Sempena hari lebaran yang semakin hampir ini, rasanya sudah sampai masanya untuk saya memohon kemaafan, zahir dan batin, dari hujung rambut ke hujung kaki, kepada semua pembaca Soleh.Net yang dirahmati Allah s.w.t sekalian.
Minta halal segala yang termakan, terminum, terambil, kata mengata yang tersembul, umpat fitnah yang mungkin ada, kutuk mengutuk yang tidak pernah disengajakan, serta segala kelemahan diri, yang bergelar manusia biasa.
Semoga segala amalan baik di bulan Ramadhan ini membawa seribu keberkatan kepada kehidupan kita selepas ini. Diharap juga segala dosa yang lalu diampunkan oleh-Nya yang Maha Pengampun.
Dalam kesempatan ini, marilah kita sama-sama berazam untuk terus kekal sihat sepanjang Aidilfitri. Antara yang menarik perhatian saya ialah petua pemakanan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.
Amalan ini menyebabkan baginda tidak pernah menghidapi sakit perut sepanjang usia Baginda. Antaranya ialah:
- mengamalkan pengambilan buah-buahan sebelum juadah utama;
- tidak mencampurkan makanan laut dan darat seperti ikan dan susu dalam satu hidangan;
- tidak meninggalkan makan malam;
- mandi sebelum subuh;
- minum air suam setiap pagi;
- bertafakkur (sujud seminit selepas membaca doa) ketika solat subuh; dan
- makan dengan tangan dan menjilat jari seusai makan;
Semua petua-petua baginda ini telah pun mendapat perhatian dari para saintis seluruh dunia. Mereka mendapati petua-petua ini banyak memberi kebaikan kepada kesihatan perut, dan menjauhkan perut dari banyak penyakit.
Selamat mencuba! Wallahu a’lam.
P/s: Sebarang petua lain, jemput dikongsi bersama di ruangan komen di bawah.
Bagus petua dari Rasulullah..
Penah baca ni tapi tak amalkan..
Wallahualam..
Entri terkini zool: Kenapa sms tidak berbalas?
beb..aku ada dah kt kelate ni…bilo nok jupo ?
Entri terkini |1f34|-|1r3: Selamat Hari Raya, ingatlah orang tersayang !
Alos laa, aku tok balik laa. Mu balik sano balik bilo? Lalu kut ganu laa. Buleh singgoh rumoh aku.
jauh gilo tuh beb..xdaya den nak gi ganu dulu ! lain kali la gamak nyer !
Entri terkini |1f34|-|1r3: Selamat Hari Raya, ingatlah orang tersayang !
Slamat Hari Raya… Maaf zahir dan batin…
Adry @ http://www.adrysabry.com
Entri terkini Adry: Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!
hai, kalau nak jadi laki kuat cam mana lak!
Selamat Hari Rayer & Maaf Zahir Batin kepada Imam dan seluruh warga Soleh.Net!!!
Entri terkini Faris Fakri: London Tour
ASL RYE JEWK..TERINGAT KT KWAN2…MANE TAW ADEW WAT SLAP KEW?…SORY EK…0-0…SELAMAT HARI RAYE AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN
SELAMAT ARI RAYA……
Entri terkini alia: pagi raya
mungkin agak terlewat, tapi kan kita masih di dalam bulan syawal kan? jadi nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri jugak untuk imam khalid.. 😉
akhirnya beta mencemar kaki disini. dan beta maafkan semua kesalahan khadam. ehh. tuan hamba.
Entri terkini Extremist Thinker: Trend Perempuan Cantik Malaya
Selamat hari raya…Nice information…
Entri terkini chuckiesd: Kereta Elektrik
selamat berpuasa teman-teman kenalan