Tidak payah disebut-sebut dan tidak payah ditunjuk-tunjuk. Kalau disebut-sebut, takut-takut ianya bukan datang dari hati. Ini sum’ah namanya. Kalau ditunjuk-tunjuk dan ia bukan datang dari hati, maka ini riyak pula namanya.

    Di dalam kita menghina diri, tidak payah kita tunjuk kotor seperti menyapu kotoran atau najis ke tubuh badan kita contohnya. Ini sudah jatuh haram. Ramai orang tunjuk kotor seperti peminta sedekah dan kaki dadah tetapi hati-hati mereka penuh dengan ego dan keangkuhan. Mudah sahaja mereka ini menipu manusia dan berbuat maksiat kepada Tuhan.

  4. NAJIS MAKNAWI : NAJIS AKAL, HATI DAN NAFSU
    Fitrah semula jadi manusia memang tidak suka kepada kekotoran. tambahan pada itu secara semula jadi, manusia juga merasa loya dan jijik terhadap bendabenda yang kotor seperti, nanah, tahi, muntah dan yang seumpamanya. justeru itu, sangat mudah bagi manusia menghindar diri dari kekotoran dan najis yang seperti ini.

    Namun begitu najis lahir ini tidaklah besar sangat masalahnya. Ia hanya perlu dicuci mengikut cara yang telah ditetapkan oleh syariat tertakluk kepada peringkat najis yang terlibat, sama ada ia najis ringan, najis pertengahan ataupun najis berat. Kalau najis itu terkena tubuh badan, tidaklah berdosa hukumnya. Hanya ia boleh membatalkan ibadah. Itu pun hanya ibadah seperti sembahyang sahaja. Ibadah yang lain seperti puasa dan sebagainya tidak terjejas.

    Di samping najis lahir ini ada najis yang bersifat maknawi atau rohani. Najis maknawi atau rohani ini tidak melekat kepada tubuh badan tetapi kepada anggota batin atau roh manusia. Najis ini ramai manusia tidak sedar dan tidak pula merasa jijik dan loya. Disebabkan mereka tidak tahu dan tidak sedar mereka terpalit dengan najis seperti ini, maka mereka pun tidak membuat sebarang usaha untuk membuang atau membersihkannya dari roh mereka. Mereka membawa najis ini ke mana-mana mereka pergi.

    Yang paling malang, mengekalkan najis maknawi ini adalah berdosa hukumnya. Ia boleh merosakkan hubungan kita dengan Tuhan dan hubungan kita sesama manusia. Najis maknawi ini boleh menyebabkan pecah-belah, krisis, perbalahan dan hilangnya ukhuwah dan kasih sayang sesama manusia. Najis ini boleh merosakkan ibadah kita. Ia boleh merosakkan dan menjejaskan akhlak kita. Malahan mudharatnya sangat hebat. Ia boleh melenyapkan kebahagiaan kita di dunia mahupun di Akhirat.

    Najis-najis maknawi ini melekat kepada roh kita mengikut wajah-wajahnya. Roh kita itu sebenarnya mempunyai tiga wajah. Di kala mana roh kita berperanan untuk berfikir, mengkaji, menimbang-nimbang dan mencari dan menerima ilmu, ia dinamakan akal. Di kala mana roh kita berperanan untuk merasakan sesuatu sama ada merasa sedih, gembira, takut, cinta dan sebagainya, ia dinamakan hati. Manakala roh kita mendorong kita membuat sesuatu, sama ada yang baik mahupun yang jahat, maka ketika itu ia dinamakan nafsu. Ketigatiga wajah atau bentuk roh kita ini ada najis-najisnya yang tersendiri.

    Najis akal termasuklah syirik dan kekufuran. Mendua dan mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain atau tidak yakin akan wujudnya Tuhan. Juga ideologi dan isme-isme ciptaan manusia seperti sekularisme, komunisme, sosialisme, kapitalisme dan sebagainya. Kalau semua isme-isme ini dipercayai dan diyakini, maka ia menjadi najis kepada akal kita.

    Najis hati ialah segala sifat-sifat yang keji dan tercela atau sifat-sifat mazmumah seperti sombong, angkuh, besar diri, megah, dendam, hasad, tamak, bakhil dan lain-lain. Najis nafsu pula ialah dorongan atau kehendak-kehendak yang jahat dan negatif yang timbul dalam diri seperti menginginkan kepada makan dan minum yang haram. Hiburan yang haram, rezeki yang haram dan apa-apa sahaja yang ditegah oleh syariat.

    Thaharah atau bersuci dalam Islam melibatkan kedua-dua anggota lahir dan batin. Bagi anggota lahir, kita perlu menyucikan kekotoran dan najis dari tubuh badan dan pakaian kita mengikut cara yang ditetapkan oleh syariat termasuk bersuci dari hadas kecil dan hadas besar. Ini mudah. Tetapi bersuci dari najis-najis maknawi sangat susah, sama ada ianya najis akal, najis hati mahupun najis nafsu. Ia perlu kepada mujahadah.

    Namun begitu, kalau kita boleh bawa diri dan hati kita kepada Tuhan dengan berzikir kepada-Nya dan kemudian kita bertafakkur dan berfikir tentang peranan, hikmah dan kebesaran Tuhan dalam hidup kita seharian, maka insya-Allah sedikit demi sedikit, kita akan dapat merasakan kehebatan Tuhan, kasih sayang Tuhan, pemurah Tuhan, pengampun Tuhan dan sebagainya di hati kita. Ini akan membuatkan mata hati kita jadi cerdik dan jiwa kita hidup. Lama kelamaan, kita akan dapat rasa bertuhan dan rasa kehambaan.

    Rasa bertuhan itu termasuklah merasakan Allah itu Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan sebagainya. Rasa kehambaan pula termasuklah rasa cemas, gerun, bimbang dan takut kepada Allah, rasa berdosa, rasa hina, rasa lemah, dhoif dan sebagainya di sisi Allah. Rasa bertuhan akan menyuburkan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang terpuji dalam diri kita dan rasa kehambaan pula akan membakar dan memusnahkan sifat-sifat mazmumah atau yang keji. Rasa bertuhan dan rasa kehambaan boleh menyucikan roh kita dari najis-najis maknawi.

    Inilah di antara lain, rasa-rasa yang hendak kita hidupkan di dalam solat atau sembahyang kita. Akan tetapi rasa-rasa ini hanya akan timbul apabila kita “khusyuk”, “tawadhuk” dan “khuduk” di dalam solat kita.

  5. SELESAIKAN MASALAH DENGAN TAQWA
    Pada masa kekhalifahan Sayidina Abu Bakar As-Siddiq r.a,Sayidina Umar Al Khattab r.a pula memegang jawatan sebagai Kadhi (hakim).Suatu hari Sayidina Umar mengemukan satu usul kepada Khalifah Abu Bakar r.a.Berkata Sayidina Umar, “Aku memohon dibebaskan daripada jawatan ini.”

    Khalifah Abu Bakar r.a. sungguh terkejut mendengar usul Sayidina Umar tersebut dan bertanya,” Terlalu beratkah tugas tersebut,ya Umar.”

    Sayidina Umar menjawab,” Tidak,ya Khalifah Rasulullah.Tetapi aku tahu kewajipan masing-masing sehingga tiada yang menuntut lebih daripada haknya. Mereka tahu kewajipan sehingga tiada seorang pun yang merasa perlu menguranginya. Mereka menyintai saudaranya yang lain seperti menyintai dirinya.Kalau salah seorang tidak hadir, mereka mencarinya. Kalau ada yang sakit mereka menziarahinya. Kalau ada yang tidak mampu, mereka membantunya. Kalau ada yang memerlukan pertolongan, mereka segera menolongnya. Kalau ada yang kena musibah mereka menyampaikan rasa dukacita. Agama mereka adalah nasihat. Akhlak mereka adalah amar makruf dan nahi mungkar. Kerana itulah tidak ada alasan bagi mereka untuk bermusuhan.”

    Syariat Islam sahaja yang hendak didaulatkan tanpa terlebih dahulu manusia mengenal Allah SWT, takut dan cinta, membesar dan mengagungkan Allah SWT maka syariat Tuhan itu sangat tidak dihormati. Selama ini pun realitinya, di mana saja terdapat manusia yang mengabaikan syariat Tuhan puncanya ialah kerana manusia tidak takut kepada Allah SWT.Berapa ramai yang melakukan pelanggaran syariat, tidak lain puncanya ialah kerana hatinya tidak merasa kehambaan dan tipisnya rasa bertuhan.

    Tanpa bertunjangkan iman dan tauhid yang mendalam, walaupun berjaya menegakkan hukuman sahaja, namun orang ramai tidak bertuhan juga. Dan bila-bila masa saja sangat terdedah kepada pelanggaran hukum dan syariat. Tidak berbeza dengan pemerintahan kerajaan ideologi. Malah dalam kerajaan ideologi yang jauh lebih banyak undang-undang dan hukuman serta lengkap dengan mekanisma perlaksanaan undang-undang dan hukuman, itupun ramai yang berjaya melepaskan diri dari berbagai hukuman. Ada seribu satu macam cara orang boleh melepasi hukuman terutamanya pihak yang berkuasa atau punya harta kekayaan.

    Golongan yang jarang terlepas ialah rakyat jelata atau sering diistilahkan sebagai ikan bilis. Undang-undang Islam jika berjalan atau dilaksanakan bukan atas dasar iman, mereka yang sabit kesalahan dan menerima hukuman ertinya mereka dua kali kena hukum. Di dunia sudah terhukum dan di Akhirat sekali lagi dihukum dengan bakaran api Neraka.

    Mengapa pula mereka tidak terlepas dari hukuman Akhirat? Sebabnya ialah tanpa iman, hukuman dunia tidak menginsafkan mereka dan tidak membawa kepada bertaubat. Ini amat berbeza sama sekali andainya manusia ini beriman. Di dunia mereka tidak melakukan pelanggaran undang-undang kerana mereka hidup berpegang kuat kepada syariat Tuhan. Kalaupun terlanggar juga yang bukan dari kehendak hatinya maka orang beriman akan segera bertaubat. Andainya terhukum di dunia, di Akhirat pula mungkin mendapat keampunan dan kasih sayang Allah SWT.

    Kita tentu membaca sejarah bagaimana adanya orang yang menyerah diri kepada Rasulullah SAW, mengaku berzina dan meminta dihukum. Apa yang mendorong orang itu dengan penuh rela mengaku dan sekaligus minta dihukum? Pendorongnya ialah iman, tauhid, takut kepada Allah SWT.

    Satu perkara lagi ialah bukankah lebih baik manusia itu tidak melakukan pelanggaran syariat yang mana benteng paling utuh ialah iman. Berbanding dengan membiarkan masyarakat melanggar syariat yang kemudiannya dihukum. Dengan kata-kata lain orang yang benar-benar beriman itu tidak berzina, mencuri atau minum arak dan lain-lain kemungkaran.Inilah pencegahan paling berkesan dan sempurna. Iaitu mencegah daripada melakukan maksiat dengan kekuatan iman berbanding dengan hukuman yang berjalan setelah orang melakukan kejahatan. Kesimpulannya, hukuman dalam Islam hanyalah jalan keluar terakhir setelah dilakukan berbagai cara, kaedah, agenda dan program pencegahan terutamanya keimanan dan ketaqwaan.

  6. perghhh..darah menyirap beb bila dpt tau apa tu ‘ASJ’ yg dimaksudkan

    ImamKhalid: Relaks beb… hahaha, selamat datang! 😛

  7. Bagus betul .. memang rakyat Malaysia ni nak kena belajar Sivik lagi.. kita dulu tak ada subjek sivik pun pandai gunakan tandas. Cara kita gunakan tandas tu sebenarnya juga melambangkan keperibadian kita tau..

    ImamKhalid: Betul tu, aku setuju! Terima kasih, dan selamat datang! 🙂

  8. terpadaya gak kawe..tgk tajuk cam amanh shm johor jer…tapi bila bab ada brg2 tertinggal tu…hmmm dah agak jamban laa tu….hmmmm so gross…bila laa orang malaysia ni nak beljor cintakan kebersihan yek…suka tgk benda cantik…. tapi diri sndiri x nak jaga ‘brg’ sndiri cantik camne???

  9. wex kat awal2 dh tau dah skim pelaburan mne satu nie…
    pngalaman wex jmpe duet besar (bkan belen) org laen nye.. sakit mte… smpai trauma…. tringat2 plak tue… aiiiiyoyo…

    Entri terkini wexeeda: vomitting…

Leave a Reply to fahmi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.