Pada awal tahun 2008 yang lalu, satu peluang menimba pengalaman menjadi jurukamera telah berjaya aku lalui, walaupun kurang sempurna.
Kali ini tawaran yang lebih hebat datang menemui hidupku, iaitu memegang watak utama.
Ternyata aku mula nervous di saat-saat permulaan. Namun keinginan dan semangat yang membuak-buak penuh berkobar itu telah menghilangkan segala kerisauan di dada.
Sukar untuk dipercayai, tetapi itulah yang berlaku. Takdir menyebelahiku. Rezekiku hari itu amat besar dikurniakan oleh Allah s.w.t.
Sempat aku mewawancara pemilik jentera berkuasa tinggi itu. Antara fakta menarik yang ingin dikongsi bersama:
- Had kelajuannya di atas jalan raya hanyalah 190km/j – kerana dikawal dengan bantuan GPS.
- Apabila berada di tempat yang dikesan sebagai litar lumba, had kelajuan dinyahaktifkan.
- Hardisk 10GB sarat dengan perisian dan data berbahasa Jepun yang langsung tidak difahami.
- Sebagai alternatif, terdapat slot kad memori dan port USB.
- Antaramukanya berupa paparan komputer skrin LCD sentuh di mana segalanya dikawal dari situ.
- Tekanan udara dalam tayarnya dikesan secara masa nyata. Jika tekanan berkurangan, pemandu akan dimaklumkan.
- Malangnya tiada tayar ganti dibekalkan bersama jentera ini.
- Lebih malang lagi di Malaysia belum ada tayar ‘spare‘ untuknya dijual di mana-mana.
- Enjin 3.8 liter ‘Twin-turbo‘ milik jentera ini menelan minyak seperti air.
- Sepanjang pemanduan (video), aku hanya mampu menekan separuh pedal minyak sahaja.
- Penyerap hentakannya keras (untuk perlumbaan) tetapi boleh disetkan untuk pemanduan lembut yang selesa dengan hanya menekan 1 butang.
- Terdapat 3 butang lumba, iaitu ‘auto take-off‘, kawalan tayar anti-geser, serta aerodinamik & keselamatan.
- Transmisi AMT (Automatic-Manual Transmission) di mana gear manualnya di stereng, cekap seperti Formula 1.
- Harga terkini RM 740,000.00.
- Cukai jalan tahunan RM 17,000.00.
- Banyak lagi, insya-Allah akan dikemaskini kalau teringat.
Kesimpulannya bak kata orang Melayu, tak dapat beli, dapat pandu pun jadilah. Tak dapat pandu, dapat naik pun jadilah. Tak dapat naik, dapat tengok pun jadilah. Tak dapat tengok, tonton video pun jadilah.
Selamat menonton. Wallahu a’lam.
haha…berapa kali wiper naik daaaaaaaaa…..
Wiper tu tuan punya kereta yang naikkan, hujan dowh!
haha…aku ingatkan pasal ko tersalah nk bg signal..skali wiper daaaaa…xclear duh video…nanti aku chit chat ngan ko…malas nak balas email..hehe…berapa alexa ranking aku skang…ada tgk ?
Dah tengok, 544,740. Ranking aku ko dah tengok? Ok aku on YM skarang! 😉
alexa tak penting. yg penting adalah solat. kekek.
Memang solat itu penting, tapi ber-alexa tidak salah kan? 😛
yea betul. ber alexa tidak salah. tp berlaki bini lebih afdol… torsobottt torrr torrrr!
Wei sweet thinker yang kelucahan beradab, apesal blog ko takleh masuk? Server down ker? 😉
wknd belog ditutup. kekek!
Ada jugak blog stail kedai runcit ek? Aku ingat semua blog stail seven eleven.
biasa la. alexa tak kencang. wahahha!
Nak kasi kencang, kenalah buka 24/7/365 baru kencang!
Saya mahu kereta itu boleh? 😀
Cukai jalan tahunan RM 17,000.00…………..??
Tiap tahun kena bayar RM17k lar eyk?
