KESILAPAN PEMBERIAN UBAT

Saya ada menerima komen berkenaan peranan pharmacist dalam pemberian/ dispensing ubat kepada pesakit.. Berikut adalah senarai kesilapan yang seseorang ahli farmasi akan cuba elakkan daripada terjadi. Jom, mari kita baca n timba ilmu sedikit ๐Ÿ™‚ :-

Definisi:

Kesilapan yang mengakibatkan pesakit mendapat ubat yang tidak sepatutnya atau salah dosnya, frekuensinya atau cara pengambilannya. (Durgin JM et al., AJHP 1971)

Jenis-jenis:

1. Kesilapan semasa mempreskrib
Pemilihan ubat yang salah (berdasarkan indikasi, kontraindikasi, alahan, rawatan yang sedia ada), dos, bentuk dosej, kuantiti, laluan pengambilan, kekerapan pengambilan atau arahan pengambilan.

2. Kegagalan pengambilan ubat
Kegagalan untuk memberi dos ubat yang telah dipreskrib sebelum dos yang seterusnya diambil seperti yang telah dijadualkan.

3. Kesilapan masa pengambilan ubat
Tidak memberitahu pesakit atau maklumat yang diberi salah berkenaan masa ubat sepatutnya diambil.

4. Pemberian ubat pesakit lain
Mengambil ubat yang dipreskrib oleh doktor kepada pesakit lain.

5. Kesilapan dos
Pengambilan ubat yang dosnya lebih tinggi atau kurang daripada yang sepatutnya.

6. Kesilapan bentuk dosej
Pengambilan ubat yang sepatutnya diberi dalam bentuk dosej yang lain.

7. Kesilapan teknik pengambilan
Prosedur atau teknik pengambilan ubat yang tidak betul (salah laluan, tempat pemberian atau tempoh pengambilan).

8. Kesilapan penyediaan ubat
Ubat disediakan di dalam keadaan salah formulasi atau manipulasi sebelum pemberian ubat dilakukan (salah pencairan atau pembancuhan, pencampuran yang tidak โ€˜compatibleโ€™).

9. Penggunaan ubat luput tarikh
Pemberian ubat yang telah terkompromi integriti dosnya.

10. Kegagalan pemantauan terapeutik ubat
Kegagalan untuk menggunakan data klinikal atau makmal yang sepatutnya bagi tujuan menilai tindak balas pesakit terhadap rawatan yang diberikan.

11. Ketidakpatuhan pesakit
Sikap pesakit yang tidak megikut arahan dan regimen yang dipreskribkan.

Komentar

comments

10 thoughts on “KESILAPAN PEMBERIAN UBAT”

    1. Oo develop..mcm ni..pharmacist tidak dibenarkan untuk memberi ubat-ubatan oral kepada pesakit tanpa benar-benar faham dan pasti punca penyakit pesakit terbabit. tapi ada sesetengah ubat OTC (Over the counter) cth: ubat batuk, cream kulit dan supplemen dibenarkan. Jika ubat-ubat yang ‘more advance’ untuk penyakit kronik, pharmacist hanya dibenarkan untuk supply selepas mendapat prescription daripada doktor. itu sebab doctor n pharmacist kedua2 penting untuk menjamin kesihatan pesakit. Kebiasaan ubat OTC ini tidak mudah terjadinya side effects n jika terjadi pun langkah utama ialah berhenti daripada mengambil ubat terbabit. Pharmacist mempunyai limitation terhadap perkara ini walaupun ada sesetengah pharmacist yang arif tahu ubat apa dan kenapa perlu diambil oleh pesakit berbanding doktor. Itu adalah regulation n law yang pharmacist kena patuh walaupun sehebat manapun pharmacist tuh.. ๐Ÿ™‚ khidmat nasihat boleh le bagi.. ๐Ÿ˜›

  1. salam
    just want to clear up some doubts,,
    doctor,nurse and pharmacists studying human biology, anatomy, pathology and also pharmacology, but why only pharmacist can dispense?
    why some medicine taken after food and some before food?
    and lastly, how dosage give to patient vary?

  2. Salam..
    doctor,nurse and pharmacists studying human biology, anatomy, pathology and also pharmacology, but why only pharmacist can dispense? —–Jawapan: Doctor & Nurse x belajar detail pasal pharmacolgy, itu sebab pharmacist lebih layak dispense.. Pharmacist & Nurse xbelajar detail pasal anatomy and pathology..that’s why doctor diagnose…. Nurse usually in d middle… ๐Ÿ™‚

    why some medicine taken after food and some before food?
    – Jawapan: Because medication vary in many ways like the formulation, technology and purpose.. So, there is a reason why we administered medication varies.

    and lastly, how dosage give to patient vary?
    Jawapan: Setiap org berbeza lemak, status kesihatan diri dan tahap penolakkan terhadap sesuatu ubat..so, org yg ok boleh dapat dose yg biasa. Tp kalo ada masalah, doktor akan prescribe mengikut kesesuaian pesakit

  3. salam..sy std nurse year 3..
    sy nak tnye jka pharmacist ada history terjadinya medication error di malaysia yg boley dibuat kajian??
    we all really need it..i hope all of u can help me to solve diz problem..
    :)..tQ

  4. sya sorng std nurse,nk thu ap akan jadi jika kesalahan pemberian ubatan injection antibiotik diberi secara intravena?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.