KRONOLOGI YANG WAJIB DIFAHAMI OLEH UMAT ISLAM KINI II

Kronologi  2: PERSEDIAAN MENERIMA KELAHIRAN AL MAHDI!

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia Allah SWT, pada waktu ini saya dapat sekali lagi memulakan penulisan untuk menyambung topik yang kita perbincangkan terdahulu. Semuga Allah SWT menunjukkan saya ilmu yang benar untuk saya persembahkan kepada saudara-saudara semua.

Daripada topik yang lepas, saya berharap semuga sahabat dan saudara-saudara semua  dapat memahami situasi kita dan di fasa manakah kita berada sekarang ini. Dengan mengetahui situasi diri kita, maka kita dapat memikirkan perancangan lanjut untuk kita bina diri kita kearah kemantapan Iman dan Taqwa, InsyaAllah.

Sahabat dan saudara-saudaraku,

Dalam topik terdahulu, saya berusaha untuk memahamkan saudara-saudara bahawa sesungguhnya kita sekarang ini berada di waktu terakhir pada Fasa yang ke 4 iaitu pada era di mana Islam itu sudah ‘kembali dagang’ dan kerana Islam itu sudah kembali dagang, maka adalah amat perlu kepada kelahiran seorang pemimpin yang dapat mengembalikan Islam itu di atas landasannya yang sebenar. Kita perhatikan bahawa keadaan zaman gelap di mana umat Islam telah dipecahkan bukan sahaja melalui ideology pegangan seperti apa yang berlaku terhadap Syiah dan Sunni, tetapi yang lebih memparahkan lagi keadaan adalah apabila umat Islam ini terpecah kepada kelompok-kelompok kecil dalam bentuk ‘negara-negara’ di mana pada setiap negara kecil umat Islam itu, Islam tidak lagi didominasikan dalam system pemerintahan tetapi umat ini telah menerima system moden seperti kapitalisma dan komunisma dengan beranggapan bahawa system itu adalah selari dengan system Islam.

Sebenarnya saudara-saudara, pada hari ini kalau kita dapat melihat dengan kedua-dua mata yang Allah anugerahkan untuk kita iaitu mata zahir dan mata hati, pasti kita dapat melihat dengan jelas mengenai pembohongan-pembohongan besar yang sedang berlaku kepada umat Islam. Pada zaman Firaun dan Namrud atau pemimpin-pemimpin besar zaman dahulu yang menolak ‘iman’ kepada Allah SWT, mereka itu memaksa umat yang ‘Islam’ untuk menerima system ‘kuffar’ mereka dan umat yang ‘Islam’ saat itu boleh melihat dengan jelas mengenai kepalsuan yang dipaksakan keatas mereka kerana Firaun dan Namrud menolak  hukum Allah SWT dengan terang dan jelas.

Tetapi pada waktu ini, di zaman yang kita ada sekarang ini, dengan pembohongan-pembohongan besar (Rasulullah s.a.w menyebutnya sebagai ‘fitnah’), umat ini telah diperdayakan untuk menerima suatu kaedah yang amat bertentangan dengan Islam dan kaedah itu pula diyakini sebagai salah satu daripada kaedah Islam. Umat ini telah jatuh dalam suatu kancah ‘kerosakan akidah’ tanpa mereka mengetahui bahawa sebenarnya akidah mereka telah dirosakkan. Lebih dahsyat lagi adalah kerana sebahagian para Ulama’ dizaman ini tidak dapat melihat fitnah besar yang sedang berlaku itu, disebabkan itu mereka memfatwakan sesuatu yang bid’ah sebagai halal sedangkan Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa setiap yang bid’ah itu adalah sesat.

Kerana kerosakan atau fitnah yang sedemikian besar itu telahpun berlaku, sudah menjadi ketentuan Allah SWT bahawa Allah SWT tidak akan membiarkan manusia yang berkeyakinan pada keujudanNya untuk terus dirosakkan. Demikian itu adalah kerana kasih sayang Allah SWT kepada manusia. Kita melihat, bagaimana pada setiap zaman, apabila kerosakan telah berleluasa, maka Allah akan menghantarkan seorang ‘penyelamat’ untuk menyelamatkan ‘kekasih-kekasihnya’ di atas muka bumi ini. Diatas keyakinan itu jugalah saya sangat percaya bahawa Al Mahdi akan didatangkan dalam waktu yang terdekat ini.

