Sijil Halal Shaklee – Sumber & Rujukan Sahih

Produk-produk Shaklee telah diiktiraf sebagai halal dengan terbitan Sijil Halal Shaklee oleh Islamic Services of America (ISA), iaitu sebuah badan yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (rujuk dokumen di akhir entri ini).

Untuk tahun ini (2013/1434H) sahaja sijil halal Shaklee telah diterbitkan sebanyak 2 kali. Iaitu kali pertama pada 6 Februari 2013 (25 Rabiul Awal 1434H) manakala kali kedua pada 14 Februari 2013 (4 Rabiul Akhir 1434H).

Penerbitan dua kali tersebut adalah susulan daripada penambahan produk terbaru daripada Shaklee iaitu CoQHealth Plus.

Berikut adalah sijil halal Shaklee terbitan pertama:

Sijil Halal Shaklee 2013 Terbitan Pertama

Sumber asal sijil halal Shaklee terbitan pertama:
http://www.shaklee.com.my/img/content/Image2368284.pdf

Manakala berikut pula ialah sijil halal Shaklee terbitan kedua:

Sijil Halal Shaklee 2013 Terbitan Kedua

Sumber asal sijil halal Shaklee terbitan kedua:
http://www.shaklee.com.my/img/content/Image18578746.pdf

Sijil Halal Shaklee: Bagaimana untuk mengenalpasti 100% kesahihan pengiktirafan ini?

Ramai yang mempersoalkan isu halal produk shaklee ini, dan apabila ditunjukkan gambar sijil halal Shaklee seperti di atas ini pun, masih ada segelintir yang kurang yakin dengan kesahihannya.

Sebagai pengguna, kita berhak untuk mempersoal apa yang kita bakal makan dan apa yang kita bakal berikan kepada anak-anak dan isteri kita makan. Apatah lagi menjualnya kepada orang ramai, sebagai penjual kita juga mempunyai hak untuk tahu.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menguji kesahihan sijil halal Shaklee tersebut.

Langkah Pertama, dapatkan sumber sijil halal Shaklee tersebut, dari mana datangnya. Dalam kes ini saya menemuinya dari laman web rasmi Shaklee Malaysia yang beralamat “http://www.shaklee.com.my/”.

Apabila sumbernya benar-benar di alamat “http://www.shaklee.com.my/” (rujuk address bar pada browser anda), bermula dengan “http” diikuti noktah bertindih (double dot), diikuti palang berganda (double slash), diakhiri dengan “.com.my/” (dot com dom my slash), ini bermakna sumbernya adalah benar-benar dari pihak Shaklee Malaysia.

Ini juga bermakna bahawa tanpa sebarang keraguan, kecuali disebabkan digodam (hacked), pihak Shaklee Malaysia sahaja yang mempunyai otoriti terhadap segala isi kandungan laman web tersebut, termasuklah sijil halal Shaklee tersebut.

Dengan kata lain, tiada pihak luar yang boleh memandai-mandai meletakkan sijil halal Shaklee tersebut untuk tujuan mereka-reka sumber di dalam server Shaklee Malaysia, melainkan pihak Shaklee Malaysia itu sendiri.

Dengan langkah pertama ini, Alhamdulillah 30% kesahihan sudah pun diperolehi.

Langkah Kedua, pada sijil halal Shaklee tersebut ada tertera maklumat badan yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil tersebut (ISA), beserta dengan alamat dan nombor telefon yang boleh dihubungi. Cuba hubungi nombor tersebut (pada waktu pejabat di USA) untuk mengenalpasti siapa yang menjawab panggilan anda.

Jika anda kurang mahir berbahasa Inggeris, anda tidak perlu bercakap, cuma dengar sahaja apa jawabnya. Jika ISA, melalui langkah ini Alhamdulillah 30% lagi kesahihan diperolehi. Jumlah keseluruhan setakat ini 60% kesahihan.

Langkah Ketiga, selidik pula siapa ISA pada pandangan JAKIM. Mengapa JAKIM sebagai tali pengukur? Hebat sangatkah JAKIM itu?

Bukan begitu, secara neutralnya, sekurang-kurangnya itulah badan yang paling hampir dengan kita, yang boleh kita berbicara dalam bahasa kita, tanpa perlu kita berasa janggal untuk mengetahui hak-hak kita sebagai pengguna dengan jelas.

Bagaimana untuk selidik siapa ISA? Rujuk dokumen senarai badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM melalui laman web rasmi JAKIM yang dikemaskini dari semasa ke semasa (sila rujuk dokumen di bawah).

Melalui laman web JAKIM ini, sama seperti langkah pertama tadi, apabila sumbernya benar-benar di alamat “http://www.halal.gov.my/” (rujuk address bar pada browser anda), ini bermaknya tanpa sebarang keraguan pihak JAKIM sahaja yang mempunyai otoriti terhadap segala isi kandungan laman web tersebut, termasuklah senarai badan Islam yang dibukukan tersebut.

Dengan kata lain, tiada pihak luar yang boleh memandai-mandai meletakkan nama dan logo ISA di dalam buku tersebut, mahupun meletakkan buku lain yang dipinda secara haram, untuk tujuan mereka-reka badan halal di dalam server JAKIM, melainkan dalam keadaan server JAKIM digodam.

Dengan langkah ketiga ini, Alhamdulillah lagi 40% kesahihan diperolehi. Barulah kita boleh 100% yakin bahawa pengiktirafan sijil halal Shaklee ini benar-benar sahih!

Dokumen Senarai Badan Islam Yang Diiktiraf JAKIM

Dokumen senarai ini telah dibukukan oleh pihak JAKIM dalam bentuk PDF untuk rujukan awam. Sila muat turun (download) untuk simpanan anda. Ia mungkin berguna untuk pelbagai jenis produk pemakanan lain di rumah anda.

Muat turun dokumen:
Senarai Badan Islam Yang Diiktiraf JAKIM <– klik untuk muat turun dokumen

Tarikh kemaskini dokumen:
19 Julai 2013

Sumber asal dokumen:
Laman Web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Link ke dokumen asal di laman web JAKIM:
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf

Kini anda tidak perlu ragu-ragu lagi untuk mengguna sendiri produk Shaklee di samping mengesyorkan kepada keluarga & rakan-rakan tentang keistimewaannya!

Sebarang kemusykilan & persoalan berkenaan Shaklee, sila komentar di bawah atau terus hubungi kami melalui talian seperti di bawah ini.

Berkenaan pelan pemasaran & sijil halal Shaklee:
Call/SMS/WhatsApp Ahmad Imam Bin Khalid di talian 014.818.6582

Berkenaan cara pengambilan produk Shaklee:
Call/SMS/WhatsApp/Viber/WeChat Habiah Binti Abd Kadir di talian 014.810.7259

Khidmat nasihat PERCUMA secara bersemuka atau penghantaran produk terus ke pintu rumah juga kami sediakan bagi anda yang tinggal sekitar Kuala Terengganu, Marang & Kuala Berang.

Tidak terkecuali juga bagi yang tinggal di daerah-daerah lain seluruh Malaysia, khidmat nasihat PERCUMA secara bersemuka atau penghantaran produk terus ke pintu rumah juga turut kami sediakan, melalui wakil-wakil kami.

Sila rujuk laman Wakil Daerah kami di link berikut:
https://soleh.net/shaklee-independent-distributor-sid-daerah

Semoga entri ini memberi jawapan kepada persoalan yang terbuku di benak anda.

Sekian, wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 3 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

4 thoughts on “Sijil Halal Shaklee – Sumber & Rujukan Sahih”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *