Program Jana Pendapatan Dilancarkan!

Mungkin ramai yang ternanti-nanti entri terbaru Soleh.Net. Mungkin juga ada yang tertanya-tanya mengapa Soleh.Net sangat slow kebelakangan ini.

Begini jawabnya: Saya terlibat secara serius dengan satu pembangunan aplikasi web untuk satu program jana pendapatan bertunjangkan peserta, anjuran IBCT Enterprise.

Program jana pendapatan yang memaksimum keuntungan peserta dengan meminimumkan keuntungan penganjur ini telah pun dilancarkan 1 Mac 2010 baru-baru ini, dengan dikuasakan sepenuhnya oleh aplikasi tersebut.

Inilah faktor utama kepada kelembapan penulisan saya dalam Soleh.Net. Sebelum terlewat, perhatikan frasa penting di bawah ini:

Bonus pembaca setia Soleh.Net disediakan di penghujung entri – terhad untuk 100 pembaca terpantas sahaja!

Program Jana Pendapatan Hanya Dengan Klik
Program ini bertujuan mendapatkan seramai mungkin ejen jualan kepada perniagaan topup yang dijalankan oleh pihak penganjur. Melalui program ini, peserta program dibayar untuk SETIAP KLIK yang diiklan menggunakan pautannya. Peserta juga dibayar untuk setiap pendaftaran sah yang terhasil daripadanya.

Kecekapan Sistem
Sistem yang digunakan adalah terkini, aplikasi custom-made, selamat, dan memberi lebih manfaat kepada peserta berbanding penganjur. Konsep bertunjangkan peserta ini dilengkapi ciri-ciri berikut:

  1. Anti-Hijack – prospek peserta tidak akan dapat dicuri oleh peserta lain selama 30 hari.
  2. Smart-Click – walaupun anti-hijack, peserta yang mengiklan tetap dibayar untuk setiap klik yang sah. Hanya manfaat pendaftaran sahaja diberikan kepada peserta pertama.
  3. Randomizer – peserta bertuah akan dibayar bagi setiap klik & pendaftaran yang dilaksanakan tanpa ID peserta. Inilah konsep bertunjangkan peserta yang sebenar, manfaat penganjur diminimumkan.

Untuk tujuan promosi, banner pelbagai saiz disediakan. Borang pendaftaran offline juga disediakan untuk peserta yang ingin keluar membuat pemasaran offline.

Sebagai penambah keyakinan, para pembaca boleh nilai program ini dari forum WangCyber, di mana penilainya terdiri daripada orang luar yang tiada kena mengena dengan pihak penganjur.

Soalan 1: Mengapa manfaat penganjur diminimumkan?
Pihak penganjur mempunyai matlamat jelas, iaitu mendapatkan seramai mungkin ejen jualan topup untuk memajukan perniagaan topup, bukan bertujuan mengaut keuntungan daripada program ini. Oleh itu, amat berbaloi bagi pihak penganjur memperuntukkan keuntungan maksima kepada peserta.

Soalan 2: Berapakah kos penyertaan program ini?
Program ini 100% berbayar, TETAPI di-twist-kan sedikit untuk pembaca setia Soleh.Net sempena pelancaran. Kos penyertaan biasa adalah antara RM50.00 dan RM800.00 bergantung kepada pakej. Akan tetapi (diulang sekali lagi) sedikit perubahan telah dilaksanakan untuk pembaca setia Soleh.Net atas tiket promosi pelancaran.

Oleh itu, marilah sama-sama sertai program ini, dengan harapan kita semua dapat maju setapak lagi dalam menjana pendapatan duniawi.

Seperti yang dijanjikan, khas buat pembaca setia Soleh.Net, pihak penganjur memberi keizinan kepada saya untuk menawarkan 100 tiket kepada pembaca terpantas untuk membuat pendaftaran PERCUMA*!! Segeralah bertindak, siapa cepat dia dapat, siapa lambat dia yang rugi!

*Tertakluk kepada Terma & Syarat Pendaftaran PERCUMA.

Terma & Syarat Pendaftaran PERCUMA

  1. Pendaftaran PERCUMA hanya dibuka kepada 100 pendaftaran pertama sahaja, untuk pembaca Soleh.Net sahaja.
  2. Hanya dibenarkan untuk pakej Agent-Lo sahaja.
  3. Akaun akan diset kepada RM-50.00 (negatif 50).
  4. Rebet pendaftaran disertakan bersama komisen pendaftaran peserta pertama anda.
  5. Taipkan frasa “Saya Pembaca Setia Soleh.Net” di ruangan butiran pembayaran terperinci sewaktu membuat pendaftaran.
  6. Tertakluk kepada Terma & Syarat asal program.

Akhir kata, carilah pendapatan umpama anda ingin hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah umpama anda akan mati esok hari.

>> KLIK SINI UNTUK MENDAFTAR PERCUMA <<

Sekian, wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

22 thoughts on “Program Jana Pendapatan Dilancarkan!”

        1. Lorr, sudah gaharu cendana pula, sudah tak tau tak mau baca pula. Kat entri tu kan dah terpampang cara2nya.

          Kena cepat tau, kalo lambat abis tiket PERCUMA tu. Cepat2!!!!

          1. dalam bisnes, kalau boleh kita kena jawab jugak soalan yang memang jelas2 kita cakap/tulis awal2 jawapan dia. biasa la, customer ni suka tanya soalan walaupun dah tahu jawapan. jadi, nak tak nak, kita kena jawab sekali lagi. hanya sekadar berkongsi pendapat….

  1. ustaz.. sye ada terima invitation utk join salah satu program ni.. program dia mcm ni.. sye akan kena byr 100 kepada org tertentu.. lps akaun saya aktif.. sye dikehendaki cari downline sye.. dan minta mereka byr 100 pula kepada sye.. bergantung kepada individu tersebut semakin ramai diaorg cari downline diaorg semakin byk le diaorg dpt.. sye tgk skim ni mcm skim derma sesama lain.. soalan sye benda ni halal ke tak ek ustaz? sye mcm nak join nih.. hehe

    1. Kena jelas, RM100 tu untuk apa, bayaran atas produk apa. Kalau tiada produk, maka tiadalah jual beli. Bila tiada jual beli, bermakna RM100 itu hanya sekadar memberi wang kepada upline sahaja. Keuntungan yang diperolehi daripada pemberian tanpa sebab ini bukanlah suatu perniagaan. Wallahu a’lam.

      1. Maksud ustaz? Saya rasa benda ni memang takde kait mengait dengan perniagaan pun.. duit tu memang diberi untuk upline untuk kegunaan diaorg sendiri.. tapi dari pemahaman saya, benda ni dapat menguntungkan semua pihak, semua orang boleh jadi upline dengan syarat harus menjadi downline seseorang terlebih dahulu.. maksud ustaz kalau takde kait mengait dengan perniagaan, benda ni tak sah ke ustaz? Harap Ustaz dapat beri pandangan ustaz samada sah ke tidak n halal ke sebaliknya..

        1. Walaupun menguntungkan semua pihak, jika tiada apa yang diniagakan, itu tidak dipanggil perniagaan. Itu dinamakan skim ponzi atau skim cepat kaya.

          Apa pun, mustahil cara ini menguntungkan semua pihak. Nak tahu ia skim ponzi atau tidak, lihatlah apa yang keuntungan yang diperolehi oleh ahli terakhir, iaitu apabila tiada lagi orang yang boleh dicari sebagai downline.

          Jika tiada apa yang diperolehi bersamaan atau hampir sama dengan nilai RM100, maka itulah skim ponzi.

          Wallahu a’lam.

    1. Saya rasa ada betul ustaz ckpkan tu, tu adalah skim cepat kaya.. saya tak terfikir lak sebelum nih.. saya ada try google ustaz, saya dapat jwpn begini : –

      [SN118] Muzakarah kali ke-77 Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) telah mengharamkan semua pelaburan internet yang
      menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda. Terdapat lebih 50 skim yang sedang beroperasi dan melibatkan 500 ribu
      pelabur. Pengerusi MFK, Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin memutuskan “Pelaburan melalui Internet yang
      menjamin keuntungan secara tetap didapati mengandungi unsur riba dan gharar (keraguan). Justeru, umat Islam
      diharamkan terbabit dengan pelaburan berkenaan” Menurutnya lagi, keputusan pengharaman pelaburan melalui
      Internet itu dibuat berdasarkan rujukan kepada beberapa ayat al-Quran yang tidak membenarkan pelaburan yang
      menjamin keuntungan secara tetap. Fatwa pengharaman pelaburan melalui Internet itu akan dikemukakan kepada
      semua kerajaan negeri untuk diwartakan secepat mungkin. Beliau menambah, “Kerajaan Pusat banyak menyediakan
      skim pelaburan berlandaskan Islam dan ia boleh disertai umat Islam di negara ini…Kami menasihatkan umat
      Islam yang membuat pelaburan melalui Internet supaya menghentikan kegiatan itu serta-merta”

      hehe.. sebenarnya saya baru je join malam tadi.. tggu jwpn ustaz smlm xde.. xpe la ustaz.. kira sedekah je la duit tu.. saya akan tarik diri dari program tu.. terima kasih ustaz kerana memberi pandangan.

          1. Inilah yang menarik tentang program ini. Pakai postpaid pun boleh join. Juga tidak memerlukan kawan2 yang guna prepaid. Malah, kawan pun tidak diperlukan untuk menjalankan program ini. Ia amat unik dan hebat. Hanya perlu iklan di mana2 tempat, bila orang klik untuk tengok saja pun dapat duit. Cubalah! 🙂

  2. Salam Man,

    *tatau kat sini org pangge deme Ostad…nanti aku pon nak pangge Ostad gak la…

    *rugi, rugi, rugi…sal baru tau program ni, TELEPAH TIKET FREE! huhuhu…

    *aku nk copy & paste sumer bahan2 Ezreload dr web & blog Ostad, bole ke?

    *harap dpt jumpe Ostad dua mggu atau tga mggu skali, “NK BAJAR WEB, BLOG, PROGRAM TOPUP BLABLABLA…”

    *terima kasih atas semua bantuan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.