Celcom lenyap kredit, dealer disalahkan: Mungkinkah aku mangsa pertama?

Kreditku ditolak tanpa sebab
Kreditku ditolak RM10 tanpa sebab

Kredit RM10 lenyap dari handphoneku. 5 Januari 2010 jam 1:28pm aku topup RM10 menggunakan khidmat ezReload milikku.

Tepat jam 5:25pm hari yang sama, aku sudah tidak boleh buat panggilan keluar menggunakan handphone tersebut.

Bila aku periksa melalui WSC Celcom, itulah penyata yang aku dapat (lihat gambar di atas). Tanpa sebarang perasaan panik atau haru atau terkejut, aku membuat panggilan ke Celcom Careline (1111).

Hampir 10 minit aku terangkan apa yang terjadi, cik adik yang menjawab panggilan pun membuat semakan, lebih kurang 3 minit. Kemudian aku disuruh menunggu, ada lah lebih kurang 3 minit, tunggu lagi, 3 minit.

Akhir sekali, cik adik tadi mengatakan yang mereka tak dapat membuat apa-apa, kerana ini semua kerja ‘dealer’ pihak ketiga (which is me).

Aku menerangkan kepada cik adik tadi dengan penuh sopan santun, bahawa pihak ketiga tidak pernah dan tidak mempunyai akses sama sekali untuk membuat tarik balik terhadap mana-mana kredit yang telah dijual.

Mungkin ada pembaca yang sedia maklum tentang perkara ini. Walau macam mana pun kesilapan kita, termasukkan kredit kepada orang lain, walau sebanyak mana sekali pun, itu lah kerugian yang terpaksa kita tanggung, di mana pihak Celcom tidak akan memulangkan kredit yang telah dijual. Paling tidak pun, kita hanya boleh meminta kredit sharing dengan orang yang telah kita salah topup tadi. Itu pun kalau mereka nak bagi.

Berbalik kepada kisah tadi. Namun, cik adik tadi tetap meminta aku supaya merujuk ‘dealer’ untuk selesaikan masalah ini. Padahal dah beberapa kali aku maklumkan bahawa ‘dealer’ yang dimaksudkan itu adalah aku, dan aku sendiri tidak dapat memeriksa apa-apa transaksi tarik balik yang telah dijalankan.

Berikut petikan perbualan antara aku dengan Celcom Careline (CC):

CC: Kami tidak dapat membantu kerana ini antara encik dengan dealer.
Aku: Sayalah dealer tu, takkan saya nak tipu diri saya sendiri. Takkan saya nak tarik kredit saya sendiri.
CC: Encik kena berurusan dengan dealer, kami tidak dapat membantu. (ntah pape ulang ayat sama)
Aku: Tak paham ker, saya merupakan dealer yang bertanggungjawab memasukkan kredit saya sendiri. Dan sekarang ni kredit itu telah lenyap begitu sahaja.
CC: Encik boleh tanya dealer dan cuba mintak dia selesaikan.
Aku: Macam ni lah. Setiap transaksi dibekalkan ID. Boleh tak tolong cek ID transaksi ini?
CC: Tak boleh encik, encik kena berurusan dengan dealer (ni robot ke ape nih, asyik ulang ayat sama jer)
Aku: Tolong cek transaksi ini.
CC: Tak boleh encik, kalau kad gores baru boleh cek sebab ada nombor S/N.
Aku: Habis apa guna ID transaksi ni?
CC:  Saya pun tak tau (BODOH BETUL ORANG NI)

Selama 3 hari, termasuk hari ini aku menghubungi mereka. Ternyata mereka tiada jawapan.

Dalam kes berasingan, apabila aku minta mereka tarik balik kredit yang sudah dijual (atas kesilapan sendiri), mereka kata yang dah jual tak boleh tarik balik, walau dengan apa cara sekali pun.

Habis tu kenapa dalam kes aku ni, mereka kata dealer (iaitu aku sendiri) tarik balik kredit tersebut?

Ada sesiapa yang ada idea kepada siapa harus kuadukan permasalahan ini? Harap dapat tolong. Lihat penyata yang lebih jelas di bawah ini:

Apa kata anda?

P/s: Bukan kerana RM10, tetapi untuk mengetahui apakah tindakan susulan yang perlu diambil sekiranya terjadi ke atas pelanggan-pelangganku selepas ini.

