Maybank2u kekalkan aplikasi lama sebagai alternatif?

Maybank2u
Maybank2u.com - ada laluan alternatif?

Selepas saudara NoktahHitam membuat linkback kepada Maybank2u, barulah saya sedar tentang keluhan beberapa staf di pejabat tentang portal kewangan tersebut. Maybank2u.com sudah berwajah baru!

Apabila saya uji pada saat itu, memang menjengkelkan. Kelambatannya mengalahkan sang kura-kura yang keletihan selepas mengalahkan arnab.

Itu belum disebut pasal ralat dan kegagalan lagi. Nak cek baki akaun tak boleh, nak topup prepaid pun tak dapat. Terlampau banyak error di kala masyarakat Malaysia moden memerlukan mereka di saat-saat genting ini.

Kehairanan saya bertambah, apabila saya menyedari baru sekejap tadi saya cek baki di komputer saya. Tiada sebarang masalah. Semuanya seperti sedia kala.

Rupa-rupanya, pihak mereka masih mengekalkan laluan lama, dengan URL yang lama, tanpa apa-apa redirection.

Kebetulan saya Bookmark login page aplikasi tersebut. Mungkin sebagai laluan alternatif, atau mereka terlupa (tak mungkin!)

Saya dah cuba lakukan transaksi pada aplikasi lama, ternyata masih seperti biasa. Berjalan lancar dan berhasil.

Mungkin ada yang kurang sukakan perubahan, lebih-lebih lagi masa nak cepat, bolehlah cuba laluan lama.

Klik logo Maybank2u di atas, atau klik sini. Wallahu a’lam.

P/s: Masih menanti Hardisk yang tak kunjung tiba 🙁

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

19 thoughts on “Maybank2u kekalkan aplikasi lama sebagai alternatif?”

    1. Semestinya itulah yang mereka utamakan, sekuriti.

      Namun apa yang saya lihat aplikasi baru ini seolah2 menggunakan AJAX, tapi sebenarnya tidak. Mereka seperti menggunakan div dengan z-index untuk mengelakkan gangguan semasa transaksi sedang berjalan.

      Flashnya pula belum saya nampak. Di mana ya? Boleh tunjukkan sedikit? 🙂

    1. Maybank adalah organisasi besar, punya modal yang besar, outsource ramai expert programmer. Sepatutnya sebelum publish kepada orang ramai, pastikan tiada kelemahan yang nyata, melainkan kelemahan2 kecil yang mungkin tidak dapat dikesan semasa pengujian.

    1. Ko ingat moto RXZ ker nak kena tunggu 1000km? Orang jual barang kat mudah.com.my pun ramai yang pakai Maybank2u tau. Kalo line lembab susahlah RXZ ko nak laku dalam masa 24 jam. Hehehe jangan maree… 😈

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.