Koleksi petua kecantikan turun temurun

Petua-petua di bawah ini adalah petua turun temurun yang diceritakan oleh rakan-rakan. Aku kumpul dan compile jadi satu, senang nak rujuk kemudian hari. Mungkin ada yang dah pernah mengamalkannya. Apa salahnya kita berkongsi.

Sebelum aku teruskan, ada satu pesanan. Kalau tak yakin, jangan ikut. Petua-petua ini tidak mendapat pengiktirafan dari badan-badan kecantikan dunia. Hanya mendapat ‘pengiktirafan’ dari nenek moyang sahaja. Amalkan di bawah risiko anda sendiri.

Kurangkan peluh di wajah
Basuh wajah hingga bersih kemudian lap hingga kering. Seterusnya ambil ketulan ais dan lumurkan ke wajah anda hingga beberapa minit. Tunggu sehingga kering dan kenakan solekan pada wajah seperti biasa. Peluh di wajah akan berkurangan dan wajah anda kelihatan bersih berseri-seri.

Buah pinang atasi kegemukan
Masalah gemuk dan badan berlemak memang merunsingkan. Ada cara untuk mengatasinya. Buah pinang muda  yang lembut dibelah dua lalu dicuci sebersih-bersihnya. Masak air dalam belanga. Rebus pinang muda hingga mendidih. Biarkan air rebusan pinang muda sejuk sebelum meminum airnya. Kesannya anda rasa lebih mudah membuang air besar dan semua lemak di dalam perut akan keluar melaluinya.

Melembabkan wajah
Sepotong tembikai yang masak dan sejuk diperah untuk mendapatkan jusnya. Tapis dan simpan jus tembikai di dalam bekas. Pupuk perlahan-lahan hampas tembikai ke seluruh wajah dan leher. Biarkan sehingga kering lalu percikkan sedikit air sejuk. Petua ini dipercayai dapa melambatkan proses penuaan dan menjadikan kulit awet muda.

Nenas putihkan kulit
Ambil bahagian dalam nenas yang keras (palu) lalu digosokkan pada kulit badan. Bilas tubuh sebersih-bersihnya. Amalkan setiap pagi dan petang. Insya-Allah, kulit akan menjadi putih dan berseri.

Rambut selembut sutera
Untuk memperolehi rambut selembut sutera serta mudah disisir, amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang membasuh rambut pada keesokan hari, lurutkan rambut dengan minyak bijan sebelum tidur. Keesokan harinya syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga kering lalu dirapikan dengan menggunakan minyak bayi atau minyak zaitun. Jika anda berambut lurus, anda boleh menyikat terus rambut anda sebaliknya bagi anda yang berambut kerinting biarkan seketika barulah disikat agar rambut tidak terputus dan bercabang.

Hilangkan bulu ketiak
Tumbuk lumat 15 biji jintan putih bersama lima butir kapur barus. Campurkan sedikit minyak tanah lalu disapukan pada bahagian ketiak. Lakukan beberapa kali. Insya-Allah, bulu ketiak akan hilang selepas mengulanginya beberapa kali.

Kulit cantik dan putih
Inginkan kulit cantik dan putih? Anda boleh lakukan sendiri di rumah tanpa perlu ke salun kecantikan. Caranya sangat mudah iaitu dengan hanya mengisarkan 1 cawan kelopak bunga mawar, 1 cawan kelopak bunga melur, 1/2 cawan oatmeal, 1 cawan susu putih, dan 1/2 cawan badam sehingga halus. Campurkan bahan yang telah dikisar ke dalam air mandian dan mandi seperti biasa. Seterusnya bersihkan tubuh anda dengan menggunakan air suam.

Selamat mencuba! 🙂

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 3 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

68 thoughts on “Koleksi petua kecantikan turun temurun”

  1. KEAJAIBAN HATI
    Hati atau roh merupakan penciptaan yang ajaib di dalam diri kita. Di antara keajaiban hati ialah:

    1. Hati atau roh boleh mentadbir kerajaan diri. Dengan bantuan nafsu dan akal, manusia boleh melahirkan tamadun.

    2. Hati ibarat wadah tempat rebutan antara malaikat dan syaitan, hidayah dan kekufuran. Hati kalau tidak dididik, ia akan dipimpin oleh syaitan maka syaitan yang akan memberi ilham serta ilmu. Tetapi bila hati dididik, Tuhan yang akan memimpin dengan memberi ilmu dan hidayah melalui malaikat sehingga perasaan yang baik-baik sahaja diletakkan di dalam hati.

    3. Hati atau roh ibarat cermin. Hati yang tidak dididik dan diasuh akan menjadi gelap dan hitam. Sekiranya dididik, hati akan bercahaya dan bersinar seperti cermin yang sentiasa digilap. Cermin juga mudah menangkap apa sahaja objek yang ada di hadapannya. Ertinya, hati yang benar-benar bersih boleh menangkap apa-apa yang ada di Lauhul Mahfuz, ia akan diberi rasa-rasa yang tepat, hinggakan ada kalanya mendapat kasyaf, bisikan-bisikan yang benar, mendapat mimpi yang baik dan juga firasat, sebagaimana sabda baginda SAW: Maksudnya: “Takutilah kamu akan firasat orang mukmin, kerana mereka melihat dengan cahaya Allah.” (Riwayat At Tarmizi)

    4. Hati yang bersih juga boleh mendapat ilmu terus dan Tuhan, kalau dia rasul atau nabi maka ilmu tersebut dinamakan wahyu. Bagi para wali atau orang-orang bertaqwa pula dinamakan ilham atau ilmu laduni. Ilmu ini bukan hasil belajar Cara biasa tetapi ia terus dijatuhkan ke dalam hati. Ilmu yang diperolehi dengan hasil usaha biasa seperti membaca dan mengkaji, ia akan jatuh pada akal. .

    Inilah di antara keajaiban hati yang Tuhan jadikan dengan ciptaan yang sangat unik. Hanya orang-orang yang Allah pimpin ;dan pilih sahaja yang dapat membaca perjalanan hati yang cukup halus dan seni.

  2. HATI YANG CELIK DAN HATI YANG BUTA
    Hati seseorang yang celik, perasaannya tajam kerana tajamnya dia sangat halus perasaannya .Halus perasaannya itu kerana rasa bertuhannya sangat tajam. Rasa bertuhannya dia bawa ke mana-mana kerana Tuhannya itu ada di mana-mana tapi bukan di sini, bukan di sana.
    Hati yang celik, hati yang sentiasa jaga ,Tuhan sentiasa di dalam ingatannya kalaupun ada lalainya sedikit sahaja.Apabila rasa bertuhannya tajam di dalam hatinya ,dia sentiasa malu membuat dosa.Sangat sensitif dengan kebaikan.

    Kebesaran Tuhan dapat dirasa setiap masa .Kehebatan-Nya menjadikan kecut dan takut hatinya. Kuasa Tuhan menggerunkannya.Dia sedar kuasa Tuhan tidak ada batasnya kerana Tuhan boleh membuat apa sahaja kepadanya bila-bila masa.

    Hati yang celik terasa dilihat oleh Tuhan di mana sahaja.Pada Tuhan tidak ada apa yang melindungi-Nya Sentiasa terasa didengar, sentiasa diketahui oleh-Nya di setiap detik dan masa.Hati yang jaga sentiasa khudhuk dan khusyuk kepada Tuhannya.Menjadikan tawadhuk, hingga kebesaran dan kesombongan diri hilang lenyap dibuatnya.

    Hari yang hidup apabila membuat dosa derita jiwanya.Dia pun menyesal dan bertaubat kepada Tuhannya dengan segera.Hati yang celik sangat tersentuh apabila Tuhan disebut nama-Nya.Gerun hatinya, kecut perutnya.

    Apabila melihat orang susah rasa simpatinya. Sedih pun tiba, bantuan pun diberi kepadanya .Sangat berkasih sayang sesama manusia. Apatah lagi yang muslimnya Hari yang hidup Akhirat sentiasa di dalam ingatannya. Dia susah hati bagaimana nasibnya di sana. Apakah dia ke Syurga atau ke Neraka ??? Menjadikan hatinya hilang rasa cintakan dunia kerana itulah dia pun mengorbankan harta dan kesenangannya untuk Tuhannya. Begitulah sifat hati yang hidup atau yang jaga .Apakah hati kita jaga atau buta? Jawapannya ada pada kita

    1. ade orang sampai sanggup sanggup jumpa bomoh untuk terbalikkan perasaan dalam hati… supaya dari sayang terus bencikan kita..camna tu?

  3. aku tak percaya aku baca petua tu sampai abis. wei, x macho la xde bulu ketiak. ahaha.

