20 Tips Pengambilan Ubat Yang Berkesan

Salam kepada pembaca dan peminat setia Soleh.Net.

Hari ini saya terasa terpanggil untuk post satu entri penting untuk kita mendapat rawatan yang betul dan tepat. Dewasa ini kebelakangan ini sering saja saya berjumpa dengan pakcik2 dan makcik2 yang tahap kesihatannya masih belum bertambah baik walaupun dos dan ubat telah ditinggikan atau digandakan. Dimana silapnya ya??? Cuba kita belajar dari apa yang terdapat dlm entri kali ini. Ayuh.

Setiap rawatan yang diberi oleh seseorang doktor kepada pesakitnya senantiasa diharapkan dapat mendatangkan hasil yang positif. Walaubagaimanapun, kejayaan sesuatu rawatan itu bukan hanya terletak kepada hebat atau mahalnya sesuatu ubat itu. Namun, ia juga bergantung kepada kepatuhan (compliance) kita terhadap cara pengambilan ubat yang betul dan juga usaha kita untuk mengelakkan kesilapan daripada berlaku.

Oleh yang demikian,  semasa kita di dalam tempoh pengambilan sesuatu ubat, terdapat beberapa perkara yang perlu kita jadikan amalan bagi mendapatkan manfaat yang lebih daripada ubat-ubatan yang kita ambil.

Di sini dikongsikan 20 petua mengambil ubat yang anda boleh ikuti:

