Cara Hidup Islam & Rahsia Kejayaan Perniagaan

Cara Hidup Islam & Rahsia Kejayaan Perniagaan

Sedarkah anda, kisah-kisah kejayaan perniagaan seseorang pasti dikaitkan dengan agama.

Jarang kita temui orang yang berjaya dalam perniagaannya tetapi mereka ini tidak menyumbang kepada agama yang mereka anuti, tidak kira agama Islam mahupun sebaliknya.

Mari sama-sama kita cungkil rahsia ini.

Sebelum memulakan perniagaan, cuba semak hubungan kita dengan agama. Adakah kita seorang yang patuh kepada ajaran agama?

Sebagai contoh, adakah kita seorang yang tepati waktu solat 5 waktu sehari semalam? Adakah kita taat membayar zakat fitrah & zakat harta setiap tahun? Adakah setiap Ramadhan kita berebut-rebut mengerjakan amalan sunat? Adakah kita tidak pernah bercuti untuk solat dhuha setiap hari?

Jika ya, anda pasti berjaya dalam perniagaan. Jika tidak, eloklah diperbaiki dahulu sehingga menjadi rutin harian, sebelum memulakan perniagaan.

Mengapa?
Kerana dalam sesebuah perniagaan yang berjaya, tiada istilah ‘tokey’ goyang kaki. Tiada istilah rehat & tiada istilah pencen. Selagi mata belum tertutup, selagi itu ‘tokey’ bekerja tanpa henti.

Begitu juga dengan agama, selagi kita masih bernyawa, selagi itu kita solat tanpa cuti, selagi itu kita berpuasa tanpa ponteng, selagi itu kita bayar zakat tanpa ada tarikh pencen.

Cara Hidup Islam vs Perniagaan Yang Berjaya
Dalam berniaga, pelanggan adalah segalanya. Tanpa pelanggan, bukan berniaga namanya. Apabila pelanggan mencari, kita mesti ada di situ untuknya. Di sinilah solat 5 waktu mendidik kita menepati masa.

Dalam berniaga, sifat amanah dan jujur adalah aset kita. Pelanggan akan kembali kepada kita selagi kita jujur dan amanah. Terlebih bayar, tersilap pulangkan baki, tak cukup sukatan, kerosakan alat penimbang, semua ini berlaku dalam perniagaan. Jika sedar kita betulkan, jika tidak disedari, zakatlah pembersih harta.

Sebab itu, 2.5% daripada pendapatan perniagaan BUKAN hak kita, sebab itu mesti dikeluarkan. Zakat mengajar kita supaya tidak sayang untuk melepaskan harta yang bukan hak kita. Zakat juga menjauhkan diri kita dari sifat kikir, kedekut dan tamak haloba.

Dalam berniaga, kita membuat keuntungan dengan memenuhi permintaan pelanggan. Kenalpasti kesakitan, cari penawarnya. Kenalpasti masalah, cari solusinya. Ramadhan mendidik kita berebut membuat kebaikan. Jumpa orang susah, hulurkan bantuan. Jumpa orang miskin, hulurkan keperluan. Jumpa orang berpuasa, hulurkan air untuk berbuka.

Dalam berniaga, kesabaran adalah kunci kejayaan. Mula-mula buka kedai, stok banyak, pelanggan belum kenal, kita risau stok rosak. Apabila sudah dikenali, stok pula tak dapat tampung permintaan, kita risau pelanggan lari. Ramadhan mengajar kita erti kesabaran.

Dalam berniaga, servis selepas jualan & khidmat nasihat sangat dihargai oleh pelanggan. Pelanggan pasti akan kembali untuk berurusan dengan kita selagi kita ini berkualiti di mata mereka. Solat dhuha mendidik kita untuk berterima kasih kepada Pencipta di atas rezeki semalam, di samping memohon & mengharapkan agar dimurahkan rezeki pada hari ini.

Kesimpulannya, taatlah kepada agama, anda pasti berjaya.┬áSekadar ini dahulu renungan untuk hari ini, wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.