Anggapan salah terhadap puasa bagi musafir

Ramai yang menganggap apabila bermusafir diharuskan berbuka. Ini kerana kita diajar di sekolah bahawasanya musafir boleh berbuka, tetapi tidak diajar kaedah dan perincian tentang puasa bagi musafir.

Pertama, sebelum masuk bab puasa, nak tanya tentang marhalah dulu. 2 marhalah bersamaan dengan berapa kilometer? Terdapat banyak kitab agama yang mempunyai banyak pendapat. Antaranya 81km, 84km, 86km, 90km, 91km, dan sebagainya. Jadi mana satu yang harus diikut?

Yang diajar di dalam buku teks Pendidikan Agama di sekolah, ditulis 94.5km. Rupanya tidak tepat. Bagaimana menentukan yang sebetulnya?

Memandangkan terdapat terlalu banyak pendapat, kita harus mengikuti jumhur ulamak. Mereka bersependapat bahawa 2 marhalah adalah bersamaan dengan 88.656km.

Tentang bagaimana dikira, bagaimana disukat dan sebagainya, tidaklah diketahui, dan tidak perlu banyak soal. Kerana jumhur ulamak sudah tentulah telah mengkaji sesuatu sebelum menetapkan sesuatu hukum dan perkiraan.

Kedua, bagaimana keadaan musafir yang diharuskan berbuka. Mestilah memulakan perjalanannya sesudah fajar, bukan selepas matahari tergelincir, dan juga mestilah masih lagi dalam perjalanan.

Jika musafir itu sampai ke destinasi bermukim sebelum waktu berbuka, maka dia wajib imsak* semula, dan haram baginya untuk makan dan minum sebelum terbenam matahari (waktu berbuka).

Tapi yang orang kita amalkan, lebih-lebih lagi waktu balik kampung sebelum raya. Mentang-mentanglah musafir, dah sampai ke destinasi pun mulalah nak menunjuk-nunjuk makan depan saudara mara di kampung, dengan menganggap dibolehkan kerana musafir.

Ketiga, jika kita musafir ke Australia contohnya. Di negara kita sudah masuk hari raya, tetapi di negara tersebut belum lagi. Oleh itu wajib imsak setibanya kita di sana.

Sebaliknya jika negara kita masih puasa tetapi di negara tersebut telah pun masuk hari raya, maka haram untuk berpuasa pada hari itu, tetapi wajib qada’ semula puasa untuk hari itu.

Begitulah yang difahami setakat ini. Akan menyusul nanti, apa hukum puasa seseorang itu jika lalat masuk ke mulut sewaktu tidur.

Kembali selepas ini, wallahu a’lam.

* imsak – bererti menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

12 thoughts on “Anggapan salah terhadap puasa bagi musafir”

  1. Mekaseh Along sebab berkongsi informasi tentang puasa bagi musafir. Aku hari tu confuse smeta sebab maso aku balik sini smula tu bule poso doh. So, kalu nok kiro meme lamo gilo lah flight aku 13 jey. Doh la tuh, sapa² sinih, maso undur pulok 7 jey. Jadi koho lambak nok buko poso. Kalu kiro beto² gak, 20 jey poso! Gilo dih?

    Entri terkini Faris Fakri: Fishing

  2. Rukhsah yg diberi utk membolehkan berbuka puasa bukan bermakna, siang2 dah pasang niat utk tidak berpuasa atau berbuka.

    Ia merupakan ilmu pengetahuan just in case TERPAKSA BERBUKA SETELAH BERUSAHA.

    Itu yg jadi berbuka secara terangan sebab bermusafir sebab faham separuh aje. Ataupun ada yg dah pasang niat utk tidak berpuasa sebelum masuk ramadhan bcoz siang Ramadhan pada waktu summer panjang di UK.

    Entri terkini ummusaif: Tidak Puasa Tetapi Imsak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.