Sunnah Rasulullah (bhg 6)

Assalamualaikum sekelian sahabat dan saudara yang mengikuti Soleh.net semuga Allah menunjuki kita ke jalanNya yang benar lagi lurus.

Ku mulakan tulisan ini Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sama-samalah kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dan kekuatan yang datang dariNya, sekali lagi saya dapat menemui sahabat dan saudara-saudara sekelian. Maafkan saya kerana sebegitu lama tidak dapat mengikuti perkembangan Soleh.net dan tidak juga dapat menyalurkan sumbangan buah fikiran. Semuga Allah mengampuni saya di atas kelalaian ini.

Saudara dan sahabat yang dikasihi,

Sepanjang saya berdiam diri kerana kesibukan untuk memenuhi undangan dan tugasan, banyak juga saya menemui dengan sahabat dan saudara kita yang bertanyakan mengenai hal-hal bersangkutan dengan fahaman  yang mereka namakannya dengan  fahaman Wahabi. Banyak yang memprotes fahaman ini dan ada juga yang menyokongnya. Banyak juga saya menerima persoalan untuk saya menentukan samada fahaman ini benar atau salah? hanya yang mampu saya katakan adalah bahawa  Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi yang mengasaskan fahaman Wahabi ini bukanlah seorang yang berilmu rendah sebaliknya beliau adalah merupakan seorang ulama’ yang tersohor juga. Jika hendak dibandingkan antara saya dengan dia, tentu jaraknya terlalu jauh samada dari segi ilmunya atau amalannya. Jadi dengan itu, tidak mungkin saya dapat memberikan sebarang komentar mengenai Imam Muhammad Abdul Wahhab ini apatah lagi untuk menentukan bahawa fahaman ini benar atau salah.

Ada juga yang mengatakan bahawa beliau, iaitu Imam Muhammad Abdul Wahhab ini adalah merupakan ejen kepada kejatuhan sistem kekhalifahan Islam di muka bumi ini dan mereka meminta pandangan saya berhubung dengan perkara itu, maka jawaban saya ialah bahawa saya tidak lahir pada zaman dan ketika beliau melaksanakan misi daqwahnya, bagaimana saya dapat memberikan komentar mengenai perkara itu.

Disebabkan oleh saya begitu berlembut, maka ada juga beberapa saudara seIslam kita yang mendakwa bahawa saya ini adalah sebahagian dari Al Wahabi itu, maka saya menjawab bahawa sesungguhnya persaudaraan itu adalah jauh lebih penting dari kita mencari jalan untuk menambahkan kecelaruan yang telah sedia ada.

Sesungguhnya wahai sahabat dan saudaraku,

Rasulullah tidak pernah menganjur kepada perbalahan sesama kita tetapi menganjurkan jika berlaku sesuatu pertikaian, hendaklah kita kembali kepada Al Quran dan Sunnah Baginda. Ingatlah bahawa umat Islam itu bersaudara, cubit peha kanan akan terasa sakit seluruh anggota tubuhnya. Sesungguhnya persaudaraan sesama kita itu lebih penting dari nafsu kita untuk “menang” .

Semuga Allah SWT menunjukkan kita jalanNya yang benar lagi lurus dan membawa kita kepada “Taufik dan Hidayah”Nya. AMIN.

Komentar

comments

2 thoughts on “Sunnah Rasulullah (bhg 6)”

  1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia Allah SWT kita semuanya masih mampu menghela nafas, masih mampu membaca dan menulis. Semuga Allah SWT melimpahkan untuk kita kekuatan untuk menjadi seorang mukmin yang benar.

    Sahabat yang dikasihi,
    Bagi menjawab pertanyaan saudara ini, cukuplah saya bawakan suatu terjemahan hadis yang antara lain bermaksud:
    “Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, jika kamu berpegang kepada kedua-duanya maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitulah Kitab Al Quran dan Sunnah ku”

    Semuga Allah SWT menunjuki kita ke jalanNya yang benar lagi lurus. Amin

    Salam dari saya,
    Manmanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.