P/p/s: Ini bukan masalah ezReload, tetapi masalah Celcom. Sila tampil mana-mana pihak Celcom untuk membuat penyataan.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

42 thoughts on “Celcom lenyap kredit, dealer disalahkan: Mungkinkah aku mangsa pertama?”

  1. salam imam….

    ape kejadahnya celcom ni..malas nak buat kerja la tuh….aku pun jadi dealer gak untuk diri sendiri..harap2 jgn jadi cam imam…aku pun xpasti imam boleh rujuk pada siapa, tapi pada tribunal pengguna tu ok ke? ataupun persatuan pengguna penang tu….boleh tanya la kut

    1. Tak tau lah aku, tapi kalau suruh aku pegi tribunal pengguna KPDNHEP, aku tak sanggup. RM10 memang tak padan nak ke tribunal. RM100 pun aku tak pegi, amat menyusahkan, azabnya Tuhan saja yang tahu.

      Persatuan Pengguna Pulau Pinang aku tak penah try, nanti aku usha tengok macam mana… huhuhu

    2. hah sama la ngan saya…alkisahnya macamni…tadi saya pergi shopping kat wholesale emporium kat kuala terengganu…then saya tengok ada 3 orang promoter celcom promote CELCOM BROADBAND RM48…saya pakai celcom broadband jugak dengan harga RM68 per month…disebabkan ada promotion tu, saya ingatkan ada benefit la kat saya….sebab promoter tu cakap kelajuan n download space sama jer, tak ada bezanya…disebabkan saya ni bodoh tanpa pikir panjang, so saya daftar la n kena bayar rm48 for advanced payment..slpas balik umah saya call celcom careline, barula tau saya ni ditipu!!!…wahai malaysian, kalau nak promotion, wajib ker kena tipu?????mana hak pengguna????mana nya slogan ” customer always right”????wahai warga celcom baca la komen saya ni….saya dah buat laporan mengenai penipuan tu, then clerk celcom cakap dia akan amik tindakan kat agent tu…tapi agent tu tak nak mengaku kesalahan, still lagi nak tegakkan benang yang basah!saya tak kisah pasal duit saya yang kena burn tu, tapi saya tak suka kena TIPU!!!!!…..actually, i hurriedly made decision because I’m rely on his statement….and he said that this is promotion for a few days…so how come CELCOM?????????i can show u the truth!!

    1. Aku pun dah puas pk dah ni. Tapi seriously, ni bukan pasal RM10, tapi aku takut terjadi pada orang lain. Tak ada cara aku nak cek dan sahkan kalau jadi kat orang lain.

      Takkan aku nak buat diam je, memang mengamuk customers aku. Takkan aku nak pulangkan balik amaun yang telah pun ditolak oleh Celcom, RM3 takpe lagi, kalo RM30, tak ke rugi aku!

      In the first place, ko pk logik arr, kalo dealer boleh tarik balik kredit, memang dah kaya raya la sapa2 yang jadi dealer Celcom. Jual, tarik, jual, tarik.

      Memang belum pernah ada dalam sejarah yang dealer boleh tarik balik kredit yang telah dijual. Wallahu a’lam.

  2. salam..apa beza diantara mandi wajib wiladah & mandi wajib nifas??adakah saya perlu mandi kedua2nya sekali atau mandi nifas shj memandangkan saya baru lepas bersalin..terima kasih.

    1. Salah tempat komen ni.

      Mandi wajib sama sahaja. Yang penting kita suci dari hadas besar, dan hadas besar itu merangkumi kesemua haid, wiladah, nifas, keluar mani, dsb.

      Jadi mandi sekali sahaja, iaitu mandi wajib. Untuk lebih spesifik, mandi nifas sahaja.

      Wallahu a’lam.

  3. Baru2 nih mak sy pon ada cakap, credit hpnya pernah ditolak sampai RM1.75 untuk satu sms saja. Bila nak check baki semula, service is not available.. huhu~

  4. menarik masalah ni.
    Oleh itu, kita kena sedar secanggih mana pun sesuatu sistem, mesti akan ada sangkut gak. Tapi, kalau ada org yg buat dajal.. memang tak patut dan dikategori sebagai menganiaya.

    Sy penah ada pengalaman, tolong topupkan prepaid maxis RM10 utk kawan. Tetapi.. kawan tu dapat mesej Rm100 telah dimasukkan… sedangkan, akaun sy hanya ditolak RM10.
    hmm.. untung kawan tu.

  5. Saya pula pernah topup Celcom Rm10 tetapi dapat sms dpd Celcom telah ditambah nilai kepada RM20. Mula-mula tak percaya juga, saya cek semula dengan #124* dan dapati memang benar RM20.

    Kemudian cek semula resit tambah nilai yg dibeli dpd 7-Eleven memang sah RM10 tercatat.

    Mungkin dari masa ke semasa sistem ada kesilapan.

  6. memang selalu terjadi…tahun lepas jew 3x kredit kena tolak..bila tanya dekat celcom jawapan yang diberi macam budak tak penah bersekolah…

    adew skali bru isi topup RM10+Rm10 skali gus, xsmpai 5mnt pn trs ilag Rm15..sedgkan xgne lg…

    klo slp skali xpew gak, tp klo byk kali bengang gak..lps ckp gan celcom tuk x3, syer trs pthkn no tue…pkai no pkhmtn len,sng cita!!!

  7. assalamualaikum

    sy shahib

    berdasarkan pengalaman sy bekerja dekat celcom careline…utk msalah ni imam boleh call careline dan minta customer service tu buat report dengan pihak technical…CSC celcom akan semak ni semua…sekiranya mmg berlaku masalah technical pihak celcom akan refund balik credit kedalam akaun…mkn msa skit la…tapi pemilik bagi number ini shj yang boleh buat laporan…

    1. Bukan saya tak call, tapi dah tiga hari saya call, dan buat report, tapi semuanya bagi jawapan yang sama, dealer tarik kredit.

      Sedangkan dealer tu saya sendiri, dan saya topup kepada no saya sendiri, akaun dealer saya takde tarik apa2 pun, dah memang tak dibenarkan tarik, dan memang tak boleh nak tarik, tapi selamba jer mereka kata dealer tarik.

      Macam mana nak buat lagi?

      1. selalu terjadi kes macam ni kpd pelanggan…dan dalam sistem celcom tu akan tercatat kmana kredit imam lesap…kalau CS tu kta dealer tarik kredit tu dia mcm sistem topup yang topupkan ke number imam tu rolling dan tarik balik kredit tu…jadi akaun dealer tu akn tmbah balik la…itu ape yg sy faham penjelasan dri team leader saya dlu…selalunya itu bukan masalah celcom…itu masalah online dealer…mmg celcom tak bertanggungjawab utk poblem ni…sbb reload dgn menggunakan kad reload celcom tu sj yang celcom ganti klau berlaku permasalahan…

        1. Ok, macam ni.

          Dealer tu adalah saya, customer pun saya. Saya topup sendiri ke nombor saya sendiri.

          Tetapi kredit telefon saya lenyap RM10, dan modal dealer saya pun hilang RM10. Jadi ke mana perginya RM10 tersebut?

          Kalau dealer rolling balik, semestinya akaun dealer saya bertambah RM10 semula, bukan begitu?

          1. kalau macam tu sy pun tak pasti kemana hilang kredit tu…tapi kami di celcom careline dlu mmg dibagitahu begitu oleh team leader…hmmm mungkin imam boleh ke cawangan celcom untuk buat aduan…atau kalau malas imam boleh sahaja minta CSE celcom tu buat report utk permasalahan ini…desak dia buat report…kalau dia tak nak buat report minta bercakap dengan team leader sendiri la…sebelum tu mintak ID CSE tadi sbg rujukan utk aduan yang akan datang…kekadang CSE mmg malas nk buat report dan memberi alasan shj.hnya cadangan sy shj.

            1. Ok, terima kasih atas keprihatinan tuan. Saya dah pun ada segala butiran semua CSE yang terlibat, hanya tunggu masa membuat laporan sahaja. Terima kasih sekalil lagi.

