Elakkan penyampaian dakwah yang melulu

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Definisi dakwah
Dakwah merupakan satu proses penyampaian yang biasanya dikaitkan dengan ilmu agama, yang bukan bertujuan untuk lulus dalam mana-mana ujian atau peperiksaan duniawi, sebaliknya bertujuan membentuk amalan kehidupan berlandaskan jalan yang lurus.

Tujuan dakwah
Seseorang itu biasanya berdakwah untuk satu tujuan, iaitu mengumpul bekalan kepada diri sendiri untuk hari akhirat kelak.

Secara terperinci, seseorang itu berdakwah untuk mencari petunjuk, membentuk keimanan yang kukuh dalam diri, serta untuk kebahagiaan dan kesejahteraan diri sendiri.

Kebiasaan perjalanan dakwah
Tujuan yang satu itu menyebabkan seseorang yang berniat murni itu berdakwah dengan bertubi-tubi, kepada sesiapa sahaja yang ditemui, tanpa mengira tempat dan waktu, serta minat orang yang didakwah itu terhadapnya.

Baginya yang penting dia dapat lakukan, untuk bekalan bagi dirinya. Tanpa disedari bekalan yang dikumpul akhirnya membawa kepada 2 keadaan, kekecewaan atau keangkuhan diri.

Kekecewaan
Perasaan kecewa berlaku apabila suatu masa dia merasai bahawa tahap keimanannya tidak bertambah, melainkan penat dan lelah sahaja.

Keadaan sebegini tidak begitu dibimbangi sekiranya berlaku ke atas seseorang. Dia mungkin perlu menukar teknik dakwahnya, supaya lebih berhasil, terutama terhadap dirinya sendiri.

Terus ke punca kegagalan dakwah

Keangkuhan diri
Manakala keangkuhan diri berlaku apabila dia merasakan imannya telah tepu dan tidak ada sesiapa yang lebih baik daripada dirinya. Keadaan ini amat membimbangkan sekiranya berlaku ke atas diri kita.

Apabila terselit keangkuhan di dalam jiwa, sukar untuk diperbetulkan. Nasihat orang lain tidak lagi diterima. Apabila musibah melanda dirinya, dirasakan dugaan daripada Allah. Manakala apabila musibah melanda orang lain, dikatakan bala yang menimpa orang-orang yang tidak beriman.

Apabila dirinya memperoleh rezeki yang melimpah ruah, dirasakan Allah menyayanginya. Apabila orang lain memperoleh rezeki yang melimpah ruah, dikatakan Allah sengaja mencuba orang tersebut.

Nauzubillah, ya Allah jauhilah aku daripada keadaan seperti ini, amin.

Punca kegagalan dakwah
Sekiranya dakwah yang dijalankan tidak memberi kekuatan tambahan terhadap keimanan kita kepada Allah s.w.t, cuba berikan suntikan baru terhadap proses dakwah yang kita jalankan.

Sekiranya dahulu (sebagai contoh) kita pantang terjumpa kawan lama. Selepas bersalaman dan bertanya khabar, terus memperkatakan kebesaran Allah. Cuba lihat semula proses yang kita lakukan.

Apakah tujuan kita? Apakah hasilnya? Adakah kawan anda tersebut seakan-akan tidak memberi respon? Atau respon yang diberikan sekadar menjaga hati anda? Atau menukar tajuk perbualan? Atau beredar dan menjauhkan diri mereka dari diri anda?

Lihat semula tujuan kita berdakwah. Tujuan kita adalah untuk mencari keimanan. Mencari keimanan adalah satu proses yang sukar. Kesabaran mesti dipupuk, kekuatan dalaman mesti dibaja, etika mesti dijaga, batas pergaulan mesti diteliti.

Itulah iman. Dengan melalui proses-proses tersebut, sinar keimanan akan hadir dengan sendiri, tanpa perlu dipaksa, tanpa perlu dibuat-buat, tanpa perlu dicari-cari.

Ukurannya di dunia ini, semakin ramai orang mendengar dakwah kita, semakin baiklah kita. Semakin orang menjauhi kita, bermakna ada lah yang tak kena dengan diri kita.

Perlu diingat, dakwah bukan ceramah. Ceramah yang mantap memang sentiasa dibanjiri manusia. Tambahan pula yang ada unsur-unsur jenaka serta tidak membosankan.

Sebaliknya dakwah ini adalah suatu proses yang membosankan dari segi penyampaian, lurus dan melata.

Kerana, majlis ilmu yang dipenuhi gelak ketawa itu sebenarnya adalah kesukaan syaitan, dan tidak diberkati.

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

14 thoughts on “Elakkan penyampaian dakwah yang melulu”

    1. Kalau ikut apa yang aku faham, betul apa yang ko cakap tu. Tak boleh main terjah aje. Kena gabung elemen belajar, sabar, pengalaman, menarik perhatian, dsb.

      Pendek kata, dakwah tu kalau bahasa moden orang panggil marketing. Produknya pula ialah agama.

      It’s physically about how to convince people to get interested in Islam.

      But internally about how to get ourselves more iman (which in marketing we call it commission).

      Am I right? Wallahu a’lam.

  1. hoho..betul sangat tuh apa ko cakap imam…mmg tepat sekali la kalau ko samakan ngan marketing..itu yg plg tepat walaupon ada beza sket…

    bg aku…dakwah ni satu konsep di mana ko berkongsi apa yg ko tahu…mustahil plak kan ko nak tahu semua benda..tp at least ko berkongsi apa yg ko tahu…kalau org tanya, ko tak tahu..ko jangan main hentam kromo plak…ko pegi tanya org yg tau atau rujuk kitab…dr situ ko dapat belajar n ko dapat ajar orang…

    ko kata dakwah cam marketing…aku nak up sket lg…aku anggap dakwah ni combination free information + marketing…ko marketkan agama n personaliti/penampilan diri ko jadi taruhan sama ada org nak terima ko bercakap atau tidak…lepas tuh ko bg free info…takde paksaan org nak terima atau tidak..tp kalau dia terima..kita sama-sama dapat manfaat…cam affiliate marketing sket pon ada gk…isk..

    1. Terima kasih.

      Kalau boleh, setiap hari pun aku nak tulis entri berinformasi dalam soleh.net ni, tapi kesibukan tugas harian sering mematahkan usaha ini.

      Aku ingat nak buat iklan, sesiapa yang ada entri asli yang menarik dan berinformasi, aku akan bayar RM5 untuk setiap entri yang dipaparkan.

      Amacam ok tak?

  2. berdakwah bukan senang, sini sana manusia biasa, kalau silap dakwa ko sendiri kena dakwa heheheh…saya setujuh dengan mana2 pendakwa yang penting keikhlasan dan berpengatauhan tinggi dalam agama.

  3. Salam..

    Memang diakui bahawa dakwah itu indah jika kena dan caranya. Cuma sebagai manusia kita kena seimabngkan amalan kita didunia dan bekalan yang kita raih untuk akhirat. Jgn disebabkan dakwah kita lalai dan alpa untuk menjaga kestabilan duniawi yang hakiki yang menjamin kesenangan di akhirat. Melalui penulisan seperti ini juga dakwah.. tahniah kepada penulis. Mcm yang pernah nabi sampaikan dalam khutbahnya yang terakhir..

    ‘Sampai-sampaikanlah pesanku (sepotong ayat dariku) walapun hanya sedikit (sebaris)’

    Melalui pesanan Nabi Muhammad s.a.w tersebut pun kita boleh mentafsirkan bahawa kita dikehendaki menyebarkan perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat kepada manusia agar dunia ini lebih bermakna dan baik. Jangan kita sebar-sebarkan gosip dan aib orang lain sedangkan mungkin kita juga ada kekurangan. Wallahualam..

    🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.