    Affuan’s last blog post..Dead Tim Russert

    ImamKhalid: Tahniah sebab berjaya menghabiskan bacaan, walaupun tanpa bulu ketiak… 😉

  4. rambut selembut sutera..

    hmm.. pakai minyak bijan ek? pakai minyak tanah ke.. minyak masak ke tak boleh ke? kui kui kui

    ixora’s last blog post..Nama-nama bayi.

    ImamKhalid: Mana boleh, kan harga minyak dah naik melambung… Rugi lah kalau pakai petrol ker, minyak tanah gasoline versi kapatebang punye ker.. 😛

    Minyak masak pun takleh, sebab nanti terguna buat goreng ikan…

  5. mana dapat tips ni brader? 😉

    ImamKhalid: Dari turun temurun dan juga kawan2. Nape, ada yang dah biasa buat ker? 😯

  6. hahaha.. tak la. sbb tak penah tau la tanya.. hahahahahah ish tak leh tahan minum air pinang.. ewwwwww… kelat. hehehe

    ImamKhalid: Oo ingatkan ada nak tambah… Penah try ker rasa air pinang? Siap tau lagi kelat…

  7. hilangkn bulu ketiak guna kapur barus je pn dh berkesan, tu org tua dulu2 dh buat, cubalah…ceh, promote lak.

    ImamKhalid: Mmm satu petua menarik. Bolehlah saper2 nak try. Aku taknaklah, tak macho takde bulu ketiak… 😉

  8. Hilangkan bulu roma di muka? Ambik kunyit, tumbuk bagi hancur, lumur kat muka setiap malam.. Elok untuk mak nyah2 yang nak buang janggut atau jambang.. Hahahaha 🙂

    ImamKhalid: Eww tak kuning ker muka kalau buat macam tu?

    Ada pendapat lain yang baru aku dengar, mengatakan tentang petua kunyit:

    Untuk mencantikkan kulit, tumbuk ibu kunyit sebesar satu inci hingga keluar airnya. Ambil airnya dan minum sekali sahaja dalam tempoh sebulan hingga 3 bulan. Insya-Allah kulit akan jadi berseri. 🙂

    1. salam,kunyit tu guna yg serbuk ke,yg mana??sbb korang cakap kena tumbuka kan??sbb kalau kunyit biasa,mmg dia da lumat da..aku rimas la ada misai n jambang kat muka ni…..pliss jawab….n cara guna dia..

    2. salam,kunyit tu guna yg serbuk ke,yg mana??sbb korang cakap kena tumbuk kan??sbb kalau kunyit biasa,mmg dia da lumat da..aku rimas la ada misai n jambang kat muka ni…..pliss jawab….n cara guna dia..

  9. satu lagi petua

    lepas abis amik air sembahyang…
    satu gayung yang terakhir samasa basuh kaki(kalau ada baki air dalam gayung 2 bila lepas bsuh kaki,)amik air 2 pastu niat “nurullAh wal Nurulmuhamad” (cahaya Allah dan Cahaya muhammad”jerus atau sapu kat muka..senang je kan? ;)tak payah beli kunyit lah ape lah.. haha

    tips ni aku dapat kat ustaz kat tempat aku belaja…
    masa dia buat rawatan resdung kat sana
    sekian harap kita dapat amalkan dan beroleh mafaat darinya..
    insyaallah..;)

    ImamKhalid: Eh, boleh cuba ni. Aku pun ada resdung.

    P/s: Kalau pakai hos, macam mana ek? Aku kat rumah ni tak pakai gayung ambik wudhuk…

  10. aah ek…cmne klu pakai hos..umah aku pun dh xde gayung2 ni…

    lg 1 nenek aku ckp, untuk mnyerikan wajah sblum tdo bsuh muka
    and then baca la selawat 3x sblum sapu ke muka…amalkn
    selalu..InsyaAllah..xyah pakai fair & lovely dh…kikiki

    tp nenek aku ckp, pakai la ape product pun..ape petua pun..yg
    penting hati kene bersihkan dlu..hati yg bersih akan terpancar ke wajah…emmm kalau rase2 hati tak bersih…beli clorox kt kedai minum 2x sehari di jamin putih bersih…hihihi…

    ImamKhalid: Ooo patutlah aku tengok ko berseri2 jer semenjak kena blanje aku makan donut nih… lepas blanje mesti hati ko jadi lagi bersih, azie… hahaha 😛

  11. imam, kalau pakai hos takde gayung,..senang je camne ko datang umah aku amik wuduk hahaha… pandai2 la..erm nanti la aku tnya ustaz tue.. 🙂

    ImamKhalid: Ko tanya lah, aku pun nak tau gak nih..