Diperkuatkan pula dengan beberapa petanda yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w mengenai kedatangan seorang Al Mahdi atau ‘penyelamat’ seperti:-

  • Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa antara tanda-tanda dekatnya kelahiran Al Mahdi itu ialah akan berlakunya gerhana bulan dan gerhana matahari pada bulan Ramadhan tahun yang sama.

Petanda ini telah berlaku pada  tahun 1982 iaitu gerhana bulan berlaku pada 14hb Ramadhan dan gerhana matahari pada 28hb Ramadhan.

Kerana itu  jika kita dapat memerhatikan hal ini dengan ‘dua mata’, ini adalah merupakan suatu petanda bahawa umat Islam bakal menerima seorang Al Mahdi dalam tempoh yang terdekat.

  • Melintasnya  dari arah timur ke barat ‘bintang berekor’ dan manusia dapat melihatnya. Hal ini berlaku apabila komet ‘Haley’ melintasi bumi pada tahun 1986 dan ianya dapat dilihat oleh penduduk bumi bergerak dari arah timur ke barat. Ini juga adalah merupakan suatu petanda yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. dan komet Haley ini sering dikaitkan dengan kelahiran manusia-manusia ‘besar’ semenjak dari zaman Adam a.s
  • Seperti mana telah pecahnya tembok-tembok istana tanda kebesaran kerajaan Parsi iaitu salah sebuah dari kuasa besar dunia semasa  kelahiran Rasulullah s.a.w, maka hari ini telah berlaku tragedy 11 September yang telah meruntuhkan tanda kebesaran kerajaan Amerika suatu kuasa besar dunia ketika ini.

Sebenarnya terdapat lebih banyak lagi tanda-tanda bahawa kelahiran Al Mahdi itu sudah sangat hampir, cuma persoalannya, apakah persediaan kita untuk menerima kedatangannya.Kita akan menerima kedatangan seorang tetamu yang amat kita nanti-nantikan, yang akan menjadi seorang pemimpin kepada seluruh umat Islam sedunia ketika ini. ‘Super VVIP’ ini telah dikhabarkan kedatangannya semenjak lebih 1400 tahun yang lalu oleh seorang pemimpin terulung seluruh manusia iaitu nabi besar kita Muhammad Rasulullah s.a.w. Jika seorang menteri datang ke tempat kita, kita siapkan pelbagai persediaan, maka apakah persediaan kita untuk menerima kedatangan seorang pemimpin yang dijanjikan untuk menjadi pemimpin kepada seluruh umat Islam?

Kearah membuat persiapan ini, ingatlah pada peringatanku ini wahai sahabat dan saudara-saudaraku, ingatlah bahawa kita ini jangan sampai menjadi seperti Yahudi dan Nashara atau Ahli Kitab pada ketika sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Mereka ternanti-nanti kedatangan seorang Nabi Penyelamat Ummah, mereka mengenalinya seperti mereka mengenali anak-anak mereka sendiri, mereka mengetahui segala petanda semasa kelahirannya, mereka mengetahui tanda-tanda kenabiannya, mereka ketahui tempat dia akan menyempurnakan risalah kenabiannya dimana mereka telah berhijrah ke sana (ke Yathrib) untuk menyambut kedatangannya, tetapi setelah kedatangannya, setelah Muhammad s.a.w diutuskan oleh Allah SWT, mereka menolak risalah yang dibawanya, mereka menolak misi yang diusahakannya sehinggakan penantian  yang mereka buat untuk sekian lama itu menjadi sia-sia sahaja. Apakah kita akan melakukan hal yang sama?

Sahabat dan saudara-saudaraku,

Untuk itu, sebelum kita membuat sebarang persediaan, hendaklah kita mengetahui terlebih dahulu bagaimanakah kronologi kedatangannya dan apakah misi yang akan dibawa oleh Al Mahdi . Iaitu bagaimanakah cara kelahirannya, cara perlantikannya dan apakah yang akan dilakukannya setelah dia diangkat sebagai Al Mahdi? Jika kita gagal memahami persoalan ini, maka kita mungkin tidak mengenalinya walaupun dia sudah berada dihadapan kita.

Fasa pertama kedatangan Al Mahdi: Kelahirannya:

Baginda akan dilahirkan sebagai manusia biasa sebagaimana kelahiran Rasulullah s.a.w  ‘tanpa sebarang mukjizat kelahiran’ (sebagaimana Isa Putra Maryam yang dilahirkan boleh bercakap), hanya Ibu atau bapa baginda yang akan diberikan petunjuk mengenai kelahirannya seperti ibu Rasulullah s.a.w yang bermimpi bahawa anak yang bakal dilahirkannya bercahaya seumpama bulan.  Nama Baginda adalah samada Ahmad atau Muhammad dan nama bapa Baginda adalah Abdullah. Baginda adalah dari keturunan Rasulullah s.a.w iaitu daripada keturunan Hassan atau Hussin anak kepada Syaidina Ali dan Syaidituna Fatimah Az Zahra.

