Apakah itu sembelit? Seriuskah ia atau tidak….

Salam semua..

Ini adalah entri saya yang pertama untuk memulakan langkah kanan..

Alhamdulillah kita sudahpun menyambut Hari Raya Aidil Fitri minggu lalu. Kini bulan Syawal masih lagi ada lebih kurang 20 hari. Seharusnya kita sudah mula memulakan rutin harian kita seadaanya. Jika ada pembaca yang masih dengan mood raya.. tiada salahnya untuk kita mengenal erti rehat daripada makan berlebihan dan tidak bermakna.

Tajuk entri kali ini adalah sembelit. Mungkin pembaca setia Soleh.Net ada yang mula mengalami masalah ini sekarang. Selepas membelasah rendang, lemang mahupun ketupat šŸ˜› Ā Apakah itu sembelit?

Sembelit merupakan kepayahan dalam membuang air besar atau membuang air besar yang tidak kerap dan tidak sempurna (complete). Selalu rasa masih ada lagi yang mahu dibuang tetapi payah. OK, kebiasaanya pesakit yang mengalami masalah ini selalu merasakan najis mereka keras, terasa sakit ketika proses pembuangan dan selalu merasakan incomplete feeling of passing the stools.

Simptom lain yang mungkin dialami oleh pesakit adalah kembung perut dan tidak selesa.

Siapa yang boleh ter’kena’ sembelit?

Perlu diingatkan disini bahawa maksud sembelit ini mungkin bervariasi dan mengikut individu. Ini bermakna, ada org yang merasakan keadaan kembung perut dan tidak selesa itu normal. Dan ada yang tidak pernah mengalami kembung perut dan merasakan itu adalah simptom sembelit. Mana satukah yang betul? mari kita memahimnya lagi…

Sembelit berbeza untuk orang yang berbeza. Ramai yang beranggapan mereka mengalami sembelit jika tidak terdapat pergerakan usus mereka setiap hari. Walaubagaimanapun, tiada satu bilangan yang tepat untuk menentukan pergerakan usus yang normal. Pergerakan usus yang normal kebiasaanya adalah bermula daripada 3 kali sehari sehingga 3 kali seminggu bergantung kepada fisiologi manusia.

Sembelit adalah masalah sistem penghadalam yang biasa. tetapi lebih banyak dialami oleh perempuan, kanak-kanak mahupun orang tua. Lebih-lebih lagi orang tua berumur 65 tahun keatas dan perempuan mengandung.

Sebab-sebab kenapa anda dan saya pernah kena sembelit?

  • Diet rendah fiber.
  • Kekurangan bendalir dalam badan. (tak cukup minum air la ni…)
  • Corak permakanan yang berubah.
  • Ubat-ubatan.
  • Kekurangan senaman. (ini masalah sejagat ni…. :))
  • Perubahan fisiologi badan seperti penuaan danĀ mengandung.
  • Immobility (Cth: pesakit kronik yang hanya duduk atas katil sepanjang masa)
  • Sikap tidak endah akan pentingnya pergerakan usus sendiri. (takkan usus orang lain pulak ye tak…:))
  • Penyalahgunaan ubat julap.

Rawatan kendiri (self care lah ni…)

Sembelit yang tidak disebabkan oleh penyakit boleh diubati dengan ubat-ubat OTC (over the counter) yang boleh didapati di Farmasi dan tidak memerlukan preskripsi doktor, ubah cara pemakanan dan kehidupan.

  1. Diet
  • Tingkatkan pengambilan fiber dalam makanan (20 hingga 35 grams setiap hari). Ini boleh membantu melembutkan najis disamping menormalkan pergerakan usus yang sekaligus dapat mengembalikannya kepad normal.
  • Makanan yang tinggi fiber adalah seperti sayur-sayuran, cereals, oats dan buah-buahan. Pengambilan makanan tinggi fiber i ni perlu berperingkat-peringkat untuk mengelakkan kembung perut dan kentut.
  • Paling penting. Pengambilan fiber ni kena dengan minum air yang banyak.

2.Ā  Ubah cara hidup.

  • Ubah cara hidup boleh merawat dan mencegah sembelit. Minum air dengan banyak dan bendalir lain sebagai contoh: Jus buah-buahan, Sup, buah-buahan dan Jus sayur-sayuran.

3.Ā Ā Ā Senaman

  • Senaman yang tetap boleh mengembalikan pergerakan usus yang normal. Bagi pesakit yang selalu terbaring dan duduk diatas kerusi tolak, mengubahkan posisi badan secara kerap juga amat penting untuk mengaktifkan pergerakan usus.

4.Ā  Ubat-ubatan

  • Penggunaan julap ataupun enema tidak digalakkan untuk sembelit yang sederhana tahap keseriusannya. Julap dan enema hanya digalakkan kepada mereka yang dah cuba buat 3 cara diatas tetapi tiada perubahan.
  • Julap (laxative)Ā digunakan untuk merawat sembelit. Boleh didapati dalam bentuk tablet, sirup dan capsule. Penggunaan julap yang bersesuaian haruslah mendapat nasihat dan bimbingan doktorĀ atau ahli farmasi.

