Definisi bersuci (bhg II)

Sambungan daripada bahagian I.

Air menjadi simbolik kepada amalan bersuci
Air menjadi simbolik kepada amalan bersuci

Pembahagian-pembahagian jenis bersuci
Terdapat 2 jenis bersuci yang dikehendaki oleh syarak, iaitu:

  1. Bersuci daripada najis zahir yang meliputi badan, pakaian dan tempat;
  2. Bersuci daripada hadas yang merupakan kekotoran maknawi yang ada pada badan sahaja.

Pembahagian jenis hadas

  1. Hadas besar – berlaku dengan sebab keluar mani, bersetubuh, keluar darah haid, nifas, bersalin atau keguguran. Cara bersuci dari hadas ini ialah dengan mandi wajib.
  2. Hadas kecil – berlaku apabila batalnya wudhuk seperti kentut, buang air kecil dan besar, bersentuhan yang bukan muhrim. Cara bersuci dari hadas ini ialah dengan berwudhuk.

Alat-alat untuk bersuci terdiri daripada 4 jenis, iaitu:

  1. Air;
  2. Tanah untuk tayammum ketika tiada air atau tidak dapat menggunakan air bagi berwudhuk atau mandi wajib;
  3. Batu dan barang yang mempunyai sifat keras, suci, kesat dan dapat menanggalkan najis seperti kayu dan seumpamanya serta tidak dihormati pada hukum syarak, seperti makanan, tulang, buku-buku agama Islam dan apa-apa yang tersurat nama Allah, malaikat dan para nabi, untuk dibuat beristinjak.
  4. Bahan-bahan penyamak untuk mencuci kulit (belulang) haiwan yang mati selain anjing dan babi.

Bersambung perincian alat bersuci (air). Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 3 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

6 thoughts on “Definisi bersuci (bhg II)”

  1. Assalamu’alaikum.

    Saya ingin bertanya. Jika saya ada luka kecil yang belum sembuh dan saya membasuhnya dengan mengalirkan air sehingga “bersih” (tak ada darah lagi pada ketika itu), kemudian luka itu mula berdarah kembali, adakah air yang saya alirkan mula-mula tadi dikira najis? Dan adakah tempat-tempat di mana air itu mengalir menjadi kotor?

      1. Maaf. Agaknya soalan saya kurang jelas. Sebagai contoh, saya ada luka di lutut. Kemudian saya jirus dengan air. Adakah air yang mengalir ke betis saya dan tapak kaki saya dianggap air muntanajis atau air musta’mal sekiranya darah itu dapat dibersihkan tetapi luka itu masih belum baik (bererti ia akan berdarah kembali)?

        1. Betul, air itu adalah air muntanajis. Sebab itu perlu dibalut dahulu luka tersebut, kemudian basuh semula betis dan kaki dari air muntanajis tadi. Wallahu a’lam.

  2. bagaimana nak mandi wajib jika ada tempat luka yang belum sembuh ? adakah perlu kena air juga tempat luka tu…wsalm

  3. sy pernah melakukan kesilapan seperti bersetubuh ketika haid,bagaimanakah caranya untuk sy menyucikan diri?bolehkah sy niat dan mandi wajib dalam satu masa?harap maaf…dgn pertanyaan sy ini….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *