Nyalakan Lampu Kenderaan Semasa Hujan

Bertindak dengan bijak, ingatlah insan tersayang!
Bertindak dengan bijak, ingatlah insan tersayang!

Jangan sayang untuk nyalakan lampu kenderaan semasa hujan. Tak kiralah sama ada kereta, motosikal, van, lori, bas dan apa pun jenis kenderaan yang anda pandu, nyalakan lampu kenderaan anda. Kadangkala aku geram dengan orang terlebih jimat ni.

Ini soal keselamatan, bukan soal anda nampak atau tidak. Memanglah waktu malam anda nyalakan lampu supaya anda yang nampak jalan. Tetapi dalam keadaan hujan, bukan anda yang menjadi penyebab, tetapi pengguna jalan raya lain yang MESTI nampak anda.

Ini tidak, mentang-mentanglah pandu kereta perlahan, siang hari, nampak jelas, dan sebagainya, jadi sayang pulak nak nyalakan lampu. Ini dinamakan berjimat tak kena pada tempatnya.

Dalam keadaan sebegitu, banyak perkara boleh berlaku dan boleh menyebabkan kecelakaan. Antaranya kenderaan bertentangan yang memotong tidak dapat melihat kewujudan anda.

Mungkin anda akan kata, dah tak nampak, tak payahlah memotong!

Itu orang, bukan anda. Kalau anda berada di tempatnya, mungkin itulah yang anda lakukan. Tetapi kalau bukan anda di tempat tersebut, adakah bila dah terkena pun anda tetap nak salahkan mereka?

Nak salahkan boleh, nak saman pun boleh. Tapi tiada siapa yang dapat menggantikan apa-apa kecacatan dan kecelakaan yang menimpa diri anda, keluarga anda, kereta anda, lori anda, bas anda, dan nyawa anda!

Fikir-fikirkan! Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

6 thoughts on “Nyalakan Lampu Kenderaan Semasa Hujan”

  1. assalamualaikum,
    terima kasih byk2 atas perlawaan.tak cukup tgn nak handle tugas2 harian yg sedia ada.kalau jd penulis walaupun bukan fulltime, lagi la dapur x berasap(nasib baik dapur kedai berasap)…teringat lagu p.ramli…periuk belanga melayang-layang…askarnya ramai..hehehe..

  2. Tentang hal ini…sya bersetuju sepenuhnya dengan pendapat diatas…Fikirkan tentang keselamatan diri, orang yang kita bawa dan keselamatan pengguna jalan raya yang lain…
    Soal nak berjimat..kene sesuai kan dengan situasi..jika kes ini, nak berjimat bateri, ini dah menjadi kesalahan sebab tak buka lampu semasa hujan menyebabkan pengguna jalan raya yang lain menghadapi kesulitan atas tindakan berjimat yang tak kene pada tempatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.