Berilmu sebelum bersolat itu wajib

Sebelum kita bersolat, terlebih dahulu kita wajib belajar dan menuntut ilmu tentang ibadah yang akan kita kerjakan, supaya nanti ibadah yang kita laksanakan itu molek dan sempurna.

Kerana jika tidak dipelajari, besar kemungkinan ibadah yang kita lakukan itu tidak sah atau rosak. Paling tidak pun, rendah mutunya.

Justeru pentingnya ilmu sebelum beribadah ini maka Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:

Ilmu itu merupakan imam kepada amal, sedangkan amal itu pula menjadi pengikutnya (sebagai makmum)
Hadith Riwayat Abu Nu’aim.

Sabdanya lagi yang bermaksud:

Bahawasanya tidur dalam keadaan berilmu adalah terlebih baik dari solat dalam keadaan jahil
Hadith Riwayat Abu Nu’aim.

Selain itu, dengan ilmu yang kita pelajari ini, akan membuatkan seseorang itu berasa benar-benar takut kepada ALlah s.w.t. Firman Allah dalam surah Al-Fatir ayat 28 yang bermaksud:

Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada segala hamba-Nya ialah para ilmuan (yang beriman).

Perasaan takut kepada Allah akan menimbulkan rasa kehebatan, keagungan, kebesaran, ketinggian, kemuliaan, dan kekudusan Allah s.w.t.

Dari perasaan takut itulah yang akan menghasilkan khusyuk yang merupakan perkara yang amat penting sekali dalam ibadah solat seseorang hamba Allah yang mahukan kemenangan dunia dan akhirat.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-mukminun ayat 1 – 2 yang bermaksud:

Sesungguhnya telah beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.

Sekian, wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

14 thoughts on “Berilmu sebelum bersolat itu wajib”

  1. Solat Tapi tak tutup aurat..

    ~adakah amalan kebaikan especially solat diterima jika tidak menutup aurat selepas solat…
    ~tak bertudung & memakai t-shirt + seluar jeans…?

    1. Aurat dan solat adalah 2 perkara berbeza. Oleh itu kita tidak boleh menilai solat seseorang itu berdasarkan cara pemakaiannya. Tidak semestinya yang bertudung litup itu diterima solatnya, dan tidak semestinya yang tidak menutup aurat itu ditolak solatnya. Jadi bagi yang tidak menutup aurat, ia bukan alasan untuk tidak menunaikan solat.

      Bukan maksud saya untuk menggalakkan orang ramai membuka aurat, tetapi saya menerangkan dari sudut hukum agama itu sendiri.

      Solat ialah perkara pertama yang akan disoal di Akhirat kelak. Sekiranya solat ditunaikan dengan baik, barulah isu lain seperti aurat pula akan disoal.

      Namun jika isu solat tersangkut, maka tiada guna sedikit pun isu2 lain seperti tutup aurat atau tidak, buat baik atau buat jahat, dsb.

      Harap menjawab soalan. Wallahu a’lam.

    1. Maaf lewat jawab. Bukan mudah untuk mencapai solat yang sempurna. Oleh itu kita wajib bersolat sambil sentiasa mempelajari tentangnya. Selagi kita berusaha, selagi itu Allah s.w.t akan bertindak adil terhadap kita. Wallahu a’lam.

    1. Sekiranya tertinggal solat, maka wajib diqada’ secepat yang mungkin.

      Jamak itu bukan untuk yang tertinggal solat tetapi suatu kemudahan untuk para musafir.

      Harap menjawab soalan.

  2. ustaz,

    ini mengenai aurat. saya melayari e-bacaan.com.

    cuba ustaz baca artikel ajaran islam daripada bible. sungguh mengelirukan.. artikel itu menulis memakai tudung tutup kepala asalnya daripada bible dan banyak lagi yg mengelirukan…katanya takde dalam al-quran..

    apa pendapat ustaz..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.