Baginda akan dibesarkan dalam pemeliharaan Allah SWT dan Allah jugalah yang akan melindunginya sebagaimana Allah telah melindungi Nabi Musa a.s. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu melindungi orang yang dipilihnya kerana kelahirannya bukan sahaja ditunggu oleh kita umat Islam, tetapi juga dia sedang dinantikan oleh kaum Zionis Yahudi dan ‘Jasassah’ Dajjal. Mereka iaitu Zionis Yahudi dan Dajjal mengetahui bahawa Baginda adalah diantara manusia pilihan yang akan menewaskan mereka. Sudah tentulah mereka akan berusaha untuk membunuhnya jika mereka mengetahui kelahirannya sebagaimana Firaun berusaha membunuh Musa a.s

Fasa kedua kedatangan Al Mahdi: Perlantikannya:

Sesungguhnya tidak akan ada lagi nabi atau Rasul sesudah Muhammad s.a.w yang bermakna bahawa tidak akan ada lagi ‘wahyu’ yang akan turun dari langit sesudah kewafatan Rasulullah s.a.w. Perkara ini mestilah diingat dengan bersungguh-sungguh dan difahami dengan teliti. Ketahuilah bahawa Al Masih Isa Putra Maryam a.s ketika diturunkan nanti itupun tidak akan lagi menerima wahyu dari langit. Pintu wahyu telah tertutup dan tidak akan terbuka lagi dan sesiapa yang mengatakan bahawa dia menerima wahyu dari Allah SWT, maka manusia itu adalah ‘Dajjal’ atau penipu besar. Saya mengingatkan hal ini adalah kerana Al Mahdi yang kita nantikan itu bukanlah seorang Nabi kerana itu janganlah keliru atau dikelirukan dengan berita-berita bohong yang mungkin saja akan sampai kepada kita nanti.

Sesungguhnya junjungan kita, Muhammad s.a.w itu adalah manusia biasa, tiada keganjilan dalam sifat kemanusiaannya maka sebegitu juga dengan Al Mahdi. Dia adalah manusia biasa tanpa sebarang keganjilan pada sifat kemanusiaannya. Dia bukanlah manusia yang telah mati tetapi dihidupkan semula ataupun dia bukan juga seorang manusia yang telah hidup beratus tahun dahulu kemudian ghaib dan  akan muncul kembali.

Saya juga ingin mengingatkan diri saya sendiri, keluarga dan keturunan saya serta sahabat dan saudara-saudara semua bahawa mimpi seorang Islam (yang benar dalam ‘Iman’, ‘Amal’ dan ‘Taqwa”nya) akan menjadi mimpi yang benar ketika hampir tibanya waktu Al Mahdi dibai’ahkan. Jika Allah memberikan mimpi kepada saudara bahawa Al Mahdi akan dibai’ahkan pada waktu tertentu, maka pergilah ke Makkah untuk menyambut Baginda dan berbai’ah kepada Baginda.. Jika anda tidak meyakini bahawa orang itu adalah Al Mahdi, maka mintalah dia menunjukkan tanda kelahirannya kerana tanda kelahiran Al Mahdi adalah sama dengan tanda kelahiran yang ada pada Rasulullah s.a.w. Hanya itulah petanda untuk kita pergi berbai’ah kepada Baginda sebagai merestui perlantikan yang diberikan oleh Allah SWT kepada Baginda. Hanya itulah sahaja cara untuk kita mengetahui mengenai siapakah yang hendak kita bai’ahkan sebagai Al Mahdi sepertimana yang ditunjuki oleh Rasulullah s.a.w.