  12. sya ada petua jgk,petuanyer cmni….klawla nk kulit putih n lmbut sutera,cumer prlu goreng beras smpai kuning keemasan,pastu masa mndi lumurkn pda tubuh…mmg lmbutla tbuh..mcm lps kuar spa taw.cubelah…bg petua ni kt isteri imam.

    1. Terima kasih, insya-Allah saya akan bagi nanti. 😉

      P/s: Erm, beras apa yang boleh guna ek? Kena pakai beras siam wangi special ker atau pun beras cap bukit pun jadi?

  13. kalau ada lingkaran gelap bawah mata pki ape lak???
    saye da byk cube produk tp tak same gak….
    sape ade petua tolong share erk….

  14. Bismillah..
    Senang je.. ko amik uncang teh yang (baru) dah guna.. pastu baca
    basmallah, then bubuh kat area bawah mata yang hitam tu… gerenti tak hitam punya..
    biarlah le lelama skit ye.. takut tak take effect, nanti ape lak..

    Insya-Allah, leh punya..

    Entri terkini blog Muhammad.. Ciri Mukmin Sejati

    1. Guna bunga kantan pun boleh. Rebus, tumbuk biar lumat, sapukan pada muka setiap pagi. Insya-Allah muka jadi pink color! 😈

      P/s: Jangan buat – gurauan semata!

    1. Minyak bijan ialah minyak yang terhasil dari buah bijan. Buah bijan tu yang kita nampak atas roti burger atau kuih bijan.

      Nak senang, dapatkan di kedai runcit, minyak bijan yang siap diproses.

      Wallahu a’lam.

    1. Ada, gunakan Transfer Factor. Saya sendiri dah lama berjerawat, dah banyak tempat pergi, siap jumpa pakar kulit, tapi tak menjadi.

      Last2 lepas makan TF terus tak tumbuh2 sampai sekarang. Sangat berbaloi walaupun mahal sket.

      Lepas hilang tak perlu makan dah ubat tu. Kalau nak bagi tau saya, saya ada lagi satu botol stok. Harga ahli RM169, kapsul 90 biji, makan 2 – 10 biji sehari (1 biji pagi/petang hingga 5 biji pagi/petang) bergantung kepada tahap keseriusan.

        1. Boleh didapati dari kedai2 TF, tapi kena mendaftar sebagai ahli. Kalau encik mahu, boleh cuba satu botol dulu untuk lihat keberkesanannya. Saya boleh tolong belikan. Wallahu a’lam.

  15. Salam….
    Saya ada satu pertanyaan berkenaan perhiasan bagi seorang lelaki Islam. Bolehkah jika seorang lelaki Islam memkai pakaian seperti baju melayu yg terdapat berhiasan cthnya di baju melayu itu ada jahitan manik ka…labuci ka…atau sewaktu dgnnya. Bukan apa sekarang ni saya tengah siapkan jahit manik kat baju melayu anak saya, kalau saya nak jahit dekat baju ‘bapak’nya pulak boleh tak/… Kalau x boleh apa hukumnya… terima kasih..

  16. [email protected] says:

    ade petua yg paling berkesan x tok kmpiskan perut???

  17. ada anak remaja lelaki yg susah hati sangat ngan masalah jerawatnya,nk wat camna eeeh…dah cuba yg moden,tak dak kesan

    1. Cuba Transfer Factor Advance dari 4Life, ramai yang menjadi, cuma agak mahal sket ubatnya, dalam RM169 sebotol, 60 biji pil, tahan sebulan. Kena makan bawah 6 bulan, ada yang 3 bulan dah jadi, ada yang 6 bulan baru jadi, depends.

  18. saya ada masalah misai dan jambang yg lebat selalu nak kena cukur. ada x petua camne nak hilangkan terus benda ni? x nak kasi tumbuh dah sampai bila2

  19. assalamualaikum….saya ada parut kt muka akibat jatuh msa kecik2 dlu….so,nk tnye ape petua untuk hilangkan parut selain drpd wt surgery??tolong la bantu saya…trime kasih bnyak2…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *