Tips murah rezeki dan dijauhkan kesulitan

Pernahkah anda terasa suatu hari yang malang? Pernahkah anda mengalami kesulitan yang tidak berkesudahan?

Adakah anda rasa gaji anda tidak pernah mencukupi? Adakah anda rasa perniagaan anda tidak membuat keuntungan? Adakah anda letih berusaha tetapi tidak pernah berhasil?

Sekiranya anda pernah mengalami salah satu situasi di atas, kisah berikut mungkin sesuai untuk dijadikan tips supaya dimurahkan rezeki dan dijauhkan kesulitan oleh Allah s.w.t.

Abu Yazid Al Busthami, seorang ahli sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,

“Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah saya tinggal ibadah saya kepada Allah. Sewaktu orang lain sedang tidur, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”

Tuan Guru menjawab sederhana,

“Perbaiki penampilanmu serta ubah air muka dan raut wajahmu. Tahukah kamu, Rasulullah s.a.w adalah seorang yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah s.a.w, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.”

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh.

Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasiannya juga selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya sentiasa mengukir senyum mesra. Air mukanya berseri.

Tidak hairanlah jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, tanda-tanda di awal sesuatu pekerjaan yang berhasil adalah air muka yang ramah dan penuh senyuman.

Bahkan Rasulullah s.a.w menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula dengan perhubungan suami isteri. Alangkah celakanya rumahtangga jika suami isteri selalu berwajah tegang.

Tidak ada masalah yang dapat diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Sebaliknya dengan hati yang tenang, fikiran yang segar dan wajah yang ceria, insya-Allah segala masalah dapat diatasi.

Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang di dalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

12 thoughts on “Tips murah rezeki dan dijauhkan kesulitan”

  1. info menarik! datang kesedaran kepada diri aku.

    insyaallah segala yang timbul dari hati dan perasaan yang baik akan menggambarkan kesenangan dalam hidup kita.

    dalam agama kita sendiri menggambarkan psikologi manusia itu sendiri. cuma kebelakangan kurangnya pendedahan perkara sebegini kepada umat kita. dimana silapnya!?

    megat’s last blog post..Rawatan Alternatif, Perubatan Secara Tradisional

    1. silapnya, perkara ini tidak diwar-warkan seperti mana perkara lain yang kita lihat di kaca TV saban hari. tu pendapat aku laaa.. 🙂

  2. alhamdulillah, diketahui tetapi tidak diamalkan…marilah kita sentiasa amalkan tips ini…insya-Allah berjaya. Amin!

  3. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
    program dijalankan di Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur.

    Program Diploma Eksekutif telah direka bentuk dengan kerjasama Pusat Pembangunan Eksekutif Universiti Utara Malaysia khusus bagi pekerja yang berminat untuk mempertingkatkan pengetahuan dan meningkatkan peluang kerjaya dan kenaikan pangkat;dengan melatih para peserta supaya layak untuk memegang jawatan yang lebih tinggi dalam sesebuah organisasi.

    PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF /

    Diploma Eksekutif dalam Pengurusan Perniagaan (Executive Diploma in Business Management)
    Diploma Eksekutif Dalam Perhubungan Awam (Executive Diploma in Public Relation)

    Syarat Kemasukkan

    SPM dengan 2 tahun pengalaman bekerja / SRP 7 tahun pengalaman
    Kelayakan akademik lain yang diiktiraf oleh UUM

    Jangkamasa

    9 bulan sahaja (2 hari sahaja Sabtu dan Ahad setiap bulan)
    KAEDAH PEMBAYARAN ( Yuran RM 7;000 + RM150.00 Pendaftaran atas nama Bendahari Universiti Utara Malaysia)
    Pengeluaran KWSP – DIGALAKKAN
    Ansuran Bulanan
    Pinjaman Bank – DIGALAKKAN
    Bayaran Tunai
    Tuntutan HDRF

    ****PENGANUGERAHAN Diploma dianugerah oleh Universiti Utara Malaysia***

    Dokumen-dokumen yang perlu disertakan semasa pendaftaran :
    1 salinan Sijil SPM atau SRP
    1 salinan Kad Pengenalan.
    4 keping gambar berukuran passport.
    Surat Pengesahan daripada majikan (kecuali yang bekerja sendiri)
    Penyata KWSP yang terkini (bagi kaedah pembayaran melalui pengeluaran KWSP sahaja).

    Untuk sebarang pertanyaan dan Borang Kemasukkan hubungi

    En Mohd Tajudin 019-2119119

  4. saya merupakan seorang yang berwajah menarik tp sombong. xtau la sbb rmai org berkata begitu.tp bukan niat utk menyombong.dh mmg wajah sy begitu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.