  8. Aku lagi naya… pukul 2 pagi tetiba dapat msg unlock code dari 32611 .. di charge RM8 sekali msg. kena depa sent 2 kali dah RM16. Sebelum tue dah kena 4 kali.. si suwey 32611 nie nombor syarikat mana yer? Aku call careline Celcom … depa cuma syor aku off kan… aku cakap aku taktau off sebab aku takcontact depa apa2.. abg careline kate tekan off all jer. Masalahnya kalo aku tekan maknanye memang aku pernah bagi authorize utk depa charge aku kan? dan lagi depa akan charge utk offkan tu adalah cara sah la kan? Camne seminit pas tue depa on balik? Pening aku ngan celcom nih.. dahler aku pakai celcom postpaid.. Camne laa buat? tlg nasihat…

  9. To Awang: aku penah kena lebih kurang cam ko. aku dpt sms dr no apa ntah 63xxx, dah lupe. tapi xkena charge paper, cuma asyik dpt msg suh subscribe ntah apa2 jerk. then aku call careline celcom. drg pon advise suh msg off all and send kat no tu, and aku kena charge 15sen. so aku cm xpuas hati, apasal lak aku xsubscribe dari no tu, pastu nak off kan kena bayar plak…so aku wat complaint tru careline tu, then die escalate kat org2 atas kot, and after few days, dpt call dari celcom, kata die dah blockkan no tu dari send sms kat aku… 🙂

  10. emm semua syarikat telekom kat malaysia ni sama jer…semuanya users yang jadi mangsa…apalah nasib kita ni…asyik dibelnggu masalah jer

  11. aku pun da kne jgk…mmg bengang giler nie………
    sakit ati xyah ckp lar….apehal ngan celcom ni……xpasal2 tarik kredit org………….f**k btul la….

    1. saya pun baru terkena masalah niee…dah 4 hari berturut2 duit hilang…dah tpn celcom..katanya x dapat kesan selain dari sms,call & airtime share katanya..yg tu saya pun boleh semak sendiri kat celcom online….pahtu disuruh ALL STOP ke no. yang msj kat kita tu..saya jawab mana saya simpan seme no no tu…dia org cakap masalah ckit kalu x ingat no tu…adui…sakit ati saya ..

  12. Saya pun baru terkena masalah ni semenjak 2 minggu lepas (saya pengguna line digi postpaid). Saya sendiri tak tau puncanya apa sbb seingat saya, saya x pernah subscribe apa2 package yg bagi kebenaran automatic untuk debit apa2 credit from my number. Dlm 2 minggu ni dah 3x kena (RM8 x 3=RM24)..mmg sakit hati. Sakit hati sebab x tau macamna nak stop benda2 ni.

      1. Slm ImamKhalid, saya dah try buat apa yang tuan nyatakan di atas. Berikut adalah reply message yang saya dapat:

        Reply 1 (setelah send STOP ALL to 32611): “RM0.00: You are not subscribed to any subscription service. For more info, please send Help to 32611.” Kalau tak subscribe, then why the hell do they send the message in the first place for and charged ppl like us for nothing??

        Shortly after that, i dpt this text message from the same no. i name it as Reply 2: “RM0.00: Subscription service failed to be terminated due to system error. Pls try again later. Or call 03-80738383 for help from Monday to Friday, 9:00AM to 6:00PM”. Now this 2nd reply seem to contradict with reply 1

        Then i text sms Help and send to the same no and here goes the reply 3: “RM0.00: To cancel service, send STOP to 32611. To stop promotions, send OUT to 32611. Customer Service (9am-6pm, Mon-Fri): 03-80738383. Gen-X Technology Sdn Bhd”

        Upon receiving this msg, i oblige and text STOP then dapat this message..call it reply 4 “RM0.00: Send STOP ALL or STOPservice code to 32611. Your active service are. Send OUT to stop r’cvng mktg msg. Pls call 03-80738383 for help from Monday to Friday, 9:00AM to 6:00PM”. I don’t know what kind of game, this ppl are playing at. Reply 3 above saying text STOP to cancel..then come to reply 4 kena ada backspace and bagi service code pulak. How am i suppose to know the service code is when i never even request or registered for any of their service b4?

        Then last option, i try to call the hotline number given. Been trying in vain for the last 3 hours to dial that no but unfortunately the line is engaged 24 hours. I’ve done checking on the company’s name and here’s the link that i found http://www.gen-x.com.my. I dah cuba call the office number yang ada kat web tu, line dia ada dial up tp takde orang angkat sampai ke sudah.

