Prokrastinasi terlampau

Prokrastinasi terlampau
Prokrastinasi terlampau - sekadar gambar hiasan.

Sungguh sukar mengeluarkan diri dari belenggu prokrastinasi

hanya itu yang mampu diucapkan oleh hati sanubariku.

Apabila perniagaan merudum, bercampur pula dengan urusan peribadi yang tak menentu, berkebetulan pula dengan kes-kes kecemasan yang hadir tanpa diundang, maka di saat itu jugalah prokrastinasi mula menjinakkan diri di dalam sanubari tuannya.

Di tengah kesibukan vs kemelesetan itu maka berbondong-bondonglah datang peluang-peluang samar yang menjanjikan kebahagiaan bersifat sementara.

Di saat itu juga rakan-rakan sebaya datang membawa pengaruh-pengaruhnya yang berbagai. Yang berkaki pancing datang membawa joran, yang berkaki lepak datang membawa alat-alat lepaknya, yang berkudis buta pun datang membawa kudis-kudisnya. Jijik aku!

Soleh.Net-ku, kerja-9-5-ku, part-time-bisnesku, keluarga-anak-isteriku, semi-D-ku, Waja-Kancil-ku, dan duniaku – semuanya menanti curahan kasih sayang dariku.

Masihkah perlu aku ber-prokrastinasi? Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

3 thoughts on “Prokrastinasi terlampau”

  1. assalamualaikum….
    tak dapat dinafikan keadaan itu…..
    setiap orang pasti melalui,bezanya cuma cara penyelesaian…
    saya rasa tak perlulah berprokrastinasi….
    banyakkan solat taubat & Qiamullail di samping perbanyakkan zikrullah…insyaallah…jiwa tenang..masalah selesai…wallahua’lam

  2. Assalamualaikum warah matullah, semuga Allah SWT menunjuki untuk kita jalanNya yang benar lagi lurus, memelihara kita dengan pemeliharaanNya daripada FITNAH besar akhir zaman yang sedang kita lalui sekrang ini.

    Saudaraku,
    Jiwa manusia sering berhadapan dengan pelbagai konfrantasi demi konfrantasi yang ditimbulkan oleh samada akalnya sendiri atau bisikan luaran tetapi sebenarnya berada di dalam diri manusia itu sendiri.

    Yang mampu mengatasi konflik konfrantasi dalaman ini hanyalah mereka yang berjiwa besar dan mempunyai kekukuhan keyakinan. Apatah lagi bagi seorang mukmin, Imannya pasti dapat memelihara dirinya.

    Kejengkelan akal juga sering bersengketa dengan kemurnian jiwa, Fikiran yang sering membantu kadang-kadang akan menjadi musuh yang sangat berbahaya kepada ketenangan dan keharmonian jiwa. Akal sepatutnya berada di bawah pentadbiran atau kawalan jiwa nurani, tetapi berapa dari kalangan kita yang menjadikan akalnya sebagai raja dalam tubuhnya…

    Wallah hu aqlam.

  3. memang macam tu lah…yang penting fokus pada keutamaan…buat yang terbaik…selalunya lepas je solat ok je….tenang…mudah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.