Salam perkenalan….

Salam kepada semua pembaca setia Soleh.Net

Seperti yang anda semua maklum, Soleh.net merupakan satu wadah untuk kita memperoleh ilmu yang bermanfaat disamping dapat bertukar-tukar pendapat sesama kita. Tidak ketinggalan juga untuk kita kenal mengenal sesama kita yang sememangnya saudara seagama dunia akhirat. InsyaAllah.

Tujuan saya menulis entri ini adalah hanya untuk memperkenalkan diri saya. Sebenarnya selepas membaca web ini mahu diberikan kepada pengendali baru, saya terpanggil untuk menyumbang untuk kebaikan kita bersama. Mungkin isu yang saya akan kupas bukan berorientasikan agama tetapi lebih kepada yang lebih santai dan kesihatan. Saya seorang ahli farmasi berdaftar dan masih bekerja dengan kerajaan.

Saya merasakan mungkin ini adalah peluang yang saya tunggu-tunggu selama ini kerana saya juga berminat dalam penulisan terutamanya blog. Sebagai insan yang tidak mahu terlepas dari arus teknologi, saya juga pernah membuat blog sendiri tetapi memang bukan semudah yang disangka untuk mengekalkannya hit sepanjang masa. Oleh yang demikian, saya rasa bertuah untuk dapat bersama warga penulis di Soleh.net untuk memulakan era baru atau transformasi ke arah kebaikan yang lebih bermanfaat. InsyaAllah.

Sekian dulu buat masa ini. Saya juga mengalu-alukan isu yang semua pembaca mahu saya kupas terutamanya berkenaan ubat-ubatan dan khidmat kaunseling. Jika tida, saya akan menghasilkan entri mengikut kapasiti yang telah saya rancangkan. Terima kasih. 🙂

Komentar

comments

2 thoughts on “Salam perkenalan….”

  1. Salam Ustaz,

    Alhamdulillah ada program seumpama ini diwujudkan. Saya bersyukur kerana telah diberikan peluang untuk berkomunikasi dengan Ustaz.

    Saya sangat berminat untuk sesi kaunseling. Permasalahan yang saya hadapi terlalu berat dan saya dengan niat yg ikhlas dan taubat atas kesilapan yang lepas, ingin berkongsi dan mendaptkan petunjuk kepada penyelesaian.

    Jika Ustaz boleh menolong, insya Allah saya akan ceritakan.
    Wsalam.

Leave a Reply to Ziana Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.