Kesilapan Ayat Orang-Orang Biasa Yang Nak Jadi Luar Biasa

Luar Biasa

Semua orang nak berjaya, tapi ramai yang tersilap ‘setting‘ minda mereka, menjadikan mereka terus berada di tempat asal, dan tidak berganjak walau seinci pun.

Mari sama-sama kita lihat, adakah masih tersimpan ‘setting‘ tersebut dalam minda kita semua.

Ayat biasa orang-orang biasa yang berhasrat untuk memulakan bisnes dan ingin berjaya dengannya:

  1. “Kalau berjaya, aku nak bantu keluarga”
    – Sedangkan untuk berjayalah anda perlu membantu keluarga dan semua orang. Jika tunggu berjaya baru nak bantu, anda memang tak akan bantu sesiapa pun sampai bila-bila. Sebab, anda belum berjaya. Dan, anda belum membantu.
  2. “Aku nak bisnes sebab nak ada masa dengan keluarga & anak-anak”
    – Sedangkan untuk berjaya dalam bisnes, pengorbanan bersama isteri & anak-anak jauh lebih jelas berbanding makan gaji. Cuba lihat sekeliling anda, orang yang sibuk berbisnes. Ramai tak di kalangan mereka yang mempunyai anak yang ramai? Memang ada, tapi jarang. Sebab, memulakan bisnes sehingga stabil memerlukan lebih banyak pengorbanan masa, tenaga dan kewangan. Ianya jauh lebih hebat dari apa yang anda sangkakan!
  3. “Aku nak kebebasan, boleh masuk & keluar bila-bila masa, tak perlu punch-in, punch-out, tak perlu ikut kata-kata bos yang entah apa-apa!”
    – sedangkan dalam bisnes (terutama yang sebelum stabil), 24 jam adalah waktu bekerja anda! Anda lewat? Pelanggan lari. Anda tiada di situ masa pelanggan perlukan? Pelanggan lari lagi. Anda kurang memberi after sales service? Pelanggan hilang. Anda kurang memberi consultation? Pelanggan beralih arah. So, who are you without customers? You are punched-in 24 hours all-day-long! Do you know that?? Anda berhadapan dengan unlimited bosses yang anda perlu ikut karenah yang entah apa-apa ini. Percayalah, setiap orang yang berjaya pasti sudah temui bos-bos begini dalam hidup mereka, dan mereka dah pun berjaya selesaikan karenah-karenah ini dengan jayanya.
  4. “Aku nak bersara awal, supaya boleh ke masjid/surau untuk beribadat”
    – sedangkan dunia & akhirat itu mesti berjalan seiringan. Sebab itu sabda nabi s.a.w ada menyebut lebih kurang maksudnya, “beribadatlah seperti nak mati esok, bekerjalah seperti nak hidup 1,000 tahun lagi.” Jadi, masa bekerja pun mesti tak tinggal solat jemaah di masjid/surau bagi lelaki. Bagi wanita pula, mestilah memastikan suami ke masjid/surau setiap waktu solat. Dapat amalkan yang ini, insya-Allah boleh berjaya. Tak dapat amal, tak usah bermimpi di siang hari seperti orang-orang biasa yang membazir masa.
  5. “Aku nak extra lagi RM1,000 sebulan pun dah cukup”
    – sedangkan sifat manusia itu tidak pernah puas?? Sebelum ada, rasa akan cukup. Bila dah ada, pasti nak lebih lagi. Cuba terbalikkan, lihat contoh seorang bapa 10 anak dengan kerja bergaji RM500, masih boleh hidup sihat dan bahagia. Tapi anda?? Ada gaji tetap RM1,500, nak lagi RM1,000. Bila dah ada RM2,500 nanti, adakah anda pasti tidak mahu lebih dari itu? Siapa yang menipu diri sendiri sekarang?
  6. “Dia takpa lah, ada modal. Mak bapak dia orang kaya, modal besar, senang nak berjaya. Aku ni?”
    – sedangkan anda tahu, itulah peluang anda. Itulah kekuatan anda – yang anak orang kaya tiada kekuatan seperti itu. Anda akan faham maksud saya ini, jika anda bukan anak orang kaya.
  7. Apabila berjumpa rakan yang berjaya, dalam hati akan berbisik, “kalau aku ada kebolehan seperti kamu, aku juga akan buat apa yang kamu buat. Dan sudah pasti aku akan berjaya! Tapi sebab aku tiada kebolehan seperti kamulah aku tak berjaya sampai sekarang. Sekarang aku nak belajar mempunyai kebolehan kamu!”
    – ayat macam ini pun ada. Oh pleaselah, malas nak hurai…

Marilah sama-sama kita reset minda (bak kata prof Muhaya) untuk menjadi insan yang benar-benar luar biasa, dan bukan berangan semata.

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.