Ubat Sakit Tekak

Ubat Sakit Tekak

Semasa menulis entri ini, sudah 5 hari saya diserang sakit tekak. Nak kata batuk pun ye, rasa pedih-pedih je kat dada ni. Tetapi tak la batuk yang kerap, cuma sesekali je. Macam batuk berkahak.

Suara saya menjadi garau. Hari berikutnya langsung tidak keluar suara. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang.

Sepanjang 5 hari sakit tekak, saya tetap mengajar seperti biasa. Saya merupakan ustazah yang mengajar di masjid-masjid.

Apa yang saya perasan, sakit tekak kali ini berbeza sedikit berbanding sebelum ini. Walaupun sakit, kahak saya senang dikeluarkan setiap kali saya berdehem.

Setiap kali saya mengajar di masjid-masjid yang berlainan, kebanyakan jemaah akan kasihan bila dengar suara saya yang garau dan tak berapa nak keluar tu.

Mereka memberikan saya beberapa petua untuk ubat sakit tekak ini. Antaranya:

  1. Minum air asam jawa
  2. Minum madu campur dengan perahan asam limau nipis
  3. Minum air kelapa muda
  4. Minum air suam

Malangnya saya tidak berkesempatan untuk mengikut petua-petua tersebut, kerana ada di antara bahan-bahan tersebut tiada di rumah.

Ubat Sakit Tekak Shaklee

Alternatifnya, saya ambil suplemen berikut sebagai ubat sakit tekak:

Set Sakit Tekak Shaklee

Garlic Complex 60 biji RM47.50

Saya rasa jika saya ke klinik untuk mendapatkan ubat sakit tekak saya ini, pasti doktor akan berikan antibiotik.

Oleh itu, saya ambil 2 biji Garlic Complex 2 kali sehari. Garlic merupakan antibiotik semulajadi yang telah digunakan dalam perubatan sejak zaman dahulu lagi.

Nutriferon 30 sachet 1.2 gram RM181.25

Sebagai immune booster untuk meningkatkan sistem imun dalam badan untuk melawan penyakit. Saya ambil 1 sachet 2 kali sehari.

Kemam macam tu jer kerana ia lebih sedap berbanding dibancuh dengan air. Rasanya manis! 🙂

Sustained Release Vita C Plus 180 biji RM92.50

Penting sebagai antibodi, juga untuk mengelakkan beberapa penyakit lain seperti selesema, demam, batuk dan sebagainya.

Sustained Release Vita C Plus ini saya ambil 1 biji 2 kali sehari sebagai ubat sakit tekak.

Omega Guard 90 biji RM136.00

Berfungsi mencairkan kahak supaya mudah dikeluarkan apabila kita batuk atau berdehem.

Pemangkin Ubat Sakit Tekak

Semasa mengambil ubat sakit tekak ini, saya banyak minum air zam zam sebagai minuman harian.

Jus kurma juga saya minum pada sebelah pagi dan sebelum tidur.

Alhamdulillah pada hari ke 6 saya telah pulih sepenuhnya.

Semoga apa yang saya kongsikan tentang ubat sakit tekak ini serba sedikit dapat membantu anda yang mengalami sakit tekak di musim cuaca panas ini.

Air kosong perlu diminum sekurang-kurangnya 3 liter sehari bagi membantu melancarkan suplemen ubat sakit tekak yang diambil itu.

Hubungi saya untuk harga istimewa, mahupun untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA berkenaan ubat sakit tekak ini.

Akhir kata, jangan ketinggalan sebarang tips kesihatan. Langgani Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.