Huh… cukup dulu setakat untuk kali ini. Sebarang komen mahupun pandangan amatlah dialu-alukan. Saya akan cuba untuk menghantar entri 1 kali seminggu. InsyaAllah..

Komentar

comments

11 thoughts on “Apakah itu sembelit? Seriuskah ia atau tidak….”

  1. Assalamualaikum w.b.t.
    syukran jazilan atas ilmu yang dikongsi..bukan senang nak dapat ni=)
    tapi ramai orang kalo sakit mesti 1st ubat yang terfikir paracetamol@panadol..pening2 pun mesti nak cari panadol. is it the best “pain killer”?side effects ada x?kalo ada, sangat bahaya x?selain paracetamol da x yang leh jadi pengganti?

  2. Wasalam..mmg itupun tujuan saya pun. Utk semua pembaca blog berkongsi pendapat dan maklumat. Kenapa org pilih panadol? sebab senang didapati…xbyk side effects…utk pain killer yang lain mmg ada..tp terlalu byk..nanti saya akan uraikan utk topik yang akan dtg k. šŸ™‚

  3. Sembelit ok lagi… kalo terceret.. hehehe

    kalaulah masa terceret tu kite ada kat kedai mamak warung pak man?
    Agak2 ape korang buat ? hahahaha.
    tapi baik jaga pemakanan. makan betik dan pisang bebanyak

  4. salam…
    dewasa ini..doktor-doktor di hospital, klinik kerajaan mahupun swasta..begitu gemar sekali memberi pesakit ambil antibiotics (AB) untuk mengelakkan secondary infection katanyer… (minta tuan pharmalif tlg huraikan ler..)

    masalahnyer…pengambilan antibiotis ni mmg ok tapi…antara sedar dgn tidak…ianya juga akan membunuh bateria yang baik yg terdapat dalam usus kita..iya sejak kecil lagi kita dah mula makan AB nih…bayangkan badan kita mmg kekurangan bakteria ini sejak kecil maka lahirlah generasi kurang sihat….bermasalahan dalam sistem penghadaman dsb disebabkan ketiadaan bakteria ini..(good bakteria)…

    Kajian terkini…menceritakan hampir 85% punca penyakit dari usus….atau lebih tepat lagi usus yg tidak sihat. Akibatnya berlakulah gejala sembelit….cirit birit…pedih hati..heart burn..gastroentritis dsb..

    Saranan saya …cari dan amalkan mengambil probiotics yg HALAL. Amalkan supaya sistem penghadaman kita OK.

    Wallahulam..

    minta tuan pharmalif (lebih arif/pakar dalam ubatan) ulas lebih lanjut pasal probiotics ni…boleh kita kongsikan…

  5. salam…
    dewasa ini..doktor-doktor di hospital, klinik kerajaan mahupun swasta..begitu gemar sekali memberi pesakit ambil antibiotics (AB) untuk mengelakkan secondary infection katanyer khasnyer kepada broad spectrum AB (mudah kerja mereka seme bacteria boleh sapu sekali hehe)….minta tuan pharmalif tlg huraikan ler..

    masalahnyer…pengambilan antibiotis ni mungkin ok tapi…antara sedar dgn tidak…ianya juga akan membunuh bateria yang baik yg terdapat dalam usus kita..iya sejak kecil lagi kita dah mula makan AB nih…bayangkan badan kita mmg kekurangan bakteria ini sejak kecil maka lahirlah generasi kurang sihat….bermasalahan dalam sistem penghadaman dan sebagainya disebabkan ketiadaan bakteria ini..(good bakteria)…

    Kajian terkini…menceritakan hampir 85% punca penyakit dari usus….atau lebih tepat lagi usus yg tidak sihat. Akibatnya berlakulah gejala sembelit….cirit birit…pedih hati..heart burn..gastroentritis dsb..

    Saranan saya …cari dan amalkan mengambil probiotics yg HALAL. Bagi membantu menggantikan apa yang hilang..Amalkan supaya sistem penghadaman kita OK. Dan percayalah….ramai yang udah sembuh dari berbagai penyakit usus, kurus, tidak sihat, lesu-lesu malah bermacam-macam laie..hanya dengan membaikpulih sistem penghadaman..insyallah..

    Wallahulam..

    minta tuan pharmalif (lebih arif/pakar dalam ubatan) ulas lebih lanjut pasal probiotics ni…boleh kita kongsikan…

    1. Salam hegu dan semua pembaca…

      Mcm ni. Isu penggunaan probiotik mmg sekarang ni agak ‘hot’ memandangkan kebaikan yang terdapat pada bakteria yang kita kategorikan sebagai bakteria baik tu. Sepanjang pengalaman saya, saya juga pernah membuat ujikaji bakteria sewaktu tahun akhir pengajian degree farmasi saya. Research saya lebih ke arah mencari bakteria yang bagus untuk diekstrak dan jika berpotensi boleh dikomersialkan oleh diary company..untuk itu, company yakult ada memberi saya sampel bakteria yang terdapat dalam minuman terebut utk dibuat ujikaji.. bakteria yang saya ekstrak adalah daripada tapai. rupanya bakteria probiotik daripada tapai juga sama baik dgn bakteria probiotik dalam yakult. cumanya bakteria daripada tapai tersebut belum dibuat pengkulturan.

