Sunnah Rasulullah (bhg 2)

Ku mulai penulisan ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum sahabat-sahabat dan saudara-saudara seIslam.

Alhamdulillah, dengan rahmat dan kekuatan anugerah Allah SWT saya dapat kembali sekali lagi untuk meneruskan penulisan ke arah mencari petunjuk dan hidayah Allah SWT. Pada penulisan yang lalu saya lontarkan mengenai suatu peristiwa yang menyebabkan saya memulakan penulisan di atas tajuk ini dan untuk kali ini insyaAllah saya akan menyambung di atas tajuk yang sama juga.

Sahabat dan saudara seIslam ku.

Sekiranya kita mengkaji sunnah Rasulullah SAW, maka kita tidak boleh lari daripada mengkaji sejarah Rasulullah SAW. Sejarah kehidupan baginda dari semenjak kelahirannya sehingga kepada kewafatannya. Jika kita buta dalam sejarah kehidupan Rasulullah, maka hakikat sebenarnya kita bukanlah pendukung sunnah yang sebenarnya. Jika kita tidak kenal Rasulullah, bagaimana kita boleh mengatakan bahawa kita adalah pejuang sunnah Rasulullah?

Lihat sahaja, bagaimanakah Rasulullah SAW menyendiri/berkhalwat, meninggalkan urusan dunianya, meninggalkan isteri dan perniagaannya hanya untuk bersendiri di dalam gua (mungkinkah kini dikenali dengan petapaan) untuk suatu tempoh yang agak lama? Persoalannya adalah kenapa Rasulullah berbuat demikian?  Bukankah dengan tindakan baginda itu bermakna baginda telah meninggalkan tugasan kepada masyarakatnya, keluarganya dan keperluan dirinya hanya untuk suatu hal yang belum diketahui?

Bagaimanakah jika pada waktu sekarang ini  seorang suami meninggalkan anak isterinya, meninggalkan hasil usaha atau pekerjaannya dan meninggalkan semua kepentingan pada kehidupannya untuk pergi memanjat gunung dan kemudian duduk bertapa berseorangan diri. Agak-agaknya, apa pandangan anda kepada orang yang sebegini? Apa pula pandangan masyarakat dan apa pula pandangan ahli keluarga?.  Jikalah sekiranya  orang yang bertapa itu memberi jawaban “saya mengikut sunnah Rasulullah SAW”, agak-agaknya apa pula kritikan yang dia akan terima dari masyarakat sekeliling? Terutama jika dia adalah seorang penjawat jawatan besar atau jawatan berkepentingan dalam masyarakat?

Tetapi tidak bagi Muhammad Rasulullah, desakan hatinya untuk mencari petunjuk dan kebenaran telah dikongsi bersama-sama dengan isterinya sehingga isterinya tidak membantah ketika dia membuat keputusan untuk menyendiri di gua hira’ malahan siisteri ini memasak dan kemudian menyuruh pembantu mereka menghantarkan makanan untuk si suami yang sedang mencari petunjuk dan kebenaran. Nampakkah saudara dan sahabat sekelian, bagaimana hal ini boleh berlaku?, semuanya kerana sifat Muhammad Rasulullah itu sendiri. Sifat itulah suatu sunnah yang sepatutnya diikuti, sifat benar, ikhlas, berlembut hati, pemaaf,  berkongsi rasa, tiada kepentingan diri, sentiasa sayang menyayangi dan sentiasa berusaha untuk mendapat petunjuk dan kebenaran.

Adakah sifat ini terbentuk dalam diri kita sebagai pendukung Sunnah? Buatlah analisa dengan jiwa yang benar dan ikhlas,  jangan menuding jari ke arah orang lain apabila kesalahan itu tercermin pada diri kita sendiri. Buatlah muhasabah dengan sebenar-benarnya, bertanyalah pada diri sendiri setakat mana kita ini melaksanakan sunnah itu atau hanya sekedar mengatakan itu salah, ini salah, itu tak betul dan ini tak betul sahaja.

Ingatlah wahai sahabat dan saudara seIslamku, sesungguhnya mengikuti sunnah itu bukan hanya sekadar mengikut cara Rasulullah berpakaian atau ada tidaknya hadis dalam sesuatu upacara/majlis yang dijalankan. Hakikatnya, yang lebih besar dari itu adalah mengikuti kaedah dan sistem yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Bagaimana dari waktu baginda dipeluk oleh Jibril dan disuruh membaca dengan nama Tuhan sekelian alam sehingga akhirnya Islam itu dapat didaulahkan dan kekhalifahan Islam itu menjulang kesegenap pelusuk bumi.

Diriwayatkan daripada Muslim, daripada Abu Hurairah r.a, katanya: Bersabda Rasulullah SAW: “Bermulanya Islam itu Ghorib (dagang/asing/bersendirian) dan ia akan kembali Ghorib. Maka beruntunglah orang-orang yang Ghoriba”.

Dari hadis di atas kita wajar memahaminya dengan mendalam. Ketika Rasulullah SAW diutuskan, adakah Islam itu berada dalam keadaan ghorib?, jika ya! Bagaimana dengan ahli kitab yang masih menyebut nama Allah SWT? Adakah mereka tatkala itu telah ditolak keimanannya sehingga dikatakan bahawa Islam itu bermula dengan ghorib? Rasulullah juga menegaskan bahawa “Islam itu akan kembali ghorib”,  adakah keimanan manusia ketika itu (ketika islam telah kembali ghorib itu) akan tertolak sebagaimana keimanan Ahli Kitab pada zaman Rasulullah SAW?

Maka beruntunglah orang-orang yang ghoribaa, tetapi bolehkah kita memperoleh atau menjadi pendukung/seorang ghorib ini jika kita tidak memahami apakah maknanya ghorib itu?. InsyaAllah,  dengan rahmat dan kekuatan yang diberikan oleh Allah SWT, kita akan membahaskannya pada bahagian ke 3 nanti.

Yang baik itu adalah dari Allah SWT dan yang sebaliknya itu mungkin dari salah faham dan kelemahan diri saya sendiri. Wallah hu aqlam.

Sambut salam dari saya, Manmanan.

Komentar

comments

8 thoughts on “Sunnah Rasulullah (bhg 2)”

  1. Benar. Sesungguhnya Rasulullah adalah contoh teladan bagi umat manusia. Hanya terpulang pada kita samada mahu memilihnya tau tidak.

    Semoga kita sama2 hidup dalam keberkatan dari-Nya. Amin.

  2. rasulullah berkhalwat atas perintah ALLAH SWT.. kerana taraf baginda menyampaikan syariat yakni perintah allah.. tapi bagi kita nie sebagai umat kene lah belajar.. makam kite masih menuntut ilmu.. bukan mengajar.. org tanye skit pasal tauhid jer dh terkucil nk jawab last2 pandai2 keluarkan pendapat ikut kepala otak sendiri.. bukan rujuk pd kitab.. kalau x caye try lah kupas bab qada’ & qadar.. tu bab aqidah tu.. tgk ape jawapan org ramai.. kebanyakkan nya semua ikut fahaman MU’TAZILAH.. manusia ade kuasa utk memilih jalan yg salah @ betul.. bukan ALLAH yg tentukan manusia buat baik @ jahat… rata2 berfahaman mcm nie..

    Rujuklah kitab Tuhfatul Muryd – Hasyiah Syeikh Ibrahim Bajuri pengetua ke-19 University Al-Azhar..

    byk lagi kitab2 tauhid muktabar yg lain.. jgn pakai pendapat2 sendiri.. dlm aqidah x boleh ikut logik2 akal.. kene berpandukan Al-Quran & hadith.. Al-Quran & Hadith pun x leh tafsir sebarang kite bukan ahlinya.. rujuk pade kitab2 ulama’ as-syairah.. kite kan mengikut Ahlus Sunnah Wal Jamaah..

