INGAT MENGINGATI

Alhamdulillah, dengan rahmat Allah SWT, saya mampu sekali lagi menulis dalam ruangan ini, semuga Allah SWT menunjuki kita semua jalanNya yang benar lagi lurus, AMIN

Keinginan untuk menulis ini tiba-tiba sahaja timbul apabila saya membaca surahtul Anbiya’ dan terasa wajar untuk kita kongsikan bersama-sama, saya hanya tuliskan mafhum ayat ini untuk kita hayatinya:-

92: Sesungguhnya, umat kamu ini (wahai Muhammad) adalah umat yang satu dan Aku (Allah) adalah Rabb kamu, kerana itu abdikanlah diri kamu kepada Ku

93: Dan mereka itu (umat Muhammad itu) saling bantu membantu (bertolong-tolongan, bergolong-golongan) sesama mereka, kepada Kamilah mereka diangkat kembali.

94: Barang siapa beramal soleh (melaksanakan perkara kebajikan) dalam keadaan dia itu beriman (kepada Allah SWT), maka tidaklah diingkari amalannya itu, dan sesungguhnya kami menuliskannya.

Demikianlah sifat manusia yang mengakui bahawa dia adalah umat Muhammad iaitu mereka itu adalah menjadi umat yang satu, saling tolong menolong dan bantu membantu, sering mengerjakan amalan soleh dan mereka itu beriman kepada Allah SWT.

Persoalannya!! Adakah kita ini umat Muhammad?
Jika kita mengakui bahawa kita ini umat Muhammad:
1: Adakah kita ini menjadi umat yang satu, yang menolak sebarang perbalahan dan mencari titik perdamaian?
2: Adakah kita saling tolong menolong dan saling bantu membantu sesama kita, merasakan bahawa kita seluruhnya adalah seumpama ikatan batu bata bagi membentuk sebuah bangunan?
3: Adakah kita ini sering beramal dengan amalan soleh dengan mengenepikan kepentingan diri sama ada secara peribadi atau perkumpulan?
4: Adakah kita ini saling ingat mengingati secara ikhlas tanpa sebarang kepentingan diri secara peribadi atau perkumpulan?
5: Adakah kita ini telah beriman dengan iman yang benar atau hanya ikut-ikutan sahaja?

Yang mampu menjawab semua persoalan itu hanya diri kita sendiri!

Pernahkah kita terfikir?
1. Kenapa kita sanggup mengkafirkan atau menganggap saudara kita sebagai melakukan perkara yang sangat mungkar hanya kerana perbedaan pendapat dalam isu-isu furuq?
2. Kenapa kita tidak sanggup menyahut seruan perpaduan hanya kerana kita menolak pegangan atau fahaman yang dipegang oleh saudara kita?
3. Kenapa kita tidak saling bermuzakarah dengan jalan terbaik bagi menyelesaikan sebarang pertelingkahan yang ujud?
4. Adakah Allah telah dengan terang-terangan mengatakan bahawa kita ini benar dan kita ini adalah ahli syurga?

Maka hari ini, sepatutnya kita mulai mencari jalan untuk merobah diri supaya apabila kita diangkat kepadaNya, kita adalah umat Muhammad yang “satu”

Wallah hu aqlam.

Komentar

comments

3 thoughts on “INGAT MENGINGATI”

  1. Saya baru pertama kali masuk blog nih. Dan apa yang terlintas pertama kali, “WOW! Bagusnya blog nih”.

    Semoga kandungan ni sedikit sebanyak bagi petunjuk untuk kita bersama. 🙂

  2. Semuga Allah SWT melindungi kita dari bisikan syaitan yang direjam,
    Dengan nama Allah SWT Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
    Sahabat,
    Saya juga agak lama tidak dapat mengikuti perkembangan dalam soleh.net ini disebabkan oleh keadaan kesihatan yang agak kurang memuaskan dan kesibukan kerja-kerja harian. Semuga Allah mengampuni diri saya ini yang sering lalai dalam usaha untuk menyampaikan yang benar dan menentang yang bathil.

    Saya sentiasa berdoa dan mengharap semuga Allah memberikan kelapangan waktu untuk kita semua meneruskan usaha-usaha menegakkan yang maaruf dan mencegah yang mungkar

    Amin,
    Salam dari saya
    Manmanan

  3. salam’alaikum.. sy sukakan blog ini & segala info
    dan kandungan di dalamnya..
    syukran jazilan atas segala maklumat dan semoga kita semua diberkati Allah..Insyaallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *