Sakit Mata

Salam perkenalan kepada semua pembaca setia Soleh.Net. Kak Chik ingin memulakan penulisan pertama Kak Chik dengan tajuk sakit mata. Sebelum itu, izinkan Kak Cik bercerita sedikit bagaimana Kak Chik boleh terjebak dengan penulisan Soleh.Net.

Pada mulanya, Kak Chik saja-saja komen di Soleh.Net. Bila komen satu, ada orang jawab. Komen lagi, ada lagi yang jawab. Ada-ada saja pembaca Soleh.Net ni. Lama kelamaan, rasa syok pula berinteraksi di Soleh.Net yang penuh dengan ilmu pengetahuan ini.

Tanpa Kak Chik sangka, rupanya perbuatan Kak Chik telah diperhatikan oleh pentadbir Soleh.Net yang dinamakan ImamKhalid yang kiut lagi hensem itu. Dengan tidak semena-mena, beliau menawarkan Kak Chik untuk menulis di Soleh.Net.

Pada mulanya Kak Chik tak yakin, tetapi setelah diberi sedikit pendedahan tentang penulisan ini, rasanya macam bertambah yakin jer. Oleh itu, marilah kita berbalik semula ke tajuk asal kita, iaitu sakit mata.

Cuti Sekolah sudah hampir ke penghujungnya. Sesi Persekolahan sudah hampir dibuka semula. Anak-anak pun nampak gayanya belum puas-puas lagi bercuti.

Nak dijadikan cerita sekarang ni musim sakit mata, berlawan pula dengan musim kenduri kahwin. Bagi Kak Chik, inilah masa yang paling baik untuk sakit mata itu merebak.

Cara penularan utamanya adalah melalui sentuhan. Tangan yang terkena air mata yang dijangkiti kuman akan mendermakan sebahagian daripada kuman yang terdapat pada tangan tersebut kepada rakan-rakan apabila mereka bersalaman.

Oleh itu sesiapa yang dijangkiti penyakit ini mestilah pandai-pandai kuarantinkan diri sendiri di rumah. Jangan mengada nak curi-curi keluar. Kalau tak, nanti Kak Chik sebat dengan hanger (penyangkut baju laa)!

Gunakan tisu untuk mengesat air mata. Tapi jangan membazir pula, mentang-mentanglah Kak Chik suruh guna tisu, masa ni lah korang nak ambil kesempatan yer. Ingat, membazir amalan syaitan tau.

Bukan susah pun, koyak sikit tisu tersebut, kesat air mata, dan buang. Bahagian yang terkena air mata berbakteria itu jangan dipegang balik, bimbang nanti kumannya terpalit pada tangan, susah nak dikesan tau.

Jika mata terasa gatal elakkan makan makanan yang menggatalkan, untuk mengelakkan pendarahan dalam mata bila sering digosok kerana gatal. Elakkan juga daripada melihat perkara-perkara yang menggatalkan, terutama golongan lelaki (hehehe gurau jer).

Jika perlu pergilah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut di samping mendapatkan ubat titis mata, antibiotik serta penahan gatal.

Sekian, itu sahaja tips kesihatan dari Kak Chik. Sehingga kita berjumpa lagi, wassalam.

Komentar

comments

21 thoughts on “Sakit Mata”

  1. kalau kene sakit mata, jangan tenung mata orang lain sgt2…hehe…saper kene ni mesti kuat skodeng ni…org tua2 dulu cakap la…jgn mare hehehe ;p

    1. salam,
      klu dgn tenung mata org lain,sakit mata boleh berjangkit, kesian doktor2 ni kan.tiap2 hari kena sakit mata.tak kan nak cek mata pesakit, mereka kena pejam mata kot, hehehe..

    1. Jangkitan disebabkan kuman bakteria memang byk tahi mata.Dgn menggunakan antibiotik makan dan titik mata,ia cepat sembuh.Tetapi jangkitan disebabkan virus agak sukar.Mata merah,berair, kadang2 bengkak dan gatal(byk dosa ni kot,hehehe) dan mengambil masa untuk baik,kdg2 2 ke 3 hari tetapi kdg kala berlanjutan hingga 2 ke 3 minggu.

  2. Salam.. Carilah Cineraria Eye Drops.. pedih tetapi amat berkesan.. baik sekali utk sakit mata nih..(conjunctivitis) so far x pernah fail.. 1 titik utk setiap belah mata.. 2 X sehari…the next day… insyallah klear.. or atleast better.. cubalah…

    Wallahu a’lam.

  3. As’kum semua…. saya cuma nak berkongsi jelah… sebab saya pun pernah alami sakit mata ni. Kebetulan pulak Ahad baru ni anak saya tetiba je kena sakit mata. Petua yang saya buat utk elak sakit mata lebih teruk… Jika kita ada rasa kegatalan dan bertahi mata, cepat2 beli eyemo yang warna hijau tu dan titikkan dalam mata… Insyaallah… sakit mata tu lama2 akan berangsur kurang…. Guna ayemo tu sampai sakit mata tu hilang k…

  4. Rakan kerja sebelah saya sakit mata.. Tak faham apasal dia datang kerja juga. Saya tak sampai hati nak bagi tahu yang sakit mata ni berjangkit. Saya ada anak kecil dan suami yang tengah sakit di rumah..

  5. assalamualaikum…

    Anak sy berusia 2 tahun,namanya Akif Rayyan…pd 9/8…bangun dr tido tengah hari,sy tgk mata bertahi tp matanya xmerah…mulanya sy fikir xade ape2 kot…pukul 5.30ptg,masa nk mandi sy tgk tahi mata masih lg keluar tp mata x merah…malam sy n suami bawa gi klinik n doc ckp dia alahan dengan udang…memang Rayyan ade makan udang…mungkin udang yg xsegar…sekarang mata rayyan masih bertahi lg…

    selain berambil ubat yg diberi doc…ade x petua lain yg Soleh.net boleh berikan…selain susu ibu…coz dia dh 2tahun…xade susu nk bg dh….
    terima kasih….harap balas secepatnya….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.