    Kata Imam Sanusi salah satu punca KAFIR adalah mentafsir al-quran secara zahir…

    takut lah dgn ALLAH.. kite dh tua.. nanti mase balik jumpe ALLAH ape kite nk jawap kalau aqidah salah?

    1. Jazakallahu khairan kathira
      Pandangan dan saranan sahabat begitu baik dan merupakan suatu peringatan yang sungguh bernas. Benarlah, yang baik itu adalah dari Allah SWT dan yang sebaliknya itu adalah dari khilaf dan nafsu kita sendiri. Semuga Allah menunjuki kita ke jalanNya dan membukakan pintu hidayahNya untuk kita semuanya.

      Sesuatu yang kita mesti faham wahai sahabat, setiap sesuatu yang kita hendak perbuat, maka bertanyalah kepada Allah SWT. Jika kita dapat mengikhlaskan diri kita, insyaAllah, Allah akan menunjuki kita.

      Suatu ketika, saya pernah berhadapan dengan suatu masalah yang sukar untuk diselesaikan, akhirnya saya mengadu kepada Allah SWT, bermunajat, bersolat hajat – ahkirnya Allah temukan laluan pada permasalahan yang sukar itu.

      Kerana itu, yang penting wahai sahabat, samada dalam kita mencari ilmu atau mengajar ilmu, keikhlasan adalah sesuatu yang amat penting. Jika kita tidak dapat mengikhlaskan diri kita (bahawa setiap apa yang kita lakukan itu adalah untuk Allah SWT), maka tentunya pintu hidayah Allah akan menjauh dari kita.

      Wallah hu aqlam
      Salam dari saya
      manmanan

  3. keluar 3 hari tnggalkan urusan dunia (untuk usahakan iman)….hidup cara nabi 3 hari. Jumpa orang cerita kalimah Lailahailallah. Ceritakan kejayaan manusia sejauh mana taat perintah Allah mengikut cara nabi. Jumpa manusia pintu ke pintu, lorong ke lorong. Nak rasa bagaimana peritnya nabi buat dakwah supaya manusia dapat kenal siapakah rabb yg menciptakan kita dan seluruh isi alam.Semoga agama yg sempurna dtg dlm kehidupan. Setiap gerak geri mengikut sunnah nabi bermula dari bangun tidur hingga masuk tandas…

    1. Assalamualaikum,

      Jazakallahu khairan kathira atas pandangan sahabat terhadap penulisan ini dan pandangan dari sahabat ini sesungguhnya adalah merupakan suatu pandangan kreatif yang jitu.

      Tidak ramai yang berkesanggupan untuk melaksanakan apa yang sahabat sarankan ini dan tentunya juga sekiranya kita laksanakannya, kita akan berhadapan dengan pelbagai tohmahan dan kritikan. Begitulah bagaimana kritikan-kritikan yang telah diterima oleh saudara-saudara kita dari Jamaah Tabliq.

      Walau bagaimanapun sahabat, sesuatu yang kita mesti faham sebelum kita melaksanakan apa yang sahabat sarankan ini adalah kita mesti faham benar kenapa kita perlu perbuat yang demikian itu sebab sesuatu yang hendak kita laksanakan hendaklah di dasarkan pada dasarnya yang benar dan betul.

      Kita mestilah bertanya pada diri kita, apakah kebaikan, apakah keburukan dan apakah pula natijah dari perlaksanaan itu. Ingatlah bahawa jika kita membuat sesuatu itu dengan Iman kepada Allah dan sebagai suatu usaha untuk mencapai Taqwa kepada Allah, kebenaran pasti akan terserlah dan kemenangan akan berputik.

      Semuga Allah SWT menunjuki kita ke jalanNya yang benar lagi lurus dan membukakan pintu hidayahNya untuk kita semua. Amin.

      Salam dari saya
      manmanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.