Sunnah Rasulullah (bhg 3)

Ku mulakan penulisan ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sholawat dan salam buat Junjungan yang mulia, kekasih setiap yang beriman, Muhammad Rasulullah SAW

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dengan rahmat Allah SWT dan dengan kekuatan yang dianugerahkanNya, sekali lagi saya dapat mencapai ruang Soleh.net ini dalam usaha untuk menyambung kembali tajuk penulisan saya berhubung Sunnah Rasulullah SAW. Saya berdoa dan amat mengharap semuga Allah menunjuki saya dalam pada saya mulai sehinggalah keakhir penulisan ini.

Sahabat-sahabat dan saudara-saudaraku seIslam,

Di akhir penulisan saya yang lalu, saya kemukakan sedikit persoalan, sebenarnya saya berharap dengan persoalan sebegitu mampu menghasilkan rentetan untuk saya dapat mengenal pasti keadaan dan status sebenar mereka yang mengikuti penulisan saya ini. Bagaimanapun, saya masih belum menerima komentar yang membolehkan saya membuat penyelidikan itu. kerana itu saya meneruskan penulisan ini dengan gambaran umum sahaja.

Pada penulisan yang lalu, di akhirnya saya mengaitkan mengenai hadis Rasulullah SAW yang menyebut bahawa bermulanya Islam itu dalam keadaan dagang/terasing/sendiri dan ia akan kembali kepada zaman keterasingannya dan Rasulullah menyatakan bahawa akan beruntunglah mereka yang mengambil Islam yang sebenarnya ketika zaman keterasingan itu terjadi.

Kerana kita ini sudah pun mengiktiraf diri kita ini sebagai Islam iaitu mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya kekuasaan itu adalah milik Allah SWT dan tidak ada sebarang kekuasaan lain yang mampu mengatasi kekuasaan Allah SWT, maka saya ingin membawa sahabat dan saudara semua, menyelami keadaan mereka yang mengenal Allah SWT ketika zaman bermulanya Islam (ghorib Islam yang pertama). Cubalah kita pejamkan mata dan tajamkan akal, letakkan diri kita duduk bersama-sama dengan mereka yang disebut oleh Al Quran sebagai Ahli Kitab sebelum Rasulullah menerima wahyu Allah SWT. Renungkan dengan jiwa yang bersih, adakah sama keadaan mereka dengan keadaan kita sekarang ini?

Jika kita dilahirkan di zaman itu, bapa kita ahli kitab, ibu kita ahli kitab dan kita otomatik adalah ahli kitab walaupun sebenarnya kita sendiri tidak pernah mengetahui apakah isi kitab – bukankah sama dengan kita sekarang ini, bapa kita Islam, ibu kita Islam dan otomatiknya kita adalah Islam walaupun kita hanya tahu membaca tetapi tak pernah tahu apakah isi kandungan Al Quran?

Jika kita diketika itu, bapa kita mengatakan bahawa kita mesti membuat begitu dan begini, ibu kita pula menegah kita membuat begitu dan begini dan kita pula dihantar ke gereja untuk mempelajari al kitab. Kita pun tunduk patuh dengan arahan itu dan kita pun mengenali tuhan dengan apa yang diajarkan kepada kita. Kita pegang hal itu dengan kuat sekuat-kuatnya, kita mengharap akan mendapat syurga Allah selepas kematian kita nanti. Kita akan menentang sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa pegangan kita itu tidak benar atau pegangan guru kita tidak benar. Jika pula ada di antara ahli kitab yang berfahaman tidak seperti fahamnya kita, kita akan menolak mentah-mentah mereka itu dan jika ada yang mengatakan kita ini salah, kita sanggup membunuh orang yang mengatakan kita ini tersalah walaupun pada hakikatnya orang yang mengatakan kita ini tersalah  itu sebenarnya betul? (seperti mana ahli kitab membunuh para nabi yang diutuskan kepada mereka). Adakah sama hal itu dengan keadaan kita sekarang ini? Cuba renungkan dengan ikhlas! Renung dengan kebenaran! Adakah sama antara kita dan mereka?

Jika kita diketika itu, kita menjalankan ibadah kita dengan taat, disuruh kita ke gereja kita akan ke gereja pada setiap hari ahad. Di suruh kita membaca kitab kita pun membaca kitab dan kita antara mereka yang benar-benar berpegang teguh dengan amalan kita. Kemudian di suatu negeri yang kafir, yang tidak pernah mengenal tuhan, tidak tahu siapakah Allah, dari kalangan mereka yang banyak melakukan maksiat, membunuh anak perempuan, menjual perempuan-perempuan mereka dan duduknya mereka itu di suatu kawasan yang jauh dari ketamadunan, saling berperang dan berbunuhan. Di situ timbul seseorang yang mengakui membawa kebenaran dan menidakkan amalan kita selama ini. Rasanya apa yang akan kita katakan mengenai pembawa kebenaran itu? Adakah kita akan mengikuti, mempelajari atau menolak terus setiap patah perkataannya?