        Getting fed up with this, i sent an email to Digi customer service (as i am a digi postpaid user), here’s my msg:
        Dear Sir, Recently, i received an sms message containing the following
        text from 32611: “”RM8.00:Unlocking code is XXXXXX (6 digit
        no.). Thanks.” I believe the transaction of RM8.00 is charged
        to my billing amount. Within the past 2 weeks or so, i’ve been
        receiving the same message 3 times (RM8 x 3=RM24). As far i
        recalled, i never subscribe to any packages which allow any
        party to automatically charged anything to my account. Please
        take appropriate action to stop this immediately. TQ!

        And this is what Digi CS reply to me:
        <>

        Now this is the weird/strange one..whatever u wanna call it. According to digi, they cannot do anything since this is a ‘request based service’ in response to request made from my mobile no. The funniest thing is i check juga la kuts2 ada tertekan or terhantar msg silap at my sent box everytime i recieve msg ‘unlock code with the RM8 charges’ ni but mmg takde.

        So what to do?? Can anyone advise? The way i look at it..we the consumers are victimised for nothing here and can’t do anything about it. Just imagine in a month dpt 8-10 msg like this..tak saja kena RM80-100 tak pasal2. If this thing keep on going like this, i think i need to resort terminate my mobile line and change to other no. je la.

        1. As Salaam Tuan Imam..
          … aiiiik… mana komen i semalam.. delete??
          Masalah 8 hinggit yang hilang beserta unlocking kod yg dihantar oleh 32611 selesai dan i puas hati dengan jawapan dari Pegawai Perhubungan Pelanggan di no tel 03-80738383 bila terlihat satu game dlm hs samsung pe jadah ke namanya(ganasnya) telah terbuka utk dimainkan buat selama-lamanya..
          terima kasih..

          Moga kita dikurniakan kelangsungan rahmat Allah di dunia dan akhirat..

          As Salaam Tuan Imam

  13. Saya pun pernah terkena jugak…Masa tu tahun 2008, Saya isi RM10 dan tiba2 jer, kredit saya telah ditolak sebanyak RM6 tanpa sebab…Sebab tulah saya tukar kad SIM [ Nombor Baru]…Pesan saya kepada semua orang, jangan layan meesage dari Celcom sebab diorang nie nak cari untung…

  14. Salam semua,

    Saya juga menerima nasib yg sama dgn anda semua tapi disebabkan sy pki postpaid, so lambat la utk buat stop all tu… Utk SMS content tu sahaja berjumlah rm270… Belum masuk bill sy lagi.. Just Imagine dah 5 x call customer service sumanya x dpt buat report n tolong… Utk pengetahuan suma sy x pernah taip utk langgan apa2 pun n 6 SMS yg dihantar tu pun sy x Terima 1 pun… Letih dah dgn celcom ni… Hari ni nak pergi service center nya plak tak la apa lagi reason dia akan bg…

  15. Assalamualaikum / Salam sejahtera semua.

    Aku pernah beberapa kali ada masalah dengan Maxis. Problemnya pasal servis yang tak pernah aku mintak – pihak ketiga. Careline dia memang tak guna langsung. Balik-balik kita juga yang dipersalahkan. Aku juga dah pergi ke Service Center – sama juga…. aku juga yang salah. Last nya aku buat report kat nccc.org.my . Dia orang ambil masa sikit untuk berurusan dengan telco tu, tapi alhamdulillah… semuanya settle. Aku dapat balik semua duit yang dia orang kebas tu. Masa aku ada problem dengan Sony Ericsson dulu pun dia orang juga yang bantu. Sesiapa yang ada problem dengan mana-mana company – tak kiralah telco ke, insuran ke… cubalah cari website http://www.nccc.org.my/v2/index.php/e-aduan. Insya-Allah dia orang dapat bantu. Jangan risau, servis dia orang percuma aje. Kalau dah settle masalah korang, harap share dengan orang lain ye….

  16. Salam Imam..
    saya pon alami bnde yg same…saye bru dftr as a dealer jgak cam Imam..bile sye topup sndri RM3..sok nye tgk akaun da ilang rm3 tuh..cane ye..bnd2 ni ade x berlaku kat customer imam??

  17. sy baru kene, tiba2 je rm8.00 burn …rm8.00 unlocking code is 6xxxx.thank…gen-x tech sb…sy ingatkan anak yg tekan. coz ye mmg main game.sy pening ar…mcmana nk dptkan balik rm8.00 + sms berkali2 yg dicaj..mmg sakit ati ni..tolong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.