Tips rumahtangga bahagia

Kebetulan musim kahwin ni, elok kita cerita sikit tentang keluarga bahagia, ok tak? Tips ini adalah dari seorang mufti untuk kita kongsi bersama.

Di awal perkahwinan semuanya terasa indah. EQ kedua-dua pengantin masih di tahap yang tinggi lantaran masing-masing cuba bertoleransi dalam setiap situasi dan cuba untuk memahami dan mengenali pasangan dengan lebih baik lagi.

Namun, masalah akan muncul bila sikap sebenar mula timbul. Orang putih kata, that’s the true colour. Ego, pemarah, panas baran, tak sabar, pemalas, kedekut, pengotor, dan segala macam sikap mazmumah lagi.

Jadi tips untuk kekalkan kebahagiaan rumahtangga ialah:

  1. Sentiasa bersyukur
    Banyakkan bersyukur pada Allah dan terima pasangan kita seadanya. Bukankah Allah pernah berjanji pada hamba-Nya, jikalau kamu bersyukur akan Aku tambah nikmat-Ku.
  2. Kawal emosi dan bermujahadah
    Bersabarlah, jangan sakiti hati pasangan dan jangan berdendam, kerana walaupun semasa bergaduh rasa menang tetapi hakikatnya dua-dua kalah (rugi). Rumahtangga yang menjadi mangsa. Zip mulut dengan memperbanyakkan zikir, baca quran dan jangan buang masa dengan perkara-perkara yang melalaikan. Sentiasa baik sangka dengan pasangan.
  3. Muhasabah diri
    Selalu minta ampun dengan Allah kerana kita hamba-Nya yang lemah tak akan pernah lepas dari membuat kesilapan. Kenali hati budi pasangan, jadilah orang yang suka memaafkan dan meminta maaf. (indah bukan?) Jangan rasa rugi atau malu jika kita (terutama suami) meminta maaf terlebih dahulu.

Akhir kata, sesungguhnya kasih sayang yang berasaskan keimanan lebih berharga dari harta benda, rupa paras dan nafsu syahwat (yang tidak kekal).

Wallahualam.

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

10 thoughts on “Tips rumahtangga bahagia”

    1. sama-sama.muga2 boleh di jadikan panduan.byk lg tips2 yg tak disentuh,cuma kita amalkan sikit2 dulu…

  1. Dude, aku rindu ko mung. Rindu di saat-saat memulo blogging tahun 2007 maso aku duk sano. Raso supo memori indah gitu. Raso supo merioh jah. Loni raso sepi. Nok jerik weh. Sobs…

    Tsep.

  2. Assalamualaikum ustaz, saya hendak bertanya tentang pengunaan hamba abdi dimana;

    dari surah an-nissa ayat 3: “..Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. ”

    dari surah al-mu’minun : [5] Dan mereka yang menjaga kehormatannya, – [6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: – [7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

    dari surah al-ma’rij: [29] Dan mereka yang menjaga kehormatannya, – [30] Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela; [31] Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

    soalan saya ustaz, adakah kita boleh menjadikan seseorang itu hamba abdi di zaman ini untuk mengelakkan perzinaan kerana dosa perzinaan adalah berat sesungguhnya dalam hukum ALLAH, mengunakan “hamba abdi” adalah halal.

    Walaubagaimanapun, erti hamba abdi adalah tawanan yang kalah dalam peperangan. Apa yang saya maklum, hukum itu sesuai dengan zaman dan pada masa ini tidak ada berlakunya peperangan. Tetapi daripada melakukan dosa besar, atau menyimpan perempuan simpanan, lebih baik kita menjadikan seseorang itu “Hamba abdi” kita. Apa pendapat ustaz? Boleh ustaz menyertakan dengan dalil sekali. Terima kasih, semoga ALLAH melimpahkan rahmat keatas ustaz sekeluarga. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.