  1. Baca label pada bekas ubat sebanyak tiga kali: (1) sebelum ambil bekas ubat daripada ruang penyimpanan, (2) sebelum mengeluarkan ubat daripada bekasnya dan (3) sebelum meletakkan bekas ubat itu ke tempat asalnya. Pastikan ubat yang anda makan itu adalah ubat yang betul.
  2. Jangan sekali-kali mengambil dan memakan ubat di dalam gelap walaupun anda tahu untuk mencarinya.
  3. Jika anda perlu menggunakan alat atau bekas penyukat di rumah untuk mendapatkan dos yang tertentu, pastikan bekas yang digunakan itu tidak bertukar-tukar. Ini kerana sudu, cawan atau gelas di rumah berbeza-beza saiznya. Sila dapatkan kepastian  daripada Pegawai Farmasi atau staf Farmasi berkenaan sukatannya terlebih dahulu.
  4. Letakkan botol ubat di tempat yang lapang dan selamat. Elakkan bahagian sudut atau penjuru supaya tidak terjatuh akibat tertepis.
  5. Apabila ingin mengeluarkan ubat cecair dari botolnya, tuangkan botol ubat itu dengan lebel botol berada pada bahagian tapak tangan yang memegang botol itu. Ini bertujuan untuk mengelakkan cecair ubat itu meleleh dan menjejaskan tulisan pada lebel.
  6. Goncang dahulu botol ubat minum terutamanya bagi ubat jenis suspensi (serbuk-serbuk kasar) sebelum dituangkan. Ini bertujuan supaya isi kandungan dan dosnya bercampur dengan sekata.
  7. Jika anda mengambil ubat dengan meminum air, pastikan anda minum segelas penuh air itu. Kuantiti air yang kurang akan menyebabkan ubat kurang berkesan. Ia juga boleh mengakibatkan ketidakselesaan pada tekak jika ubat tidak masuk sepenuhnya ke dalam perut.
  8. Jika anda diganggu semasa ingin mengambil ubat, bawa botol ubat tersebut bersama anda atau letak di tempat yang jauh dari jangkauan kanak-kanak. Ini untuk mengelakkan kanak-kanak daripada mengambil ubat anda tanpa disedari. Apabila kembali, periksa semula lebel ubat dan pastikan anda memakan ubat yang betul.
  9. Jika anda sukar untuk menelan ubat, anda boleh memecahkan atau membuka sarung kapsul ubat untuk dicampur ke dalam makanan atau minuman anda. Namun, AWAS! Sesetengah ubat tidak dibenarkan untuk dihancurkan. Oleh yang demikian, anda perlu bertanya kepada doktor atau Pegawai Farmasi anda terlebih dahulu.
  10. Sila ikut sebarang arahan mengenai cara pemakanan yang tertentu yang diberikan oleh  doktor atau Pegawai Farmasi anda.
  11. Ubat yang dibekalkan untuk anda adalah khusus untuk anda berdasarkan kepada keadaan kesihatan anda sekarang. Oleh itu, jangan berkongsi atau memberi ubat berkenaan kepada orang lain.
  12. Bagi mengekalkan keberkesanan ubat anda, pastikan ubat-ubatan tidak diletakkan atau disimpan di tempat yang terdedah kepada pancaran matahari dan haba yang melampau. Jangan sesekali membiarkan ubat anda di dalam kereta jika anda memarkir kereta diwaktu panas terik.
  13. Jika sekiranya anda dapati yang anda telah tersilap makan ubat atau terlebih jumlahnya, hubungi segera  doktor atau Pegawai Farmasi anda segera. Jika anda di dalam kecemasan anda boleh hubungi mana-mana hospital yang terdekat.
  14. Setelah anda selesai mengambil ubat anda, tandakan pada kalendar untuk mengelakkan dos yang berganda. Anda juga diingatkan supaya peka terhadap perubahan-perubahan aneh pada diri anda seperti warna dan jumlah air kencing, peluh, berat badan, batuk, suhu badan, degup jantung atau apa sahaja perkara yang diarahkan oleh doktor untuk dipantau semasa mengambil ubat anda itu.
  15. Cuba untuk mengambil ubat anda pada masa yang tetap. Kelewatan atau terawal setengah jam selalunya tidak memberi apa-apa kesan. Sekiranya, anda telah terlewat beberapa jam dan semakin hampir dengan waktu pengambilan dos seterusnya, semak sebarang arahan yang telah diberikan kepada anda. Jika tiada, sila bertanya kepada  doktor atau Pegawai Farmasi anda.
  16. Semua ubat mempunyai tarikh luput yang tersendiri. Selepas tarikh yang dinyatakan itu, keberkesanan dan keselamatan bagi kebanyakan ubat tidak lagi terjamin. Oleh itu, anda perlu sentiasa peka terhadap tarikh luput ubat anda. Jika anda tidak pasti, sila bertanya kepada anggota Farmasi tentang tarikh luput ubat anda. Bagi sediaan ubat minum, tarikh luputnya ialah 30 hari selepas botol mula dibuka. Jadi, jangan disimpan ubat berkenaan selepas tempoh itu.
  17. Ubat yang telah tamat tarikh luputnya mestilah dibuang melalui aliran tandas kecuali diarahkan sebaliknya. Anda juga boleh memulangkan ubat yang telah luput tarikh itu kepada petugas di kaunter Farmasi Pesakit Luar untuk dilupuskan.
  18. Ubat yang berlebihan dan masih boleh digunakan lagi boleh dipulangkan semula ke kaunter Farmasi Pesakit Luar.
  19. Jika ubat anda diurus oleh orang lain (contohnya anda dimasukkan ke dalam wad) pastikan anda bertanya apakah yang anda sedang alami dan maklumkan apa yang anda tahu tentang rawatan ubat anda sebelum ini. Jika sebelum ini anda kerap mengambil 1 biji sahaja dan bukannya 2 biji, sila maklumkan juga. Jika anda rasakan anda menerima  ubat yang salah, jangan ragu-ragu untuk mendapatkan kepastian daripada doktor anda. Anda perlu sentiasa melibatkan diri di dalam proses rawatan anda.
  20. Pada masa kini, terdapat banyak hospital atau organisasi-organisasi yang lain menyediakan perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan apabila pesakit ingin didiscaj daripada wad. Jika anda atau keluarga anda telah bersedia untuk pulang ke rumah, anda boleh bertanya kepada kakitangan hospital untuk mendapatkan perkhidmatan berkenaan.

Sebagai penutup, sebagai umat Islam. Kita harus yakin bahawa semua ketentuan penyakit dan sembuh bukan kerana ubat tetapi Allah. Ubat hanyalah medium antara kita dengan ketentuan pencipta kita. Wallahualam. 🙂

Komentar

comments

6 thoughts on “20 Tips Pengambilan Ubat Yang Berkesan”

  1. Ubat yang berlebihan dan masih boleh digunakan lagi boleh dipulangkan semula ke kaunter Farmasi Pesakit Luar?
    bagaimana jika ubat itu disimpan untuk kegunaan masa depan?
    nie banyak berlaku kan..ader apa-apa implikasi ke?