Entri terkini blog saffa.. That First Semester at CFS IIUM Nilai
Boleh, apa salahnya. Tapi, sanggup ker bayar cukai RM17,000 setahun, bayar pinjaman kenderaan minimum RM8,000 sebulan selama 9 tahun, atau beli secara tunai dengan harga RM740,000? 😈
kekeke. lamborghini dah masuk kelate. bkn ank sultan da pki. kekeke. akoo dgn tidak tersengaja jumpa gmbr kawan akoo. akoo tanye. kete sape. pak sedare. huuu. kg akoo nie dah bersepah jag. tue akoo heran. kg akoo da maju macam ade ade industri hiliran minyak plak. huuuu!
Lamborghini ker Jaguar ker aku tak kisah sangat, benda biasa (chey riak kunun). Sudah la wei, aku blom start top commentator contest lagi ni. Nanti start aku panggil ko sebagai calon pertama untuk menyertainya kui3x! 😈
best gak dpt peluang cam tu…
Entri terkini blog shaxx.. Reward for Your Comment
Tuah ayam nampak di kaki, bro… 😉
Woh! dah murah sikit. Awal tahun RM900k. Mungkin tu version lain.
Bertuah la ko ImamKhalid, aku tak pernah rase pon Skyline. Sure best gile
Entri terkini blog NoktahHitam.. Happy Deepavali Blunder
Memang best giler. Peluang (rezeki) yang tidak diduga sama sekali.
Dia beli lepas raya baru ni. Tapi tak mungkin jatuh banyak sangat harga dia. Maybe version lain kot.
Dia ada versi Stock, V Spec, dan Evo Spec. Yang aku bawak ni tak tau versi apa. Tak tertanya pulak, terkesima beb…
nie kete amek yg 30k dah jalan kat jepun ke meter 0 lg?
Meter 0 beb, direct order dengan Nissan Jepun.
mantap ar cenggitu. akoo tarpow mvp 30k jalan. manual jepun gedabak. tp haram xphm. gps awek seksi suh pusing sane pusing sini. mujo xsoh masuk liang je. kekeke!
ps: akoo ske komen bro. tak masok top commentator pun xpe. masuk spam lg xske. haha!
Entri terkini blog Sweet Thinker.. Ku Rasa Dunia Berlaku Adil
Pergh, MPV tuuu.
P/s: Ikut ko lah bro nak komen banyak mana pun…
P/p/s: Tapi kalau dapat, kan lagi bagus kalau ko tulis biar ejaan tu senang nak paham sket… 😈
Cayalah dapat bawak kereta bernilai RM740k tue… best kan.. hehehe..
Entri terkini blog cencurut.. Plummeting Prices
Memang best! 😛
wa..wa…mmg terkesima..700k..hu…hu…aku boleh beli kampung mak bapak aku :p
ermm….syok nya…klu la aku yg leh test drive..ermm….nak beli kompen la tidak….
Entri terkini blog alia.. PERSIAPAN KENDURI
Itulah pasal. Sampai sekarang masih terngiang2 dan terbayang2. Rasa macam mimpi. Sebabnya masa tu, aku kaget sehingga tak termintak no fon ker aper ker untuk jalinkan sebarang silaturrahim. So sampai di situ sahaja, mungkin tak akan berulang lagi. Sesekali terfikir, aku ni bermimpi sebenarnya. Mujur ada video yang menjadi bukti bahawa aku berpijak di bumi yang nyata..! 🙂
Giler babas mahai, tp mmg berbaloi.
Lebih dari berbaloi lagi bro! Ini dah kira ibarat mimpi indah di malam hari menjadi kenyataan di siang hari… 😛
Alhamdulillah… dapat tengok pon jadilah… hu hu…
Tu lah, aku ingatkan dapat tengok jer. Tak sangka rezeki aku murah hari tu. 🙂
bertuah sungguh………
Terima kasih! 😛
pergh, best gler!
tp sygnya video x selawa kereta yg dipandu. kan best jika dirakam dgn menggunakan digicam ataupun HD camcorder, haha..
Banyak laa ko punya duit nak beli HD cam. Kalo ko nak sponsor pun boleh jugak hehehe
Eh lorrr, ko rupanya!