Apakah hukum menyertai “Lucky Draw”?

Lucky Draw” atau dalam bahasa Melayunya “cabutan bertuah” adalah sesuatu yang tidak asing bukan sahaja bagi rakyat Malaysia, malah seluruh dunia.

Setiap hari di mana-mana saluran media massa seperti TV, radio, Internet, akhbar, dan sebagainya, kita sering dihidangkan dengan pelbagai jenis pertandingan yang menggunakan cabutan bertuah sebagai mekanisma.

Pertandingan seperti ini biasanya amat mudah untuk disertai, iaitu hanya dengan menghubungi nombor telefon tertera, di samping menjanjikan hadiah berupa wang tunai yang kadangkala mencecah sehingga jutaan ringgit.

Persoalan yang timbul sekarang, apakah hukumnya menyertai peraduan seumpama itu?

Dari Dr. As-Sheikh Yusof Abdullah Al-Qardhawi dan Prof. Dr. Ali As-Salus serta Sheikh Muhammad Salleh Al-Munjid menyatakan bahawa Islam tidak melarang manusia untuk mencari wang di dalam rangkaian sebab-sebab dan punca-puncanya, selagi ia menurut segala sunnah Allah di alam maya dan di dalam masyarakat.

Perkataan “di dalam rangkaian sebab-sebab dan punca-puncanya” bermaksud di antara satu sama lain. Sebagai contoh, antara aku dan kamu, antara syarikat A dan syarikat B, antara Melayu dan Cina, antara Malaysia dan Amerika, dan sebagainya. Islam tidak pernah melarang manusia mencari duit antara satu sama lain.

Perkataan “menurut segala sunnah Allah” itu pula bermaksud prinsip asas di mana manusia mendapatkan duit dengan usaha yang dilakukannya, sama ada titik peluh, hasil pemikiran, kesungguhan badan dan usaha yang berterusan siang dan malam, sehingga mencapai cita-citanya.

Perjudian dan penipuan pula adalah dua cara mendapatkan duit yang diharamkan di dalam Islam. Persoalannya, bagaimana kita hendak mengetahui sama ada sesuatu pertandingan itu suatu perjudian atau sebaliknya? Adakah cabutan bertuah ini merupakan satu penipuan atau tidak?

Begini caranya. Jika sekiranya terdapat sesuatu bayaran terhadap pertandingan tersebut, di mana kesemua atau sebahagian daripada nilai bayaran tadi dimasukkan ke dalam nilai hadiah yang ditawarkan, maka jelas bahawa pertandingan itu adalah suatu perjudian.

Jika sekiranya bayaran dikenakan, akan tetapi kesemua bayaran tersebut adalah untuk kegunaan urusan pertandingan, tidak termasuk ke dalam nilai hadiah, maka jelas bahawa pertandingan itu bukan suatu perjudian.

Jika tiada bayaran dikenakan, tetapi wang tunai menjadi hadiahnya, jelas ia bukan suatu perjudian. Akan tetapi, adakah masih wujud pertandingan seperti itu di zaman “no-money-no-talk” ini?

Itulah yang menghairankan aku sekarang ini. Kenapa Encik Mer De Noms dari MoolahKing.com menganjurkan pertandingan seperti ini? Beliau telah menawarkan hadiah berupa wang tunai kepada pemenang!

Bagaimana pemenang dipilih? Katanya, dipilih melalui cabutan bertuah dari Random.org.

Syaratnya pula bagaimana? Senang sahaja. Pertandingan ini terbuka kepada semua blogger, di mana seseorang blogger itu mestilah:

  1. Menulis satu post tentang pertandingan tersebut;
  2. Meletakkan link moolahking.com dalam post tersebut;
  3. Meninggalkan komen di blog tersebut;
  4. Membuat sedikit ayat-ayat manis dan power supaya insya-Allah menang (tidak diwajibkan).

Persoalan aku: Apakah yang terniat di dalam hatinya sehingga berhasrat menjadikan pertandingan ini suatu kenyataan? Adakah hanya semata-mata ingin menaikkan PR-nya? Atau ingin mempopularkan blognya? Atau ingin menaikkan ranking blognya di Alexa.com? Atau saja-saja mencari pengalaman dalam menganjurkan pertandingan dalam blog?

Walau apa pun sebabnya, aku rekomen korang semua supaya mari sama-sama kita mempokaikan pemilik blog itu. Kita lihat siapa yang kena, siapa yang tak kena, siapa yang tipu, siapa yang kena tipu, dan siapa yang menang?

Kalau malas nak sertai, tolonglah doa-doakan aku agar menang dalam pertandingan mencuba nasib ini. Pertandingan ini tidak melibatkan sebarang duit untuk menyertainya, tetapi menjanjikan wang tunai sebagai hadiahnya. Oleh itu, hukumnya harus, tidak termasuk dalam perjudian.

Wallahu a’lam.

Kemaskini: Mungkin bukan rezeki aku hari ini. Mer De Noms baru sahaja menamatkan pertandingannya tepat pukul 10 malam semalam. Pemenang sudah pun diumumkan. Tahniah Mindfreakx, Life 4 Hire, dan Cik [email protected]! Itulah padahnya bila kita lambat bertindak.

Sadisnya aku… 🙁

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

17 thoughts on “Apakah hukum menyertai “Lucky Draw”?”

  1. err,saspen je baca memula td.. hehe

    saya bukanlah tergolong dlm org2 yg suka sertai apa2 aktiviti kat internet ni cuma bila utk contest ni, saya rasa mcm tlg promote kan blog beliau la lebih kurang.. tu yg saya join.

    takpe Imam,kali ni rezeki saya.manatau lain kali rezeki Imam plak.hehe

    [email protected]’s last blog post..For the sake of blogging

    ImamKhalid: Ixora, jangan salah sangka. Aku cuma menerangkan bahawa contest ini tidak ada unsur judi. Bukan macam contest lain yang ada sesetengahnya berunsur judi serta penipuan.

    1. assalamualaikum ustaz,

      sy ada pertanyaan.sy telah mlakukn kslpn tbesar dlm hdup sy yg tak mungkin dpat sy undur kmbali..

      sy ad bknalan ng seorg llki..hmpir sthun n kmi hmpir bkhwin..dia mdakwa driny mngalami shir mkhluq halus y mnyerang d orgn2 dlmn n kmaluanny..bisa i2 perlu dkluarkn lalu mminta sy u mbantuny..akbt kjhiln dr sndri, sy tlah mberikn byk gmbr sy tnpa seurt bnang kpdny..stlah dia smbuh, dia tlah bsumpah ats nm Allah y dia tlah memadam sume gmbr tsbut..hal ini tlah dkthui ahli kuargany nmun mrk x bkta ap2 mngnainy…nmun, apbla kmi tlah ptus 2nang ats khndak sy sndri,kuargany mngamuk n mngugut utk mmcahkan rhsia ini kpd ibubapa sy..smp skang mrk msh mggu sy..n bru sy tau y dia xpnah mmadam gmbr2 tsbut..mrk tau y sy xkn hdp bhgia jk rhsia ini pcah..sy tkut jk hal ini pcah n kmgknan bsar ibubpa sy akn mbuang sy n smstiny mrk mdpt malu bsr..sy ign bkwen xlm lg n sy bmbg jk phak llki mbatalkn pkwenn ini..prlukh sy btrus trg kpd ahli kuarga sy n phak llki? krn stau sy,stlh btaubt,kt xptut buka aib sndr..sy bnr2 btaubt n ign mmulakn hdp bru n mlupakn sgla ksh silam..dia mngatakn y sy xjjur pd ibubp sy n bkal suami sy..ap y ptut sy lkukn ustaz?

  2. buat kecut perut je. ingatkan salah nak join. kalau tak terpaksa pulak reverse hari semalam. hahaha…

    ImamKhalid: Hehe, tapi kenapa kena reverse pulak? Tak paham… 😉

  3. Tak sangka ambil ilmu daripada yusof qardhawi dan salleh munjid? Dah kenal ke siapa mereka tu? Berhati-hati..dengan siapa kita mengambil ilmu.

  4. Ustaz,

    Mungkin soalan saya bukan berkenaan lucky draw, tetapi ada kena mengena dgn duit (halal atau haram)..

    Apakah hukum nya sekiranya :-

    Seorang ini (Ahmad), berkerja di sebuah syarikat dan bertanggung-jawap menguruskan hal hal printing untuk syarikatnya.

    Walaupun syarat syarikat mesti mempunyai 3 quotations, job printing ini akan diberikan kepada supplier yang dipilih oleh Ahmad sendiri kerana :-

    a) sudah lama menggunakan khidmat supplier yang satu ini
    b) senang nak communicate
    c) boleh order last minute
    d) ada 30 days credit terms atau bayar lambat
    d) kualiti barangan yg dicetak pun ok.

    Persoalannya, supplier ini juga memberi komisen .

    Jadi apakah status komisen ini?? Haram ke?? (sebab mungkin timbul perasan sengaja nak bagi kat supplier ini sbb bole dapat komisen walaupun 2 quotation yang lain lebih murah…)

    salam.

    1. Terdapat beberapa isu berkaitan hal ini, termasuklah rasuah, penyalahgunaan kuasa, dan penipuan.

      Ke mana komisen itu disalurkan – poket Ahmad atau akaun syarikat?

      Jika masuk poket Ahmad (yang hanya pekerja, bukan pemilik), ia menjadi rasuah, kerana transaksi adalah melibatkan wang syarikat, bukan wang Ahmad. Maka haram hukumnya.

      Jika kepada syarikat, ia boleh jadi suatu saguhati kepada syarikat sebagai tanda penghargaan memilih mereka sebagai pembekal. Tidak menjadi suatu dosa.

      Yang penting, Ahmad menjalankan tanggungjawab itu dengan amanah, tidak menipu, tidak menerima rasuah, dan tidak berat sebelah.

      Tidak semestinya memilih yang termurah. Faktor kualiti dan kemudahan juga penting untuk dititikberatkan.

      Harap menjawab soalan, wallahu a’lam.

      1. ustaz,

        bagaimana kalau Ahmad tak mintak pun komisen? Tapi supplier tu, bagi jugak komisen…

        sebab kadang kadang ahmad terpaksa pilih supplier yg sama sebab situasi memerlukan barangan cetak tu dgn segera dia mana supplier lain tak boleh nak buat dgn macam macam alasan.

        Kira penyelewengan dan rasuah jugak ke?

          1. assalamualaikum ustaz,

            sy ada pertanyaan.sy telah mlakukn kslpn tbesar dlm hdup sy yg tak mungkin dpat sy undur kmbali..

            sy ad bknalan ng seorg llki..hmpir sthun n kmi hmpir bkhwin..dia mdakwa driny mngalami shir mkhluq halus y mnyerang d orgn2 dlmn n kmaluanny..bisa i2 perlu dkluarkn lalu mminta sy u mbantuny..akbt kjhiln dr sndri, sy tlah mberikn byk gmbr sy tnpa seurt bnang kpdny..stlah dia smbuh, dia tlah bsumpah ats nm Allah y dia tlah memadam sume gmbr tsbut..hal ini tlah dkthui ahli kuargany nmun mrk x bkta ap2 mngnainy…nmun, apbla kmi tlah ptus 2nang ats khndak sy sndri,kuargany mngamuk n mngugut utk mmcahkan rhsia ini kpd ibubapa sy..smp skang mrk msh mggu sy..n bru sy tau y dia xpnah mmadam gmbr2 tsbut..mrk tau y sy xkn hdp bhgia jk rhsia ini pcah..sy tkut jk hal ini pcah n kmgknan bsar ibubpa sy akn mbuang sy n smstiny mrk mdpt malu bsr..sy ign bkwen xlm lg n sy bmbg jk phak llki mbatalkn pkwenn ini..prlukh sy btrus trg kpd ahli kuarga sy n phak llki? krn stau sy,stlh btaubt,kt xptut buka aib sndr..sy bnr2 btaubt n ign mmulakn hdp bru n mlupakn sgla ksh silam..dia mngatakn y sy xjjur pd ibubp sy n bkal suami sy..ap y ptut sy lkukn ustaz?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.