      Ok, berbalik pada isu ini, saya mencadangkan agar semua pembaca menilai semula gaya hidup dan pemakanan seharian kita. jika kita mendapati kita sering miss makanan yang berkhasiat, adalah lebih baik kita mengambil supplemen untuk tambahkan zat nutrisi yang berkurangan. Probiotik? hanya membantu dalam perkumuhan dan sistem penghadaman. Idea yang mengatakan doktor sering memberi antiniotik untuk semua rawatan adalah salah sama sekali. Jika adapun, mungkin segelintir yang tidak beretika. Sebagai contoh, jika kita selsema, seelok2nya kita tunggu selama 2 minggu sebelum berjumpa doktor..jika sakit demam belum kebah barula berjumpa doktor. Kerana apa? jika jangkitan yang menyebabkan demam itu adalah daripada virus..badan kita yang sihat sepatutnya berupaya untuk melawan dan membunuh virus tersebut secara natural..oleh itu, kita tidak perlu berjumpa doktor… jika selepas 2 minggu tidak kebah, besar kemungkinan adalah disebabkan bakteria, dengan itu barulah bersesuaian berjumpa dengan doktor dan mengambil antibiotik yang terlibat. Bagamaina nak tahu bakteria atau tidak, satunya mcam saya ckp td.. tempoh masa..kedua jika start batuk berkahak, mmg sah dijangkiti bakteria…

      Apa yang terjadi dengan masyarakat sekarang adalah…bila demam sket je jumpa doktor..doktor pulak taknak tanya banyak…terus kasi antibiotik yang boleh menambahkan keuntungan klinik diorang..jika doktor tanya sudah berapa lama demam dan kita jawab tak sampai 2 minggu lagi..mungkin doktor tersebut tak bagi antibiotik dan mungkin hanya panadol dan vitamin (again nak untungkan klinik)… so, sebagai pesakit yang bijak..kita harus bertanya dgn detail kepada doktor kerana ini adalah hal kesihatan kita…. so jadilah pesakit yang benar2 tahu akan kehendak dan expectation diri sendiri…

      Semuanya bebalik kepada diri sendiri…jika semua ni kita dapat buat, maka tidak terjadilah probiotik dalam sistem penghadaman kita merosot disebabkan mati dibunuh oleh antibiotik yang diberikan..dan kita juga boleh save duit utk tidak membeli supplemen yang ada probiotik kerana ianya mahal unless kalo korang mampu…hehehe…. tepuklah dada, tanyalah selera…. šŸ™‚

  6. Maka amalan salah doktor-doktor diluar sanalah yang kerap berlaku…pehatikan petisejuk di umah abang akak kita..penuh dgn bermacam antibiotic syrup ~ kuning, hijau, merah.. kesian anak anak sudara kita…paling tidak sebulan sekali kena serangan patogen hehe…demam batuk selsema.. and may i ask…in a year, baper kali anak-anak kita ‘dipaksa’ mangambil antibiotics?

    Takleh nak tepuk dada…dada…batuk thehehe…

    1. boleh la dikatakan sebegitu..tapi tidak semua mcm tu..kalo yg benar2 profesional..xkan dibuaat begitu…

      dlm setahun berapa byk amik antibiotik??? bergantung kepada penyakit, sebab dan relevannya antibiotik tu diberikan la. Kalo anak sihat, xyah antibiotik.. kalau baby kecil lain, tp kalau kanak2..mcm yg saya terangkan…

  7. Untuk menambah fiber senang citer mesti ada balance diet tetiap ari. fiber dtg drp sayur-sayuran, buah-buahan & wholegrain products.
    so, setiap kali makan nasik tghri & malam tu, makanla sayur samer..sayur bagi ade 2 jenis (cth yg berdaun hijau carrot, dsb).. pastu makan buah 1 hidangan. buah paling tinggi fiber is actually jambu batu, iaitu buah tempatan kita.

    – if wholegrain products cth mcm wholemeal bread, hi-fiber cereals, wholemeal biscuits & brown rice.
    – if malas nak mkn benda2 di atas & duit lebih, bole beli Nutren Fiber, a specialized milk for those having constipation & diarhea.

    Selamat Makan. šŸ˜‰

  8. Anak saya 1tahun 3bln muntah2 da cirit birit…2hari sblum itu saya mmberi die probiotik protct jenama kordel yg di sarankan oleh farmasi…soalan saya di dalam keadaan ank saya yg sekarang perlukah saya meneruskan pengambilan probiotik atau mnghentikkan dulu dan adakan pengambilan probiotik itu punca muntah2 da cirit birit anak saya..?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.