Anda Mahu Jadi Kaya???

Salam kepada semua..

Untuk entri kali ni saya cuba nak bawa anda pembaca yang setia di Soleh.Net untuk berfikir sejenak apakah matlamat hidup kita di dunia?.. Ramai yang akan mengatakan matlamat hidup mereka untuk jadi kaya, senang lenang, kereta besar, wang ringgit yang banyak dan juga isteri 2 3 org. hehe. Ada yang mengatakan hidup mereka didunia ini hanyalah untuk mencari keredhaan supaya boleh memasuki syurga dengan cepat tanpa melalui azab api neraka.

Berbalik kepada topik kali ini, saya telah didatangi oleh sahabat yang mengajak untuk memulakan bisness. Bisness apa? saya tak pasti. Bila diminta untuk dia menerangkan, dia enggan tetapi insist saya untuk berjumpa dengan ‘kawan’ dia yang ‘sudah berjaya’. Sememangnya saya kurang gemar pendekatan yang sebegini. Daripada perbualan saya dengan dia, dia sering menceritakan kejayaan kawan-kawan lain yang telah join bisness tersebut. Antara soalan yang diutarakan kepada saya adalah.. ‘Kau tau mau ke hantar mak ayah ko pegi haji?’‘apa matlamat hidup ko..xkan nak mcm ni je kais bulan makan bulan…kita kena ada sumber pendapatan yang kukuh supaya boleh bantu bangsa dan agama kita’…. Itu antara ungkapan dia. Semestinya kita akan rasa tercabar bila diutarakan soalan sebegitu, lebih2 lagi soal nak menghantar mak ayah pegi haji. Sudah tentulah kita mengkehendakkan yang sedimikian rupa. betul x?

Tetapi kita digasak dengan soalan bila dan secepat mana kita boleh hantar mereka ke tanah suci… Persoalannya, kita sudah ada cara sendiri mcm mana kita nak menguruskan kehidupan kita. Sekiranya pendapat kita hanya 4 digit sahaja. Kita hiduplah bersederhana. Tidak perlu untuk berperasaan sedikit riak dan takabbur.

Bebalik kepada kawan saya tadi, dia seorang perempuan. Namun, selepas dia mengikuti bisness tersebut saya dapati prestasi kerja dia merosot. Bagaimana saya tahu?..sebab dia under command saya di tempat saya bertugas. Siang malam ajak saya dengar T-party la, Meeting sana sini la..mcm2. Saya akui itu tempat mereka brainwash prospek. Perangkap prospek dengan soalan2 ‘cepu emas’ seperti contoh diatas. Satu persoalan saya, prospek2 mereka ini kadang2 yang baru hendak mulakan hidup, baru bekerja tetapi disuruh meletakkan modal sehingga rm 40 k untuk mulakan perniagaan dan mendapat pulangan lumayan secepat mungkin. Wang keahlian belum dikira lagi. dari manakah modal itu didapati?? Ya, melalui pinjaman bank, kawan dan juga famili..

Saya rasa sakit hati sangat bila mengenangkan org yang kesempitan duit tetapi telah terjebak kerana terperangkap kata-kata fantasi mengikuti bisness ini yang kebanyakannya dari penelitian saya tidak bertambah baikpun taraf kehidupan mereka. So, lagi banyak la masalah yg akan menimpa nanti. Hutang bertambah dan mula masalah sosial berlaku. Prestasi kerja berkurangan di pejabat.

Soalan lagi. Adakah kita sebenarnya ikhlas dengan tanggungjawab kita yang hakiki di tempat kerja?? Adakah kita melakukan amanah yang disuruh sebaik mungkin?? Jika ya, tidak mengapa kita join part time diluar, tetapi biarlah yang telus tanpa berselindung disebalik kata-kata manis menjanjikan bintang di langit tinggi.

Kepada pembaca sekalian, tanya lah hati apa kemahuan dan matlamat hidup kita didunia ini sebenarnya? semoga dengan matlamat itu la kita bina titian perjalanan ke tempat yang hendak kita tujui selamanya…InsyaAllah 🙂

Komentar

comments

7 thoughts on “Anda Mahu Jadi Kaya???”

  1. thanx for the info.. pernah gak terkena dgn strategi2 mcm nie..
    alhamdulillah, tidak berjaya join….
    kadang2 bukan join sbb niat nak kaya atau senang, tp sbab member yang beriya mengajak tue…lagi2 kalo member tue ader la bestfriend kan…

  2. ni mesti kes..bio aura…
    ahahah..MLM yg jenis nak paksa org
    saya pun dah kena..x abis2 org cmni
    nak suruh kita masuk,
    orang cmni terdesak imam,
    rezeki ada kt mana2.
    :p
    kalau kita duk desak org, kalau org x redha
    teruk kita nnti rezeki yg dapat

    1. Wei red, lama tak dengar khabar berita! Amacam blog, banyak bagus ka? Ni bukan aku yang tulis ni, pharmalif yang tulis.

      Baru2 ni aku mencari pengganti untuk Soleh.Net, so ramailah yang menjadi penulis cubaan. Ko tak berminat ker?

  3. mmgpun..bila dah bagi duit yang banyak sebagai ‘modal’. mulala gelabah nak kembalikan modal tuh dgn cari prospek…kalo benar ikhlas nak menolong..saya rasa cara sebegini mmg tak baik digunakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.