Hukum puasa jika lalat termasuk ke dalam mulut

Seperti yang dijanjikan, apa hukum puasa jika lalat termasuk ke dalam mulut?

Dalam keadaan yang tidak disengajakan sebegini, terdapat 2 kedudukan lalat* yang menentukan hukum bagi puasa seseorang itu.

  1. Sekitar sebelum halkum (mulut, lidah, bibir, gigi); dan
  2. Sekitar halkum dan selepasnya.

Sebelum diteruskan, baik kita tahu dahulu di mana kedudukan sebenar halkum. Halkum terletak di pangkal lidah. Iaitu tempat di mana kita menyebut huruf “kha” di dalam tulisan jawi.

Bukan “hha” lembut tapi “kha” atau “kho” yang dibaca tebal dalam pembacaan makhraj yang betul.

Berbalik kepada isu lalat tadi.

Sekiranya lalat itu berada dalam keadaan pertama (sebelum halkum), maka wajib dibuang, kerana jika ditelan maka batal puasa itu.

Namun, jika sebaliknya berlaku, iaitu keadaan kedua (halkum dan selepasnya), maka wajib ditelan, kerana jika dimuntahkan secara sengaja maka batal puasa itu.

Ia dikira di atas perbuatan muntah dengan sengaja yang menjadi salah satu daripada perkara yang membatalkan puasa.

Begitulah yang difahami setakat ini. Sebarang pertanyaan sangat dialu-alukan.

Ikuti sambungan selepas ini dalam qada’ puasa, bayar fidyah (denda) dan ukuran cupak.

Jumpa lagi, wallahu a’lam.

* Lalat merupakan contoh sahaja. Nyamuk, lipas, atau apa sahaja serangga lain juga termasuk dalam hukum ini.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

18 thoughts on “Hukum puasa jika lalat termasuk ke dalam mulut”

  1. Dalam kitab sabilal muhtadin menyatakan, jika lalat atau serangga dah termasuk ke dalam mulut, lalu tertelan, maka masih sah puasa.

    1. Dalam komen ini juga, saudara didapati tidak membaca post dengan baik, tetapi hanya memandang sepintas lalu, lantas memberi komen.

      Saya berkata demikian kerana post ini bukan membincangkan isu puasa itu sah atau tidak, tetapi apa tindakan di sebalik ukuran yang berlaku.

      Juga telah dinyatakan dalam komen, update rujukan kitab mana.

      Peringatan: Jangan sampai saya SPAMkan komen anda.

  2. bekeng weh tuwe rumoh pong. aritue ajok mari jaley dumoh. pah nok spam pulok. puhhh. kawe g pasar basoh ar td bos. pasar besar siti khadijah smbl tgk kbtc. cisss. lmbt lg nok siak. pah oyak parkson nok masuk sbln duo lg. iview pun buak doh nk amek staff. huhu.

    pasal halkum gak kalu ore jatey, buoh dok tekok tuh kot. pah kalu masuk lalat, itu kejadiey pelik penah berlaku. xdop ore nok buwi lalat dok urung atah muko. huhu.

    Entri terkini Extremist Thinker: Trend Perempuan Cantik Malaya

    1. Bukan bekeng boh, tapi ada part kena strict. Owh pasar basoh. KBTC tok siak lagi dih? Lamo jugok tuh. Sini pulok (tganu) Parkson baloh ngey The Store, berebut jadi keh mahkamoh nok banguney.

      Kejadiey ni memey pelik, tapi berlaku. Sebab tu tubek hukum daley kitab, boh…

        1. Hukum di halkum tu laa. Kes dunio tok masuk apo nyo? Fardhu ain ni key…

          Aku mok pok asal klate, aku loni duk tganu. Lahir di tempat lain. Jadi kiro duo2 celup laa seney.

          Aku tok terel, minat jah lebih. Mu tera sketch dulu, pah aku tera buat. Kalu jadi aku letok di keda aku tuh hehe. Utong bagi 2. Amacam, cantek tak cadangan bisnes aku?

    1. Secara amnya, sesuatu hukum itu wujud apabila terjadinya sesuatu perkara pada zaman seseorang ulama itu wujud. Jadi apabila terdapatnya hukum sebegitu dalam sesebuah kitab, maka kita menganggap perkara itu memang pernah terjadi, dan akan sentiasa terjadi. Jumlahnya sahaja yang berbeza, banyak atau sedikit.

      Begitu juga dengan zaman sekarang. Sekiranya sesuatu perkara itu belum pernah berlaku sebelum ini, maka jemaah mufti akan bermusyawarah dan seterusnya mengeluarkan fatwa dari hasil musyawarah itu.

      P/s: Blog mana yang copy sebijik tu?

  3. definisi muntah adalah apa yang dari perut dan diluahkan keluar. dalam kes ini, lalat tersebut hanya berada di halkum, dan jika diluahkan, tidak akan memuntahkan isi perut. Jadi soalannya, adakah lalat yang di halkum dikira sebagai muntah jika diluahkan?

    1. Ya, itulah yang ingin saya terangkan sebenarnya. Mungkin penulisan saya yang kurang difahami.

      Kedudukan sesuatu benda yang berada di halkum adalah dikira sudah berada di dalam rongga, yang mana jika dipaksa keluar (dimuntahkan) dengan sengaja, akan menyebabkan puasa seseorang itu terbatal.

Leave a Reply to chuckiesd Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.