Jika sekiranya kita tidak dapat menghadirkan diri ataupun kita tidak memperoleh sebarang perkhabaran mengenai “bai’ah” itu, suatu petanda lagi yang sepatutnya kita tahu ialah bahawa sesudah baginda di bai’ahkan, akan berlaku dimana baginda akan diperangi oleh tentera-tentera kaum kuffar. Kita tidak mengetahui samada tentera itu merupakan tentera kepada penjaga ‘Haramain’ ataupun tentera kuffar dari luar. Mereka (tentera kuffar) itu mengejar untuk membunuh Al Mahdi sehingga tiba di padang pasir, kemudian Allah SWT akan menenggelamkan sebahagian besar tentera-tentera itu kedalam bumi. Bermakna bahawa akan berlaku peperangan diantara Al Mahdi dan mereka yang berbaiah kepadanya dengan tentera-tentera kuffar tetapi Allah SWT menyelamatkan pemimpin yang dipilihNya. Dengan petanda itu, selagi kita tidak mendengar berita mengenai peperangan yang meletus berhampiran Makkah dan orang yang diperangi itu mencapai kemenangan, maka selagi itulah Al Mahdi itu belum lagi dibai’ahkan.

Fasa ketiga dan seterusnya insyaAllah akan kita muatkan dalam penulisan yang akan datang. Jika sahabat dan saudara semua mempunyai kesukaran untuk mendapatkan penulisan ini, bolehlah sahabat dan saudara-saudara semua dapatkannya dari http//manmanan.blogspot.com

Semuga Allah menunjuki kita kejalanNya yang benar lagi lurus.

Wallah hu aqlam.

Komentar

comments

6 thoughts on “KRONOLOGI YANG WAJIB DIFAHAMI OLEH UMAT ISLAM KINI II”

  1. sy hmb yg lemah… Sy ada pendapat yg hendak dsampaikan;
    1. Calon2 imam mahadi telah dilahirkan skrg, hanya salah satu yg akan tpilih utk jd ‘imam mahadi’ dri 11org. Maka yg 10 lg yg lain akan mjadi sahabat pd pemimpin itu.
    2. Dilantik dhadapan kaabah, saat itu masjidil haram bercahaya hingga kelangit dsaat dia (mahdi) sedang sujud, sdangkan pd saat itu ddalam ‘ruangan plantar roundabout kaabah’ masjidil haram, hnya dia sorg yg sujud.
    Maka riuh lah seluruh umat yg ada didalam masjidil haram tu tpana akan peristiwa itu. Selepas itu blaku la peristiwa kejar mngejar.
    3. ‘imam mahdi’ sendiri x tau bhw dia adalah pmimpin tpilih ‘itu’.
    4. Imam mahdi akan menemukan semula dan mewarisi cincin nabi s.a.w yg telah jatuh dlm kolam yg bdekatan dgn masjid nabawi…..
    5. Pegangan mahdi adalah alquran dan sunnah, namun tiap kali dia berpidato/ceramah….. Dia pasti sulami alquran n sunnah dgn saintifik sains….
    6. Kbnykan wali2 n pjuang2 mahdi adalah org muda……..
    7. Jumlah total pasukan mahdi adalah 124000 org….semuanyer mude2 blom bkahwin

    Semua statement sy ini…. Sy ingin abg kaji…. Adakah benar atau salah…. Sy rela ditegur jika salah…. Kerana sungguh sy ini punyai suatu bisikan…..
    Sy tidak tau apakah itu semua adalah bisikan syaitan utk mnabur fitnah dlm diri sy……

    Atau asahan makrifat ati sy yg tlah dikurniakan Allah pd sy….

    Tolg la kaji…..
    Smoga Allah menambah hidayah pd abg….

    1. Ya Allah, lindungilah kami dari syaitan yang direjam,
      Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

      Saudaraku yang dikasihi,
      Sesungguhnya wahai saudaraku, saya sendiri tidak dapat mengesahkan semua apa yang saudara nyatakan itu dan jikapun terdapat kebenarannya, hal itu tidak wajar untuk disampaikan pada tataapan umum kerana ditakuti salah tanggapan dan pemahaman.

      Kerana itu wahai saudaraku, mohonlah kepada Allah SWT petunjuk dan hidayahNya, berdoalah dengan keikhlasan dan dari kemurniaan jiwa kita sendiri. Semuga Allah mengurniakan limpah rahmatNya untuk kita, Amin

      Saudaraku,
      Samada kelahiran Al Mahdi itu telah atau belum berlaku, bukanlah tugas kita untuk memikirkannya, apa yang jelas adalah bahawa dia belum di bai’ahkan. Setelah dia dibai’ahkan dan dilantik oleh Allah SWT menjadi Imam kepada seluruh Umat Islam, ketika itu adalah penting untuk kita mengikutinya.

      Persoalan yang sangat perlu untuk kita fikirkan sekarang ini adalah mengenai persediaan kita sendiri, Iman kita dan Amal kita. Kerana itu kita sepatutnya berusaha sedaya upaya kita untuk menjadi hamba Allah SWT yang patuh dan taat.