    1. Salam.. mcm ni, setiap ubat yang dibeli oleh hospital untuk pesakit dikira inventori yang laris. maknanya akan sentiasa bergerak.. tetapi kadang kala ubat-ubat ini tidak digunakan sebaiknya oleh pesakit. Ada yang simpan kononnya untuk masa depan, tetapi adakah sesiapa yang melihat akan tarikh luputnya?..so, untuk mengelakkkan pembaziran, sebagai peskit yang bertanggungjawab, mereka hendaklah memulangkannya semula jika berkesempatan contohnya ketika membuat follow-up dengan doktor. Kadang kala ubat-ubat itu tidak lagi digunakan kerana mungkin ada penambahan dos dan penggantian dengan ubat-ubatan yang baru..so, amalan membazir tidak disukai oleh agama kan? 🙂

      1. salam,
        sy nk thu serba sedikit, ap consideration yg dibuat oleh ahli farmasi
        semasa prescribing ubat kepada pesakit?
        faktor berat badan terlibat x?
        bleh jelaskn beza prescribing dan dispensing?
        macam mana nk relatekn kerjaya doktor dan pharmacist?
        soalan agak straight forward krn sy benar2 nak tahu, maaf klu tersalah bhasa..

        1. Urm banyak nyer soalan?..hehe

          Mcm ni:

          1. Consideration pharmacist utk bagi ubat kepada pesakit ada 2.. yang pertama adalah perkara yang umum yg selalu pharmacist buat iaitu kenal pasti pesakit dengan ubat yang betul, pastikan pesakit faham cara2 nak ambil ubat n sebagainya… yg kedua yg khusus seperti berat badan pesakit..ada sesetengah ubat mmg kita kena tau berat badan pesakit utk pastikan dos ubat itu mencukupi..so, pharmacist akan double check dos yg doc telah berikan..jika berlaku kurang dose..anda mungkin mengalami keadaan ‘insufficient treatment’ disebabkan ubat tak cukup..maknanya, kalo anda makan ubat itu, mungkin penyakit anda lambat baik..

          2. Beza precribing & dispensing?
          -prescribing adalah doktornye task.. ala, yg doktor tulis pada prescription sheet tu..itu namanya prescribing..

          -dispensing adalah aktiviti pharmacist memberi ubat kepada pesakit dengan kaunseling yg cukup kepada patient…

          Situasi di eropah: Doktor hanya boleh prescribe dan pharmacist akan dispense
          Situasi di Malaysia: Doktor prescribe n dispense , pharmacist masih hanya dispense.. topik amat berat kerana di malaysia oleh sebab keuntungan doktor masih tidak mahu menyerahkan kuasa dan hak dispense tersebut kepada pharmacist..maybe khuatir klinik mereka tidak untung dgn byk… 😛

          3. mcm mana nak relate doktor n pharmacist? sebenarnya doktor dan pharmacist saling memerlukan… bahasa mudah..jika doktor diagnos pesakit kemudian prescribe medication… pharmacist akan counter check doktor dengan hanya tgk ubat yg di prescribed oleh doktor n cuba diagnos pesakit apa yg pesakit mungkin alami…if doc salah prescribe…pharmacist yg akan buat pembetulan…dua2 entiti ini mmg kena saling tolong menolong untuk beri service yg baik kepada pesakit…. 🙂

  2. Mengikut pengalaman saya, (pengalaman sayalah…personally) kebanyakkan doktor hanya mampu memberi ubat buat penahan kepada kesakitan yang dihadapi. Kalau anda mahu benar-benar pulih (ok), anda kena berusaha dengan ubatan herbal atau tradisional. Bidang saya adalah mengenai masalah jerawat dan resdung (terutamanya). Jadi, untuk sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan ini, saya cadangkan agar anda luangkan sedikit masa mendalami blog saya ini:

    atasi masalah jerawat dan resdung di firnena.com

    Semua teknik rawatan menggunakan kaedah semulajadi, herbal dan mampu lakukan sendiri. Teknik ini akan menolong memulihkan sel-sel rosak, membersih kuman serta membina darah baru. Tiada unsur dadah atau kimia digunakan (kita tinggalkan unsur dadah, antibiotik kimia kepada doktor. Mereka lebih pakar). Dengan ini, saya harap dapat membantu.

    Semoga sukses!
    Firnena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.