Jika kita dapat membayangkan keadaan itu, jika kita dapat membawa diri kita untuk berada sebagai seorang ahli kitab pada situasi yang sebegitu, renungkanlah apa paderi atau ketua paderi atau ulama kita akan perbuat semasa itu? Bagaimana  pula dengan masyarakat kita ketika itu? Apa pula pandangan umum? Apa pula tindakan yang akan dibuat oleh pemerintah ketika itu? Adakah jika situasi itu di bawa ke hari ini, situasinya akan sama? Bertanyalah pada diri kita dengan keikhlasan dan kesungguhan untuk mencari hidayah Allah SWT kerana sesungguhnya, kita sedang berhadapan dengan dugaan dan fitnah yang sangat besar di saat ini.

Sahabat dan saudaraku,

Sesungguhnya, pada saat itu (ahli kitab pada saat kedatangan Rasulullah), jika kita menolak apa yang di bawa oleh Muhammad tanpa sebarang pengetahuan, tentunya kita akan menjadi manusia yang sangat rugi. Jika kita meletakkan nafsu kita berada di atas akal kita dengan mengatakan bahawa Muhammad itu nabi yang palsu, tentunya kita akan menjadi penentang Allah SWT. Jika kita mendengar kata-kata ketua paderi kita tanpa sebarang usul periksa, tanpa sebarang keterangan dan pernyataan, tentunya kita juga akan menjadi manusia yang rugi. Sewajarnya jika kita dalam keadaan itu, kita sepatutnya memohon petunjuk dari Tuhan kita, menilai setiap apa yang dibawakan dengan ilmu dan dengan fikiran yang terbuka tanpa terikat dengan faham perkauman, faham “kita sahaja yang benar” atau faham “kita buat mengikut apa yang bapa kita buat”, tentunyalah kita akan dapat menerima Muhammad dan mengikuti apa yang disarankannya.

Ingatlah! Jangan jadi mereka yang mengikuti dengan cara membuta tuli, jangan jadi mereka yang membenarkan tanpa ilmu pengetahuan dan jangan jadi mereka yang meletakkan kepentingan lain melebihi kepentingan penghambaan kepada Allah SWT. Jika kita berbuat demikian, samalah kita dengan ahli kitab di zaman Rasulullah SAW. Perjuangan kita menjadi sia-sia, keikhlasan kita terbuang sebegitu sahaja dan kebenaran akhirnya menjauh dari kita. Sama-samalah kita memunajatkan doa, agar Allah memberikan hidayahNya dan membukakan jalan yang selama ini tertutup dihadapan kita.

InsyaAllah, pada penulisan akan datang, jika Allah SWT mengizinkan, kita akan mulai mengupas mengenai kebenaran Muhammad SAW, mengenai jalan sunnah yang sepatutnya kita lalui dan mengenai permasalahan besar yang sedang kita hadapi. Yang baik itu sesungguhnya adalah dari Allah SWT dan yang sebaliknya itu adalah dari kesilapan diri saya sendiri. Wallah hu aqlam.

Sambut salam dari saya: Manmanan.

Komentar

comments

4 thoughts on “Sunnah Rasulullah (bhg 3)”

  1. blog ini bgus krana mmberi kesedaran tntang pentingnya islam di dlam diri stiap insan yg bergelar muslim.saya hrap blog ini trus mningkatkan mklumat tentang islam………

  2. sebagai seorg anak muda..sy juga kadg2..agak lalai…dlm mnjalankan tugas sebagai seorg Muslim..yg memg betul..mgkin kt dilahirkan automatik Islam…jd kt x bnyak mncari..seperti org yg baru memluk Islam…hati mereka lagi bersih dr hati kt..tu sebab..org bukan Islam br bape bln convert dh blh bc quran..tp kt..dh bertahun Muslim..tp x pandai2 bc quran..knp?

    1. Terima kasih atas pandangan saudari pada penulisan saya di soleh.net. Yang baik itu sesungguhnya adalah dari Allah SWT dan yang sebaliknya itu adalah dari salah faham saya sendiri.

      Memang benarlah, dengan muslimnya kita kerana bapa dan ibu kita adalah muslim telah banyak menyebabkan kita lalai dalam mencari ilmu yang bermunafaat untuk diri kita sendiri.

      Suatu masalah yang lebih besar lagi adalah kerana kita di sogokkan dengan ilmu-ilmu tanpa penyogokan IMAN. Sesungguhnya pemerolehan ilmu tanpa penyogokan Iman telah menyebabkan banyak di antara kita yang mampu menjadi pemikir pemikir hebat tetapi fikiran yang lahir itu membawa kepada kesilapan yang sangat besar.

      Di sana kita melihat betapa ramai manusia Islam yang murtad, di sana kita melihat betapa ramai manusia Islam yang keliru dengan agamanya sendiri. Di sana kita melihat betapa ramai manusia yang tahu solat tetapi tidak solat, tahu membaca quran tetapi tidak pernah membaca quran, berpuasa tetapi tidak tahu kenapa dia berpuasa.

      Di sana kita melihat jutaan pemuda dan pemudi Islam yang mengaku bahawa mereka berugama Islam tetapi jalan hidup mereka lebih buruk dari manusia yang jahil tentang Islam. Di sana kita melihat bagaimana berlaku permasalahan besar terhadap konsep nilai dan konsep pemahaman.

      Kerana itulah kita perlu kembali kepada Tarbiah Allah SWT. Kita perlu menjana kembali apa yang dijana oleh Rasulullah. Semuga Allah SWT memberikan limpah kurniaNya kepada mereka yang ikhlas dalam berusaha memperoleh hidayahNya. Amin.

      Assalamualaikum,
      Salam dari saya
      manmanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.