      Percayalah bahawa, Allah SWT akan pasti menunjuki kita sekiranya kita ikhlas dalam usaha-usaha kita.
      Amin

      Salam dari saya
      Manmanan.

    1. Ya Allah, lindungilah kami dari syaitan yang direjam,
      Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

      Jika benar saudara memperoleh mimpi yang benar, mungkin boleh dikongsikan dengan saya juga

      Saya mendoakan semuga mimpi kita itu adalah mimpi dari anugerah Allah SWT dan bukannya mimpi hasil dari mainan syaitan yang direjam.
      Amin.

      Salam dari saya,
      Manmanan.

  2. salamun alaikum. Wahai saudara2 ku…
    Ada benarnye… Manmanan menegur saya. Mgkin sy trikut2 panas darah muda. Sbb ada kitab hakikat mfaktakan. Jika seorg itu miliki hakikat makrifat. Hendaklah ia mnyimpan nye. Krn jika dlepaskan tak kena pd tempat. Ia akan mnimbul salah faham pd org yg berbeza pengamatan dan tarikah nye. Tp sy pcaya. Org2 yg brada di web ini. Bnyk ilmu dan cabang tsendiri. Namun yg sama antara kita. Adalah kcenderungan utk mgkaji dan mdekati ‘pemimpin mdapat ptunjuk itu’.

    Sume kita taukan. Jepun, china(timur) dgoncang gempa. Mesir hadapi provokasi rakyat. Libya berperang…. Sume ini tlah di beritahu nabi s.a.w. kita(x ingat no hadithnye)… Juga apa yg memeranjatkan. Juga tertera dlm wahyu Jeremiah, Isaiah dlm talmud, bible etc.(wlupun kitab tu tcemar dgn gubahan ulama yahudi yg dhaif hakikat) [namun sy masih dpt mcium mana satu pkataan Allah swt]. Lg mengejutkan juga. Tertera dlm vedic shiva( kitab hindu) [asalnye dahulu hindu adalah 1tuhan, setelah bbrp ribu tahun, mngalami revolusi sama spt agama yahudi- menokok tambah]. Kjadian alam turut dramal tpat dari text bangsa maya dan atlantis…. Dkuatkan pula dgn nostradamus. Slalu sahaja jangkaan tokoh barat tkenal tu ‘mengena’ pd masanye.(Allah taala maha pmurah lg penyinta. Berhak menentukan ilmu dan bhgn kursiy Nya. Pd org2 yg tertentu) sy tlalu baca ‘bnyk’- dlm masa yg sama sy menunduk taat kpd MahaPenyinta kita. Bdoa agr sy tidak ‘yg bukan2’ thadap keagunganNya…. Dlm bnyk kajian wahyu yg sy baca(nnt sy cube terrace blik link) ada ‘event besar’ pada akhir hari jumaat dpetengahan blan mei 2011. (Wallahualam. Entah apa peringatan Tuhan kte pd waktu tu. KTE TAWAKAL N LIHAT SHJ) jg ada lg ‘event besar’ pd awl tahun2012…. 3 ogos 2012. jg yg tkenal 21 dis 2012. Somewhere… Ttp la kte Pada tali kasih Allah taala dan Nabi s.a.w

    1. Lindungilah kami dari syaitan yang rejam wahai pencipta sekelian Alam
      Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

      Sahabat yang dikasihi,
      Memang benarlah bahawa tingkatan kefahaman manusia itu berbeza-beza, sekiranya kita hendak melaksanakan misi dakwah, maka kita sepatutnya memahami hal ini.
      Ingatlah pada pesan Rasulullah SAW:
      “Tidak ada seorang pun yang membicarakan kepada sesuatu golongan dengan cara yang tidak dapat mereka fahami/mengerti melainkan akan menimbulkan kekacauan bagi sebahagian diantara mereka.

      “Kami golongan nabi-nabi diperintahkan supaya menempatkan manusia sesuai dengan kedudukan mereka dan supaya kami berbicara dengan mereka menurut taraf kecerdasan masing-masing”

      “Sesungguhnya Allah menunjuki seseorang manusia dengan berkat usaha kamu, itu (usaha kamu itu) lebih baik bagi kamu daripada dunia ini dan segala isinya”

      Semuga petikan-petikan ini mampu memberikan kesedaran kepada jiwa kita yang ikhlas. Amin

      Salam dari saya,
      Manmanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.