Perkara yang wajib diketahui sebelum solat

Antaranya, berwudhuk - satu cara bersuci
Antaranya berwudhuk, yang merupakan salah satu cara bersuci

Bersuci adalah antara perkara yang wajib dipelajari sebelum menunaikan solat.

Tanpa ilmu bersuci, ibadah solat seseorang itu akan terdedah kepada batal atau cacat, dibimbangi tidak diterima oleh Allah s.w.t.

Topik “bersuci” sahaja meliputi perkara-perkara berikut:

  1. Definisi bersuci (Bahagian I & Bahagian II)
  2. Jenis-jenis air
  3. Bahagian-bahagian najis
  4. Samak
  5. Istinjak
  6. Qada’ hajat
  7. Berkhitan atau bersunat
  8. Bersugi
  9. Wudhuk
  10. Menyapu khuf atau moza
  11. Mandi
  12. Tayammum

Manakala antara topik lain yang wajib diketahui sebelum solat adalah seperti:

  1. Waktu solat
  2. Perkara sunat sebelum solat

Kesemua perkara di atas akan dikupas satu persatu, insya-Allah.

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 3 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

9 thoughts on “Perkara yang wajib diketahui sebelum solat”

  1. Ustaz,

    sekejap tadi sewaktu saya membelek sebuah kasut, rupa rupanya kasut itu ada pig lining.. (saya tak tahu sebab kasut tu orang bagi)

    mengikut kawan kat opis, tak payah samak sebab saya tak tahu..

    perlu ke saya samak..

    1. Tiada kena mengena antara “kena samak” dengan “tidak tahu”.

      Kena samak itu adalah kerana yang pertama, untuk menghilangkan najis mughallazah (berat). Ia berlaku apabila bersentuhan dengan anjing atau khinzir, dalam keadaan basah. Yang ini samak dengan air tanah sekali dan air mutlak 6 kali.

      Kedua, untuk menggunakan kulit haiwan yang disembelih, maka kulit itu mestilah disamak dahulu sebelum boleh digunakan. Yang ini samak menggunakan air kapur (juga dipanggil samak).

      Dalam kes anda tadi, apabila terpakai kasut yang ada pig lining tersebut, hentikan memakainya. Samak kaki anda dengan tanah dan air mutlak, supaya bebas dari was2 najis.

      Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *